ketua kampung

Upload: tugasanpsa

Post on 09-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kjhkjhkjhkjhk

TRANSCRIPT

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami :PKMD.Sel.03/PKM800/11/1 Tarikh : 9 April 2015

Ketua Kampung

Kampung Sungai Ramal Luar,

Kajang,

SELANGOR DARUL EHSAN

PERMOHONAN MENJALANKAN PROGRAM AMAL DI KAWASAN MASJID KG SG RAMAL LUAR DAN KAWASAN PERKUBURAN ISLAMDengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan perbincangan di antara Puan Siti Fairuz binti Salehuddin dan Ketua Kampung, Kg. Sg. Ramal Luar iaitu En Mohd Yusof bin Abd Kadir pada 1 April 2014 adalah dirujuk .

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat buat masa ini sedang menyelia seramai 3 orang pelatih-pelatih Khidmat Masyarakat yang telah dijatuhkan perintah oleh Mahkamah untuk melaksanakan program-program yang melibatkan komuniti bagi memenuhi syarat untuk melengkapkan jam kredit yang telah ditetapkan. Kerja amal yang dirancangkan ini sedikit sebanyak dapat mewujuudkan kesedaran sivik dalam diri pelatih dan membentuk satu semangat tanggunjawab sosial terhadap komuniti.

3. Sehubungan dengan itu, jabatan ini bertanggungjawab dalam menyelia dan mengawasi pelatih-pelatih terutamanya dalam aspek kehadiran dan keselamatan pelatih sepanjang program amal dijalankan di kawasan pentadbiran pihak tuan. Bersama-sama ini di sertakan butiran pelatih seperti berikut :.

BilNamaKad PengenalanTarikhPenyelia Jabatan Kebajikan

4. Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan mengenai perkara tersebut didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERKAT BERJASA

Saya yang menurut perintah,

.................................................

(ROZIAH BINTI OSMAN)

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah

Daerah Hulu Langat