kesultanan melayu melaka~

36
KESULTANAN MELAYU MELAKA KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

Upload: rathnaa-wayy

Post on 04-Jul-2015

448 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

sharing is caring, together-gether we winning~

TRANSCRIPT

Page 1: Kesultanan melayu melaka~

KESULTANAN

MELAYU MELAKA

KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL

Page 2: Kesultanan melayu melaka~
Page 3: Kesultanan melayu melaka~

PARAMESWARA PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun

1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,

kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang.

Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara.

Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah

berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Page 4: Kesultanan melayu melaka~

Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh

Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan

geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh

Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan

mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya

melarikan diri ke Muar Dan Membuka penempatan baru yang dikenali sebagai

Melaka.

Page 5: Kesultanan melayu melaka~

PENGENALAN

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari

Palembang, keturunan majapahit, pada tahun 1400 -1403.

Pada awalnya Baginda telah lari mencari perlindungandi Temasik (ketika itu dikuasai oleh

Siam). Diancam Siam apabila membunuh Temagi (pemerintahTemasik).

Melaka mulanya merupakan perkampungan kecil –berkembang menjadi pusat perdagangan

(Mengambil alih peranan Srivijaya).

Pengislaman Parameswara pada tahun1414 telah menjadikan Melaka sebagai pusat

perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung dirantau ini.

Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zaman

kejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah.

Page 6: Kesultanan melayu melaka~
Page 7: Kesultanan melayu melaka~

Bersebelahan Selat Melaka.• Parameswara memilih Melaka untuk membina kerajaan baru kerana kedudukan Melaka

strategik di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan kapal-kapal perdagangan.

Kemudahan air bersih.• Terdapat juga kemudahan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan rakyat dan sebagainya.

Terlindung daripada tiupan angin monsun.• Kedudukan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun. Dengan ini, kegiatan

perdagangan dapat dijalankan dengan lancar.

Muka buminya yang strategik dan selamat.• Pokok bakau di pinggir laut boleh dijadikan benteng pertahanan sekiranya diserang musuh,

manakala muka bumi yang berbukit bukau dijadikan petunjuk untuk kapal dagang yang belayar

di lautan.

Page 8: Kesultanan melayu melaka~
Page 9: Kesultanan melayu melaka~

1. Istilah Arab Pedagang-pedagang Arab selalu menyebut “Mulaqah” yang bermaksud pertemuan.

Ada juga yang menyebut “ Malakat” yang bermaksud himpunan segala dagang.

2. Mitos Hindu Pokok Melaka dikenali sebagai “Amalaka” dalam bahasa Sanskrit yang mereka percaya

adalah pokok pertama di alam semesta.

Pokok ini juga dipercayai merupakan tempat kediaman Dewa Brahma, Vishnu dan

Shivadegan. Buah pokok Melaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

3. Sejarah Melayu Ketika berehat di bawah sebatang pokok, Parameswara menyaksikan anjing buruannya

ditendang seekor pelanduk. Kejadian ini dianggap luar biasa. Parameswara memilih nama

Melaka untuk menamakan negeri itu sempena nama pokok tersebut.

Page 10: Kesultanan melayu melaka~
Page 11: Kesultanan melayu melaka~

Sistem pemerintahan yang tersusun.- Jawatan seperti Bentara dan Biduanda kecil diwujudkan.

- Mewujudkan system pemerintahan teratur dengan sistem jawatan mempunyai tugas berbeza.

- Sebagai contoh, 40 orang Bentara yang dilantik akan melaksanakan tugas yang diperintahkan Raja.

Kemudahan pelabuhan untuk perdagangan.- Menyediakan kemudahan pelabuhan untuk pedagang seperti kemudahan membaiki kapal, kemudahan gudang

bagi menyimpan barang-barang dagangan dan tempat tinggal untuk pedagang, serta bekalan air dan makanan.

Hubungan diplomatik dengan negara luar.- Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara lain seperti China.

- China mengiktiraf kedaulatan Melaka dan Parameswara sebagai Sultan dengan menghantar Laksamana Yin

Ching (1404) dan Cheng Ho (1405 - 1409) untuk melawat Melaka.

- Kerajaan China juga mengurniakan paying kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda

pengiktirafan Melaka sebuah kerajaan berdaulat.

- Melaka menjadi negeri naungan China. Hubungan ini menyelamatkan Melaka daripada ancaman

Siam.

Page 12: Kesultanan melayu melaka~

Mengupah orang laut untuk menjaga keselamatan.- Orang-orang laut diupah untuk menjaga keselamatan Melaka.

- Orang Laut mahir dalam seni mempertahankan diri dan gagah berani.

- Orang Laut juga mahir dengan selok-belok Selat Melaka.

- Mereka membantu membawa barang dan membekalkan hasil laut selain bersikap taat dan setia.

Ikatan konsep daulat.

- Penduduk Melayu ketika itu terdiri daripada kaum Melayu, Orang Laut dan Orang Asli.

- Kemajuan Melaka ketika itu turut dipengaruhi sikap rakyatnya yang setia kepada pemerintah,

bersedia berkorban demi Negara tercinta dan menghargai jasa pemimpin.

- Kosnsep daulat telah menyatukan pemimpin dan rakyat dalam bersama-sama membangunkan

Melaka.

Page 13: Kesultanan melayu melaka~
Page 14: Kesultanan melayu melaka~
Page 15: Kesultanan melayu melaka~
Page 16: Kesultanan melayu melaka~
Page 17: Kesultanan melayu melaka~
Page 18: Kesultanan melayu melaka~
Page 19: Kesultanan melayu melaka~

1) Terletak di tengah laluan perdagangan- Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah laluan barat dan timur serta terlindung daripada

angin monsun telah mengalakkan pedagang untuk dating berdagang.

2) Sistem cukai yang berpatutan- Menggunakan sistem cukai yang berpatutan iaitu cukai rasmi (bayaran cukai untuk membawa masuk

barang dagangan).

- Kadar cukai yang dikenakan untuk saudagar barat ialah 6%, saudagar yang tinggal di Melaka 3% dan

saudagar timur tidak dikenakan sebarang cukai.

3) Penggunaan mata wang bagi memudahkan urusan jual beli.- Wang logam (calains), timah, emas dan perak (ketiga-tiganya datang dari Pasai, Gujerat dan

Kembayat) memudahkan urusan perniagaan.

4) Lingua Franca.- Urusniaga bertambah lancar apabila Bahasa Melayu dipilih menjadi Lingua Franca.

5) Merupakan sebuah pelabuhan entreport.- Melaka juga merupakan pelabuhan entreport (pengumpulan dan pengedaran barangan)

disamping menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pedagang.

Page 20: Kesultanan melayu melaka~

6) Keberkesanan undang-undang.- Undang-undang laut Melaka mempunyai 24 fasal.

- Kandungannya merangkumi undang-undang jenayah, peraturan dan tatatertib berniaga serta hokum-hukum

jenayah.

7) Peranan Syahbandar.(i) Syahbandar I – menguruskan pedagang dari Gujerat.

(ii) Syahbandar II – menguruskan pedagang dari Ryukyu, China dan Champa.

(iii) Syahbandar III – menguruskan pedagang dari Pegu, Benggala dan Parsi.

(iv) Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Jawa, Maluku,

Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.

Page 21: Kesultanan melayu melaka~
Page 22: Kesultanan melayu melaka~

Perkahwinan .- Hubungan dengan Pasai terjalin secara perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Pertukaran pendapat.- Melalui hubungan antara Pasai-Melaka, wujud pertukaran pendapat yang berkaitan isu-isu agama Islam dan sebagainya.

Negeri naungan.- Siak dan Kampar merupakan negeri naungan dan perlu menggunakan istilah “sembah’’ bila berutus surat.

Agama Islam.- Pedagang Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam.

• Perdagangan.- Hubungan Melaka dengan Jawa terjalin melalui perdagangan.

- Melaka mendapat bekalan makanan, rempah dan beras dari Jawa.

- Hubungan Melaka dengan Gujerat juga terjalin melalui perdagangan.

• Diplomatik.- Hubungan dengan China terjalin melalui perdagangan dan diplomatik Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan.

- Hubungan Melaka dengan Siam juga terjalin melalui hubungan diplomatik.

- Hubungan dengan Ryukyu bermula dengan perdagangan dan diplomatik.

Page 23: Kesultanan melayu melaka~
Page 24: Kesultanan melayu melaka~

1) Pengislaman pemerintah. Kedatangan pendakwah Islam telah membuka hati para pemerintah kerajaan Melayu untuk

memeluk Islam seterusnya tersebar di kalangan golongan bangsawan dan rakyat.

Sultan Melaka menerapkan unsure Islam seperti kaedah “musyawarah‟ ketika pemerintahannya.

2) Perdagangan. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkemuka di Asia Tenggara yang menyebabkan

kedatangan para pedagang dari serata dunia termasuk pedagang Islam yang turut memainkan

peranan berdakwah.

3) Perkahwinan. Putera dan puteri raja Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri raja dari kerajaan lain.

4) Pendakwah Islam. Pendakwah Islam yang dating ke Melaka menggunakan cara yang lembut dan berhemah dalam

melakukan dakwah dan bukan dengan paksaan. Ini menarik minat masyarakat untuk mengenali

lebih dekat agama ini.

Page 25: Kesultanan melayu melaka~

5) Kerelaan negara itu sendiri . Lingga dan Jambi merupakan negeri yang menjadi naungan Melaka secara sukarela manakala

Kampar dan Pahang ditakluk bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran negara masing-masing.

Mereka telah terpengaruh dengan ajaran Islam yang mana pusat penyebarannya berpusat di

Melaka.

6) Askar upahan Jawa. Askar upahan dari Jawa yang memeluk Islam di Melaka telah pulang ke negara asal dan secara tidak

langsung menyebarkannya di tempat asal mereka.

Page 26: Kesultanan melayu melaka~
Page 27: Kesultanan melayu melaka~

Istana menjadi institusi pendidikan.- Istana menjadi pusat intelektual cerdik pandai. Sultan Melaka turut menjemput golongan intelek dari

negara lain untuk menimba ilmu di istana Melaka.

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar .- Mengarang surat rasmi, mendidik anak raja dan menggubal perjanjian merupakan tugas seorang jurutulis.

- Bahasa Melayu digunakan untuk persuratan.

Tempat berkumpul golongan cerdik pandai.- Mereka yang mahir menulis dan membaca menjadi jurutulis, pengarang, ulama dan guru.

- Ulama terkenal dan pakar Bahasa Arab ialah Tun Muhammad.

Tempat pengumpulan dan terjemahan karya-karya agung.

- Karya sastera yang diterjemah contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

- Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat dan

Hikayat Nabi Yusuf.

Page 28: Kesultanan melayu melaka~
Page 29: Kesultanan melayu melaka~

1) Penaklukan.• Kerajaan Melaka telah menakluk Kampar dan Pahang. Sultan Melaka bertindak sedemikian demi

menjaga keselamatan dan kemakmuran Melaka.

• Melalui penguasaan kerajaan di Timur Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka

Berjaya menguasai perairan Selat Melaka.

• Melalui penaklukan juga, Melaka menerima pelbagai ufti serta dapat menyebarkan Islam di Kepulauan

Melayu.

2) Perkahwinan.• Putera dan Puteri Raja Melaka dikahwinkan dengan puter dan puteri kerajaan Melayu lain.

• Contohnya, Sultan Mahmud mengahwini Puteri Sultan Kelantan.

• Melalui perkahwinan dapat menguatkan lagi hubungan diplomatik dan pengaruh kerajaan Melaka.

Page 30: Kesultanan melayu melaka~

3) Kebijaksanaan pemimpin.• Melaka diperintah oleh sultan-sultan dan pembesar yang berwibawa dan bijaksana seperti Sultan

Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Bendahara Tun Perak.

• Sultan Muzaffar Shah Berjaya menyelesaikan pertingkahan orang Melayu dan India Muslim.

• Sultan Mansor Shah pula berjaya menggagalkan Kampar, Inderagiri, dan Pahang dalam cubaan

melepaskan diri sebagai negeri takluk.

• Bendahara Tun Perak yang taat setia pernah menggagalkan serangan Siam di Muar dan Batu Pahat.

4) Kerelaan negeri itu sendiri.• Disebabkan pengaruh dan kekuasaan Melaka, terdapat kerajaan yang dengan rela ingin bernaung di

bawah Melaka.

• Contoh kerajaan tersebut adalah Jambi, Lingga, Beruas, Pattani dan Kedah.

Page 31: Kesultanan melayu melaka~
Page 32: Kesultanan melayu melaka~

Kepimpinan yang lemah.

• Kematian Tun Perak menyebabkan pentadbiran Melaka goyah.

• Selepas kematian Tun Perak, tiada pengganti yang dapat menandingi kebijaksanaan dan kewibawaan beliau

termasuklah Tun Mutahir sendiri selaku Bendahara baru yang dilantik.

• Sultan Mahmud Syah melantik Tun Mutahir sebagai pengganti Tun Perak, namun Tun Mutahir mengamalkan

sikappilih kasih dalam pentadbirannya.

• Sikap Tun Mutahir tidak disenangi sesetengah pihak termasuk di kalangan pembesar dan pemimpin rakyat sendiri.

Perasaan tidak puas hati terhadap sikap pilih kasih Tun Mutahir menimbulkan hasutan yang menyatakan Tun

Mutahir ingin mengatasi kekayaan Sultan.

• Sultan murka dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas keluarga Tun Mutahir tanpa usul periksa.

• Menyedari kesalahan baginda, Sultan Mahmud menyerahkan kuasanya kepada putera baginda Raja Ahmad. Raja

Ahmad adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak cekap dalam mentadbir Melaka.

• Pengganti Tun Mutahir seterusnya pula adalah Tun Perpatih Putih. Bendahara Tun Perpatih Putih pula sudah

terlalu tua dan uzur dan tidak dapat menjalankan tugas sebagai Bendahara dengan lancar.

• Ini menyebabkan pentadbiran di Melaka semakin merosot.

Page 33: Kesultanan melayu melaka~

Masalah perpaduan di kalangan rakyat.

• Perpecahan rakyat bermula sejak zaman pentadbiran Tun Mutahir sebagai Bendahara.

• Ini disebabkan dasar pilih kasih yang diamalkannya.

• Keadaan tersebut mewujudkan ketegangan di kalangan orang Melayu dan India Muslim.

• Masalah perpecahan di kalangan rakyat turut menyumbang kepada fitnah dan rasuah yang

berleluasa.

• Disebabkan pentadbiran yang tidak cekap, masyarakat menjadi huru-hara dan secara tidak

langsung menjejaskan ekonomi dan perdagangan di Melaka.

Page 34: Kesultanan melayu melaka~

Kelemahan askar dan peralatan perang Melaka.

• Disebabkan kekurangan askar di kalangan rakyat tempatan, kerajaan Melaka telah mengupah askar

upahan dari Jawa untuk berjaga di Melaka.

• Namun, kesetiaan askar upahan tidak seperti askar tempahan. Malah, kebanyakkan daripada

mereka melarikan diri ketika perang tercetus antara Melaka dan Portugis.

• Peralatan perang untuk askar Melaka tidak cukup moden berbanding Portugis yang menggunakan

senapang dan meriam.

• Teknik perang, pengalaman dan kecekapan askar Portugis lebih tinggi berbanding askar Melaka

kerana mereka mendapat bantuan tunjuk ajar ketenteraan dari Goa, India. Askar Melaka yang

kurang terlibat dengan perang tidak berjaya mengalahkan askar Portugis.

Page 35: Kesultanan melayu melaka~

KESIMPULAN

• Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman KesultananMelayu Melaka menjadi titik tolak yang penting dalam lipatan sejarahdi Malaysia. Titik tolak ini bermulanya era perkembangan pendidikankerana kemahsyuran Melaka sebagai sebuah institusi pendidikan awalpada masa itu. Ini dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telahmenjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktivitiperdagangan (sukatan & timbangan), sistem mata wang danperkembangan agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain.

Page 36: Kesultanan melayu melaka~

”TERIMA KASIH

BY : RATNASARI.GAUK