keselamatan komputer dan privasi-glosari

Upload: zaari-mohamad

Post on 07-Jul-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Keselamatan Komputer dan Privasi-Glosari

    1/6

    Literasi Digital Microsoft 

    Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer 

    1 | Halaman

    Glosari

    A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

    A

    Active Content

      Kandungan Aktif) 

    Satu aplikasi kecil yang dipasang pada komputer semasa melayari Internet. Fungsi asaskandungan aktif adalah untuk memberikan pengalaman Internet yang interaktif menerusi video

    dan bar alat (toolbar). Kadang-kadang, kandungan aktif digunakan untuk mendapatkan akses

    yang tidak dibenarkan ke komputer, dan kemudian merosakkan data yang disimpan atau

    memasang perisian berniat jahat padanya.

     

    B

    Back Up

      Sandaran) 

    Perbuatan membuat salinan pendua aplikasi, cakera, data atau yang seumpamanya. Salinan

    pendua ini dipanggil sandaran.

    C

    Cache Memory

      ingatan

    cache

    Ingatan sementara pada komputer anda yang kadang-kadang digunakan untuk menyimpan

    salinan fail sedia ada yang telah dibuka apabila anda melayari Internet.

    Computer Privacy

      Privasi komputer) 

    Menyimpan data pengguna, termasuk fail peribadi dan mesej e-mel, supaya data seumpamanya

    tidak boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa kebenaran yang sah.

  • 8/18/2019 Keselamatan Komputer dan Privasi-Glosari

    2/6

    Literasi Digital Microsoft 

    Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer 

    2 | Halaman

    Computer Security  Keselamatan komputer) 

    Melindungi sistem komputer dan data daripada hilang atau diubah sama ada dengan sengaja

    atau tidak sengaja.

    Cookie 

    Fail kecil pada komputer yang dihasilkan apabila pengguna melawat sesebuah laman

    web. Sebuah laman web menggunakan cookies untuk mengenal pasti pengguna yang melawat

    laman web tersebut, dan juga mengesan citarasa pengguna.

    Copyright

    Hak cipta) 

    Satu kaedah untuk melindungi hak seorang pencipta sesuatu karya kreatif, seperti teks, muzik,

    lukisan, atau aplikasi komputer, melalui undang-undang.

    D

    Decryption  Nyahsulit) 

    Proses menukarkan semula data yang disulitkan ke dalam bentuk yang boleh dibaca dan boleh

    digunakan.

     

    E

    Encryption  Penyulitan) 

    Proses menukarkan data ke dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dan tidak boleh digunakan.

    Penyulitan dilakukan untuk menghalang capaian data yang tidak dibenarkan, terutamanya

    semasa penghantaran data melalui Internet.

    F

    Firewall

      Tembok api) 

    Satu penapis yang menghalang maklumat yang tidak boleh dipercayai dan tidak dibenarkan

    daripada Internet sebelum ia sampai ke komputer atau rangkaian persendirian. Ia memberikan

    perlindungan tambahan terhadap ancaman seperti penggodam dan virus. Firewall  juga

  • 8/18/2019 Keselamatan Komputer dan Privasi-Glosari

    3/6

    Literasi Digital Microsoft 

    Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer 

    3 | Halaman

    membantu anda memastikan privasi komputer dengan menyekat akses luar oleh mana-mana

    pengguna yang tidak dibenarkan.

    H

    Hacker  Penggodam) 

    Seseorang yang menggunakan kepakaran komputer untuk mengakses secara haram ke

    komputer, dan kemudian menyalahgunakan atau mengganggu aplikasi dan data yang

    tersimpan pada komputer tersebut.

    I

    Intellectual Property

      Harta Intelek) 

    Apa-apa maklumat yang terdapat dalam Internet adalah harta intelek, ia secara sah dimiliki oleh

    orang yang menciptanya. Pemilik harta intelek mempunyai hak eksklusif untuk mengawal

    penggunaan maklumat ini.

    Internet Service Provider ISP)

      Pembekal Servis Internet) 

    Syarikat yang menyediakan sambungan Internet kepada individu, perniagaan, dan organisasi.

    L

    Libel

      Fitnah bertulis) 

    Fitnah bertulis yang telah diterbitkan. Fitnah adalah satu kesalahan yang boleh dihukum.

    O

    Online Predator  Pemangsa dalam talian) 

    Seorang individu yang berhubung dengan pengguna Internet, melalui bilik sembang,

  • 8/18/2019 Keselamatan Komputer dan Privasi-Glosari

    4/6

    Literasi Digital Microsoft 

    Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer 

    4 | Halaman

    forumdalam talian, atau e-mel, untuk mengeksploitasi mereka dari segi kewangan atau

    melibatkan mereka dalam hubungan berbahaya.

    P

    Password  Kata laluan)

    Rentetan unik aksara yang ditaip oleh pengguna sebagai kod pengenalan. Ia adalah ukuran

    keselamatan yang digunakan untuk menyekat akses kepada sistem komputer dan fail sensitif. 

    Phishing

      Pancingan data) 

    Perbuatan mengekstrak maklumat peribadi, seperti kata laluan dan butiran kad kredit, daripada

    pengguna komputer dan kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan berniat

     jahat.

    Plagiarism

    plagarisme) 

    Perbuatan menyalin kerja seseorang dan menggunakannya seumpama kerja anda sendiri, tanpa

    menyatakan sumbernya.

    Power Surge Lonjakan kuasa) 

    Peningkatan mendadak dalam voltan talian, yang boleh membawa kepada kerosakan peranti

    elektronik, seperti komputer.

    S

    Secure Sockets Layer SSL)

      Lapisan Soket Selamat)

    Protokol keselamatan Internet yang memastikan komunikasi data adalah selamat dengan

    menyulitkan maklumat yang dihantar. Protokol SSL memperakui bahawa sesebuah laman web

    adalah tulen dan memastikan bahawa data yang diberikan pada laman web ini tidak

    disalahgunakan. 

    Slander

      Fitnah lisan) 

    Fitnah percakapan. Fitnah merupakan kesalahan yang boleh dihukum.

    Software Piracy

      Cetak rompak perisian) 

    Penyalinan perisian yang dilindungi oleh hak cipta tanpa mendapat lesen atau kebenaran

    daripada pemilik hak cipta adalah cetak rompak perisian.

  • 8/18/2019 Keselamatan Komputer dan Privasi-Glosari

    5/6

    Literasi Digital Microsoft 

    Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer 

    5 | Halaman

    Spam 

    Mesej e-mel yang tidak relevan dan tidak diminta untuk dihantar oleh pengirim yang tidak

    diketahui. Spam dihantar untuk mengedarkan mesej kepada ramai penerima pada satu-satu

    masa.

    Spyware  Perisian intip) 

    Satu aplikasi komputer yang dipasang pada komputer anda tanpa pengetahuan anda. Spyware 

    dalam diam boleh menghantar maklumat tentang tabiat pelayaran web atau butiran peribadi

    lain kepada komputer lain melalui rangkaian.

    T

    Trojan Horse

      Kuda Trojan) 

    Satu aplikasi komputer yang merosakkan dengan penyamaran sebagai permainan, utiliti, atau

    perisian. Apabila berkerja, kuda Trojan melakukan sesuatu yang berbahaya kepada sistem

    komputer walaupun dalam masa yang sama, ia juga didapati melakukan sesuatu yang berguna.

     

    U

    Username

      Nama pengguna)

    Nama yang mana pengguna akan dikenal pasti oleh sistem komputer atau rangkaian. Bagi

    mengakses komputer yang dilindungi dengan nama pengguna dan kata laluan, pengguna perlu

    memasukkan kombinasi yang betul bagi nama pengguna dan kata laluan.

     

    V

    Virus

      virus) 

    Satu aplikasi komputer yang direka untuk menyebabkan kerosakan kepada komputer i atau

    merosakkan data yang disimpan di dalam komputer.

    W

  • 8/18/2019 Keselamatan Komputer dan Privasi-Glosari

    6/6

    Literasi Digital Microsoft 

    Literasi Digital Microsoft: Privasi dan Keselamatan Komputer 

    6 | Halaman

    Worm 

    Satu aplikasi komputer yang merebak dengan sendiri pada semua komputer, biasanya dengan

    cara membuat salinan dirinya dalam memori setiap komputer. Worm mungkin membuat salinan

    dirinya dalam satu komputer dengan kerap sehingga menyebabkan komputer itu tidak

    berfungsi.