kesultanan terengganu

14
Kesultanan Terengganu 1708 - 1733: Tun Zainal Abidin 1733 - 1794: Sultan Mansur I 1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II 1808 - 1830: Sultan Ahmad 1830: Sultan Abdul Rahman 1830 - 1831: Sultan Daud 1831 - 1837: Sultan Mansur II 1837 - 1839: Sultan Muhammad 1839 - 1876: Baginda Omar 1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II 1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ; 1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II 1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1942 - 1945: Tengku Ali 1945 - 1979: Sultan Ismail Nasiruddin Shah 1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah 1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Zainal Abidin 1. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani. Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Upload: pardiemas

Post on 09-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Kesultanan Terengganu

1708 - 1733: Tun Zainal Abidin1733 - 1794: Sultan Mansur I1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II1808 - 1830: Sultan Ahmad1830: Sultan Abdul Rahman1830 - 1831: Sultan Daud1831 - 1837: Sultan Mansur II1837 - 1839: Sultan Muhammad1839 - 1876: Baginda Omar1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah1942 - 1945: Tengku Ali1945 - 1979: Sultan Ismail Nasiruddin Shah1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah1998 - kini: Sultan Mizan Zainal AbidinPengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Zainal Abidin 1. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.

Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 tidak lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin 1 digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942).

Menurut Warta Cahaya Timor No.38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang DiPertuan Muda Tengku Mizan.

Asal Usul Nama Terengganu

Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya".

Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncul lah Terengganu.

Kedatangan Islam

Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembagan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.

Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.

Kedudukan Geografi dan Penduduk

Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari Besut ke Kemaman. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu dan dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di Negeri Terengganu.Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah :

Kuala Terengganu : 60,654.3 hektar;Kemaman : 253,559.9 hektar;Dungun : 273,503.1 hektar;Marang : 66,654.3 hektar;Hulu Terengganu : 387,463.6 hektar;Setiu : 130,436.3 hektarBesut : 123,367.8 hektar.Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (2009) penduduk Terengganu telah melebihi 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah kaum Melayu dan bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi negeri Terengganu ialah perikanan dan hasil petroleum pula menguatkan lagi ekonomi negeri Terengganu.

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang."Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan buktiarkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapatmanusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaanJohor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam diTanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan kePulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaranSultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (17461760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (17941808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (18761881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (18811918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (19201942).Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokanatau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_TerengganuYAB Menteri Besar Terengganu Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata KDNK Negeri Terengganu dijangka meningkat tiga peratus akhir tahun ini berbanding RM20.2 bilion tahun lalu

Pertumbuhan ekonomi negeri dijangka akan terus positif pada tahun ini selepas berlaku pertumbuhan memberangsangkan sehingga kadar tiga peratus yang membolehkan KDNK mencapai RM20.2 bilion pada tahun lalu. Perkembangan itu disokong oleh pengekalan dan daya tahan yuang kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran buruh yang stabil. Menteri Besar, Dato Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jika persekitaran ekonomi global kian pulih, KDNK Terengganu dijangka akan mencapai pertumbuhan tiga peratus hingga empat peratus pada tahun ini. Selain itu, jumlah pelaburan yang diluluskan di Terengganu daripada Januari 2013 hingga Februari 2014 berjumlah RM7.1 juta billion dan mewujudkan sebanyak 3,400 peluang pekerjaan. Adalah dijangka jumlah pelaburan di negeri ini juga akan bertambah. Sementara kadar penganguran di Terengganu masih di bawah guna tenaga penuh iaitu 3 peratus pada tahun 2013 dan dijangka stabil pada kadar 2.5 peratus hingga 3.5 peratus pada tahun 2014, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Ahmad Razif berkata, perancangan holistik sektor kerajaan dan didokong sektor swasta melalui berbagai projek pelaburan tempatan dan asing akan berupaya mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini. Kadar inflasi yang sederhana dan terkawal iaitu 3.2% pada Disember 2013 membolehkan pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu berada dalam keadaan stabil dan mampan sepanjang tahun 2014, ujarnya. Katanya, bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, pelbagai program pembasmian kemiskinan akan dirangka dan diperhebat. Negeri Terengganu kini berada di tempat ke sebelas di antara negeri-negeri di Malaysia bagi miskin tegar. Adalah diyakini bahawa sasaran sifar kemiskinan tegar di negeri ini akan dapat dicapai tidak lama lagi, ujarnya.Hit : 184 Kembali

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap teratur dan cepat dalam menjalankan urusan tugas dan kewajipan YAB Menteri Besar Terengganu.

Misi

Untuk memastikan persekitaran yang efisien dan tadbir urus yang cekap bagi Menteri Besar menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan.

SUK TERENGGANU NEKAD GALAS HARAPAN `STAKEHOLDERDitulis pada 14 Januari 2015.

Dato Osman menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini. Foto Oleh Harish Fadzilah

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berjanji untuk menggalas tugasan yang baharu bermula sejak 1 Januari lalu dengan penuh amanah dan komited bersandarkan harapan tinggi daripada `stakeholder (pihak berkepentingan), iaitu penjawat awam dan rakyat Terengganu serta cabaran bagi memastikan penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

Dato Osman Muda berkata, segala cabaran dan permasalahan yang timbul akan diselesaikan dengan kerjasama semua pegawai tadbir serta kakitangan kerajaan agar komposisi pentadbiran kerajaan negeri sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Saya percaya, tugas baharu saya ini tidak semudah yang disangka kerana pasti ada cabaran yang bakal ditempuhi kelak untuk menyediakan perkhidmatan terbaik.

Bagaimanapun, dengan sokongan dan kerjasama semua pegawai dan tuan-puan sekalian, insha-Allah ianya dapat dihadapi dengan lancar,katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato Ahmad Razif Abd Rahman; Pegawai Kewangan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Mohd Nor Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasih terhadap mantan SUK terdahulu, DatoMazlan Ngah berikutan banyak jasa dan khidmat bakti yang pernah disumbangkan sepanjang menerajui pentadbiran negeri sebelum ini.

1Barisan kepimpinan pentadbiran negeri di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015, di Dewan Besar WDI, hari ini.

Tambah beliau, perjumpaan pertama dengan penjawat awam di WDI selaku pusat pentadbiran negeri dengan menekankan konsep Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri : Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat, amat penting bagi menentukan arah serta hala tuju penjawat awam negeri.

Katanya, sebagai pusat pentadbiran yang menjadi nadi utama pembangunan sesebuah negeri, baik dari segi perancangan, pelaksanaan, kewangan dan pencetus dasar-dasar Kerajaan, WDI sudah melalui pelbagai pembaharuan sama ada dari segi kepimpinan dan juga perubahan dasar.

Di sini telah berlaku berbagai-bagai perubahan samada perubahan kepimpinan atau perubahan dasar, malah pahit maung penjawat awam dan kerajaan negeri sendiri.

Oleh itu untuk melihat perubahan berlaku samada berjaya atau tidak, kita warga kerja Wisma Darul Iman perlu memainkan peranan yang penting. Tindak tanduk kita di sini menjadi satu tanda aras kejayaan kakitangan kerajaan negeri,katanya.

Dalam tempoh itu juga, menurut beliau pelbagai kejayaan yang diraih Pejabat SUK dan kerajaan negeri sendiri yang membuka mata ramai pihak untuk mengiktiraf dan mencontohi kecemerlangan berkenaan.

Antara kejayaan terbaharu adalah pembentangan Belanjawan 2015 yang membentangkan bajet inklusif dan menyeluruh, selain negeri terbaik dalam pengurusan bencana banjir dan menerima `The Gold Standard serta mendapat pujian daripada Perdana Menteri.

Dasar utama suk :DASAR UTAMADitulis pada 28 Ogos 2013.

"Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan"

Merealisasikan Dasar-dasar Awam Untuk Meningkatkan Kesejahteraan Hidup Rakyat Melalui Kemudahan Sosial Dan Prasarana Fizikal Serta Peningkatan Ekonomi Rakyat

Memperkasakan Penyampaian Melalui Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Memperkasa Keupayaan Modal Insan Sektor Awam Melalui Peningkatan Jati Diri Dan Nilai-Nilai Murn

UPEN berperanan sebagai:-

1. Pusat rujukan dan sumber maklumat rasmi ekonomi negeri.

2. Perancang dan penyelaras agenda ekonomi pembangunan negeri.

3. Perancangan dasar-dasar ekonomi pembangunan negeri.

4. Penyelaras halacara pembangunan antara jabatan/agensi kerajaan.

5. Urus setia perancangan dan pemantauan kepada Kerajaan Negeri.

6. Penghubung antara jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Unit Perancang Negeri telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah pentadbiran Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu. Pada 1 Julai 1975, unit ini telah dipindahkan ke bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pemakaian nama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mula diperkenalkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) pada 1 April 1977. Nama UPEN digunakan secara rasminya di Negeri Terengganu pada 19 Januari 1978.