ketatanegaraan

27

Click here to load reader

Upload: anonymous-cefpzds

Post on 11-Jul-2016

21 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ketatanegaraan

1. Sejarah Melayu

Sejarah Bahasa Melayu telah bermula kira-kira 680 Masihi. Pada zaman itu

terdapat beberapa piagam yang tertera dalam bahasa Melayu kuno. Pada tahun 686

Masihi terdapat sebuah piagam seperti itu di Kota Kapur, Bangka Barat . Pada tahun 683

Masihi dan 684 Masihi dua buah piagam lagi dijumpai di Kedukan Bukit dan Talang

Tuwo. Kedua-dua piagam ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno. Selain itu, terdapat

juga piagam-piagam yang ditulis dalam bahasa Sanskrit dan Bahasa Jawa kuno.

Terdapat banyak pengertian yang dibuat ke atas bahasa Melayu Klasik.

Diantaranya ialah Ismail Hamid ( 1987 : 68 ). Menurut beliau tulisan bahasa Melayu

Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat yang tersebut pada masa lampau

menerangkan kepada kita bahawa bahasa Melayu dewasa itu adalah merupakan satu

lanjutan sejarah daripada bahasa Melayu Kuno. Artifak-artifak yang dijumpai oleh

pengkaji-pengkaji sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu terus berkembang

hingga sekarang. Selain itu, menurutnya lagi bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang

statik tetapi adalah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus

perkembangan zaman.

Menurut Asmah Hj Omar ( 1985 : 33 ) pula , “ bahasa abad ketiga belas dan

ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Selain itu menurut Ismail Hussein

( 1984 : 24 ) “ pembahagian yang dibuat adalah atas pertimbangan sejarah

perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik seperti

zaman Srivijaya, Majapahit dan Melaka , pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam dan

Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang

diambil dari India, tulisan Arab dan tulisan Latin. Menurutnya lagi disinilah bermulanya

bahasa Melayu klasik.

1

Page 2: ketatanegaraan

Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan

menularnya pengaruh agama Islam yang semakin berkembang dan kukuh di Asia

Tenggara pada abad ke 13. Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dan

penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk

ciri bahasa itu sendiri.

Di antara ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik dapat dilihat dari segi sistem tulisan iaitu

kosa kata dan tatabahasa. Penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang agak

digunakan dengan meluas. Tetapi kini ia tidak lagi digunakan. Antaranya adalah seperti

“syahadan”, “maka”, “alkisah”, “hatta”, “arakian”, dan banyak lagi. Kata-kata seperti itu

bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga

pada awal-awal ayat dalam perenggan. Penulisan dalam Bahasa Melayu Moden tidak

memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Dari segi struktur ayatnya pula Bahasa Melayu Klasik mennggunakan ayat –ayat

yang panjang dan berulang-ulang. Ayat yang berbelit-belit juga banyak digunakan.

Selain itu gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantum dengan menggunakan kata

hubung yang tertentu terutamanya “ dan” dan “ atau” ataupun dengan menggunakan

tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Sebagai contohnya :

“ Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi

terpandang akan anak Si Peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang

tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.”

Selain itu terdapat juga ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat

kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab . Contohnya “ Maka berperanglah Feringgi

dengan orang Melaka”. Tetapi kini dalam konteks Bahasa Melayu Moden ayat lebih

ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea

dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks yang melibatkan pelbagai bidang ilmu

pengetahuan.

2

Page 3: ketatanegaraan

Ciri Bahasa Melayu Klasik yang seterusnya ialah dari segi bentuk ayatnya.

Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan ialah bentuk ayat pasif iaitu bentuk ayat yang

lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contohnya,:“Hatta datanglah

kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umaiyyah dibawanya oleh Khoja Abdul

Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim”.

Dalam Bahasa Melayu Klasik juga terdapat banyak penggunaan partikel atau kata

penegas ‘lah’ dan ‘pun’. Contohnya seperti adapun, berebutlah dan bertitahlah. Selain

daripada itu Bahasa Melayu Klasik juga banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab,

Sanskrit dan klasik. Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh

bertapak di Kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh

daripada kedua-dua bahasa ini. Contoh dalam bahasa Arab seperti Allah Taala, dalam

bahasa Sanskrit ialah dosa, pahala dan dalam bahasa Klasik pula ialah amarah, gharib dan

sebagainya. Selain itu unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam

bidang ilmu kalam dan tasawuf.

Dalam konteks Bahasa Melayu Moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut

masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walaubagaimanapun, pengaruf

bahasa Inggeris kini lebih dominant iaitu meliputi pelbagai aspek seperti perbendaharaan

kata, istilah , sistem morfologi dan struktur ayat.

Dengan kata lain, bahasa Melayu Klasik juga lebih bersifat “ bahasa Istana”. Ini

amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya seperti

sembah, beta, titah, berangkat dan gering. Disebabkan kebanyakan hasil penulisan

Bahasa Melayu Klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan

peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa

Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan

bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya

sebagai bahasa ilmu.

3

Page 4: ketatanegaraan

Bahasa Melayu Klasik juga ada penggunaan kiasan, perbandingan serta

penggunaan laras bahasa puisi. Terdapat banyak penggunaan kiasan dan perbandingan

serta penggunaan laras bahasa puisi seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam

karya prosa seperti hikayat-hikayat Melayu lama. Ini mungkin disebabkan oleh sifat

sastera Melayu klasik itu sendiri yang pada mulanya dalam bentuk lisan . Penggunaan

unsur - unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Ciri Bahasa Melayu Klasik yang terakhir yang dapat dilihat ialah dari segi

morfologinya. Penggunaan imbuhan seperti ‘ mar’ dan ‘ni’ telah banyak digunakan di

zaman Bahasa Melayu Klasik. Tetapi di zaman bahasa Melayu moden ini penggunaan

imbuhan ini telah digantikan dengan imbuhan ‘ ber’ dan ‘di’. Contohnya seperti

berlepas, diperbuat dan sebagainya.

Bahasa Melayu Klasik juga memainkan peranan yang penting di Asia Tenggara

dalam abad ke 13. Ia memainkan peranan penting dari segi kebudayaan ,

kemasyarakatan , pendidikan dan ekonomi.

Dari segi kebudayaan , bahasa Melayu Klasik telah dapat memperkembangkan

kebudayaan Melayu Islam. Orang - orang Melayu dapat memperkembangkan

kebudayaan tradisional orang-orang melayu seperti cara berpakaian, makanan, tarian dan

adapt-adat lain. Selain itu adat Melayu juga banyak dipengaruhi dengan agama Islam.

Amalan cara hidup yang berlandaaskan island juga telah diamalkan di mana dengan

penggunaan bahasa ini dapat menyatupadukan semua bangsa .

Dari segi kemasyarakatan pula kita dapat lihat Bahasa Melayu Klasik menjadi

lambing jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa. Di Tanah Melayu pada

masa itu telah di penuhi dengan pelbagai bangsa seperti India, Cina, Jawa, Portugis, Arab

dan sebagainya. Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa pertuturan yang utama pada

masa itu. Oleh itu ia dapat menjalinkan hubungan komunikasi yang baik di kalangan

mereka.

4

Page 5: ketatanegaraan

Dalam pendidikan juga, Bahasa Melayu Klasik memainkan peranan yang sangat

penting. Ia dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama.

kesusasteraan, ekonomi, perundangan dan pentadbiran negara . Bahasa Melayu Klasik

juga merupakan alat menyampaikan pengajaran , panduan dan tatacara. Ini adalah kerana

pada masa itu semua bahan seperti kertas, risalah, buku menggunakan bahasa Melayu

klasik.

Akhir sekali dapat dilihat dari sudut ekonomi pula, bahasa Melayu klasik tidak

juga kurang pentingnya. Dahulu Tanah Melayu merupakan satu pusat perdagangan

yang sangat terkenal dan masyhur. Ramai pedagang dari luar dan pelbagai bangsa dapat

berdagang ke sini. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca apabila Kerajaan

Melayu Melaka berada di puncak kegemilangannya. Ketika itu para pedagang telah

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam urus niaga antara para

pedagang. Ini secara tidak langsung telah memajukan Tanah Melayu sebagai pusat

perdagangan yang terkenal suatu masa dahulu.

2. Karya yang dipilih dan biodata penulisnya.

Sejarah Melayu juga dikenali sebagai Sulalatus Salatin . Sejarah Melayu juga

adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari kesusasteraan

Melayu. Sejarah Melayu digunakan sebagai rujukan bagi mengetahui segala hal yang

berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak

kehidupan masyarakat golongan istana pada zaman itu.

Tun Sri Lanang iaitu Bendahara Paduka Raja negeri Melaka pada masa itu telah

menyusun Sejarah Melayu ini. Winstedt berpendapat Tun Sri Lanang pengarang sebenar

Sejarah Melayu . Tun Sri Lanang berketurunan Bendehara Melaka dan Johor. Beliau

dipercayai hidup pada akhir abad ke 16 hingga awal abad ke 17. A Samad Ahmad

5

Page 6: ketatanegaraan

berpendapat bahawa Tun Sri Lanang tidak dapat menyelesaikan Sejarah Melayu ini

sehingga zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah.

Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad. Tun Sri Lanang juga telah

dianugerahkan dengan gelaran Paduka Raja oleh sultan. Beliau juga seorang yang bijak

dan mempunyai jiwa seni. Tambahan pula, beliau telah membaca beberapa buah buku

hikayat seperti Hikayat Iskandar, Hikayat Amir Hamzah dan mengetahui tentang cerita-

cerita hindu. Selain itu beliau juga mengetahui bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan

Tamil.

Tun Sri Lanang juga bersifat sederhana, bersopan – santun dan suka merendah

diri. Tun Sri Lanang juga sangat komited dengan tugasnya dan sentiasa patuh pada raja.

Di samping itu, beliau juga seorang intelek, giat mengikuti perkembangan kebudayaan

bangsanya serta luas pembacaannya.

Oleh itu bagi masyarakat Melayu nama Tun Sri Lanang setanding dengan nama

pendeta bahasa dan kesusasteraan lain seperti Munsyi Abdullah, Zaaba dan sebagainya.

6

Page 7: ketatanegaraan

3. Aspek Ketatanegaraan

Ketatanegaraan ialah bentuk pemerintahan bagi sebuah negara iaitu sistem

pemerintahannya. Menurut Yusoff Iskandar ( 1985 :67 ) tatanegara juga bermaksud

peraturan hidup yang mengawal tingkah laku manusia sebagai anggota sesebuah

masyarakat. Oleh itu sebagai kesimpulannya ketatanegaraan ialah suatu keseluruhan yang

kompleks, dan lazimnya mengandungi norma-norma social yang mengawal tingkah laku

manusia daripada menyeleweng akan lunas-lunas yang patut diikuti.

Dari segi kesusasteraan pula ketatanegaran membawa maksud sesuatu yang

membicarakan perihal sama juga dengan zaman ini. Contohnya seperti cara pemerintahan

yang tersendiri seperti Kerajaan Melaka, Riau, Pahang dan Johor. Kerajaan ini

diperintah atas dasar, lunas dan prinsip bernegara. Untuk memudahkan para pemerintah

dan generasinya yang terkemudian, beberapa buah buku untuk menceritakan system

pemerintahannya telah dibukukan.

Dalam tradisi kesusasteraan Melayu lama yang berkembang dibawah sistem

pemerintahan beraja, banyak buku-buku yang mengandungi perlembagaan sesebuah

negara itu dipengaruhi oleh Islam. Ini mungkin disebabkan kebanyakan raja menganut

agama Islam, menyebabkan dasar pemerintahan berteraskan Islam.

Sejarah Melayu juga merupakan satu dokumen yang penting mengandungi lunas-

lunas tradisi politik dan nilai sosial. Di Malaysia sekarang, corak pemerintahannya

adalah berdasarkan kepada urutan sejarah perkembangan Negara yang banyak

bergantung kepada sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Sehubungan dengan itu, maksud ketatanegaraan yang dibentangkan dalam

Sejarah Melayu ialah berdasarkan konsep negeri beraja, konsep kepimpinan dan undang-

undang serta konsep keperwiraan.

7

Page 8: ketatanegaraan

Konsep negeri beraja yang diamalkan di dalam pemerintahan Melaka sebagaimana

yang terdapat dalam Sejarah Melayu adalah berteraskan konsep daulat dan derhaka.

Kedaulatan seseorang raja Melayu bukan hanya setakat undang-undang tetapi juga

meliputi konsep kebudayaan dan juga agama. Kebudayaan dan agama terletak di atas

kekuasaan dan kedaulatan raja yang memerintah. Konsep derhaka pula lahir daripada

adanya daulat raja yang memerintah. Perderhakaan berlaku apabila keingkaran rakyat

terhadap perintah-perintah yang dikeluarkan oleh raja yang berdaulat tadi. Enggan

menurut perintah raja adalah dikira sebagai satu penderhakaan dan satu kesalahan.

Konsep negeri beraja sebagai satu undang-undang yang tidak bertulis dalam masyarakat

Melayu lama sebenarnya bermula semenjak persetiaan antara Demang Lebar Daun

dengan Sang Sapurba dibuat. Mengikut perjanjian itu, seseorang raja tidak boleh

melakukan sesuatu kepada rakyatnya dengan sewenang- wenangnya. Rakyat Melayu

pula pantang diberi malu dan dinistai, disamping tidak boleh derhakakan raja.

Persetiaan tersebut merupakan undang-undang dan garis panduan utama

terjalinnya hubungan antara seorang yang memerintah iaitu raja dengan rakyat. Dalam

hubungan tersebut Sejarah Melayu menjelaskan dengan terperinci akan balasan yang

sewajarnya dikenakan ke atas orang yang bersalah atau orang yang melakukan kesalahan

kerana melanggar undang-undang. Ini secara tidak langsung telah meletakkan daulat

seseorang raja yang memerintah makin tinggi dan mempunyai kuasa mutlak. Dengan

daulat itu, memberikan raja banyak hak dan keistimewaan, dan meletakkan seseorang

raja itu pada taraf yang paling tinggi dalam masyarakat tanpa boleh dicela dan dikritik.

Dalam konsep pemerintahan beraja ini terdapat banyak peristiwa yang dianggap

biadab dan bertentangan dengan adat masyarakat Melayu tradisional yang telah berakhir

dengan pembalasan dan tanpa apa-apa pembelaan. Ini bermaksud apa juga perbuatan

yang tidak bersopan. Biadab atau yang berunsurkan penderhakaan pada pandangan

sedemikian adalah wajar menerima pembalasan. Balasan yang dikenakan itu tidak perlu

dituntut bela oleh sesiapa pun, sama ada oleh keluarganya atau mana-mana orang yang

bersimpati kepadanya.

8

Page 9: ketatanegaraan

Dalam Sejarah Melayu juga ada membentangkan secara terperinci meliputi

larangan, peratuan dan juga upacara-upacara di dalam istana raja yang memerintah.

Secara khususnya, adapt istiadat itu adalah berkisar di dalam pemerintahan kerajaan

Melaka mulai zaman Sultan Iskandar Syah hingga zaman pemerintahan Sultan Mahmud

Syah. Kemudian dilanjutkan lagi hingga kedatangan Portugis ke Melaka dan membawa

ke Johor.

Yusoff Iskandar dan Abd Rahman Kaeh ( 1985 : 56 ) membahagikan adat istiadat

itu kepada dua bahagian iaitu yang menerangkan mengenai peraturan serta larangan

terhadap masyarakat bukan istana dan mengenai tatatertib dalam satu-satu keramaian di

istana. Walaupun ia merupakan larangan kepada rakyat tetapi ia lebih khusus terhadap

kehidupan istana raja. Misalnya mengenai beberapa larangan yang diasaskan oleh

Sultan Muhammad Syah telah dijadikan satu adat. Bahkan adat itu berfungsi pula

sebagai satu undang-undang yang tidak bertulis dalam pemerintahan Melaka selepas itu.

Contoh undang-undang yang tidak bertulis itu adalah seperti orang biasa dilarang

memakai pakaian berwarna kuning, dilarang membuat rumah berpemanjungan dan tidak

boleh bergelang kaki dan beberapa lagi.

Sesiapa sahaja daripada rakyat jelata yang melanggar peraturan itu akan dihukum

denda dalam bentuk material. Walaubagaimanapun denda itu ada kekecualiannya

sekiranya mendapat kurniaan daripada raja. Antara adat yang diistiadatkan pula ialah

seperti adat raja berangkat, adat raja berkenduri dan adat perkahwinan dan banyak lagi.

Selain daripada peraturan, larangan dan adat, aspek undang-undang yang lain

seperti Waad Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, undang-undang ke atas

pesalah, pembesar dan undang-undang, undang-undang ke atas negeri naungan Melaka,

undang-undang dan hukum adat serta pengaruh Islam dan Hindu juga membantu

pembentukan dan pelaksanaan konsep negeri beraja dalam kehidupan masyarakat melayu

lama

9

Page 10: ketatanegaraan

Waad Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun telah memulakan asas

bermasyarakat yang lebih sistematik, kemudian berfungsi pula sebagai satu undang-

unang yang tidak bertulis. Mereka bersetuju bahawa seseorang raja tidak boleh

melakukan sesuatu kepada rakyat dan rakyat juga pantang diberi malu dan dinista.

Rakyat pula tidak boleh menderhaka kepada raja. Persetujuan tersebut menjadi teras

unang-undang bagi bangsa Melayu seluruhnya.

Dalam konteks undang – undang ke atas pesalah pula rakyat biasa yang bersalah

terhadap orang istana atau orang atasan akan menerima hukuman lebih berat daripada

kesalahan orang atasan terhadap rakyat jelata. Dari segi kedudukan pembesar dan

undang-undang pula para pembesar mempunyai hak tertentu ke atas orang bawahan,

walaupun keluarga raja , tetapi undang-undang mengenai penderhakaan hanya ada

kepada raja yang memerintah.

Dengan adanya negeri-negeri naungan, kuasa Melaka kelihatan makin kuat.

Negeri-negeri naungan sangat takut untuk menentang kuasa Melaka kerana jika ditentang

mereka akan menerima kekalahan yang teruk. Banyak perkara yang dianggap salah telah

dilakukan oleh Melaka tetapi tidak berani ditentang oleh orang lain . Contohnya seperti

peristiwa Tun Teja dibawa lari ke Melaka oleh Hang Nadim, laksamana Melaka yang

mencuri gajah sultan Pahang dan sebagainya.

Undang-undang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu khususnya

masyarakat Melayu Melaka pada zaman Sejarah Melayu berteraskan daripada adat

istiadat tempatan. Ia juga masih merupakan hukum adat. Misalnya penderhakaan yang

dilakukan oleh Hang Kasturi dan hukum bunuh ke atas Kitul dan Raja Mendeliar yang

memfitnah Bendahara Sri Maharaja adalah adat setempat. Beberapa peristiwa lain yang

dihukum lebih berdasarkan hukum adat setempat antaranya hukum bunuh ke atas Seri

Bija Diraja kerana hanya tidak datang mengadap sultan pada hari raya.

10

Page 11: ketatanegaraan

Dasar pemerintahan kerajaan Melaka juga ketara mengambil pengaruh Islam dan

Hindu, terutama dalam pembentukan kebudayaan Melayu. Mengenai pengaruh Islam

misalnya menyebut kalimat “ Allah” dalam perjanjian antara Hang Nadim dan Tun Teja

atau dalam perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Hukum potong

tangan ke atas pencuri dan banyak lagi. Pengaruh Hindu pula terdapat dalam konsep

pengkastaan hukuman ke atas pesalah yang sama. Hukuman yang dilaksanakan lebih

berdasarkan pangkat atau kedudukan seseorang dalam masyarakat. Dalam falsafah

Hindu yang menyebut bahawa raja-raja adalah pemilik kepada semua tanah menjadi

dasar pemerintahan Melaka yang memberi kuasa penuh dan kuasa mutlak kepada raja-

raja yang memerintah. Dalam pembentukan kebudayaan pula, kita dapat melihat

beberapa upacara istana yang jelas mengambil unsur Hindu. Misalnya memalu gong,

memukul gendang dan sebagainya.

Berdasarkan beberapa peraturan yang dibentangkan , jelas memperlihatkan

bahawa konsep negeri beraja yang diamalkan dalam masyarakat Melayu lama seperti

yang digambarkan oleh Sejarah Melayu telah mencerminkan suatu peraturan, larangan

dan juga adapt istiadat yang boleh menjadi satu undang-undang. Pada dasarnya segala

peraturan larangan dan adapt istiadat tersebut telah diterima dan dilaksanakan pula dalam

pentadbiran sebuah kerajaan dan diiktiraf pula oleh beberapa kerajaan lain di bawah

naungannya.

Konsep Kepimpinan juga terdapat dalam bahagian awal Sejarah Melayu, secara

tidak langsung menceritakan mengenai kekuasaan seseorang pemimpin. Dengan jelas

seseorang raja digambarkan mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan menakluki

dengan sepenuh kekuasaan yang ada. Kuasa tentera digunakan untuk menakluki negeri

yang lemah. Angkatan tentera digunakan untuk menakluki negeri yang lemah.

Angkatan tentera dihantar untuk menundukkan negeri-negeri kecil, menyebabkan banyak

nyawa yang terkorban di bawah corak pentadbiran yang sedemikian.

11

Page 12: ketatanegaraan

Gambaran yang diberikan oleh Sejarah Melayu mengenai kerajaan Melaka yang

sebelumnya tidak dikenali, akhirnya mempunyai kuasa yang besar dengan takluk yang

luas pula dengan cara peperangan. Cara itu adalah lanjutan daripada apa yang berlaku di

zaman kerajaan Melayu kuno. Bahkan bukan perkara yang luar biasa untuk

mempertahankan kuasa politik dan meluaskan kuasa kepimpinan satu-satu pemerintahan.

Gambaran yang diberikan oleh Sejarah Melayu, terutama dalam bahagian awal

menunjukkan betapa pentingnya seseorang pemimpin bagi rakyat jelata. Tanpa

pemimpin, seolah-olah tiada tempat bagi seorang rakyat untuk mengadu nasib untung

dalam masyarakat. Dalam beberapa peperangan, pemimpin yang digambarkan oleh

Sejarah Melayu adalah sebagai ketua. Kematian seseorang pemimpin dalam satu-satu

peperangan, nyata boleh melemahkan semangat tentera yang lain-lain. Dari segi tradisi

pula, kekalahan bagi sesebuah negeri itu adalah berikutan kematian rajanya di medan

perang. Seseorang raja yang menjadi ketua bagi satu-satu peperangan haruslah berjuang

menentang musuh.

Dalam banyak hal Sejarah Melayu juga menggambarkan bahawa pemimpin atau

ketua merupakan nadi. Ia meliputi semua kehidupan masyarakat, pentadbiran, politik,

agama dan pelbagai aspek kemajuan harian dalam sesebuah masyarakat yang

diketuainya. Pemimpin adalah nadi yang bertanggungjawab dan dipercayai boleh

menggerakkan semangat orang bawahan. Kejayaan atau kegagalan dalam apa jua, ia

lebih berkait rapat dengan kebijaksanaan, keberanian, kepintaran dan kesediaan

seseorang pemimpin.

Struktur kepimpinan kerajaan Melayu Melaka sebenarnya mempunyai sistem

yang lengkap. Golongan istana mempunyai aras kedudukan yang sangat tinggi dan

istimewa. Manakala tempat kedua ialah golongan pembesar dan pentadbir. Seterusnya

golongan yang paling rendah ialah rakyat iaitu golongan yang diperintah. Dalam

kepimpinan kerajaan Melayu Melaka, tanggungjawab seseorang raja yang memerintah

sangat jelas. Raja mempunyai kuasa terhadap pemerintahannya. Raja boleh bertindak

mengikut budi bicara dan kuasa yang ada kepadanya. Kuasa untuk menjatuhkan

12

Page 13: ketatanegaraan

hubungan berada di tangan raja. Oleh itu banyak pembunuhan berlaku, dilakukan

sewenang-wenangnya oleh raja tanpa mengambil kira benar atau tidak. Tindakan

hukuman bunuh dilakukan tanpa melalui siasatan terlebih dahulu, menyebabkan

berlakunya penganiayaan ke atas mereka yang tidak berdosa. Dengan cara itu berlakulah

pemerintahan yang tidak adil, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Walaubagaimanapun

raja dalam pemerintahan kerajaan Melaka tetap menjadi lambang perpaduan rakyat. Raja

tetap diagung-agungkan oleh semua rakyat daripada semua lapisan, selain itu raja juga

mempunyai daulat dan keturunan daripada orang yang baik-baik.

Dalam pemerintahan seperti itu, apabila raja yang memerintah mati, rakyat

seolah-olah dipertanggungjawabkan pula mencari pengganti. Jika raja yang memerintah

itu mati dalam peperangan, rakyat tidak berupaya lagi meneruskan peperangan. Semua

ini memperlihatkan kekuatan konsep daulat seseorang raja. Ini bermakna raja sebagai

pemimpin bagi rakyat adalah daulat. Manakala rakyat dan juga para pembesar mesti

mengikuti perintah raja. Contohnya sewaktu Raja Kecil Besar memeluk Islam, dia

mengarahkan semua rakyat semua rakyatnya memeluk Islam. Bermakna segala kata raja

adalah kata-kata yang pantang dibantah oleh sesiapa pun yang bernaung di bawah

kekuasaannya. Dengan demikian, raja mempunyai peluang yang cukup luas untuk

mencorakkan warna pemerintahannya. Tegasnya, maju mundur negeri yang diperintah

berada di tangan raja yang berkuasa.

Negeri-negeri di bawah naungannya sangat memerlukan bidang kuasa raja yang

memerintah Melaka, terutama bagi melantik atau menobatkan seseorang raja yang baru

atau pengganti menaiki takhta kerajaan di negeri-negeri bersekutu. Negeri-negeri takluk

Melaka itu dikehendaki terlebih dahulu meminta nobat daripada sultan Melaka. Bagi

negeri asing yang mahu perlindungan daripada Melaka dan berminat meletakkan diri di

bawah naungan Melaka juga sangat memerlukan nobat daripada seorang pemimpin

bertaraf raja yang memerintah Melaka. Raja-raja itu mungkin bimbang mendapat

bencana sekiranya tidak tunduk kepada pemerintahan Melayu Melaka. Di samping itu

mereka juga mendengar khabar bahawa beberapa negeri lain telah kalah akibat enggan

tunduk kepada kerajaan Melaka.

13

Page 14: ketatanegaraan

Di lihat kepimpinan Melaka secara umum, pucuk pentadbiran kerajaan itu banyak

dimainkan oleh golongan pembesar di bawah raja yang memerintah sebagai pemimpin

tertinggi dalam sesebuah kerajaan. Manakala para pembesar bagi negeri-negeri yang

dinaunginya pula berperanan sebagai pemimpin tertinggi di negeri-negeri berkenaan.

Mereka adalah sebagai pembantu kepada raja yang menguasai Melaka. Mereka juga

dikenangi sebagai pemimpin dengan cara pemberian berupa anugerah seperti pakaian,

persalinan emas atau permata. Anugerah ini sebagai balasan di atas kesanggupan mereka

menjalankan perintah raja Melaka. Segala tugas pentadbiran itu juga jelas menunjukkan

bahawa para pembesar itu juga mempunyai kuasa eksekutif sewaktu ketiadaan raja

sebagai pemimpin tertinggi dalam kerajaan Melaka.

Para pembesar yang berada di Melaka juga bertanggungjawab menghantar utusan

ke negeri-negeri lain. Selain itu mereka juga diberi kawasan untuk dijaga dan

ditadbirkan. Tanggungjawab pentadbiran itu adalah sebagai wakil raja sepenuhnya.

Contohnya seperti Tun Pepatih Putih, Tun Telanai dan Tun Jana Putera dihantar ke negeri

China untuk menjalinkan hubungan dengan Melaka dan Laksamana Hang Tuah dan

beberapa pembesar Melaka yang lain dihantar ke Majapahit menyempurnakan

peminangan diraja Sultan Mansur Syah.

Segala huraian diatas jelas memperlihatkan konsep kepimpinan dalam

pemerintahan kerajaan Melayu Melaka sebagaimana yang digambarkan oleh Sejarah

Melayu merupakan satu contoh kepimpinan yang lengkap dan sistematik. Kepimpinan

itu juga yang merupakan yang pertama pernah wujud dan memenuhi keperluan dan

kepentingan sesebuah pentadbiran mengikut peraturan dan kehendak zamannya.

Walaupun pada keseluruhannya berkonsepkan kepimpinan satu hala iaitu kuasa raja

sebagai pemerintah dan rakyat sebagai pihak yang diperintah.

Dalam konsep keperwiraan pula Sejarah Melayu dengan jelas meletakkan

keunggulan seseorang dalam masyarakat Melayu lama tidak semata-mata pada

kebijaksanaan atau keluasan ilmu pengetahuan, tetapi diukur daripada segi keberanian

14

Page 15: ketatanegaraan

dan kekuatan jasmani. Mereka yang mempunyai kekuatan jasmani dan keberanian

menentang musuh selalu mendapat perhatian dan dianggap wira bangsa. Mengikut Abu

Hassan Sham ( 1977 :46 ) setiap negara kota melalui sastera sejarahnya cuba untuk

mengemukakan wira kebangsaan bagi kemegahan sesebuah negara itu.

Dalam banyak hal, memang terdapat ramai pahlawan Melaka yang sangat handal

dalam peperangan. Mereka itu adalah perwira negara yang menjadi tempat sandaran

masyarakat mempertahankan negeri Melaka daripada dicerobohi atau dihina. Misalnya

sewaktu berada di Majapahit dikatakan terdapat seramai Sembilan orang wira Melayu

yang handal iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang

Iskandar, Hang Hassan, Hang Husin dan Hang Tuah.

Pada bahagian awal Sejarah Melayu ada dinyatakan tentang peperangan antara

Raja Iskandar Zulkarnain dan juga peperangan Raja Suran dengan negeri-negeri

sekitarnya. Mereka digambarkan sebagai raja yang agung dan gagah perkasa. Dr. M.G

Emeis ( 1976: 130 ) mencatatkan, orang Tiongkok yang ketakutan itu dapat

memperdayakannya tentang jauh jarak ke Tiongkok, sehingga ia tidak jadi pergi ke situ.

Ini bermakna ketinggian akal fikiran juga sangat penting dalam sesebuah masyarakat

kuno selain daripada kegagahan dan kekuatan jasmani.

Selain daripada itu, kita dapati masyarakat Melayu lama sangat menyanjung tinggi

akan kepahlawan dan keberanian seseorang ahli masyarakat. Sejarah Melayu banyak

memberi liputan yang agak menarik mengenai sifat-sifat kepahlawanan dan keberanian

pahlawan-pahlawan Melaka. Contohnya mengenai kegagahan Badang yang diceritakan

pada zaman pra- Melaka yang berakhir dengan penghormatan yang cukup tinggi sebagai

wira kebangsaan Singapura.

15

Page 16: ketatanegaraan

Sebagai kesimpulannya konsep wira dan unsur-unsur kepahlawanan yang

dibentangkan itu sesungguhnya menggambarkan sikap dan watak orang Melayu yang

suka berbangga-bangga dengan kegagahan dan keberanian, lebih daripada kebanggaan

dan penghormatan terhadap kecerdikan dan kepintaran akal fikiran bagi mengatasi

sesuatu masalah.

Akhir kata aspek katatanegaraan yang terdapat dalam Sejarah Melayu banyak

menyentuh tentang corak dan gaya hidup masyarakat melayu Melaka di zaman

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Bermula dengan keagungan raja-raja

Melayu, pembesar-pembesar sehinggalah ke rakyat jelata. Golongan raja yang berdaulat

dan berkuasa, mempunyai sifat kepimpinan yang sangat dibanggakan serta sifat

keperwiraan mereka juga tidak ditinggalkan. Bagi rakyat pula menerima segala arahan

dan kehendak raja mereka sebagai satu perintah dan menjadikan ia sebagai satu peraturan

yang mesti dipatuhi atau pun dikenali sebagai undang-undang.

16

Page 17: ketatanegaraan

BIBLIOGRAFI

Ali Ahmad (1987). Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abu Hassan Sham ( 1977). Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:

Utusan Printcorp Sdn Bhd.

A. Samad Ahmad (1996). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Shellabear, W.G (1991). Sejarah Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

17

Page 18: ketatanegaraan

18