ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih

13
Isu-Isu Kesantunan Dalam Masyarakat Malaysia Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, isu-isu kesantunan dalam masyarakat Malaysia pula semakin berleluasa dan menunjukkan belang. Sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kesantunan dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh. Bahkan, kita sendiri mula merasa bahangnya apabila di persekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai kesantunan yang terjadi di hadapan mata kita sendiri. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama mengupas persoalan hangat ini yang sering terpampang di tabloid- tabloid tempatan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), santun membawa maksud halus sesuatu budi bahasa atau budi pekerti, beradab serta bersopan. Kesantunan pula merujuk kepada kehalusan sesuatu budi bahasa dan budi pekerti. Berbahasa pula membawa maksud memakai atau menggunakan bahasa. Maka, kesantunan bahasa dapat dirumuskan sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai atau penggunaan sesuatu bahasa. Menurut pendapat Asmah Hj. Omar (2000) pula, beliau mengaitkan kesantunan bahasa dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar Dalam konteks Amat Juhari Moain(1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Dengan kata lain, kesantunan bukan sahaja penting dalam pertuturan seharian, tetapi ia

Upload: marylynanneatot

Post on 25-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, isu-isu kesantunan dalam masyarakat Malaysia pula semakin berleluasa dan menunjukkan belang. Sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kesantunan dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh. Bahkan, kita sendiri mula merasa bahangnya apabila di persekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai kesantunan yang terjadi di hadapan mata kita sendiri. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama mengupas persoalan hangat ini yang sering terpampang di tabloid-tabloid tempatan.

TRANSCRIPT

Page 1: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Isu-Isu Kesantunan Dalam Masyarakat Malaysia

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, isu-isu

kesantunan dalam masyarakat Malaysia pula semakin berleluasa dan menunjukkan belang.

Sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan

yang ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kesantunan dalam berbahasa

semakin rapuh dan ampuh. Bahkan, kita sendiri mula merasa bahangnya apabila di

persekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai kesantunan yang terjadi di

hadapan mata kita sendiri. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama

mengupas persoalan hangat ini yang sering terpampang di tabloid-tabloid tempatan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), santun membawa maksud halus

sesuatu budi bahasa atau budi pekerti, beradab serta bersopan. Kesantunan pula merujuk

kepada kehalusan sesuatu budi bahasa dan budi pekerti. Berbahasa pula membawa

maksud memakai atau menggunakan bahasa. Maka, kesantunan bahasa dapat dirumuskan

sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai atau penggunaan sesuatu bahasa.

Menurut pendapat Asmah Hj. Omar (2000) pula, beliau mengaitkan kesantunan

bahasa dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,

kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan

menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar

Dalam konteks Amat Juhari Moain(1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan

dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan

atau tulisan. Dengan kata lain, kesantunan bukan sahaja penting dalam pertuturan seharian,

tetapi ia juga berkait rapat dengan skop penulisan, khususnya penulisan rasmi serta

akademik.

Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas pula, tidak hanya merujuk kepada

kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti

tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan

bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan

pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, Brown

dan Levinson (1987) pula menyatakan kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan

Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.

Page 2: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Isu-isu kesantunan dalam masyarakat Malaysia juga termasuklah tentang isu

pendidikan, isu media, isu teknologi maklumat dan komunikasi, isu gejala sosial, isu sikap

ibu bapa dan masyarakat, serta isu pertembungan budaya. Dengan itu, konsep kesantunan

adalah kurang relevan jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan

perlakuan semata-mata, dan haruslah dikaitkan dengan konsep keihklasan. Sebagai

contohnya, seseorang itu boleh menuturkan madah bicara yang indah serta menunjukkan

tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuannya belum pasti

menggambarkan keihklasannya hatinya. Manusia boleh bertopengkan pelbagai wajah untuk

mencapai hasrat dan memuaskan hawa nafsunya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa pun

yang tahu dengan kebenarannya.

Dunia pendidikan Malaysia sememangnya banyak mengalami pelbagai kontroversi,

pengalaman suka mahupun duka yang memberikan pelbagai impak. Beberapa tahun yang

lalu, Malaysia telah digemparkan dengan kes guru agama yang memukul anak muridnya

yang berusia hanya 7 tahun sehingga menyebabkan kematian. Kejadian yang berlaku di

sebuah sekolah yang terletak di Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan. Lebih-

lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama. Mangsa, Saiful

Syazani Saiful Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut

sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri duit

berjumlah RM7. Pelajar tersebut dibelasah hampir selama 2 jam dan pengsan akibat

kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi. Tragisnya, tangisan serta

rayuan mangsa tidak diendahkan.

Dimanakah letaknya sifat perikemanusiaan guru tersebut? Sepatutnya, tugas-tugas

yang harus dilaksanakan oleh guru tersebut ialah mendidik generasi dengan cara yang

betul, tetapi bukan memberi contoh yang dipandang serong oleh masyarakat. Tidak

dinafikan, bahawa memikul tugas sebagai seorang guru tidak semudah yang disangka. Jika

dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1989), terdapat frasa yang menggariskan

pendidikan sebagai usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni

dari aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi dan sosial. Jika diteliti, tugas untuk

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini amatlah berat. Adalah sukar untuk

membentuk manusia, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan

acuan rohaninya. Oleh itu, guru harus mempersiapkan diri agar membantu anak didik untuk

mengembangkan daya berfikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut

serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah peradaban yang positif

demi memperbaiki hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat yang dididik.

Page 3: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Isu media juga semakin rancak diperdebatkan oleh seluruh lapisan masyarakat.

Seluruh dunia termasuklah Malaysia sedang menuju ke arah modenisasi dan globalisasi.

Tidak hairanlah bahawa setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah

televisyen. Kini, televisyen boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja berbanding dengan masa

dahulukala dan telah pun menjadi sebahagian keperluan hidup masyarakat. Di Malaysia,

kanak-kanak secara keseluruhannya lebih banyak menonton televisyen berbanding

membaca dan menelaah buku serta mendengar radio. Hal ini kerana televisyen merupakan

satu medium yang menceritakan sesuatu dengan gabungan suara, muzik, gambar dan

gerakan.

Secara tidak langsung, kenyataan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam

kalangan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa tentang mesej yang cuba

disampaikan melalui iklan dan cerita kartun. Mereka berpendapat bahawa terdapat semakin

banyak unsur negatif yang dipaparkan seperti keganasan. Menurut Sandra L. Calvert dalam

bukunya “Children’s Journeys Through the Information Age” telah menyatakan, dalam

rancangan televisyen yang disiarkan ketika masa kemuncak, 70 peratus daripada

rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur keganasan. Aksi-aksi ganas ini

ditunjukkan sebanyak 5 kali dalam satu jam dan hampir kesemua watak dalam program

televisyen melibatkan diri dalam kegiatan yang ganas malah melibatkan adegan seperti

pergaduhan malahan pembunuhan.

Sebenarnya, kandungan keganasan dalam cerita kartun kanak-kanak adalah lebih

banyak berbanding dengan rancangan televisyen yang lain. Misalnya, cerita kartun “Ben 10”

siaran Cartoon Network banyak memaparkan aksi-aksi pergaduhan untuk menentang

makhluk-makhluk asing. Hal ini menjadi kebimbangan utama para ibu bapa kerana kanak-

kanak yang menontonnya akan mengikuti aksi-aksi melawan yang dimainkan oleh watak

Ben Tennyson. Kanak-kanak yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan

pengalaman akan menerima apa-apa sahaja yang mereka menonton dalam televisyen.

Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-

anak mereka supaya dapat membezakan dunia dalam media dan realiti. Ibu bapa haruslah

bersikap sabar dan meluangkan lebih banyak masa membuat penerangan kepada anak-

anak mereka mengenai mesej yang disampaikan dalam media dan bukannya memberikan

kepercayaan sepenuhnya kepada mesej media yang diketengahkan. Hal ini akan

mengelakkan kanak-kanak daripada mendapat pengaruh negatif dalam media.

Page 4: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Seterusnya, perihal teknologi maklumat dan komunikasi membawa maksud

pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan

teknologi komputer dan tele-komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi

tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen

ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan

berjaya.

Namun begitu, kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi. Pada era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi

kepada kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki

hamun, memfitnah, mengejek dan merendahkan orang lain kian membusung nanah.

Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa

selain menggambarkan peribadi bangsa yang negatif.

Seterusnnya, kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram,

Google dan banyak lagi menjejaskan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana penggunaan

kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar yang dikatakan kurang sopan kini

telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna IT. Sebagai contohnya, mereka

membahasakan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan kata

ganti “awak”, “engkau”, “kamu” yang sememangnya jika dilihat dari konsep kesantunan

bahasa Melayu, dianggap sebagai kurang sopan, kasar dan biadab. Seharusnya, kata ganti

nama yang halus dan bersopan seperti “pak cik”, “mak cik”, “saudara”, “saudari”, “anda”,

“tuan” dan “puan” wajar dipraktikkan dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya

seperti Facebook mahupun perbualan di alam realiti.

Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan

perkataan singkatan dengan meluas. Contohnya, penggunaan ‘’aq’’yang membawa

maksud‘’aku’’ atau ‘’cyg’’ membawa maksud ‘’ sayang’’. Kesannya, perkara banyak

mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi dalam kalangan remaja dan ini mencerminkan

peribadi yang tidak baik terhadap mereka.

Dalam perkara ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak mereka

agar generasi muda ini dilatih dengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira

di mana mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman sosial. Selain itu, pihak

sekolah juga betanggungjawab memantau para pelajar dari segi tingkah laku serta

peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka

berada di dalam dan luar sekolah.

Page 5: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Jika diperhatikan, kita selalu mendengar, melihat dan boleh dikatakan pernah

mengalami masalah sosial tidak kiralah dalam keluarga terdekat, kawan-kawan atau

masyarakat sekeliling. Masalah ini terjadi oleh pelbagai faktor pendorong yang dicipta oleh

manusia sendiri dan akhirnya manusia lain yang akan menjadi mangsa. Isu gejala sosial

termasuklah kes merempit dan lain-lain lagi semakin bermarajalela seolah-olah masyarakat

Malaysia tidak lagi mengikut panduan norma kehidupan masyarakat yang dulunya

menitikberatkan kesantunan yang suci dan murni.

Sebagai contohnya, gejala rempit hanya mendatangkan satu gejala yang boleh

memudarat sahaja, iaitu membahayakan penunggang atau dengan lebih tepatnya lagi

membahayakan pelumba haram berkenaan. Mat Rempit hanya mensia-siakan waktu muda

mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing.

Walau bagaimanapun, peluang untuk memakmurkan dan memajukan negara dimanfaatkan

oleh rakyat asing dek lantaran anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha

bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Ironinya, kegiatan rempit ini akan

menyumbang kepada kegiatan mencuri, meragut dan sebagainya, yang pastinya

menyumbang kepada gejala sosial yang lain.

Dalam membanteras isu merempit ini, Ops Lumba Haram sering dijalankan oleh

pihak berkuasa seperti pihak polis dan juga pihak polis trafik di sekitar jalan raya yang

menjadi lokasi utama mereka merempit. Gejala yang menjadi barah kepada negara ini perlu

sentiasa ditangani supaya gejala ini dapat dikawal penularannya. Pihak polis dan pihak polis

trafik sentiasa melakukan sekatan jalan raya untuk mencegah dan menjejaki mat rempit

yang berleluasa ini.

Tindakan sekatan jalan raya ini juga merupakan satu cabaran yang amat besar

kepada pihak polis kerana Mat Rempit ini sanggup melakukan apa sahaja untuk

melepaskan diri mereka dari ditahan oleh pihak berkuasa. Walaupun pihak polis mempunyai

senjata api, mereka seolah-olah berdepan dengan pihak musuh tanpa memperdulikan

keselamatan diri mereka. Ada di antara pihak polis mengambil tindakan dengan menendang

motosikal mereka dan ada juga yang membaling objek seperti kayu untuk memaksa

penunggang yang melawan arus untuk berhenti. Selain itu juga ada juga mat rempit yang

bertindak nekad dengan merempuh pihak polis untuk melepaskan diri tanpa mengira

risikonya yang boleh menyebabkan cedera parah bahkan menyebabkan maut.

Page 6: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Isu kelunturan sikap ibu bapa dan masyarakat juga semakin hari semakin bertambah

parah. Pada zaman dahulu kala, semua pelajar di bangku sekolah cukup takut kepada guru,

bukan kerana guru itu jahat, tetapi takut kerana guru cukup dihormati sehinggakan pelajar

tidak terasa hati jika dimarahi atau dirotan oleh guru. Walaupun berbekas dek kerana

dirotan, namun tidak berbekas dihati atau mendendami guru, kerana anak-anak sudah

dididik supaya menghormati guru, malah ibu bapa ketika itu beranggapan guru adalah ibu

bapa yang kedua di sekolah, maka mereka menyerahkan tanggungjawab mendidik anak

mereka. Dengan itu, guru berhak merotan demi kebaikan dan anak-anak agar menjadi anak

bangsa yang berdisiplin dan berjaya.

Namun demikian, bertentangan dengan adat lama, cara mendidik anak-anak pada

masa kini jauh berbeza. Sebaliknya, ibu bapa zaman sekarang mengajar anak mereka

supaya tidak menghormati guru, atau lebih tepat lagi, mereka tidak mengajar langsung anak

anak supaya menghormati orang yang lebih tua.

Sebagai contohnya, dalam insiden yang telah berlaku sebelum ini, dilaporkan

bahawa seorang guru lelaki berusia 28 tahun telah ditampar oleh ibu kepada seorang

pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut menampar anak

wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis. Walaupun pihak sekolah cuba

menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita

berkenaan masih tidak puas hati dan akhirnya bertindak menampar guru terbabit di hadapan

pengetua dan guru lain.

Dalam kes seperti ini, Kementerian Pendidikan Malaysia harus menguatkuasakan

undang undang untuk ibu bapa yang campur tangan dalam urusan guru dan pelajar di

sekolah, malah lebih baik jika anak terlalu kurang ajar dan menyerang guru, ibu bapa

mereka harus dihukum, kerana tidak pandai mendidik anak menjadi kurang ajar dan tidak

bermoral. Kita semua harus muhasabah diri, bahawa didikan agama juga harus diterapkan

dalam diri anak-anak sejak kecil lagi, agar tatasusila, akhlak mulia dan moral anak-anak

tersebut sudah sedia kala kukuh dan utuh, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari

rebungnya’. Ini kerana ‘anak-anak ibarat kain putih, suci dan bersih, maka ibu bapa yang

bertanggungjawab mencorakkannya’.

Page 7: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum

serta hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 56 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi

dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Oleh sebab itu, kita haruslah

memahami agama dan budaya kaum lain untuk mengelakkan menyentuh sensitif kaum

lain.hal ini dapat mengekalkan perpaduan antara kaum. Sebagai rakyat yang prihatin, di

bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Namun begitu, isu pertembungan budaya pada hari ini semakin menjadi perhatian.

Pada realitinya pertembungan tidak akan berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi

tidak mendapat tentangan dari budaya yang lain. Pada masa kini, banyak bahasa barat

telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.". Ini

membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa Melayu kita yang kita

sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara

percakapan yang baru. Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana

bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke

dalam bahasa Melayu, terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang

kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu

bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.

Selain itu, budaya Hedonisme juga semakin berleluasa di negara kita. Budaya yang

berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin mengancam

jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat

berbudi bahasa dan kesantunan yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia

pada suatu masa dahulu. Budaya ini begitu cepat menular dalam kalangan remaja yang

terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa

bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan

kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa

disedari.

Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak

seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Semakin ramai golongan muda hari ini

sentiasa mengejar gaya hidup global yang berasaskan kehidupan barat. Misalnya, memakai

pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda dan lain-

lain lagi. Kesan intelektual Barat telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka

apabila sesuatu perkara yang suci dan menerapkan nilai-nilai yang baik seperti institusi

agama tidak lagi serasi dengan jiwa mereka.

Page 8: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Secara keseluruhannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam usaha

mengatasi isu-isu kesantunan dalam masyarakat Malaysia. Kita perlulah mengambi langkah

yang kreatif, kritis dan pragmatik supaya dapat memanifestasikan generasi pelapis negara

yang tidak akan lupa akan warisan mereka ibarat kacang lupakan kulit. Generasi pada hari

ini perlu digarap agar menghargai dan menjunjungi pegangan nilai budi bahasa dan

kesantunan yang diwarisi sejak turun-temurun agar kesantunan berbahasa mahupun dari

segi tingkah laku atau perlakuan akan terus hidup subur dalam kehidupan masyarakat kita.

Generasi muda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan norma ini tidak

hanyut ditelan zaman. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai lebah

menghimpun madu, agar impian ini tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja dan terus dapat

dihidupkan dari semasa ke semasa.

Page 9: Ketika Dunia Hari Ini Merentasi Arus Teknologi Yang Semakin Canggih

Bibliografi

NILAI KESANTUNAN DALAM KONTEKS SOSIOBUDAYA MASYARAKAT MELAYU.

(2005). Jurnal Pengajian Melayu, 238-253.

Kesantunan Bahasa J & M. (2013, Ogos 15). Retrieved from Kesantunan Berbahasa:

http://babacream0934.blogspot.com/2013/08/kesantunan-berbahasa-definisi.html

AHMAD, M. N. (2009, Disember). Prinsip Al-Quran Tentang Kesantunan Bahasa. Retrieved

from Prinsip Al-Quran Tentang Kesantunan Bahasa:

http://cikgunazeli.wordpress.com/category/penulisan-ilmiah/

Bernama. (2011, April 03). Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan. Arau,

Perlis, Malaysia: Berita Harian.

Calvert, S. (1998). Children’s Journeys Through the Information Age. Australia: Paperback.

Jalaluddin, P. D. (2004). Kesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya Pengurusan

Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar, A. H. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran Media. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

PSPPTB. (2010, Januari 25). Ibu pelajar tampar guru. Arkib Akhbar Pusat Sumber BTP.

Kangar, Perlis, Malaysia: Arkib Akhbar Pusat Sumber BTP.