kesempurnaan agama & rukun solat yang · pdf filedalam erti kata lain niat itu ialah apa...

4
1 |PERTAMA/2017/FEB/003 KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG TIGA Bismillahirrahmaanirrahim.Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam serta Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Firman Allah : ﴿ ون د ب ع ي ل إ نس ا و ن ا ت ق ل ا خ م و“Tidaklah Aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah (menyembah) kepada- Ku”. (51 : 56) Kefahaman dari ayat tersebut menyatakan bahawa penciptaan manusia itu hanyalah untuk menyembah dan beribadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sekiranya kita teliti sedalam- dalamnya, tahu lah kita bahawa darjat kita hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa- apa. Dia Allah tuhan yang kuasa, yang memiliki segala-galanya. Dialah zat yang wajib wujud (ada), yang maha memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan. Dia yang maha kaya tidak berhajat kepada apa-apa atau sesiapa selain Dia malah selain Dia itu yang berhajat kepada-Nya. Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada umat Nabi Muhammad satu peluang yang tidak ada pada nabi-nabi yang terdahulu iaitu satu penzahiran kehambaan dari hamba kepada Pencipta-Nya melalui sujud. Ketahuilah bahawa tanda penyerahan hamba kepada pencipta-Nya adalah melalui sujud dan Allah sangat menyukai hamba-Nya yang banyak bersujud kepada-Nya. Seperti mana yang kita tahu bahawa rukun solat mempunyai tiga kategori iaitu : rukun qauli (diucap dengan lidah) rukun qalbi ( diucap dengan hati) rukun fi’li ( perbuatan)

Upload: hoangtu

Post on 24-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG · PDF fileDalam erti kata lain niat itu ialah apa yang dia fikir dan rasa. ... Demikianlah di dalam solat jika seseorang yang hendak sujud contohnya

1 |PERTAMA/2017/FEB/003

KESEMPURNAAN AGAMA &

RUKUN SOLAT YANG TIGA

Bismillahirrahmaanirrahim.Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam serta Selawat

dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad

Firman Allah :

نس إل لي عبدون ﴾ ﴿ وما خلقت الن وال

“Tidaklah Aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah (menyembah) kepada-

Ku”. (51 : 56)

Kefahaman dari ayat tersebut menyatakan bahawa penciptaan manusia itu hanyalah

untuk menyembah dan beribadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sekiranya kita teliti sedalam-

dalamnya, tahu lah kita bahawa darjat kita hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-

apa. Dia Allah tuhan yang kuasa, yang memiliki segala-galanya. Dialah zat yang wajib

wujud (ada), yang maha memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci dari

segala sifat-sifat kekurangan. Dia yang maha kaya tidak berhajat kepada apa-apa atau

sesiapa selain Dia malah selain Dia itu yang berhajat kepada-Nya.

Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada umat Nabi Muhammad satu

peluang yang tidak ada pada nabi-nabi yang terdahulu iaitu satu penzahiran kehambaan dari

hamba kepada Pencipta-Nya melalui sujud. Ketahuilah bahawa tanda penyerahan hamba

kepada pencipta-Nya adalah melalui sujud dan Allah sangat menyukai hamba-Nya yang

banyak bersujud kepada-Nya.

Seperti mana yang kita tahu bahawa rukun solat mempunyai tiga kategori iaitu :

rukun qauli (diucap dengan lidah)

rukun qalbi ( diucap dengan hati)

rukun fi’li ( perbuatan)

Page 2: KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG · PDF fileDalam erti kata lain niat itu ialah apa yang dia fikir dan rasa. ... Demikianlah di dalam solat jika seseorang yang hendak sujud contohnya

2 |PERTAMA/2017/FEB/003

Ketiga-tiga rukun ini sebenarnya tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia walaupun

berada di luar solat. Sebetulnya manusia tidak boleh memisahkan diri mereka dari berkata-

kata, melakukan sesuatu atau berfikir dengan akal dan merasai nikmat perbuatan.

Jika kita ringkaskan untuk mudah difahami manusia itu ialah apa yang dia ;-

Fikir

Rasa

Buat

Justeru itu fikir, rasa dan buat ini haruslah selari untuk terus maju di dalam hidup dan

menjadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita menjadi sebagaimana

firman Allah :

{ ي أي ها الذين آمنوا ل ت قولون ما ل ت فعلون {

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu

lakukan.(61 : 2)

Seharusnya kita perlu ada keselarasan dan kesatuan diantara fikir,rasa dan buat. Jika

tidak jadilah kita orang yang berfikir lain, rasa lain dan buat lain. Anologinya seperti orang

yang berfikir hendak membuat kek lobak merah, lalu rasa ingin membuat kek itu menyebabkan

dia menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek. Selepas sahaja kek itu siap dia mendapati

kek itu menjadi kek oren. Lalu apa yang terhasil itu tidak seperti mana yang dia fikirkan.

Sabda Nabi Muhammad :

: عليه وسلم قال عن عمر أن رسول الل صلى اللهم

ا العمال بلن ية ولكل امرئ ما ن وى" "إن

Maksudnya: “ Sesungguhnya bermula amal itu dengan niat. Dan setiap yg diperoleh

adalah dengan apa yang diniatkan”.

Dalam erti kata lain niat itu ialah apa yang dia fikir dan rasa. Maka maksud

memperoleh dengan apa yang diniatkan itu ialah apa yang dia buat atau hasilnya. Jika hasilnya

seperti apa yang dia fikir dan rasa maka dia telah mendapat keselarasan sebagaimana kehendak

di dalam sabda nabi tersebut. Namun berapa ramai di antara kita yang tidak sama apa yang dia

buat dengan apa yang dia fikir dan rasa. Apabila ditanya adakah anda hendakkan syurga?

Page 3: KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG · PDF fileDalam erti kata lain niat itu ialah apa yang dia fikir dan rasa. ... Demikianlah di dalam solat jika seseorang yang hendak sujud contohnya

3 |PERTAMA/2017/FEB/003

Jawabnya tentulah hendak tetapi dia tidak mahu solat atau masih lagi melakukan maksiat.

Inilah yang dikatakan tidak ada keselarasan dan kesatuan di antara fikir,rasa dan buat.

Fikir itu adalah akal. Rasa itu adalah hati dan buat itu pula adalah anggota kita. Tiga

elemen ini dapat kita hubungkaitkan dengan Tauhid, Tasawwuf dan Feqah. Orang Islam yang

beriman tidak boleh memisahkan Tauhid, Tasawwuf dan Feqah dari diri mereka sebagaimana

fikir,rasa dan buat itu tidak boleh diceraikan dari diri seorang manusia.

Jalan kepada tauhid itu ialah dengan akal,manakala tasawwuf itu ialah dengan hati dan

feqah itu ialah dengan melalui anggota. Jadi bukanlah satu perkara yang asing dan janggal jika

kita dapat memahami konsep ini dengan baik.

Demikianlah di dalam solat jika seseorang yang hendak sujud contohnya tetapi dia terus

duduk bertasyahhud maka solatnya akan terbatal kerana tidak melaksanakan rukun fi’li

(perbuatan) dengan sempurna. Ini bermaksud perbuatan itu tidak mengikut apa yang dia fikir

dan rasa. Begitulah kehidupan kita ini jika masih lagi fikir,rasa dan buat kita itu tidak ada

keselarasan dan kesatuan maka kita tidak akan dapat menjadi orang yang benar-benar mengikut

kehendak Allah dan Rasul. Kita masih lagi mengikut kehendak diri kita yang mana ianya tidak

bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasul. Jika ini tidak dititik beratkan maka sifat-sifat

mahmudah (terpuji) tidak dapat dibentuk di dalam diri seseorang manusia. Sebaliknya sifat-

sifat mazmumah (tercela) yang akan terbentuk di dalam jiwa insan itu.

Untuk mendapatkan keselarasan dan kesatuan itu kita hendaklah sentiasa hadir,ingat

dan tumpu. Tanpa hadir, ingat dan tumpu kita tidak akan dapat untuk menyelaraskan fikir,rasa

dan buat kita. Kerana jika tumpuan kita tidak sepenuhnya pada apa yang difikirkan,nescaya

kita akan mudah melakukan sesuatu yang lain dari apa yang kita fikirkan tadi. Orang beriman

sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada kebesaran Allah dan kasih sayang Rasulullah

. Kerana sesungguhnya kita berada di dalam keadaan yang sentiasa berhadapan dengan

kebesaran Allah dan segala nikmat-Nya .

Oleh itu sepatutnya kita lebih mudah untuk memberi tumpuan kepada Allah dan Rasul

lebih lagi dari yang lain. Tetapi jika sebaliknya terjadi, maka ketahuilah bahawa keadaan kita

masih lagi lupa dan lalai. Berhentilah dari mendengar bisikan-bisikan yang tidak membawa

tumpuan kita kepada Allah dan Rasul. Kurangkanlah bercakap mengenai hal orang lain dan

selalulah muhasabah diri sekerap yang mungkin. Tanyalah diri kita ini dari pagi sampai ke

Page 4: KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG · PDF fileDalam erti kata lain niat itu ialah apa yang dia fikir dan rasa. ... Demikianlah di dalam solat jika seseorang yang hendak sujud contohnya

4 |PERTAMA/2017/FEB/003

malam siapakah yang lebih banyak kita memberi tumpuan adakah kepada Allah atau selain

dari-Nya? Perbanyakkanlah zikrullah agar kita dapat membina tumpuan kita lebih kepada

Allah dan Rasul.

Akhir zaman ini zikrullah amatlah penting sebagai benteng dan perisai diri dari fitnah

yang bermaharaja lela. Berpegang teguhlah dengan Akidah Ahlussunnah Wal Jama’ah dan

janganlah berpecah belah disebabkan hal-hal yang remeh. Berdampinglah dengan ulama-ulama

yang berada pada majoriti di sudut akidah dan feqahnya.

Sesungguhnya Rasul pernah bersabda dengan mafhumnya “Tetaplah kamu dengan

jama’ah (majoriti) dan janganlah kamu berpecah belah”. Hadis ini menunjukkan bahawa

Rasul menyuruh kita supaya bersama dengan golongan yang majoriti dan jangan kita

mengikut golongan yang minoriti. Secara ringkasnya golongan majoriti itu dari sudut

akidahnya ialah yang bermazhab dengan akidah Asya’irah dan Maturidiah dan feqahnya adalah

salah satu dari mazhab yang empat. Kenyataan untuk bersama mereka itu sebenarnya adalah

apa yang kita tuntut tujuh belas kali sehari semalam di dalam solat kita. Mereka orang-orang

yang diberi nikmat itu ialah para-para Anbiya’ (Nabi-nabi), Auliya’ (wali-wali), Siddiqin

(orang-orang yang benar), Syuhada (orang-orang yang syahid) dan Sholihin (orang-orang

sholeh).

Sehubungan itu marilah kita sama-sama terus berlatih tanpa merasa letih untuk beramal

sehingga kita dapat menyelaraskan fikir,rasa dan buat kita sepertimana kita meyelaraskan tiga

kategori rukun di dalam solat kita. Beramallah dengan rasa ‘hendak’ dan ‘kasih’ bukannya

dengan rasa ‘perlu’ atau ‘terpaksa’. Wallahu A’lam.

Disediakan oleh:

Suhaifullah bin Sulong,

Pegawai Jabatan Penyelidikan Dan Dakwah,

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.

(PERTAMA)