kesesuaian terapi biblio

2
Kesesuaian Terapi Biblio Terapi biblio ialah terapi yang menggunakan buku-buku untuk menolong seseorang menyelesaikan masalah. Banyak situasi yang sesuai menggunakan terapi ini. Pemilihan buku yang sesuai dengan situasi juga sangat penting supaya terapi ini dapat dijalankan dengan berkesan. Salah satunya ialah untuk mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Dengan membaca, seseorang dapat mengurangkan tekanan seseorang. Membaca juga boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Contohnya, buku yang berjudul chicken’s soup yang mempunyai banyak cerita yang berkaitan dengan perasaan dan emosi dapat membantu seseorang yang murung akibat trauma. Selain itu juga, membaca juga boleh menghilangkan kebosanan. Contohnya ketika menunggu di dalam barisan. Masa boleh diisi dengan membaca buku yang memberi banyak faedah dan ia juga boleh mententeramkan jiwa. Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah seperti panas baran dan mempunyai sikap tidak sabar, terapi ini amat sesuai digunakan. Dengan membaca, otak kita akan lebih fokus dengan buku dan akan mengurangkan pemikiran kita tentang perkara yang menyebabkan kita menjadi marah. Di sekolah pula, terapi ini sedikit sebanyak boleh digunakan untuk membantu murid mendapatkan ilmu dari pembacaan yang telah

Upload: hzsoonarr

Post on 21-Nov-2015

4 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

terapi biblio

TRANSCRIPT

Kesesuaian Terapi BiblioTerapi biblio ialah terapi yang menggunakan buku-buku untuk menolong seseorang menyelesaikan masalah. Banyak situasi yang sesuai menggunakan terapi ini. Pemilihan buku yang sesuai dengan situasi juga sangat penting supaya terapi ini dapat dijalankan dengan berkesan.Salah satunya ialah untuk mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Dengan membaca, seseorang dapat mengurangkan tekanan seseorang. Membaca juga boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Contohnya, buku yang berjudul chickens soup yang mempunyai banyak cerita yang berkaitan dengan perasaan dan emosi dapat membantu seseorang yang murung akibat trauma.Selain itu juga, membaca juga boleh menghilangkan kebosanan. Contohnya ketika menunggu di dalam barisan. Masa boleh diisi dengan membaca buku yang memberi banyak faedah dan ia juga boleh mententeramkan jiwa.Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah seperti panas baran dan mempunyai sikap tidak sabar, terapi ini amat sesuai digunakan. Dengan membaca, otak kita akan lebih fokus dengan buku dan akan mengurangkan pemikiran kita tentang perkara yang menyebabkan kita menjadi marah.Di sekolah pula, terapi ini sedikit sebanyak boleh digunakan untuk membantu murid mendapatkan ilmu dari pembacaan yang telah dibuat. Ia juga boleh meningkatkan perkembangan murid dari segi semua aspek. Contohnya seorang murid telah membaca tentang ilmu agama. Dengan pembacaan yang dibuat, murid akan dapat meningkatkan nilai rohani di dalam diri mereka.