keterangan kepada surat pekeliling kpu 10/1977 tajuk plan … · merujuk kepada surat pekeliling di...

11
Surat Pekeliling KPU 10/1977 Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia Dengan Tujuan mengadakan satu amalan yang sama dalam perlaksanaan kerja-kerja kadastra, bersama-sama ini dikembarkan 5 helai contoh-contoh TAJUK PLAN dan 5 salinan contoh- contoh PLAN KADASTRA untuk dilaksanakan dengan serta merta selepas menerima Surat Pekeliling ini. Plan.plan yang telah dilukis sebelum penguatkuasaan Surat Pekeliling ini tidak perlu dipinda dan boleh diterima. 2. Perbezaan kecil atas Nota TAJUK PLAN boleh juga diterima asalkan maksudnya jelas. 3. Dengan Surat Pekeliling ini surat S.G1146 Pt.1/26 dibatalkan. DATO' PAUL FOO Ketua Pengarah Ukur, Semenenjung Malaysia. Semua Pengarah Ukur Pengurus Bahagian Komputer Elektronik s.k : Timbalan Ketua Pengarah Ukur Penolong Ketua Pengarah Ukur (Perancang dan Pembangunan) Penolong Ketua Pengarah Ukur (Utara) Penolong Ketua Pengarah Ukur (Selatan) Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Keterangan kepada Surat Pekeliling KPU 10/1977 Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia Adalah dimaklumkan bahawa contoh-contoh plan ialah untuk panduan dan kegunaan semua Bahagian Kadastra Jabatan Ukur dan Juruukur-Juruukur Berlesen. Akan tetapi apabila Juruukur- Juruukur Berlesen menggunakan contoh-contoh plan tersebut mereka hendaklah mengubahsuai kerja-kerja lukisan dengan meninggalkan maklumat-maklumat yang berikut :- a) "Diukur oleh"

Upload: phamduong

Post on 22-Jul-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Surat Pekeliling KPU 10/1977Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia

Dengan Tujuan mengadakan satu amalan yang sama dalam perlaksanaan kerja-kerja kadastra,bersama-sama ini dikembarkan 5 helai contoh-contoh TAJUK PLAN dan 5 salinan contoh-contoh PLAN KADASTRA untuk dilaksanakan dengan serta merta selepas menerima SuratPekeliling ini. Plan.plan yang telah dilukis sebelum penguatkuasaan Surat Pekeliling ini tidakperlu dipinda dan boleh diterima.

2. Perbezaan kecil atas Nota TAJUK PLAN boleh juga diterima asalkan maksudnya jelas.

3. Dengan Surat Pekeliling ini surat S.G1146 Pt.1/26 dibatalkan.

DATO' PAUL FOOKetua Pengarah Ukur,Semenenjung Malaysia.

Semua Pengarah UkurPengurus Bahagian Komputer Elektronik

s.k :Timbalan Ketua Pengarah UkurPenolong Ketua Pengarah Ukur (Perancang dan Pembangunan)Penolong Ketua Pengarah Ukur (Utara)Penolong Ketua Pengarah Ukur (Selatan)

SetiausahaLembaga Jurukur Tanah

Keterangan kepada Surat Pekeliling KPU 10/1977Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa contoh-contoh plan ialah untuk panduan dan kegunaan semuaBahagian Kadastra Jabatan Ukur dan Juruukur-Juruukur Berlesen. Akan tetapi apabila Juruukur-Juruukur Berlesen menggunakan contoh-contoh plan tersebut mereka hendaklah mengubahsuaikerja-kerja lukisan dengan meninggalkan maklumat-maklumat yang berikut :-

a) "Diukur oleh"

b) "Siap pada"

c) "Dilukis oleh"

d) "Diperiksa oleh"

2. Surat SG. 1025C Vol. 2/143 , iaitu panduan kepada Surat Pekeliling No. 2/1974 yangbertarikh 3hb. September, 1975 masih berkuatkuasa lagi. Salinan surat tersebutdikembarkan bersama-sama ini untuk senang dirujuk.

3. Saya hendak menegaskan kepada Pengarah-Pengarah Ukur bahawa denganpengeluaran Pekeliling KPU 10/1977 amalan-amalan kerja Kadastra di Bahagianmasing-masing, yang lain daripada dalam contoh-contoh hendaklah diberhentikan,kecuali perkara luarbiasa, umpamanya, istilah " Jajahan" boleh terus digunakan atasTajuk Plan bagi Negeri Kelantan. Tujuan Pekeliling KPU 4/1977 dan KPU 10/1977ialah untuk mengwujudkan satu amalan yang sama bagi kerja-kerja Kadastra di SemuaNegeri di Semenenjung Malaysia.

DATO' PAUL FOOKetua Pengarah Ukur,Semenenjung Malaysia.

Tambahan kepada Surat Pekeliling KPU 10/1977Tajuk Plan Kadastra dan Contoh Plan Kadastra Dalam Bahasa Malaysia

Semua Pengarah UkurPengurus Bahagian Komputer Elektronik

Merujuk kepada Surat Pekeliling di atas, sila tambahkan contoh plan yang dilampirkan bersama-sama ini untuk ukuran berperingkat-peringkat di bawah PECAHAN sebagai perenggan kecil1(d).

DATO' PAUL FOOKetua Pengarah Ukur,Semenenjung Malaysia.

s.k :Timbalan Ketua Pengarah UkurPenolong Ketua Pengarah Ukur (Perancang dan Pembangunan)Penolong Ketua Pengarah Ukur (Utara)Penolong Ketua Pengarah Ukur (Selatan)