kesejahteraan global bulanan - livewell.optum.com · kita sudah terbiasa mempunyai ibu bapa yang...

2
Jun 2018 Kita sudah terbiasa mempunyai ibu bapa yang sering risau dan menjaga keperluan kita, sehingga ia mungkin menjadi suatu kejutan ketika kita sedar kini mereka memerlukan bantuan kita. Namun, kesihatan seorang warga tua boleh berubah secara tiba-tiba tanpa amaran. Anda mungkin perhatikan kemahiran memandu mereka semakin merosot, atau mereka terlupa membayar bil atau memberi makan kepada haiwan peliharaan. Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti petanda yang menunjukkan ibu bapa anda mungkin memerlukan bantuan, juga membantu anda memutuskan langkah seterusnya yang wajar diambil. Awasi petandanya Kemungkinan hilangnya kemampuan berdikari sungguh menakutkan bagi kebanyakan orang. Ibu bapa anda mungkin memiliki sifat bangga yang tebal dan menafikan bahawa mereka memerlukan pertolongan anda – walaupun mereka betul-betul mengalami kesukaran. Jadi, anda tidak boleh bergantung kepada mereka untuk memberitahu anda apabila mereka berasa sukar berbuat sesuatu. Sebaliknya, anda perlu mempercayai naluri anda dan mencari petandanya. Dan anda perlu mula bertindak sebelum keadaan semakin merosot. Ibu bapa anda mungkin memerlukan bantuan sekiranya mereka: Tidak mengambil perubatan mengikut preskripsi. Menunjukkan tanda-tanda bahawa kemahiran memandu mereka kian merosot. Tidak membayar bil atau menguruskan kewangan mereka dengan baik seperti sebelum ini. Mudah terpedaya oleh penipuan atau taktik jualan secara mendesak. Memakai semula pakaian yang belum berbasuh. Tidak memberus gigi atau bercukur. Meninggalkan hobi dan menjauhi rakan-rakan. Kurang selera makan. Tidak lagi menjaga haiwan peliharaan dengan baik. Menghadkan hubungan dengan dunia luar. Kelihatan keliru atau murung. Kehilangan kawalan usus dan pundi kencing. Kerap jatuh atau susah menaiki tangga. Tidak menjaga kebersihan rumah dan taman bunga. Sekilas pandang Kesihatan warga tua boleh berubah secara tiba-tiba, tetapi sesetengah mereka bersifat bangga sehingga enggan mengakui mereka memerlukan bantuan. Usah menunggu ibu bapa anda meminta bantuan – percayalah dengan suara hati anda dan awasi petanda yang menunjukkan mereka mungkin mengalami kesukaran. Mendapatkan bantuan yang tepat pada peringkat awal selalunya boleh membantu warga tua hidup berdikari lebih lama berbanding apabila mereka dibiarkan menunggu. 14 petanda ibu bapa anda yang berusia mungkin memerlukan bantuan Kesejahteraan Global Bulanan Bersambung di halaman 2 » livewell.optum.com

Upload: others

Post on 19-Sep-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesejahteraan Global Bulanan - livewell.optum.com · Kita sudah terbiasa mempunyai ibu bapa yang sering risau dan menjaga keperluan kita, sehingga ia mungkin menjadi suatu kejutan

Jun 2018

Kita sudah terbiasa mempunyai ibu bapa yang sering risau dan menjaga keperluan kita, sehingga ia mungkin menjadi suatu kejutan ketika kita sedar kini mereka memerlukan bantuan kita. Namun, kesihatan seorang warga tua boleh berubah secara tiba-tiba tanpa amaran. Anda mungkin perhatikan kemahiran memandu mereka semakin merosot, atau mereka terlupa membayar bil atau memberi makan kepada haiwan peliharaan. Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti petanda yang menunjukkan ibu bapa anda mungkin memerlukan bantuan, juga membantu anda memutuskan langkah seterusnya yang wajar diambil.

Awasi petandanyaKemungkinan hilangnya kemampuan berdikari sungguh menakutkan bagi kebanyakan orang. Ibu bapa anda mungkin memiliki sifat bangga yang tebal dan menafikan bahawa mereka memerlukan pertolongan anda – walaupun mereka betul-betul mengalami kesukaran. Jadi, anda tidak boleh bergantung kepada mereka untuk memberitahu anda apabila mereka berasa sukar berbuat sesuatu. Sebaliknya, anda perlu mempercayai naluri anda dan mencari petandanya. Dan anda perlu mula bertindak sebelum keadaan semakin merosot.

Ibu bapa anda mungkin memerlukan bantuan sekiranya mereka:• Tidak mengambil perubatan mengikut preskripsi.

• Menunjukkan tanda-tanda bahawa kemahiran memandu mereka kian merosot.

• Tidak membayar bil atau menguruskan kewangan mereka dengan baik seperti sebelum ini.

• Mudah terpedaya oleh penipuan atau taktik jualan secara mendesak.

• Memakai semula pakaian yang belum berbasuh.

• Tidak memberus gigi atau bercukur.

• Meninggalkan hobi dan menjauhi rakan-rakan.

• Kurang selera makan.

• Tidak lagi menjaga haiwan peliharaan dengan baik.

• Menghadkan hubungan dengan dunia luar.

• Kelihatan keliru atau murung.

• Kehilangan kawalan usus dan pundi kencing.

• Kerap jatuh atau susah menaiki tangga.

• Tidak menjaga kebersihan rumah dan taman bunga.

Sekilas pandang• Kesihatan warga tua boleh

berubah secara tiba-tiba, tetapi sesetengah mereka bersifat bangga sehingga enggan mengakui mereka memerlukan bantuan.

• Usah menunggu ibu bapa anda meminta bantuan – percayalah dengan suara hati anda dan awasi petanda yang menunjukkan mereka mungkin mengalami kesukaran.

• Mendapatkan bantuan yang tepat pada peringkat awal selalunya boleh membantu warga tua hidup berdikari lebih lama berbanding apabila mereka dibiarkan menunggu.

14 petanda ibu bapa anda yang berusia mungkin memerlukan bantuan

Kesejahteraan Global Bulanan

Bersambung di halaman 2 »

livewell.optum.com

Page 2: Kesejahteraan Global Bulanan - livewell.optum.com · Kita sudah terbiasa mempunyai ibu bapa yang sering risau dan menjaga keperluan kita, sehingga ia mungkin menjadi suatu kejutan

Buletin ini mengandungi maklumat kesihatan umum dan bukan sebagai pengganti perubatan doktor. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional penjagaan kesihatan yang sesuai bagi keperluan khusus anda. Sesetengah rawatan yang disebutkan dalam buletin ini mungkin tidak diliputi oleh pelan kesihatan anda. Sila rujuk dokumen pelan faedah untuk maklumat mengenai liputan perlindungan.

Optum® adalah tanda dagang berdaftar Optum, Inc. di A.S dan kawasan yang lain. Semua nama jenama dan produk lain adalah tanda dagang atau tanda berdaftar dan harta yang dimiliki oleh pemiliknya tersendiri. Oleh sebab pihak kami memperbaiki produk dan perkhidmatan kami secara berterusan, Optum memelihara hak untuk mengubah spesifikasi tanpa notis awal. Optum adalah majikan peluang sama rata.

© 2018 Optum, Inc. Hak cipta terpelihara.

Mendapatkan bantuanJika anda berpendapat bahawa ibu bapa anda memerlukan bantuan, tetapkan suatu janji temu dengan seorang pakar penjagaan kesihatan yang terlatih untuk menilai keperluan perubatan, emosi, dan gaya hidup warga tua. Pakar ini boleh jadi merupakan seorang doktor, jururawat penjagaan di rumah, atau pekerja sosial geriatrik. Penilaian komprehensif harus meliputi kesihatan mental dan fizikal, ruang hidup dan gaya hidup seharian ibu bapa anda.

Matlamatnya adalah untuk mengenal pasti risiko dan menentukan jenis bantuan atau langkah pencegahan yang dapat memperbaiki kualiti hidup. Anda boleh mendapatkan nasihat tentang penjagaan kesihatan di rumah dan isu keselamatan rumah, serta strategi untuk mengurus inkontinens, kehilangan penglihatan, pengambilan ubat atau demensia. Jika perlu membuat apa-apa keputusan, pastikan anda melibatkan ibu bapa anda.dalam keputusan itu.

Bukan mudah untuk menghadapi kenyataan bahawa ibu bapa anda semakin tua. Namun,dengan mengenal pasti petanda yang menunjukkan mereka memerlukan bantuan, dan menangani sebarang masalah pada peringkat awal, anda mungkin dapat membantu mereka terus hidup berdikari lebih lama berbanding sebaliknya. Maka, anda boleh kekal yakin mereka akan berasa lebih selesa, gembira dan selamat.

Bersambung dari halaman 1 »

Ketahui lebih lanjutKunjungi livewell.optum.com sekarang untuk lebih banyak maklumat tentang perkara ini dan artikel lain yang berguna. Di livewell.optum.com anda juga dapat mencari sumber untuk membantu anda menguruskan tekanan dan menangani isu-isu di tempat kerja, di samping nasihat dan sokongan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Livewell direka untuk menyediakan maklumat dan sokongan kepada pengguna untuk membantu anda mengemudikan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan.

livewell.optum.com