warisan tembikar labu sayong di kuala kangsar, perak...

24
Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2) (2010): 131 - 154 Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak: Sejarah, Perkembangan dan Masa Depan AZMI ARIFIN, MUHAMAD LUTHFI ABDUL RAHMAN & TARMIJI MASRON ABSTRAK Kajian ini meneliti tentang sejarah dan perkembangan kegiatan membuat tembikar labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. Kegiatan membuat tembikar di Perak telah bermula sejak zaman pra-sejarah lagi dan dianggap sebagai warisan sejarah orang Melayu yang terus bertahan sehingga sekarang. Namun pada hari ini ia telah mula disaingi oleh kemunculan pembuatan tembikar menggunakan teknik dan peralatan moden. Perkembangan dan perubahan ini telah menyebabkan aktiviti membuat tembikar secara tradisional dengan menggunakan tangan mulai terhakis. Melalui perspektif sejarah dan antropologi, kajian ini cuba menunjukkan bagaimana proses perubahan dan modernisasi pembuatan tembikar di Perak telah memberi kesan yang amat besar dan mempengaruhi kepada kemerosotan industri tradisional itu. Kajian ini mendapati bahawa sehingga sekarang, kegiatan pembuatan tembikar labu sayong secara tradisional di Kuala Kangsar, Perak benar-benar telah terancam dan kini hanya tinggal sebuah keluarga sahaja yang masih mengusahakannya. Kajian ini jelas menunjukkan perlunya dasar-dasar yang lebih seimbang diambil untuk memastikan bahawa proses pemodenan tidak akan sama sekali mengancam warisan orang Melayu yang telah wujud ada sejak zaman berzaman itu. Kajian ini juga menyarankan perlunya suatu usaha yang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa warisan orang Melayu ini akan terus hidup dan berkembang pada masa depan. Kata kunci: Warisan, prasejarah, seramik, tembikar, labu sayong, Kuala Kangsar, Perak ABSTRACT This study examines the history and development of pottery making of ‘Labu Sayong’ in Kuala Kangsar, Perak. Pottery making activities in Perak have started in the pre-historic period and have been considered as the Malay heritage that continues to survive until now. But today it has been challenged by the emergence of pottery making using modern techniques and equipment. This development and changes have caused a major decline in the traditional

Upload: vannhu

Post on 02-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 131Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2) (2010): 131 - 154

Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak: Sejarah,Perkembangan dan Masa Depan

AZMI ARIFIN, MUHAMAD LUTHFI ABDUL RAHMAN &TARMIJI MASRON

ABSTRAK

Kajian ini meneliti tentang sejarah dan perkembangan kegiatan membuattembikar labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. Kegiatan membuat tembikardi Perak telah bermula sejak zaman pra-sejarah lagi dan dianggap sebagaiwarisan sejarah orang Melayu yang terus bertahan sehingga sekarang. Namunpada hari ini ia telah mula disaingi oleh kemunculan pembuatan tembikarmenggunakan teknik dan peralatan moden. Perkembangan dan perubahanini telah menyebabkan aktiviti membuat tembikar secara tradisional denganmenggunakan tangan mulai terhakis. Melalui perspektif sejarah danantropologi, kajian ini cuba menunjukkan bagaimana proses perubahan danmodernisasi pembuatan tembikar di Perak telah memberi kesan yang amatbesar dan mempengaruhi kepada kemerosotan industri tradisional itu. Kajianini mendapati bahawa sehingga sekarang, kegiatan pembuatan tembikar labusayong secara tradisional di Kuala Kangsar, Perak benar-benar telahterancam dan kini hanya tinggal sebuah keluarga sahaja yang masihmengusahakannya. Kajian ini jelas menunjukkan perlunya dasar-dasar yanglebih seimbang diambil untuk memastikan bahawa proses pemodenan tidakakan sama sekali mengancam warisan orang Melayu yang telah wujud adasejak zaman berzaman itu. Kajian ini juga menyarankan perlunya suatu usahayang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikanbahawa warisan orang Melayu ini akan terus hidup dan berkembang padamasa depan.

Kata kunci: Warisan, prasejarah, seramik, tembikar, labu sayong, KualaKangsar, Perak

ABSTRACT

This study examines the history and development of pottery making of ‘LabuSayong’ in Kuala Kangsar, Perak. Pottery making activities in Perak havestarted in the pre-historic period and have been considered as the Malayheritage that continues to survive until now. But today it has been challengedby the emergence of pottery making using modern techniques and equipment.This development and changes have caused a major decline in the traditional

Page 2: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

132 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

pottery making activities using hand. From historical and anthropologicalperspective, this article attempts to show how far the process of change andmodernisation of pottery making in Perak has brought a negative impact andinfluencing the decline of such traditional activities. Based on field studiesconducted in Kuala Kangsar, Perak, it is found that up to now, the activities oftraditional pottery making of ‘Labu Sayong’ in Perak has really beenthreatened and now there is only one family left still working on it. In conclusion,this study clearly shows the need for a more balanced policy that should betaken to ensure that modernisation will not threaten the Malay heritage whichhas existed since ancient times. This study also suggests a more proactive anddrastic effort should be taken by the government to ensure that the heritage ofthe Malays will continue to survive in the future.

Key words: Heritage, pre-history, ceramic, pottery, labu sayong, KualaKangsar, Perak

PENGENALAN

Tulisan ini mengkaji tentang sejarah dan perkembangan kegiatan membuattembikar di daerah Kuala Kangsar, Perak. Kegiatan membuat tembikardi Kuala Kangsar khususnya di Sayong dianggap antara warisan kesenian1

kraftangan tradisional negara yang terpenting dan hasil tembikarnya, iaitu‘labu sayong’, dianggap antara yang berkualiti dan diminati ramai. Walaubagaimanapun, pada hari ini seakan-akan wujud suatu konflik atau dilemadalam usaha-usaha yang sedang giat dijalankan untuk mengekal danmemajukan kegiatan kraftangan tradisional masyarakat Melayu itu. Antaradilemanya ialah wujudnya suatu pertentangan antara hasrat untuk terusmengekalkan warisan asal iaitu penghasilan tembikar secara tradisionalatau memenuhi keperluan semasa dengan memperkenalkan kaedah danteknik moden bagi memperolehi hasil yang lebih banyak danmenguntungkan.

Dasar kerajaan terhadap usaha memelihara dan mengembangkankegiatan kraftangan di Malaysia, termasuklah Perak pada hari ini adalahamat jelas. Pihak kerajaan, melalui beberapa kementerian sepertiKementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia (Kekkwa), telah menunjukkan minatyang begitu mendalam untuk terus mengekalkan serta memajukan lagiindustri kraftangan di Malaysia, termasuklah kraftangan tembikar, sebagaiwarisan tradisional Melayu agar tidak luput ditelan zaman. Datuk SeriUtama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Page 3: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 133

Malaysia pada suatu masa pernah menegaskan bahawa seni kraftanganpembuatan tembikar merupakan pemangkin utama kepada pembangunanindustri seramik di seluruh Malaysia (Ibrahim Darus & Sahaimi AbdManaf 2005).

Oleh itu, pelbagai galakan telah diberikan oleh pihak kerajaan bagimemastikan seni kraftangan warisan bangsa itu terus kekal terpeliharadan diterima bukan sahaja oleh masyarakat tempatan tetapi juga peminatseni kraftangan dari luar negara. Dalam usahanya itu, kerajaan melaluiagensi-agensinya, khususnya Pusat Kemajuan Kraftangan Malaysia(PKKM), bukan sahaja telah memberikan pelbagai bantuan dalam bentukkewangan, latihan, promosi dan pemasaran, bahkan juga turut terlibatsecara aktif dalam usaha-usaha memperkenalkan teknik barumenggunakan acuan dan peralatan moden yang lebih efisien, produktifdan menguntungkan.

Sebenarnya jika diukur dari segi penghasilan produk tembikar di Peraksehingga ke hari ini, bolehlah dikatakan perusahaan membuat tembikartradisional iaitu tembikar labu sayong terus berkembang dan mendapattempat yang agak baik dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi denganadanya pelbagai kemudahan dan pengenalan teknik pembuatan secaramoden, para pengusaha kini bukan sahaja dapat menghasilkan lebih banyakproduk tembikar bagi memenuhi permintaan pasaran, bahkan juga dapatmempertingkatkan lagi keuntungan melalui penurunan kos, pengurangantenaga kerja dan penciptaan pelbagai jenis, bentuk serta corak tembikaryang lebih menarik dan pelbagai fungsi yang laris dijual di pasaran.

Namun demikian, proses ‘pemodenan’ perusahaan membuat tembikarlabu sayong itu juga telah mencipta suatu krisis atau permasalahan yanglain. Pembuatan tembikar secara moden pada hari ini telah berlaku denganbegitu pesat sekali dan tanpa diduga, ia telah pun mencipta suatu bentukpersaingan dan ancaman terhadap perusahaan secara tradisional yangdilakukan dengan menggunakan tangan. Sebenarnya proses membuattembikar secara tradisional menggunakan teknik ‘picit’ dan ‘cubit’ telahpun wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu dan masih dikekalkan sertadipertahankan hingga ke hari ini dalam bentuknya yang kuno dan asli.Namun perkembangan mutakhir menyaksikan ia mula menghadapimasalah yang cukup serius untuk terus kekal bertahan dalam suasanaperubahan yang sedang pesat berlaku.

Masalah utama yang sedang dihadapi oleh para pengusaha membuattembikar secara tradisional ialah untuk bersaing ‘sama tinggi dan samagagah’ dengan perusahaan membuat tembikar yang menggunakan teknikdan peralatan moden. Ini kerana perusahaan secara tradisional telah

Page 4: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

134 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

dianggap sukar dimajukan dan oleh itu kurang mendapat perhatian.Walaupun diakui teknik pembuatan secara tradisional menggunakan tangandilihat kurang menguntungkan dan sukar untuk dimajukan, namun ia adalahsatu warisan sejarah, kesenian dan ketamadunan orang Melayu yangteramat penting, tidak ternilaikan dan pada masa kini sedang mengalamisaat-saat kepupusannya. Dalam suasana tekanan dan persaingan untukmencari keuntungan, masyarakat kita bakal menyaksikan kemungkinanhilang atau terhapusnya satu lagi warisan sejarah, kesenian, identiti danlambang ketamadunan budaya-bangsa peribumi Melayu yang telah wujudsejak zaman prasejarah dan telah diwarisi sejak permulaan ketamadunanorang Melayu lagi.

KAJIAN SEJARAH TEMBIKAR DI MALAYSIA

Kajian mengenai tembikar diakui amat penting dan berguna untuk ahlisejarah, arkeologi dan antropologi untuk memahami dan merekonstruksisejarah, budaya, kesenian masa silam dan juga menggunakannya sebagaibacaan terhadap sejarah tahap-tahap kemajuan dan ketamadunan sesuatubangsa (Chia Ming Soon 1995). Menurut para pengkaji arkeologi,umumnya kajian terhadap seramik tembikar dapat memberikan banyakpengetahuan yang amat berguna berkaitan dengan kronologi ataupentarikhan, sistem teknologi dan sistem sosial masyarakat awal (AsyaariMuhamad 1998).

Kepentingan ini adalah amat jelas kerana sejarah ketamadunanmanusia selalunya bermula dengan penciptaan alat-alatan asas yangdiperbuat daripada tulang temulang mahupun tanah liat. Menurut seorangpengkaji, “…penghasilan seramik merupakan salah satu aktiviti tertuadalam sejarah kehidupan manusia” (Ahmad Fauzi 2009: 1). “Pottery…”,tegas seorang lagi pengkaji, “…is one of the earliest handicrafts whichwere created by the human civilization.” (Shamsu Mohamed 2005:77). Di Malaysia, penciptaan tembikar menjadi suatu lambang kepadapermulaan wujudnya sejarah sebuah bangsa bertamadun yang empunyadan diberikan nama Tanah Melayu.

Sehingga kini, apabila ahli arkeologi cuba memahami danmenerangkan tentang sejarah kemunculan ketamadunan manusia disesuatu tempat, lazimnya mereka akan memulakannya dengan mengkajiperalatan seramik yang dihasilkan pada zaman lampau. Dalam hal ini,meskipun beberapa kajian telah dibuat untuk mengenalpasti sejak bilaorang Melayu awal mula mencipta tembikar, namun kesukaran sering

Page 5: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 135

timbul kerana sejarah penciptaan tembikar yang begitu awal menyebabkankebanyakan tamadun umumnya tidak mempunyai catatan atau rekod yangsempurna tentang sejarah asal-usul terciptanya alat-alatan itu di tempatmereka.

Bagaimanapun, berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan olehahli arkeologi, sejarah kesenian tembikar di Malaysia dikatakan telahpunbermula sejak beribu-ribu tahun dahulu, iaitu sejak zaman prasejarah lagi(zaman neolitik).2 Tembikar primitif Melayu telah mula dikaji sejak awalkurun ke-20 apabila ia ditemui di gua-gua di tempat-tempat ekskavasi diseluruh Malaysia. Ini telah terbukti dengan wujudnya penemuan barangantembikar atau serpihan tembikar zaman awal di tapak-tapak ekskavasioleh ahli arkeologi seperti di Gua Cha, Kelantan; Bukit Tengku Lembu,Perlis; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun, Perak; dan Gua Niah,Sarawak. (Siti Zainon 1989; Shamsu Mohamed 2005).3

Pada peringkat awal, penemuan-penemuan ini telah dipelopori olehpengkaji-pengkaji luar. Antara beberapa sarjana luar yang pernahmembuat kajian awal tentang sejarah tembikar khususnya di Perak ialahEvans (1918-31), Callenfels (1928), Sieveking (1955), dan Peacock (1959).Usaha mereka kemudiannya telah disambung pula oleh beberapa pengkajitempatan seperti Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (1990), ZurainaMajid (1990), dan beberapa pengkaji lain sekitar 1990-an. Sebuah tesisyang agak menarik tentang sejarah mahupun latar belakang saintifiktentang proses pembuatan tembikar di Perak telah dikemukakan olehAsyaari Muhamad (1998). Kajian-kajian yang terkemudian ini jelas cubamemperbaiki pandangan awal seterusnya memperkukuhkan rumusanbahawa tembikar tradisional yang ditemui adalah dihasilkan sendiri olehmasyarakat tempatan pada zaman prasejarah dan tidak ada unsur-unsurpengaruh luar yang jelas mempengaruhi penciptaannya sampailah sekarang(Siti Zainon 1986; Chia Ming Soon 1995; Asyaari Muhamad 1998).

Antara kajian yang paling menarik telah dihasilkan denganmengkhususkan kepada kegiatan pembuatan tembikar di Perak ialah yangdilakukan oleh Leonard Wray, seorang kurator Muzium Perak pada tahun1903. Kajian Wray tentang kemunculan dan perkembangan kegiatanmembuat tembikar di Perak menjelaskan dua fakta yang sangat menarik.

Pertama, tembikar sebagai satu ciptaan orang Melayu zaman awalyang menunjukkan bahawa mereka sudah mula mencapai ketamadunansejak awal lagi. Tembikar di Perak misalnya, mengikut Wray, sudah wujudsejak beribu-ribu tahun dahulu tetapi bukanlah dicipta oleh orang Melayuasli (Sakai atau Semang), sebaliknya oleh orang Melayu yang lebih tinggitamadunnya yang tinggal di sepanjang pesisiran Sg. Perak. Kajian Wray

Page 6: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

136 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

menjelaskan bahawa teori-teori yang mengatakan orang Melayu adalahpenghijrah dari luar Nusantara berkemungkinan tidak tepat kerana unsur-unsur dalam penciptaan tembikar, yang menjadi bukti utama kewujudanpenempatan awal, menunjukkan sifat awalnya yang bercorak tempatandari segi bahan binaan, rekabentuk dan ragam hiasnya.

Kedua, keunikan dan ketulenan seni kraftangan itu adalah satu bentukkesenian dan peralatan yang dicipta dan dimiliki oleh orang Melayusepenuhnya tanpa sebarang pengaruh luar, sekurang-kurangnya bagizaman yang awal sebelum kurun ke-20. Walaupun umumnya pemikirandan kesenian orang Melayu pada zaman awal, tegas Wray, sering sahajadipengaruhi oleh unsur-unsur luar dan tamadun luar yang lebih tinggi,misalnya dari China atau India, namun dari segi sejarah pembuatantembikar di Malaysia sejak zaman berzaman hinggalah ke hari ini tidaklahbegitu dipengaruhi oleh unsur asing dan proses pembuatannya hinggakini, yakni dalam bentuk tradisionalnya, masih lagi kekal dalam bentuknyayang asli (Wray 1903; Chia Ming Soon 1995). Wray menjelaskan;

The interesting attaching to Malayan pottery; as made in the state ofPerak, arise from the great antiquity of the art, and from the certaintyof its having come down to present time without influence from themore highly civilized nations, who have, from time to time, impartedarts and ideas to the Malayan inhabitants of the Peninsula (Wray1903: 24).

Menurut Wray lagi, antara bukti jelas yang menunjukkan bahawatembikar tempatan tidak dipengaruhi misalnya oleh pengaruh tamadunChina atau India adalah dengan melihat kepada penggunaan teknologidalam pembuatan tembikar. Misalnya China yang telah mencapai tahapkemajuan yang tinggi dalam industri pembuatan tembikar telahmemperkenalkan penggunaan teknik roda pemutar (mesin lempar alin)sejak dari awal lagi.4 Walaupun pengaruh China telah pun wujud denganketara di Tanah Melayu sejak kedatangan pedagang seramik Chinasemasa Dinasti Tang pada Abad ke 7 Masihi lagi, teknik pembuatan dancorak tembikar di Perak sehingga kurun ke-20 tidak menunjukkansebarang tanda yang ia dipengaruhi oleh tembikar dari tamadun luar itu.Ini kerana cara pembuatan tembikar tradisional orang Melayu padaperingkat itu umumnya masih lagi kekal dalam bentuknya yang agakprimitif menggunakan tangan dan tanpa menggunakan roda (ShamsuMohamed 2005).

Walaupun akhirnya pengaruh China dalam pembuatan tembikarmelalui penggunaan roda mulai wujud secara beransur-ansur, namun ia

Page 7: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 137

menunjukkan bahawa pada zaman awal kegiatan membuat tembikaradalah ciptaan sepenuhnya orang tempatan dan bukannya ditiru dari luarkerana jika tidak, sudah tentulah akan wujud penggunaan roda yang lebihawal. Apapun dari segi ketulenan pembuatan tembikar itu sendiri samaada dari segi bentuk dan coraknya sehingga ke hari ini masih lagi kekalbersifat tempatan dan belum dipengaruhi oleh sebarang unsur asing.

Begitu juga dari segi reka bentuk dan ragam hias tembikar Peraksejak awal lagi hingga sekarang masih menggunakan corak dan hiasantempatan berasaskan alam persekitaran semula jadi setempat. Antaranyaialah penggunaan unsur-unsur alam seperti pokok dan bunga yangberkemungkinan hanya terdapat di negara ini seperti bunga tanjung, bungapadi, bunga kedudut, bunga pecah empat, susur kelapa, bungalawang, bunga cengkih, bunga cakar ayam, pucuk rebung, siku keluangdan bentuk s, x dan v.(Wray 1903; Ibrahim Darus & Sahaimi Abd Manaf2005).

Winstedt (1925), dalam tulisannya menjelaskan bahawa penciptaantembikar oleh orang Melayu pada zaman awal adalah dalam bentukyang begitu asas dengan ragam hias yang cukup sederhana. Beliaumencatatkan:

Ornamentation was relatively unambitious; cord-marking is the mostusual form or ornament. Simple incised patterns are found. The wareis generally dark ini colour with sand and charcoal tempering andoften a polished surface produced by burnishing with the applicationof soot. (Winstedt dlm Siti Zainon 1986: 63).

Penemuan-penemuan ini, menurut para pengkaji, dapat menjelaskanbahawa kegiatan ‘perusahaan tembikar’ sudah wujud di Tanah Melayusejak awal dan telah berkembang dengan terciptanya pelbagai bentukdan ragam hias (Siti Zainon 1986).

Penggunaan unsur-unsur yang jelas bersifat tempatan ini dapatmemperkukuhkan lagi hujahan bahawa seni kraftangan tembikartradisional, khususnya labu sayong, adalah ciptaan hakiki orang Melayudan mencerminkan suatu warisan budaya yang begitu bernilai kepadasejarah dan ketamadunan orang Melayu. Berasaskan pengekalan unsur-unsur tempatan itulah (Wray 1903: 24) menegaskan:

“Malayan pottery may, therefore, be looked upon as a survival,amongst a fairly civilized people, of a phrase in the ceramic art faranterior to that to be found in other countries in a similar state ofadvancement, and, such , appears to be deserving of some study andattention.”

Page 8: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

138 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

SEJARAH PEMBUATAN TEMBIKAR DI KUALA KANGSAR,PERAK

Kraftangan tembikar Malaysia yang cukup terkenal sama ada diperingkat tempatan mahupun antarabangsa ialah Labu Sayong dan LabuPulau Tiga di Perak, manakala di negeri lain ialah Terenang (Pahang),Mambong (Kelantan), Nuan dan Kudin (Sarawak), Kecor (Perlis) sertaKuron dan Lapohan (Sabah). (Ibrahim Darus & Sahaimi Abd Manaf2005).

Setiap satu hasilan tembikar kraftangan tradisional mengikut negeriitu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan unik, yang berkait rapat denganadat resam dan kepercayaan tempatan, serta bahan mentah tanah liatyang digunakan dan cara penghasilan seni kraf itu. Walaupun tembikardiusahakan di beberapa tempat di negeri Melayu, tetapi berdasarkankajian, Perak dikatakan merupakan satu-satunya negeri atau “…kawasanyang masih mempertahankan nilai pembentukan secara turun temurun,baik dari segi proses penciptaannya mahupun rekabentuk luarnya.” (SitiZainon 1986). Bagaimanapun sejauhmana pandangan itu masih bolehdipegang dalam konteks perkembangan yang berlaku di Perak sekarangakan diperdebatkan nanti.

Dari segi sejarah, terdapat beberapa versi yang wujud tentang asal-usul tercipta dan berkembangnya kegiatan perusahaan labu sayong diPerak daripada satu hasilan yang bersifat untuk kegunaan sendiri menjadihasil komersil. Mengikut versi sejarah tempatan, asal-usul penciptaanlabu sayong bermula daripada penggunaan buah labu sebagai alat untukmengisi air. Pada zaman dahulu, masyarakat Sayong di Perakmenggunakan labu tua yang dikeringkan dan dibentuk menjadi satu bekasberbentuk labu yang boleh diisi air untuk kegunaan menyimpan air danminuman. Apabila masa berlalu dan masyarakat sudah berupaya untukmenghasilkan peralatan rumah menggunakan tanah, maka labu mulaberansur-ansur digantikan dengan sejenis tembikar yang sama bentukdan fungsinya dengan labu dan dikenali sebagai labu sayong.

Kajian yang dilakukan oleh Siti Zainon (1986) terhadap sejarah asal-usul labu sayong memperlihatkan bahawa tukang-tukang membuattembikar menggunakan cara lama yang telah dipusakai oleh merekadaripada ibu, nenek atau moyang yang kononnya telah berumur lebihseratus tahun. Berasaskan maklumat temubual yang diberikan oleh PuanHasnah Adnan, salah seorang pengusaha tembikar labu sayong diKampung Kepala Bendang bersama dua orang saudara perempuannya,mereka didakwa mewarisi kepandaian membuat tembikar daripada nenek

Page 9: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 139

mereka iaitu Nila Hitam. Siti Zainon mencatatkan bahawa beberaparekabentuk tembikar labu sayong ciptaan Nila Hitam memang wujud danada disimpan di Muzium Taiping, Perak. Nila Hitam dikatakan telahmeninggal dunia pada tahun 1903.

Maklumat lain pula diberikan oleh seorang lagi pengusaha tembikarlabu sayong di Kampung Kepala Bendang iaitu Encik Othman Satar.Encik Othman menjelaskan satu lagi versi sejarah labu sayong iaitukegiatan membuat labu sayong telah dimulakan oleh datuknya, ‘Tuk Kaluk’yang dikatakan telah datang dari daerah Minangkabau, Sumatera.Menurut Encik Othman, Tuk Kaluk mula memperkenalkan penciptaantembikar daripada tanah liat pada kira-kira tahun 1810 iaitu semasa Perakdi bawah pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain. (Sebenarnyapemerintah Perak pada masa itu ialah Sultan Abdul Malik Mansur Syah(1806-1825).

Menurut cerita ini, Tuk Kaluk merupakan seorang yang mempunyaihubungan yang amat rapat dengan istana. Beliau dikatakan telahdianugerahi sebidang tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendangsebagai menghargai jasa dan kepandaiannya membuat hasil kraftanganseperti pedang, parang, keris dan tembikar. Sejak daripada itulah TukKaluk mula menyumbangkan kebolehannya membuat labu sayong kepadapenduduk Kampung Kepala Bendang. Lama kelamaan penduduk di situpandai membuat labu sayong dan mewarisi kepandaian tersebut hinggasekarang.

Sebenarnya tidak banyak sumber yang boleh didapati bagi menjelaskantentang asal-usul dan sejarah penciptaan labu sayong. Dakwaan bahawatembikar labu sayong diperkenalkan oleh ‘penghijrah’ dari Sumatera sejakzaman awal mungkin benar dan ini diakui sendiri oleh Wray dalamkajiannya pada tahun 1903 itu. Dari satu segi, walaupun diakui pihakyang mula mencipta tembikar di Perak adalah orang Melayu yang‘berhijrah’ dari Sumatera, namun pada masa dahulu mereka jugasebenarnya bukanlah orang luar kerana pada ketika itu penduduk diSumatera dan Semenanjung Tanah Melayu berkongsi satu wilayah danidentiti, bersifat serumpun dan sebangsa.

Menurut Wray, kemungkinan besar orang asli (Semang dan Sakai)yang telah tinggal di Tanah Melayu lebih awal dan dikenali sebagai orangdarat juga merupakan sebahagian masyarakat Melayu yang sebangsadengan ‘penghijrah’ dari Sumatera itu. Cuma mereka adalah golonganMelayu yang tidak dapat menerima perubahan dari luar dan masihmengekalkan budaya hidup primitif. Golongan ini, menurut Wray, tidakpula memiliki kesenian membuat tembikar tetapi hanya bergantung kepada

Page 10: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

140 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

unsur-unsur yang lebih primitif seperti tulang-tulang dan pokok-pokokkayu serta buluh untuk menghasilkan barangan kegunaan harian.

Satu lagi sumber awal sejarah Perak yang dapat memberikan serbasedikit maklumat tentang sejarah dan asal-usul tembikar di Perak ialahMisa Melayu. Misa Melayu yang mencatatkan tentang perkembangansejarah Perak pada kurun ke-18 ada menyebut secara sepintas lalubagaimana tembikar sudah pun digunakan sejak kurun ke-18 lagi olehpihak istana dan para pembesar Melayu sebagai tempat untuk menyimpanair minum dan untuk bersiram. Misalnya ada diceritakan bahawa sewaktuSultan Iskandar Zulkarnain mudik menghilir sungai dari istana PulauCempaka Sari ke Pulau Tiga Perak, baginda turut membawa peralatantembikar yang digunakan sebagai bekas minuman dan untuk bersiram.

Walau apapun perbezaan pandangan yang wujud tentang asal-usulnya, seni membuat tembikar, jelasnya, adalah dicipta oleh orang Melayutempatan dan di Perak ia hanya wujud di beberapa tempat yang tertentusahaja. Mengikut kajian Wray, sehingga tahun 1903, perusahaan membuattembikar di Perak didapati hanya wujud di empat lokasi atau daerah utama.Tiga daripadanya terletak di sepanjang pesisiran Sungai Perak. Pertamanyaialah di Lenggong iaitu di utara atau hulu Sg. Perak, kedua di Sayong,Kuala Kangsar dan ketiga di Pulau Tiga, hilir Sungai Perak.5

Daripada ketiga-tiga tempat ini, tembikar yang diperbuat di PulauTiga dipercayai adalah yang paling berkualiti, kemudian diikuti olehtembikar dari Sayong dan yang paling kurang bermutu kualitinya adalahtembikar yang diperbuat di Lenggong (Wray 1903).6 Bagaimanapuntemubual penulis dengan Puan Maznah Sulaiman dan suaminya EncikSaparudin Mohd Noh, iaitu pengusaha tembikar tradisional di KampungKepala Bendang, Sayong, menjelaskan bahawa labu sayong dari daerahSayong adalah yang dianggap paling berkualiti dan terbaik di seluruh Perakkerana tanahnya yang didakwa lebih baik dan berkualiti.7

Sememangnya kegiatan membuat tembikar amat dipengaruhi olehkualiti tanah liat yang merupakan bahan utama pembuatan tembikar. Inimenjelaskan kenapa tidak semua tempat di negeri Perak bolehmenghasilkan perusahaan pembuatan tembikar. Umumnya tanah liat yanglebih baik mutunya adalah yang terletak di bahagian yang lebih dekatdengan sungai. Oleh itu, tidak hairanlah lokasi utama perusahaanpembuatan tembikar umumnya terletak di sepanjang pesisiran SungaiPerak.

Menurut kajian oleh Chia Ming Soon (1995), kegiatan pembuatantembikar di Malaysia sejak zaman awal lagi secara konsisten telahbergantung kepada tanah liat di kawasan setempat untuk penghasilan

Page 11: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 141

tembikar. Bahkan kajian ilmiah yang dijalankan di seluruh duniamenunjukkan sebenarnya pembuat tembikar hanya bergantung kepadatanah liat yang berdekatan dan menjelajah tidak lebih daripada tujuhkilometer untuk mendapatkan sumber tersebut. Jadi secara umumnyasesuatu perusahaan tembikar adalah bersifat tempatan, diusahakan hanyaoleh orang tempatan dan hanya berkembang di kawasan yang mempunyaitanah liat yang berkualiti sahaja (Chia Ming Soon 1995).

Kajian yang dibuat terhadap perusahaan membuat tembikar diKampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar pada hari inimendapati pembuat tembikar tradisional labu sayong di sana mendapatkantanah liat daripada kawasan yang berdekatan dengan kampung mereka,iaitu sama ada di kawasan anak-anak dan tebing-tebing sungai, tanahpadi atau changkat (bukit kecil atau pongsu) yang tidak berapa jauh darisungai, iaitu lebih kurang 2-3 kilometer daripada kampung mereka.

Kajian oleh Wray menjelaskan bahawa sehingga tahun 1903, didapatihanya terdapat kira-kira 10 buah rumah yang telah mengusahakanpembuatan tembikar secara tradisional dengan menggunakan tangan diSayong. Mereka yang mahir dalam seni kraftangan ini umumnya adalahterdiri daripada golongan wanita yang sudah pun berumur. Wraymendapati wanita muda Melayu di Perak sejak zaman dahulu lagisememangnya kurang berminat untuk mempelajari atau mewarisi kesenianitu daripada orang tua mereka (Wray 1903). Oleh itu, kemahiran senikraftangan membuat tembikar secara tradisional menggunakan tangansecara beransur-ansur telah mulai hilang pewarisnya dan semakin pupus.

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PEMBUATANTEMBIKAR LABU SAYONG HARI INI

Jika tidak dibantu, kemungkinan perusahaan tembikar di Kuala Kangsardan di tempat-tempat lain juga akan terhapus seperti yang berlaku terhadapperusahaan tembikar tradisional di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Namundengan kesedaran awal di pihak kerajaan, usaha-usaha yang bersungguh-sungguh telah dijalankan bagi memastikan seni kraftangan ini terusdikekalkan. Kesannya, perusahaan membuat tembikar di Sayong, KualaKangsar hingga ke hari ini boleh dikatakan telah berkembang denganamat pesat dan menguntungkan. Daripada ciptaan awalnya sebagai alatanuntuk kegunaan sendiri, sekarang ia telah pun berkembang sebagai satuproduk pengeluaran komersil yang menguntungkan dan menjadi sumberpendapatan lumayan.

Page 12: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

142 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

Selain itu, persepsi masyarakat dan sambutan yang cukup baik telahditerima oleh para penguasaha terhadap produk labu sayong dari KualaKangsar. Menurut sumber dari PKKM, walaupun kini pasaran tembikarbelum lagi sampai ke peringkat eskport ke luar negara, permintaan daripadapasaran tempatan adalah amat baik. Pengarah PKKM, mengatakanpermintaan pasaran terhadap produk tembikar labu sayong Kuala Kangsarsentiasa tinggi. Bahkan ada pengusaha tembikar di sana yang benar-benar maju dan terpaksa menolak sebahagian daripada tempahan yangingin dibuat oleh pelanggan. Pendek kata, perusahaan membuat tembikarlabu sayong khususnya di Kuala Kangsar, boleh menjanjikan pendapatanlumayan.

Kajian lapangan yang dibuat oleh penulis mendapati perusahaanmembuat labu sayong di Kuala Kangsar kini telah tumbuh dengan begitumeluas jauh melepasi 10 buah lokasi perusahaan yang pernah direkodkanoleh Wray pada tahun 1903. Mengikut anggaran yang diberikan olehpengarah PKKM, terdapat sekitar 100 buah rumah yang kini telahmengusahakan pembuatan tembikar labu sayong secara tradisional danmoden di Kuala Kangsar. Antara kampung yang masih aktif mengusahakanpembuatan tembikar ialah Kampung Kepala Bendang, Bukit Lada, SayongMasjid, Sayong Ulu dan Kuala Sayong.

Sebahagian besar daripada kepesatan ini disebabkan oleh galakanyang diberikan oleh pihak kerajaan sendiri. Selain usaha yang dilakukanoleh kerajaan negeri Perak sendiri,8 kerajaan pusat, khususnya melaluiKementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia, telah menunjukkan minat yang begitumendalam untuk terus mengekalkan kesenian dan keaslian kraftangantradisonal tempatan di samping berusaha mendedahkan hasilan tembikarkepada peminat seni di seluruh Malaysia dan juga luar negara. Usaha-usaha ke arah mempromosi dan mempergiatkan lagi hasil kraftangantembikar telah dijalankan oleh kerajaan sejak awal tahun 1970-an lagi.

Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ialah denganmewujudkan beberapa agensi khusus untuk membantu mengembangkanindustri kraftangan tembikar khususnya di Perak. Antaranya denganmenubuhkan dan memperbadankan PKKM cawangan Perak (yangditubuhkan pada 1973 dengan nama awal Lembaga Kraftangan MalaysiaCawangan Perak) di Enggor, Kuala Kangsar. PKKM cawangan Perakmemang berfungsi sebagai satu pusat pengembangan perusahaan tembikaryang utama di Malaysia.

Pihak Kraftangan Malaysia ditugaskan untuk memajukan, menggiatdan memulihkan kemahiran tradisional dan seterusnya mendidik tukang-

Page 13: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 143

tukang kraf yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden,pengeluaran, pengurusan dan pemasaran secara lebih sistematik (IbrahimDarus & Sahaimi Abd Manaf 2005). Di Kuala Kangsar, peranan yangdimainkan PKKM cawangan Perak bukan sahaja membantu mempromosidan memasarkan hasil tembikar penduduk tempatan, tetapi jugamenyediakan kepakaran dan pusat latihan untuk memenuhi keperluanindustri seramik dan menjamin pengekalan perusahaan tradisi denganmelatih golongan remaja yang meminati perusahaan tembikar secaratradisional mahupun moden. Malah PKKM mendapat peruntukan yangbanyak bagi mencapai hasrat itu dan sehingga kini memiliki kemudahaninfrastruktur yang begitu sempurna bagi membantu mengembangkan lagikegiatan seni kraftangan, bukan sahaja labu sayong tetapi seni lain yangterdapat di Perak seperti seni sulaman membuat tekat benang emas, senianyaman, seni membuat keris dan sebagainya.

Dari segi pembuatan labu sayong, kaedah moden menggunakan acuandan mesin telah mula diperkenalkan sejak tahun 1975 oleh PKKM. Padamasa sekarang, PKKM juga telah membina kilang kemudahan guna mesindan peralatan membuat tembikar. Penggunaan alatan moden melaluikaedah casting dan throwing dalam pembuatan tembikar bagimempercepatkan proses pengeluaran telah membolehkan tembikardihasilkan dengan lebih banyak dan dijual dengan harga yang lebih murah.9

Kecenderungan pada hari ini agak jelas memperlihatkan bahawa fungsitembikar kini adalah lebih luas, khususnya digunakan sebagai baranganseni dan perhiasan dengan pihak PKKM memberi galakan yang tinggikepada pengusaha untuk mempelbagaikan corak dan bentuknya.Kegunaan asal tembikar labu sayong sebagai tempat menyimpan airsebenarnya juga telah lama hilang dan kini ia lebih berfungsi sebagaibarangan seni atau kraftangan yang dibeli untuk dipamerkan sahaja.

Dari segi kualiti, terdapat percanggahan pendapat antara pengusahatembikar tradisional dengan PKKM. Pengusaha tradisional menjelaskanbahawa mereka kurang berminat untuk menukar kepada teknik pembuatanmoden kerana pembuatan tembikar labu sayong secara tradisionaldidakwa lebih berkualiti, tiada campuran kimia, mampu menjadi penawarpelbagai penyakit serta lebih tahan lama sekiranya digunakan untukmenyimpan air panas. Pembuatan cara moden, menurut mereka, bukansahaja kurang kualiti dan khasiatnya, tetapi juga lebih berisiko untuk mudahpecah.10

Namun pihak PKKM memberikan pendapat yang sebaliknya. MenurutTuan Haji Mohd Yusof, pengarah PKKM sendiri, dari segi kualiti tembikaryang dihasilkan sama ada secara tradisional atau moden adalah lebih

Page 14: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

144 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

kurang sama sahaja dan tidak jelas perbezaannya. Beliau mengakui keranasalah tanggapan itulah yang menyebabkan PKKM pada peringkat awalnyamenghadapi masalah untuk membantu pihak pengusaha tembikar di KualaKangsar yang sukar untuk diubah daripada pengusaha tradisional kepadakepada pengusaha tembikar menggunakan teknik moden. Walaupun padaperingkat awalnya pengenalan teknik pembuatan tembikar secara modenkurang mendapat sambutan pengusaha kerana diragui mampumenghasilkan produk tembikar yang berkualiti tinggi, namun menurut TuanHaji Mohd Yusof, pada masa kini keraguan itu ternyata mulai hilang. Kinikebanyakan pengusaha mula meninggalkan teknik tradisional dan beralihsepenuhnya kepada penggunaan teknik moden pembuatan tembikar yanglebih cepat dan efektif. Bahkan sambutan terhadap tembikar yangdihasilkan secara moden adalah baik kerana ia dapat memenuhipermintaan tinggi daripada pelanggan.

Walau bagaimanapun, sambutan terhadap tembikar yang dihasilkansecara moden bukanlah bermakna labu sayong buatan tradisional kurangmendapat sambutan. Melalui pemerhatian penulis, sebenarnya para pembelitembikar didapati lebih berminat mendapatkan labu sayong asli yang dibuatsecara tradisional menggunakan tangan kerana dipercayai lebih bermutudan berkhasiat dari segi kesihatan jika digunakan untuk menyimpan air.Namun, kebanyakan pembeli tidak didedahkan dengan maklumat yangjelas tentang wujudnya tembikar yang dibuat secara tradisional danmoden. Ini ditambah lagi dengan sikap pembeli itu sendiri yang hanyamembeli tembikar dengan anggapan ia adalah tembikar buatan tradisionalkerana mereka tidak begitu mengambil tahu tentang soal kualiti dan teknikpembuatannya. Umumnya pilihan utama para pembeli adalah terhadapproduk tembikar yang cantik, tinggi kualiti tetapi lebih murah harganya.

Ini menyebabkan dalam persaingan pasaran, produk tembikar yangdihasilkan secara tradisional dan kurang diberikan perhatian oleh agensi-agensi terbabit gagal untuk bersaing kerana pasaran kini telah dipenuhidengan tembikar teknik moden yang boleh dihasilkan secara pukal dandengan lebih cepat.

ANTARA WARISAN TRADISI DAN HASIL KOMERSIL

Beberapa persoalan telah timbul mengenai masa depan sebenar industrikraftangan tembikar tradisional dan juga persaingannya dengan tembikarmoden. Menurut kajian, pandangan sepintas lalu tentang masa depantembikar tradisional, khususnya di Sayong, Kuala Kangsar, tidak

Page 15: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 145

memperlihatkan sesuatu yang memberansangkan. Pada zaman dahulu,permintaan untuk tembikar tradisional adalah sentiasa baik kerana iamerupakan alat kegunaan harian. Namun kini penggunaannya semakinterhad kerana fungsinya itu telah diambil alih oleh peralatan moden sepertipeti sejuk, periuk nasi dan lain-lain. Nilai estetika tembikar tradisionaljuga dikatakan tidak dipandang tinggi oleh orang ramai menyebabkanpermintaannya kecil dan tidak anjal (Ibrahim Darus & Sahaimi Abd Manaf2005). Oleh itu kajian awal yang dibuat memperlihatkan seolah-olahperusahaan tembikar menghadapi zaman yang begitu malap di Perak.

Gambaran sebaliknya diberikan melalui tinjauan yang dibuat terhadappengusaha tembikar dan pihak PKKM sendiri. Menurut mereka,sebenarnya kegiatan membuat tembikar adalah begitu pesat danmendatangkan keuntungan yang tinggi kepada pengusahanya, terutamanyasetelah PKKM cawangan Perak berjaya mendidik dan memberi galakanserta bantuan kepada pengusaha-pengusaha di Kuala Kangsar untukmemajukan industri tersebut.

Walaupun perusahaan membuat tembikar labu sayong di KualaKangsar, Perak kini telah berkembang dengan pesat dan menguntungkan,namun hakikatnya perusahaan labu sayong yang benar-benar dihasilkansecara tradisional dan asli semakin berkurangan dengan ketara jikadibandingkan dengan penemuan oleh Wray pada 1903. Jika kajian olehWray menunjukkan bahawa pada tahun 1903 masih terdapat 10 buahrumah atau keluarga yang mengusahakan pembuatan labu sayong secaratradisional menggunakan tangan; dan sehingga 1960-an dikatakankebanyakan pembuatan tembikar masih lagi diusahakan secara tradisional;tetapi sejak pengenalan teknik pembuatan moden oleh PKKM pada 1970-an, hampir kesemua pengusaha tembikar kini telah pun bertukar kepadateknik pembuatan moden. Sebenarnya dari satu segi, dasar untuk mengekaldan mengembangkan industri kraftangan tembikar telah dapat dicapai.Namun proses memajukan dan memodenkan kegiatan membuat tembikarlabu sayong di Kuala Kangsar ini bukan tiada kesan sampingannya.

Memanglah dari segi produk, tembikar labu sayong masih dianggapsebagai satu produk ‘tradisional’, tetapi dari segi seni dan prosespenciptaannya secara keseluruhan kini bukanlah merupakan suatu bentukkraftangan Melayu yang benar-benar tradisional dan asli yang dapatdibanggakan.11 Pengukuran dapat dibuat kerana teknik moden menjadikantembikar asli hanya dari segi tanah dan tampaknya, tetapi dari segi senipembuatannya ia adalah sesuatu yang tidak lagi unik dan boleh didapatiwujud atau dibuat di mana-mana sahaja kerana ia dibuat menggunakanacuan dan peralatan moden.

Page 16: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

146 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

Walaupun di luar Sayong para pembeli masih lagi melihat labu sayongyang dihasilkan melalui teknik moden sebagai labu sayong tradisional,tetapi hakikatnya jika para pembeli, para penggiat seni luar dan parapelancong melihat sendiri cara pembuatan labu sayong kini, mereka akanmendapati tiada apa-apa keistimewaannya lagi dalam kegiatan ‘senikraftangan’ ini. Bahkan para pelancong yang pernah melawat ke tapak-tapak perusahaan membuat tembikar labu sayong di Kuala Kangsar jugadiakui sendiri oleh pihak PKKM tidak lagi merasa tertarik bahkan merasatertipu dengan cara penghasilannya yang moden itu. Ini kerana merekalebih berminat untuk melihat cara pembuatan labu sayong secara tradisionalmenggunakan tangan, seperti yang sering digambarkan dalam risalah-risalah pelancongan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri Perakatau agensi pelancongan.

Perlulah diakui bahawa segala kemudahan, galakan dan bantuan yangdiberikan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensinya dalam membantumengembangkan industri pembuatan tembikar labu sayong denganmemperkenalkan kaedah pembuatan atau teknik moden adalah satuusaha yang sangat murni dan perlu dipuji. Tetapi ia perlulah diimbangiagar tidak menjejaskan terus keaslian warisan kraftangan tradisionaltersebut.

Buat masa sekarang, dasar pemodenan dan pengkomersilanperusahaan membuat labu sayong secara besar-besaran telah dan hampirmenghapuskan sama sekali pembuatan tembikar labu sayong secaratradisional menggunakan tangan yang merupakan warisan sebenarkebanggaan rakyat Malaysia. Kemahiran seni kraftangan membuattembikar labu sayong yang asli itu, jika terhapus, amatlah sukar untukdicari ganti. Kes terhapusnya warisan pembuatan tembikar di beberapatempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang12 sebelum ini patut menjadiiktibar oleh semua pihak untuk mengelakkan kegiatan kraftanganmembuat tembikar di Kuala Kangsar juga turut mengalami nasib yangsama, tetapi kali ini dalam bentuk yang lain iaitu ditelan oleh prosespemodenan dan pengkomersilan.

Setakat kajian ini dijalankan, perusahaan secara tradisional, yakniyang benar-benar tradisional iaitu yang dihasilkan dengan kaedah picitdan cubit atau picit dan lilit menggunakan tangan, dan yang telah diwarisisejak turun temurun dalam kalangan orang Melayu, hanya wujud di sebuahrumah sahaja dan diusahakan oleh sebuah keluarga sahaja. Ia masihterdapat di Kampung Kepala Bendang, Sayong yang kini diusahakanoleh Encik Saparudin dan Pn Maznah. (Ini disahkan oleh pengarah PKKMsendiri).13

Page 17: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 147

Melalui temubual yang dibuat, Encik Saparudin dan Puan Maznahmenyatakan bahawa kemahiran mereka membuat labu sayong adalahdiwarisi secara turun temurun daripada keluarga. Puan Maznahmengistilahkan kemahiran membuat labu sayong ini sebagai “main tanah.”Dalam tempoh sebulan Puan Maznah yang dibantu oleh suaminya EncikSaparudin mampu menghasilkan sekitar 80-90 biji labu sayongmenggunakan kaedah tradisional. Puan Maznah mengatakan bahawabeliau tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada kerajaan dan hanyamenggunakan modal sendiri untuk memajukan perusahaan labu sayongtradisionalnya.14

Sehingga kini hanya tinggal keluarga ini satu-satunya pengusahatembikar labu sayong tradisional yang masih bertahan. Itupun jika diihatkepada usia mereka dan tidak adanya pewaris muda (khususnya golonganwanita) yang boleh meneruskan usaha-usaha tersebut, berkemungkinanbesar kegiatan menghasilkan kraftangan tembikar tradisional ini akanterhapus selama-lamanya dan hanya tinggal sejarah bagi orang Melayubukan sahaja di Perak bahkan di Malaysia.

MASALAH DAN CABARAN

Perusahaan tembikar secara tradisional menghadapi halangan untuk terusmaju dan kekal dalam persaingan kerana beberapa faktor. Antaranyaialah kekurangan modal, latihan, promosi dan juga perhatian yang kurangdiberikan terhadap mereka berbanding terhadap pengusaha-pengusahayang sudah berubah kepada penggunaan teknik pengeluaran secaramoden. Pembuatan tembikar secara tradisional sampai sekarang masihdilihat secara negatif sebagai perusahaan yang susah berubah, kurangproduktif, sukar dan tidak berbaloi untuk dimajukan kerana tidak memberikeuntungan lumayan.

Gambaran semasa yang diberikan terhadap pengusaha-pengusahatembikar tradisional ini adalah lebih cenderung untuk mempersalahkansikap mereka yang tidak mahu berubah sebagai punca utama kepadakemelesetan atau terhakisnya perusahaan pembuatan tembikar secaratradisional. Bagi pihak PKKM dan agensi-agensi kerajaan yang lain, merekamenganggap kegiatan membuat tembikar tradisional sebagai tidakmenguntungkan, tidak mampu berkembang, dan tidak boleh diharapkanuntuk memperbaiki nasib masa depan pengusaha mahupun industripembuatan tembikar di Perak. Oleh itu, perhatian utama yang diberikanialah ke arah membantu industri tembikar serta pengusaha-pengusaha

Page 18: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

148 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

yang sedia berubah dan bersedia menukar kepada teknik pembuatanmoden yang lebih produktif dan menguntungkan.

Antara kekangan yang dihadapi oleh pengusaha tembikar tradisionalialah proses pengeluarannya yang dikatakan susah dan memakan masaserta tidak tetap bergantung kepada keadaan masa, musim, cuaca,kesihatan tukang dan sebagainya. Menurut pihak PKKM, pengeluarantembikar secara tradisional kurang produktif dan menguntungkan keranaia hanya boleh dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Kajian oleh Asyaari Muhamad menjelaskan bahawa jika dibandingkandengan teknik moden, penghasilan secara tradisional menggunakan tanganadalah amat lambat dan memakan masa. Contohnya untuk menghasilkansebuah tembikar dengan menggunakan teknik memicit dan memprosessecara tradisional dikatakan mengambil masa selama empat hingga limahari, sebaliknya dengan menggunakan kaedah moden seperti menggunakanacuan dan mesin throwing mengambil masa selama beberapa jam sahajauntuk menyiapkannya (Asyaari Muhamad 1998: 69). Namun begitu,dapatan tembual penulis dengan Puan Maznah mengatakan beliau mampumenghasilkan 80-90 tembikar sehari menggunakan kaedah tradisionaladalah sesuatu yang memberansangkan dan memperlihatkan dari segipengeluaran, pembuatan secara tradisional juga mampu untukmengeluarkan hasil yang cukup tinggi.

Kekangan seterusnya ialah dari segi rekaan dan rekabentuk tembikaryang kini menampakkan perbezaan jelas antara yang dibuat secaratradisional dan moden. Teknik moden dikatakan lebih berjaya jikadibandingkan dengan tradisional dari segi rekabentuk dan kreativitinyakerana ia menampilkan ciri-ciri serta fungsi baru sesuai dengan kehendakmasyarakat moden pada hari ini. Pada masa kini, tembikar moden yangdihasilkan bukan lagi berfungsi sebagai alat menyimpan air, tetapi telahdijadikan sebagai barangan pameran, pasu bunga dan lampu denganpelbagai ragam dan bentuknya. Pendek kata, pembuatan secara modenlebih fleksibel dan mampu disesuaikan dengan citarasa masyarakat masakini. Kecenderungan untuk mencipta pelbagai jenis corak, bentuk dankegunaan labu sayong telah menjadikan kegunaan asalnya sebagai alatmenyimpan air tidak lagi penting dan ini secara tidak langsung menjadikankegiatan pembuatan labu sayong secara tradisional tidak begitu berdayasaing lagi.

Sememangnya jika bersaing dengan pembuatan cara moden,perusahaan tembikar secara tradisional akan gagal kerana tembikartradisional tidak begitu fleksibel dari segi bentuk, corak dan fungsinya.Sehingga kini ia masih kekal kepada bentuk dan corak asalnya yang begitu

Page 19: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 149

sederhana, bahkan fungsinya masih lagi kekal sebagai alat menyimpanair. Walaupun diakui permintaan terhadap tembikar tradisional tetap adakerana peminat setianya masih ada, namun jumlah mereka terlalu kecildan dengan itu kuantiti permintaan tembikar tradisional adalah sedikitberbanding dengan produk tembikar moden. Kebanyakan pembelitembikar tradaisional sekarang juga membelinya bukan lagi keranafungsinya tetapi kerana nilai intrinsik yang ada pada tembikar tersebut(Ibrahim Darus & Sahaimi Abd Manaf 2005).

Jadi dalam konteks ini perusahaan tembikar tradisional tidak akanmampu menghadapi persaingan daripada industri tembikar moden yanglebih mudah diselaraskan dengan kehendak pembeli dari segi fungsi, corakdan rekabentuknya. Ini ditambah lagi dengan sikap pembeli yang tidakbegitu menghargai tembikar tradisional kerana tidak mampumembezakannnya dengan yang moden. Mereka umumnya lebih tertarikdengan tembikar moden yang pelbagai bentuk, fungsi, lebih kreatif danmenarik jika dibandingkan dengan tembikar tradisional, selain harganyayang lebih murah dan lebih senang didapati.

Dalam konteks ini mahu tidak mahu perusahaan tembikar tradisionaldi Kuala Kangsar Perak memerlukan bantuan dan galakan sepenuhnyadaripada pihak kerajaan pusat atau negeri. Dasar kerajaan untukmengekalkan dan memajukan warisan kraftangan tradisional Melayu yanglebih tepat ialah dengan memberi perhatian yang lebih jelas dan khususkepada usaha memelihara dan mengekalkan bahkan mengembangkanlagi perusahaan tembikar secara tradisional kerana itulah sebenarnyakemahiran serta warisan seni kraftangan sebenar orang Melayu yangperlu dijaga dan dipertahankan. Pembuatan secara moden tidak begituboleh dibanggakan kerana ia tidak mempunyai nilai kesenian yang tinggidan pembuatnya pula tidak memerlukan kemahiran untukmenghasilkannya, sebaliknya hanya bergantung kepada mesin-mesin danperalatan moden. Pendek kata, dasar-dasar kerajaan untuk mengekalkandan memajukan kraftangan membuat tembikar perlulah diseimbangkanantara keinginan untuk menjadikannya sebagai hasil komersil dan hasratuntuk terus menjamin pengekalan warisan sejarah ini. Jika tidak, iamungkin akan terhapus selama-lamamnya.

USAHA MENGUKUHKAN SEMULA PERUSAHAANTEMBIKAR TRADISIONAL

Sebenarnya jika diukur, pembuatan tembikar secara tradisional masihboleh dibangunkan dan memberi pulangan yang lumayan jika diberi

Page 20: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

150 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

galakan, promosi dan bantuan yang lebih baik. Pembuatan tembikar secaratradisional juga boleh dimodenkan tetapi tidaklah sampai ke tahapmenghapuskan sama sekali identiti dan keistimewaannya yang asal.

Namun sehingga kajian ini dibuat, usaha-usaha untuk menggalakkanpembuatan tembikar secara tradisional boleh dikatakan hampir tidak ada.Sebaliknya pengusaha-pengusaha tembikar di Kuala Kangsar hanya diberigalakan agar terus berubah kepada teknik penghasilan moden sepenuhnya.Dalam hal ini, pihak kerajaan melalui agensi-agensinya seharusnyamemberikan bantuan sepenuhnya sama ada dalam bentuk kewangan,promosi, latihan dan pasaran agar ia dapat menonjolkan diri dan masyarakattempatan serta luar akan lebih mengenali dan menghargainya.

Bantuan khusus seperti insentif kewangan dan modal juga perludiberikan kepada pengusaha-pengusaha tembikar tradisional untukmembolehkan mereka terus kekal bersaing dan memajukan diri seiringdengan perusahaan tembikar moden. Bahkan dalam usaha untuk memberigalakan, pihak atau agensi tertentu khususnya PKKM boleh terus membeliproduk tembikar daripada pengusaha tradisional dan menjualnya dalampasaran tempatan mahupun mengeksportnya ke luar sebagai produk seniMalaysia yang boleh dibanggakan.

Pada masa kini memang pihak kerajaan melalui PKKM telahmengadakan insentif tertentu kepada Puan Maznah sebagai satu-satunyapengusaha tembikar tradisional di Kuala Kangsar seperti mengiktirafnyasebagai tokoh kraf dan memberikannya elaun bulanan. Namun usahabantuan dan galakan ini tidak cukup hanya kepada sebuah keluarga sahaja.Usaha-usaha bantuan dan galakan juga patut diperluaskan kepada parapengusaha lain agar dapat menambah dan memperbanyakkan lagiperusahaan membuat tembikar secara tradisional di Kuala Kangsar.

Selain itu, pihak PKKM juga perlu menggunakan segala kemudahanyang ada di premisnya untuk menyediakan latihan kemahiran kepadagolongan belia agar mereka mendapat kemahiran sepenuhnya dalampembuatan tembikar sama ada secara moden atau khususnya, dan yanglebih penting lagi, secara tradisional. Ini kerana seni atau kemahiranpembuatan tembikar secara tradisional jauh lebih sukar diperolehi ataudikuasai berbanding teknik moden yang tidak memerlukan sebarangkemahiran tinggi. Ini dapat memastikan supaya mereka menjadi pewaris-pewaris kraftangan tembikar tradisional pada masa depan dan memastikanperusahaan tembikar tradisional tidak akan terhapus begitu sahaja.

Bagi penulis, memanglah pembuatan tembikar secara moden lebihsenang, produktif, menarik dan menguntungkan, tetapi hasil seninyatidaklah seindah dan seistimewa hasil pembuatan tembikar tradisional

Page 21: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 151

dengan menggunakan tangan. Penulis berharap tembikar labu sayongyang diperbu yang at daripada tangan terus dikekalkan walaupun kuantitiyang dihasilkan adalah sedikit agar warisan sejarah, kesenian dankeindahan tembikar tersebut tetap terpelihara dan menjadi warisankebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

RUMUSAN

Sebagai rumusan, sejarah asal-usul dan perkembangan kegiatan membuattembikar labu sayong yang begitu unik dan istimewa haruslah menjadikebanggaan bukan sahaja kepada orang Melayu bahkan rakyat Malaysiakeseluruhannya. Kraftangan membuat tembikar tradisional adalah salahsatu warisan seni dan sejarah Malaysia yang harus dipertahankan, bukanhanya dilihat dan dipentingkan dari aspek komersilnya sahaja.

Dasar memajukan dan memodenkan kegiatan kraftangan membuattembikar yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah amat baik,tetapi dibimbangi tanpa langkah-langkah yang sebetulnya diambil, ia hanyaakan mempercepatkan lagi proses penghapusan warisan negara yangbegitu bernilai dan telah dipertahankan kewujudannya sejak zamanberzaman. Jika pihak kerajaan telah berusaha bertungkus lumus untukmengembang dan memajukan perusahaan membuat tembikar secaramoden, langkah yang sama juga perlulah diambil untuk mengekalkan danmeneruskan kesinambungan warisan sejarah ini agar tidak luput ditelanzaman dan arus pemodenan.

NOTA

1 Kesenian menurut Asyaari Muhamad (1998) mempunyai erti yang amat luas tetapisecara umumnya ia membawa maksud sesuatu hasil ciptaan manusia yang memilikinilai-nilai estetika dalam komposisi, ekspresi dan hiasan yang dominan dan dalamhal-hal yang tertentu mengambil kira aspek utiliti. Tembikar boleh dimasukkansebagai salah satu daripada hasil kesenian selain beberapa seni ciptaan lain sepertiseni khat, seni ukir, seni bina, seni lukis, seni tari, seni lakon, seni muzik dan senimempertahankan diri yang masing-masing memerlukan kemahiran, kreativiti,kepakaran, daya pemikiran dan pengetahuan berhubung dengan alam dan kehidupan.Lihat Nik Hassan Shuhaimi et al. 1990: 1.

2 Ia dijangka kira-kira 2000 hingga 1500 tahun SM dahulu. Bagaimanapun sebelum ituorang Melayu awal telahpun mencipta alatan asas yang lain seperti senjata untukmemburu, kemudiannya berkembang dengan alat-alat perlindungan seperti rumah,pakaian, alatan memasak (periuk belanga daripada tanah) dan perahu untuk mencari

Page 22: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

152 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

makanan. Ibrahim Darus dan Sahaimi Abd Manaf dalam bukunya TembikarTradisional (2005) menyatakan, “Imbasan kembali mencatatkan bahawa Malaysiamempunyai sejarah tembikarnya yang tersendiri sejak 3500 tahun dahulu lagi.Penemuan di Gua Niah (Sarawak), Gua Cha (Kelantan), Gua Bukit Tengku Lembu(Perlis) sekarang dikenali dengan nama kampong Bukit Merah, Beseri dan beberapatempat lain adalah asas bukti penempatan dan pendudukan manusia. Lihat IbrahimDarus dan Sahaimi Abd Manaf (2005), hlm. 10.

3 Menurut kajian oleh Siti Zainon, Leonard Wray telah memulakan carigali tapakarkeologi sejak tahun 1880 lagi dan menemui beberapa pecahan tembikar yang kasarteknik pembuatannya di Gunung Ceruh. Carigali ini diteruskan oleh I. N. H. Evansdalam tahun 1917. Evans membuat kajiselidik di Batu Kurau Perak dan Kota Tongkatdi Pahang. Kemudiannya pada tahun 1935, H. D. Noone pula membuat carigali diGua Cha Kelantan dan menemui beberapa bentuk tembikar yang agak sempurna.Kerja kajiselidik ini diteruskan oleh beberapa orang sarjana luar termasuklah G. deSieveking yang membuat carigali di Bukit Tengku Lembu, Perlis pada 1951.

4 Di China semasa zaman dinasti Shang (1500-1027 SM), pakar-pakar tembikar Chinatelah pun memperkenal dan menggunakan peralatan mesin lempar alin (potter’swheel). Pada tahun 618-907 masihi iaitu semasa zaman pemerintahan dinasti Tangpula telah diperkenalkan tembikar dengan campuran porselin, manakala semasapemerintahan Dinasti Song (960-1279 M), China memecahkan kebuntuan duniaseni tembikar apabila memperkenalkan tembikar bergerlis dalam pelbagai rupa bentukyang mengkagumkan. Pada masa itulah tembikar China mula dieksport ke negara-negara lain, khususnya ke Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan sejak 1200masihi. Lihat Ibrahim Darus dan Sahaimi Abd Manaf (2005), hlm. 9.

5 Lokasi pembuatan tembikar yang keempat ialah di Bukit Gantang dekat Larut, yangdikendalikan oleh orang Melayu juga yang juga dikatakan datang dari daerah Sayongdan menetap di situ selama dua generasi. Lihat Wray (1903), hlm. 25.

6 Hasil usaha dari Pulau Tiga dan Sayong dikatakan yang terbaik dihasilkan di negeritersebut. Pelbagai bentuk labu dan geluk yang mempunyai pelbagai ragam hias telahdihasilkan. Labu dan geluk Pulau Tiga, majoritinya berwarna merah dan mempunyairagam hias timbul. Sayong pula dikenali dengan tembikar berwarna hitamnya dandihiasi dengan cara tekanan (pressing) dan calaran geometrik yang harmoni. LihatIbrahim Darus dan Sahaimi Abd Manaf (2005), hlm. 13.

7 Temubual dengan Puan Maznah Sulaiman di Kampung Kepala Bendang, Sayong,Kuala Kangsar Perak.

8 Usaha-usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri Perak yang telah menubuhkankoperasi pembuatan tembikar di Kampung Bendang. Koperasi ini bertanggungjawabdalam usaha memasarkan hasil kraftangan penduduk Kampung Kepala bendangkeluar dari Kuala Kangsar. Lihat Mohamad Nazri Ahmad (2000).

9 Temubual dengan Encik Mohd Yusof, pengarah PKKM. Antara perubahan akibatdaripada penggunaan peralatan dan teknik moden dalam pembuatan tembikar ialahseperti mesin belanja (uli) yang menggunakan elektrik, penggunaan bahan kimiaseperti sodium untuk memastikan tanah liat cair yang dimasukkan ke dalam acuantidak melekat, acuan untuk membentuk tembikar, mesin throwing iaitu sejenis mesinyang boleh berpusing atau berputar, tempat pembakaran yang mengunakan kuasaelektrik atau gas dan sebagainya. Bolehlah dikatakan berdasarkan proses ini dariawal dan akhir pembuatan tembikar telah dimodenkan sepenuhnya dan tidak lagi

Page 23: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron 153

melibatkan sebarang hasil seni atau kraftangan yang jelas. Tiada lagi proses pengguliandan pembuatan dengan menggunakan tangan dilakukan, sebaliknya semuanyabergantung kepada teknik moden yang lebih senang dan tidak memerlukan kemahirantangan untuk membuatnya.

1 0 Temubual dengan Puan Maznah Sulaiman di Kampung Kepala Bendang, Sayong,Kuala Kangsar Perak.

1 1 Perbezaan antara hasilan tembikar secara tradisional dengan moden adalah sangatketara, dari peringkat awal hinggalah ke akhir proses penghasilan produk tersebut.Tentang hal ini lihat beberapa kajian misalnya oleh Siti Zainon Ismail (1986) danMohamad Nazri Ahmad (2000).

1 2 Negeri-negeri yang mempelopori pembuatan tembikar selain Perak ialah Pahang,Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pernah juga terdapat kegiatan serupa wujud diKampung Kechor (Perlis), Sungai Dua (Seberang Perai) dan Alor Merah (Kedah),namun kegiatan tersebut telah pupus. Proses pembuatan tembikar menonjolkan ciri-ciri yang unik dan tersendiri di Perlis berbanding di negeri lain. Pembuat tembikartradisional di Perlis telah meninggal dunia pada tahun 1995 dan amat malang sekali,beliau tidak ada penggantinya. Lihat Ibrahim Darus dan Sahaimi Abd Manaf (2005),hlm. 13-15.

1 3 Hakikat ini bertentangan dengan pandangan Ahmad Anuar dalam syarahanprofesornya pada tahun 2009 yang mengatakan semasa kajian beliau dilakukan[antara 2007-09], masih terdapat banyak bentuk labu sayong yang dihasilkanmenggunakan teknik picit lilit secara tradisional di Sayong. Lihat Ahmad Fauzi(2009), hlm. 11.

1 4 Bagaimananapun temubual dengan pengarah PKKM Tuan Haji Yusof Murimengatakan bahawa mereka telah melantiknya sebagai tokoh kraf dan memberikanelaun sebanyak RM500 sebulan sebagai usaha menghidupkan kraftangan tembikattradisional di situ supaya ia tak pupus.

RUJUKAN

Ahmad Fauzi Mohd Noor. 2009. Labu hitam Sayong dan seramik maju: Pemangkinkelestarian kehidupan masyarakat. Siri Syarahan Umum. Pulau Pinang: PenerbitUniversiti Sains Malaysia.

Asyaari Muhamad. 1998. Sejarah seni tembikar di Perak. Tesis Sarjana Persuratan, InstitutAlam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Callenfels, P., van Stein, V.& Evans, I.H.N. 1982. Report on cave excavation in Perak.FMJ 22 (6): 150-178.

Chia Ming Soon, S. 1995. Indigenous prehistoric pottery and technology in PeninsularMalaysia. Malaysian Museums Journal: 155-183.

Evans, I.H.N. 1923. Malay arts and crafts. Singapore: Frazer and Neave.Ibrahim Darus & Sahaimi Abd Manaf. 2005. Tembikar tradisional. Kuala Lumpur:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Mohamad Nazri Ahmad. 2000. Tembikar dan tengkolok. Klang: Pustaka Mawar.Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1990. Arkeologi dan masyarakat prasejarah,

protosejarah dan sejarah di Asia Tenggara. Penyelidikan Dua Dekad UniversitiKebangsaan Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 24: Warisan Tembikar Labu Sayong di Kuala Kangsar, Perak ...journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28[2]2010_[06].pdf · menggunakan tangan mulai terhakis. ... manusia selalunya bermula dengan

154 Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron

Nik Hassan Shuhaimi, Othman Yatim, Siti Zainon Ismail & Lokman Mohd Zen. 1990.Kesenian Islam di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peacock, B.A.V. 1959. A short description of Malayan prehistoric pottery. AsianPerspectives 3(5): 121-156.

Sieveking, G.deG. 1955. Recent archaeological discoveries in Malaya. JMBRAS 29(1):200-211.

Shamsu Mohamad. 2005. The Malay pottery in Malaysia. Asia Ceramics NetworkConference. Seoul, South Korea.12-18 January.

Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Wray, L. 1903. The Malayan pottery of Perak. The Journal of the AnthropologicalInstitute of Great Britain and Ireland 33: 24-35.

Winstedt, R.O. 1925. Malay industries: Arts and crafts. Papers on Malay subject. KualaLumpur: F.M.S. Government Press.

Zuraina Majid. 1990. Prasejarah Malaysia: Sudahkah zaman gelap menjadi cerah? SiriSyarahan Umum. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Azmi Arifin, Ph.D.Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Muhamad Luthfi Abdul Rahman, Ph.D.Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Tarmiji Masron, Ph.D.Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, MALAYSIA.E-mail: [email protected]