kesediaan guru dunia sains dan telnologi melaksanakan pbs

26
1 SITI AISHAH RAHMAT P59055 KESEDIAAN GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Sains merupakan mata pelajaran yang menyediakan suatu peluang terhadap kesedaran mengenai peningkatan konteks aktiviti Sains dan juga evolusi ilmu saintifik dan pemahaman Sains di seluruh dunia. Saban hari, pelbagai evolusi dan invensi dalam Sains berlaku dan pastinya melibatkan seluruh aspek keperluan hidup dan global selanjar dengan tujuan pembelajaran Sains itu sendiri iaitu memudahkan dan menambahbaik kehidupan manusia. Ironinya, isi kandungan utama pembelajaran di sekolah masa kini masih bersifat dapatan dan pengulangan ilmu sebanyak mungkin, idea yang tidak disintesis dan diaplikasi, pemahaman dan pembelajaran terlalu bersifat permukaan dan tidak autentik. Jurang antara teknologi yang dihasilkan pada zaman ini dengan ilmu atau kurikulum yang perlu murid hadapi di sekolah dilihat tidak selanjar. Jurang ini akan menjadi semakin besar menuju abad ke-21 jika tiada tindakan drastik dan menyeluruh dalam pengubahsuaian persekitaran pembelajaran yang membudayakan ciri-ciri abad ke-21. Ini kerana dunia kerjaya di luar sedang berlumba-lumba menghasilkan invensi baru untuk kekal bersaing. Justeru pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif mengubahsuai kurikulum dengan mengubahsuai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berbeza dengan sistem KBSR yang menjadikan peperiksaan sebagai alat pengukuran prestasi murid, KSSR menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan alat penilai yang lebih holistik serta memberi autonomi kepada guru untuk menilai semasa pembelajaran. KSSR juga telah ditambah dengan elemen-elemen abad ke-21 ke dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Ini kerana, Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Upload: oshin-ct-aishah-rahmat

Post on 15-Dec-2014

1.038 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

1

SITI AISHAH RAHMAT P59055

KESEDIAAN GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM MELAKSANAKAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sains merupakan mata pelajaran yang menyediakan suatu peluang terhadap kesedaran

mengenai peningkatan konteks aktiviti Sains dan juga evolusi ilmu saintifik dan pemahaman

Sains di seluruh dunia. Saban hari, pelbagai evolusi dan invensi dalam Sains berlaku dan

pastinya melibatkan seluruh aspek keperluan hidup dan global selanjar dengan tujuan

pembelajaran Sains itu sendiri iaitu memudahkan dan menambahbaik kehidupan manusia.

Ironinya, isi kandungan utama pembelajaran di sekolah masa kini masih bersifat dapatan dan

pengulangan ilmu sebanyak mungkin, idea yang tidak disintesis dan diaplikasi, pemahaman dan

pembelajaran terlalu bersifat permukaan dan tidak autentik. Jurang antara teknologi yang

dihasilkan pada zaman ini dengan ilmu atau kurikulum yang perlu murid hadapi di sekolah

dilihat tidak selanjar. Jurang ini akan menjadi semakin besar menuju abad ke-21 jika tiada

tindakan drastik dan menyeluruh dalam pengubahsuaian persekitaran pembelajaran yang

membudayakan ciri-ciri abad ke-21. Ini kerana dunia kerjaya di luar sedang berlumba-lumba

menghasilkan invensi baru untuk kekal bersaing.

Justeru pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif

mengubahsuai kurikulum dengan mengubahsuai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berbeza dengan sistem KBSR yang

menjadikan peperiksaan sebagai alat pengukuran prestasi murid, KSSR menggunakan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan alat penilai yang lebih holistik serta

memberi autonomi kepada guru untuk menilai semasa pembelajaran. KSSR juga telah ditambah

dengan elemen-elemen abad ke-21 ke dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Ini

kerana, Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan

Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I.

Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan

mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi

Page 2: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

2

menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap

saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan

elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal

insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan

tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Tema Dunia Sains dan Teknologi

diperkenalkan kepada murid Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaran Sains. Tema ini

menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT), dan Teknologi Maklumat &

Komunikasi (TMK). Bagi tujuan pelaksanaan di Tahap Satu, elemen RBT dan TMK

digabungjalinkan dalam Standard Sains. Selain itu modul penggunaan TMK turut disediakan

bagi membolehkan guru membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran.

Gabungan tema-tema seperti Reka Bentuk & Teknologi serta Teknologi maklumat yang

merupakan elemen ciri-ciri tenaga kerja abad ke-21 ini dilihat sebagai perubahan yang bagus

bagi mempersiapkan murid. Ini kerana pembelajaran melalui projek yang berkonsepkan invensi

teknologi sebenar mungkin tidak dapat mencapai objektifnya jika capaian maklumat adalah

terhad; kesan daripada perkembangan dunia teknologi yang sentiasa berlaku. Keperluan

kemahiran capaian limpahan maklumat dengan pantas ini adalah koheren dengan situasi sebenar

kerjaya abad ke -21 di mana individu perlu mengsintesis pelbagai maklumat bagi menyiapkan

projek yang kompleks dalam masa yang ditetapkan. Justeru, cara terbaik untuk mengadaptasi

dan mendalami bidang-bidang abad ke-21 sebanyak mungkin dalam persekitaran pembelajaran

Sains di sekolah adalah dengan memperluaskan amalan literasi digital seperti literasi media, ICT

dan informasi yang juga adalah salah satu kriteria kemahiran yang dicari majikan abad ke-21.

Persekitaran pembelajaran berasaskan literasi digital seperti media, ICT dan informasi ini

dirasionalkan oleh Kellner (2000) yang mengatakan setiap individu perlu berkebolehan untuk

bekerja dan bertindak dalam teknologi informasi yang tinggi; yang wujud dalam persekitaran

sosial yang baru. Justeru, setiap individu mesti mempelajari kemahiran melibatkan literasi media

dan komputer supaya setiap individu dapat bermandiri dalam menuju abad ke-21.

Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan

mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu

sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui

Page 3: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

3

tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/

psikomotor dan kemahiran TMK. Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I pula adalah

menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid

melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik

dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi

dalam kehidupan harian, memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis,

mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid

yang kreatif dan inovatif. Ia juga memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK di

dalam DST serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap

kebolehan murid dan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK

bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II.

Berkuatkuasa tahun 2011, guru-guru yang terlibat secara “soft landing” KSSR perlu

membuat Ppentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menilai tahap penguasaan dan kemahiran

murid mengikut band yang digariskan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu

pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek  kognitif,  afektif  dan psikomotor  selaras

dengan  Falsafah   Pendidikan   Kebangsaan   dan Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR).

PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan akademik terdiri daripada

Pentaksiran Psikometrik  dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Kedua-dua

bidang ini memberi  pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran

formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Pentaksiran di bilik darjah sangat penting bagi

mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari.

Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajarannya. Hasil

pentaksiran di bilik darjah ini juga memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang

tindakan susulan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Page 4: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

4

Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan guru Dunia Sains dan Teknologi dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) guru sepatutnya merancang

pembelajaran secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa Standard

Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Guru

seharusnya meneliti semua Standard Pembelajaran dalam Standard Kandungan yang

berkenaan sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Standard Kandungan

bagi domain afektif diterap secara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi domain

kognitif dijalankan. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan

bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran

murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi

menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan

teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih

berkesan. Justeru, kajian ini dapat memperihalkan tahap kesediaan guru dengan membuat

pemerhatian tentang bagaimana guru tersebut mereka bentuk, membuat persiapan, melaksana

dan membuat penilaian semasa proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sebuah sistem penilaian dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah yang telah ditransformasi secara besar-besaran dan amat berbeza

dengan sistem pembelajaran berorientasikan penilaian peperiksaan dalam sistem KBSR

sebelum ini. Sistem baru ini menimbulkan pelbagai respon daripada rakyat Malaysia

terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan guru sendiri. Pemberian autonomi kepada guru

untuk menilai murid berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai penilaian

yang begitu rapuh di mata ibu bapa. Ini kerana tiada soalan-soalan standard yang boleh

dijadikan alat oleh ibu bapa ntuk mengukur dan membandingkan pencapaian anak-anak

mereka. Sebagai contoh, dalam sistem KBSR anak mereka yang mendapat A hingga E

dalam mata pelajaran tertentu dapat dibuktikan dengan jawapan mereka dalam peperiksaan

manakala dalam sistem PBS sukar untuk mereka bandingkan pencapaian anak-anak mereka

kerana bergantung kepada pemerhatian guru mata pelajaran. Guru juga mudah untuk dituduh

Page 5: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

5

bias dalam membuat penilaian PBS kerana penilaian adalah secara holistik yang merangkumi

banyak aspek pemerhatian semasa pembelajaran dan bukan hanya melalui peperiksaan. Sikap

kurang percaya terhadap guru merupakan hasil daripada kurangnya kepercayaan terhadap

kesediaan guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini. Kajian ini

diharapkan dapat menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Sains dalam melaksanakan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sekiranya hasil kajian ini positif, secara tidak langsung

dapat memberi ruang kepada peningkatan kepercayaan ibu bapa terhadap guru dan ia juga

memberi ruang bagi pihak berkepentingan melaksanakan sebarang penambahbaikan

sekiranya terdapat kelemahan dalam kesediaan guru melaksanakan PBS.

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL

A) Demografi guru iaitu jantina, bidang ilmu, lokasi sekolah dan tempoh berkhidmat

B) Kecekapan guru sains meliputi kecekapan saintifik (pengetahuan) dan kecekapan

manipulatif (keterampilan)

C) Prosedur pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah meliputi membina rekabentuk,

melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan melakukan penilaian.

Page 6: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

6

Kerangka konseptual diubahsuai dari Arends (2008) dan Fried (1995)

Demografi guruJantinaBidang ilmuTempoh berkhidmatLokasi sekolah

Kemahiran manipulatif Kemahiran saintifik

Membina rekabentuk pentaksiran

Melaksanakan P&P pentaksiran

Membina penilaian pentaksiranMelakukan persiapan pentaksiran

Page 7: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

7

1.5 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesediaan guru sains dalam melaksanakan pentaksiran

berasaskan sekolah serta mengenalpasti halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi

oleh guru sains dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sistem PBS.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti kesediaan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam

mata pelajaran Sains dari aspek:

i) Membina reka bentuk pentaksiran

ii) Melakukan persiapan pentaksiran

iii) Melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran

iv) Melakukan penilaian pentaksiran

2. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan demografi guru iaitu jantina, bidang

ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah

3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kesediaan guru dalam membina

rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta

melakukan penilaian PBS.

4. Mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan dalam guru membina reka bentuk,

melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta membuat

penilaian PBS.

5. Mengenal pasti apakah halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi guru dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains Menggunakan sistem PBS.

1.7 PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah tahap kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah:

i) Mereka bentuk pentaksiran

ii) Membuat persiapan pentaksiran

Page 8: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

8

iii) Melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran

iv) Melakukan pentaksiran

2. Apakah terdapat perbezaan kesediaan guru Sains dalam melaksanakan Pentaksiran

berasaskan sekolah berdasarkan demografi guru, jantina, bidang ilmu, tempoh

berkhidmat dan lokasi sekolah?

3. Apakah terdapat hubungan antara kesediaan guru dalam mereka bentuk, melakukan

persiapan, melaksanakan serta melakukan pentaksiran?

4. Apakah terdapat pengaruh antara kesediaan guru dalam mereka bentuk, melakukan

persiapan, melaksnakan serta melakukan pentaksiran.

5. Apakah terdapat halangann-halangan atau kekangan yang dihadapi guru dalam

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam mata pelajaran Dunia Sains dan

Teknologi.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan membina rekabentuk, persiapan,

pelaksanaan dan penilaian PBS berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang ilmu dan tempoh

berkhidmat guru.

HO2: tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap-tahap kesediaan membina reka bentuk,

persiapan , pelaksanaan dan penilaian PBS berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang ilmu,

dan tempoh berkhidmat guru.

HO3: tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru dalam membina

rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta

melakukan penilaian dalam PBS

HO4: tidak terdapat pengaruh yang signifikan kesediaan antara pembolehubah membina reka

bentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan melakukan penilaian PBS.

Page 9: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

9

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran terhadap tahap kesediaan guru-guru Sains

sekolah rendah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hasil kajian

dilihat penting dalam bertindak sebagai penanda aras kualiti pentaksiran atau penilaian yang

dibuat oleh guru menggunakan sistem PBS seterusnya mewujudkan cadangan

penambahbaikan bagi pihak-pihak berkaitan seperti guru-guru Sains, pihak sekolah, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru-guru Sains

Sebagai panduan dalam mengukur tahap kesediaan mereka melakukan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Mereka dapat membuat

refleksi terhadap kriteria-kriteria yang perlu ada atau kesediaan dalam diri mereka sebelum

dapat membuat penilaian yang autentik dan adil. Ini kerana kesediaan yang jitu merupakan

aspek yang amat penting dalam memastikan matlamat perancangan, pelaksanaan dan

penilaian dalam pembelajaran menggunakan sistem PBS dapat terlaksana dengan berkesan.

Pihak Sekolah

Sebagai panduan dan memberi maklumat agar wujud kerjasama antara pihak

sekolah dengan pihak-pihak yang berkenaan sekaligus membantu guru-guru menangani

masalah yang wujud di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam

melaksanakan PBS khususnya terhadap guru-guru yang tiada pengkhususan dalam mata

pelajaran ini.

Jabatan Pelajaran Negeri

Berdasarkan petunjuk tentang tahap kesediaan guru dalan kajian ini, Jabatan Pelajaran Negeri

mungkin mendapat gambaran tentang bentuk-bentuk latihan yang boleh diberikan kepada

guru-guru opsyen Sains mahupun yang bukan opsyen sekaligus memperbaiki dan

Page 10: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

10

mempertingkatkan aspek kesdiaan guru untuk melaksanakan PBS.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Menjadi rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasakan lagi bidang

pendidikan dengan permasalahan yang wujud terutamanya dalam lingkungan guru-guru dan

sistem PBS itu sendiri.

1.10 BATASASAN KAJIAN

Kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada

seramai 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Sekolah

rendah iaitu di kawasan bandar dan luar bandar.

DEFINISI OPERASIONAL

1.10.1 Kesediaan Guru

Kesediaan

Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia, kesanggupan,

kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan guruguru mengajar mata

pelajaran Sains yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan kursus.

Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu

diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Dalam kajian ini,

ia membawa maksud ilmu yang dimiliki oleh guru-guru dalam mata pelajaran Dunia Sains dan

Teknologi.

Kemahiran

Page 11: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

11

Menurut Kamus Dewan (2002), kemahiran membawa maksud kecekapan dan kepandaian.

Dalam kajian ini, ia membawa maksud kecekapan dan kebolehan guru dalam menguasai

kesemua aspek kemahiran-kemahiran saintifik dan amali yang memenuhi kurikulum mata

pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

Sikap

Menurut Kamus Dewan (2002), sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan

kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan dan pandangan guru

terhadap mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

Kursus

Menurut Kamus Dewan (2002), kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu perkara

(kepandaian, pengetahuan dan sebagainya) yang diberikan dalam jangkamasa yang singkat.

Dalam kajian ini, ia membawa maksud, pelajaran atau ilmu yang diterima oleh mata pelajaran

Dunia Sains dan Teknologi.

1.10.2 Pentaksiran berasaskan Sekolah

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,

ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan

pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan

Pentaksiran Psikometrik (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011)

Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, guru seharusnya menggunakan Dokumen

Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu

disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard

Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid. Guru

Page 12: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

12

diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa

pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif di akhir unit pembelajaran ataupun

di akhir tahun. Untuk mentaksir, guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi

setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh

diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku

kerja dan juga kerja rumah.

Page 13: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

13

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Bahagian ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian dan alat

kajian atau instrumen kajian serta kajian rintis yang mencakupi aspek kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Selain daripada itu, dihuraikan

prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian yang digunapakai adalah rekabentuk kajian tinjauan rentas silang berdasarkan

aliran pendidikan, jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah. Ini adalah untuk

mengkaji tahap kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

berdasarkan elemen i) membina reka bentuk pentaksiran, ii) melakukan persiapan pentaksiran,

iii) melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran, iv) melakukan penilaian pentaksiran. Kajian

tinjauan rentas silang merupakan kajian penyelidikan yang melibatkan pengumpulan data

daripada satu sampel kajian pada satu peringkat dalam satu titik masa (Cresswell. 2005). Kajian

tinjauan digunapakai dalam kajian ini berdasarkan kepada aplikasinya yang membolehkan

sesuatu isu dan persoalan diteliti daripada pelbagai perspektif terutamanya dalam menghuraikan

tahap kefahaman, persepsi dan sikap responden berkenaan sesuatu isu yang dikaji (Chua. 2006).

Rekabentuk tinjauan juga membolehkan pengumpulan data dibuat secara terus supaya data-data

yang dikumpul boleh digunakan untuk menghuraikan fenomena-fenomena yang wujud. Selain

itu juga, rekabentuk kajian tinjauan menggunakan saiz sampel yang besar, maka dapatan kajian

boleh digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian adalah penting untuk dikenalpasti dengan tujuan untuk menentukan bilangan

sampel yang perlu diambil bagi mewakili populasi tersebut (Cresswell. 2005). Populasi kajian

melibatkan guru-guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi

di Negeri Selangor. Keseluruhan guru-guru yang mengajar di kawasan bandar dan luar bandar

Page 14: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

14

diambil kira dalam menjadi populasi kajian. Daripada keseluruhan populasi kajian ini, sebanyak

100 guru akan dijadikan sampel kajian. Jumlah ini adalah berdasarkan tinjauan literatur yang

dijalankan. Mengikut Cohen, Manion, dan Morrison (2001) dalam Chua (2006), penentuan saiz

sampel adalah berdasarkan aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Penentuan saiz sampel

mengambil kira saiz populasi serta aras kesignifikanan pada p<0.05 (aras kebolehpercayaan=

95%) dan p<0.01 (aras kebolehpercayaan 99%). Mengikut Cresswell (2005) pula, faktor

penentuan saiz sampel yang minimum dipengaruhi oleh jenis penyelidikan kuantitatif yang

hendak digunakan. Cresswell mencadangkan saiz sampel minimum bagi penyelidikan tinjauan

ialah 30 responden.

Bagi teknik persampelan pula, persampelan kajian ini dijalankan dalam dua fasa yang

meliputi i) persampelan kluster; dan ii) persampelan rawak berstrata bagi memilih sampel kajian.

Dalam fasa I, persampelan kluster telah digunakan ke atas keseluruhan populasi guru sekolah

rendah yang mengajar Dunia Sains dan Teknologi di seluruh negeri Selangor. Persampelan

kluster merupakan teknik persampelan yang digunakan dalam kajian yang meliputi kawasan

yang luas dan bilangan subjek yang mempunyai pelbagai ciri, dan pengkaji tidak mempunyai

senarai nama setiap subjek dalam populasi (Chua. 2006). Hasil daripada persampelan kluster,

kesemua guru-guru sekolah rendah yang mengajar Dunia Sains dan Teknologi dari daerah Kuala

Selangor telah dipilih bagi mewakili populasi negeri Selangor. Daerah ini dipilih kerana

mengandungi struktur demografi guru yang seimbang dan dapat menggambarkan keseluruhan

populasi Selangor yang terdiri daripada penduduk bandar dan luar bandar (Nor Suhaidah. 2011)

Fasa seterusnya adalah dengan menjalankan persampelan rawak berstrata bagi sampel

yang telah dipilih daripada teknik persampelan kluster. Persampelan rawak berstrata merupakan

teknik persampelan yang diaplikasikan apabila rangka persampelan adalah heterogen (Chua.

2006).Persampelan ini digunakan bagi memperoleh ralat persampelan yang lebih kecil daripada

ralat yang wujud daripada prosedur persampelan rawak sistematik dan persampelan rawak

mudah.Dalam kajian ini, sekolah-sekolah di daerah Kuala Selangor yang telah dipilih daripada

persampelan kluster akan diasingkan kepada dua kategori berdasarkan status sekolah bandar dan

luar bandar. Kemudian daripada kategori-kategori ini, sekolah-sekolah yang terlibat telah dipilih

secara rawak mudah. Justifikasi ini adalah untuk menyeimbangkan bilangan responden dari

Page 15: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

15

kumpulan luar bandar dan dalam bandar. Akhir sekali, persampelan rawak mudah telah

dijalankan ke atas kategori-kategori ini.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sepenuhnya sebagai alat penting bagi

mendapatkan data. Justifikasi pengumpulan data melalui soal selidik adalah berdasarkan kepada

faktor saiz sampel yang besar dan faktor kekangan masa, kewangan, tenaga dan limitasi daripada

pentadbiran sekolah.. Menurut Cresswell (2005), rekabentuk tinjauan dengan soal selidik

merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana versatiliti, efisien, dan boleh membuat

generalisasi kepada populasi. Selain itu, instrumen soal selidik mampu untuk merangkumkan

pelbagai masalah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap, persepsi,

kefahaman dan pengetahuan responden.

Soal selidik yang dibina bakal terdiri daripada 5 bahagian, iaitu bahagian A- maklumat

demografi guru, bahagian B- item kesediaan guru membentuk pentaksiran, bahagian C- item

kesediaan guru membuat persiapan pentaksiran, bahagian D- item kesediaan guru melaksanakan

pengajaran berasaskan pentaksiran, dan bahagian E- item kesediaan guru melakukan pentaksiran.

Maklumat demografi guru yang akan dikaji adalah jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan

lokasi sekolah. Justifikasi bagi item-item ini dijelaskan dalam Bab 2.

Skala pengukuran yang digunakan dalam soal selidik yang bakal dibina ialah skala Likert

1-5 sebagaimana petunjuk berikut; sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan

sangat setuju. Skala Likert bernombor ganjil digunakan adalah kerana penggunaan skala Likert

bernombor ganjil akan mengurangkan ralat pengukuran berbanding penggunaan skala Likert

bernombor genap. (Chua 2006)

3.4 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis bakal dijalankan dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan

instrumen kajian. Menurut Jackson (2006), kebolehpercayaan adalah merujuk kepada ketekalan

dan kestabilan instrumen yang digunakan. Ini bermaksud kebolehpercayaan sesuatu instrumen

yang tinggi adalah instrumen yang dapat memberi jawapan yang konsisten daripada kajian yang

dilakukakan. Dalam konteks kajian ini, kebolehpercayaan instrumen akan diukur dengan

merujuk krpada nilai Alfa Cronbach. Nilai Alfa Cronbach yang melebihi 0.7 merupakan nilai

Page 16: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

16

yang baik dan boleh diterima (Pallant 2007). Walaubagaimanapun, menurut Pallant (2007) lagi,

nilai Alfa Cronbach adalah sensitif terhadap bilangan item dalam sesuatu konstruk. Bilangan

item yang kurang daripada 10 dalam sesuatu konstruk biasanya akan memberi nilai Alfa

Cronbach yang rendah. Untuk keadaan seperti ini, penyelidik adalah digalakkan untuk

menggunakan korelasi min antara item ( mean inter-item correlation) dalam julat optimum 0.15

hingga 0.50 seperti yang dicadangkan oleh Briggs dan Check (1986) (Pallant 2007). Menurut

Jamil (2002) pula, nilai Alfa Cronbach yang melebihi 0.60 sering digunapakai sebagai indek

kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan.

Kesahan instrumen kajian pula ialah satu pengukuran sejauh mana instrumen dapat

mengukur apa yang sepatutnya diukur dalam kajian. Manakala Frankel dan Wallen (2006) pula

menyatakan kesahan dalam kajian merujuk kepada kesesuaian, ketepatan, kebolehgunaan dan

kesignifikan sesuatu inferens yang penyelidik dapat diperoleh daripada data kajian melalui

penggunaan instrumen yang dibina. Ini bererti kesahan instrumen yang tinggi dapat membantu

penyelidik untuk memperoleh maklumat yang penyelidik kehendaki mengikut konstruk-konstruk

yang dibina dan menjawab persoalan-persoalan kajian.

Menuru Jurs dan Wiersma (2005), kesahan sesuatu instrumen pada asasnya boleh

ditentukan dengan menggunaan dua kaedah sama ada melalui analisis kandungan secara logikal

atau melalui analisis secara empirikal iaitu pengukuran kriteria. Analisis kandungan secara

logikal boleh digunakan dengan mendaptkan penyemakan instrumen melalui pakar-pakar bidang

yang dikaji. Analisis secara empirikal pula boleh dilakukan melalui pencarian korelasi antara

skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk berkaitan (Jamil 2002). Ini bermakna

darjah kesahan dapat ditunjukkan dengan menggunakan kofisien korelasi.

Dalam konteks kajian ini, soal selidik yang digunakan telah diuji kesahannya melalui

analisis secara empirikal. Ini adalah kerana soal selidik yang digunapakai adalah soal selidik

yang telah dibangunkan dan digunapakai oleh kajian-kajian lepas.Maka soal selidik ini telah

mendapat pengesahan kandungan daripada pakar. Maka, penyelidik kajian ini berpendapat

bahawa soal selidik yang digunakan mempunyai kesahan yang baik. Analisis kesahan secara

empirikal digunakan sebagai penyokong bagi kesahan yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji

lepas.

Page 17: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

17

3.5 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik akan dikodkan dan

dimasukkan ke dalam komputer. Data-data akan diproses dan dianalisis menggunakan program

Predictive Analytic SoftWare (PASW). Program PASW yang digunakan adalah PASW versi 17.

Dua jenis statistik akan digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dalam kajian

ini, pemboleh ubah bersandar ialah kesediaan guru membentuk pentaksiran, kesediaan membuat

persiapan pentaksiran, kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan

kesediaan melakukan pentaksiran. Manakala pembolehubah tidak bersandar ialah jantina guru,

lokasi sekolah, pengalaman mengajar dan bidang ilmu guru.

3.5.1 Analisis Deskriptif

Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tahap, kesediaan

guru membentuk pentaksiran, tahap kesediaan membuat persiapan pentaksiran, tahap kesediaan

melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan tahap kesediaan melakukan pentaksiran.

Statistik yang digunakan ialah skor min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan juga

interpretasi skor min seperti dalam Jadual 3.1

Jadual 3.1 Interpretasi skor min bagi tahap pengetahuan, persepsi dan sikap terhadap

bioteknologi dalam kalangan pelajar

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tinggi

Sumber : Jamil 2002

Pengkelasan skor min yang digunakan adalah berdasarkan formula berikut:

Julat = Skor maksimum – Skor minimum

Page 18: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

18

Bilangan kategori yang dibentuk

Oleh kerana skala likert (1 hingga 5) digunakan dalam instrument kajian, maka skor maksimum

ialah 5 dan skorminimum ialah 1. Bilangan kategori yang dibentuk ialah tahap rendah, tahap

sederhana dan tahap tinggi. Dengan ini julat untuk setiap tahap adalah seperti berikut:

Julat untuk setiap tahap = Skor maksimum –Skor minimum = 5-1 = 1.33

Bilangan Tahap 3

3.5.2 Analisis Inferensi

Statistik inferensi adalah statistic yang menggunakan data sampel daripada sesuatu populasi

untuk membuat inferensi terhadap populasi tersebut (Wiersma dan Jurs 2005). Ia boleh

digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara suatu pembolehubah dengan pembolehubah

yang lain (Chua 2006). Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar yang digunakan adalah

faktor demografi iaiti lokasi sekolah, jantina, bidang ilmu dan pengalaman mengajar. Manakala

pembolehubah bersandar yang digunakan adalah kesediaan guru membentuk pentaksiran,

kesediaan membuat persiapan pentaksiran, kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan

pentaksiran, dan kesediaan melakukan pentaksiran. Statistik inferensi yang digunakan dalam

kajian ini adalah ujian-t tidak bersandar, analisis varians (ANOVA satu hala), dan korelasi

Pearson.

a. Analisis Varians (ANOVA satu hala)

Menurut Chua (2006), ujian ANOVA mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian –t dalam

perbandingan skor min kerana ujian- t hanya membenarkan perbandingan dua skor min sahaja,

namun ujian ANOVA membenarkan perbandingan dua, tiga, lima atau n skor min. Di samping

itu, ujian ANOVA juga membenarkan penyelidik untuk membuat analisis ke atas dua atau lebih

pembolehubah bebas secara serentak supaya kesan interaksi antara pembolehubah-

pembolehubah bebas dapat dilihat.

Dalam konteks kajian ini, ujian ANOVA satu hala digunakan bagi menguji hipotesis

tentang perbezaan skor min kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan

Page 19: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

19

Sekolah (PBS) berdasarkan bidang ilmu dan tempoh guru berkhidmat. Menurut Chua (2006),

syarat-syarat untuk ujian ANOVA adalah seperti penggunaan skala pengukuran selang atau

nisbah, persampelan rawak dan data populasi bersifat taburan normal. Oleh itu, sebelum analisis

ujian ANOVA dijalankan, penyelidik haruslah terlebih dahulu menjalankan ujian bagi

menentukan sama ada data populasi memenuhi taburan normal. Taburan skor boleh disemak

dengan menggunakan histogram atau graf (Pallant 2007). Di samping itu, pengkaji juga perlu

menyemak kehomogenan varians bagi kumpulan pembolehubah bebas yang dikaji dalam

pengujian hipotesis. Kehomogenan varian bagi kumpulan pembolehubah bebas yang dikaji

adalah berdasarkan ujian Lavene. Jika didapati nilai signifikan ujian Lavene melebihi 0.05

(p>0.05), maka ini bererti syarat kehomogenan varians telah dipatuhi. Sebaliknya jika nilai

signifikan kurang daripada 0.05 dalam ujian Lavene, ini bermakna syarat kehomogenan varians

tidak dipatuhi. Mengikut Pallant (2007), jika kehomogenan varians tidak dipatuhi, maka jadual

Ujian Robust tentang kesamaan min dalam ujian Welsh dan Brown-Forsythe perlu dirujuk.

Namun, beliau juga turut mencadangkan penyelidik boleh merendahkan nilai signifikan piawai

ujian ANOVA kepada 0.025 atau 0.01 jika syarat kehomogenan ini tidak dipatuhi.

Sekiranya analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan

dari segi skor min, maka penyelidik akan menjalankan analisis statistik kesan saiz. Statistik

kesan saiz akan menunjukkan sejauh mana magnitud perbezaan antara dua kumpulan

(Pallant.2007). Dalam konteks kajian ini, penyelidik akan menggunakan eta squared untuk

mencari kesan saiz dan seterusnya menggunakan Cohen’s d Eta squared untuk menentukan

tahap kesan saiz yang didapati. Tahap magnitud kesan saiz adalah seperti dalam jadual 3.2

Jadual 3.2 Penentuan kesan saiz oleh Cohen (1998)

Nilai eta squared Kesan saiz

0.01 Kecil

0.06 Sederhana

0.14 Besar

Page 20: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

20

b. Korelasi Pearson

Analisis korelasi digunakan untuk menghuraikan kekuatan dan arah linear hubungan antara dua

pembolehubah (Pallant 2007). Terdapat beberapa ujian korelasi seperti pekali Pearson Product-

moment, pekali Phi, pekali point biserial, pekali Spearman Rho, pekali Biserial, pekali

Tetrachoric, pekali Cramer dan Lambda (Chua 2006).

Dalam konteks ini, korelasi Pearson Product-moment akan digunakan untuk mengkaji

persoalan adakah terdapat perhubungan antara kesediaan guru dalam membina rekabentuk,

melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan penilaian

PBS.

Sebelum penyelidik menjalankan analisis korelasi pearson, satu scatterplot perlu

dihasilkan untuk menentukan sama ada hubungan antara dua pembolehubah yang diuji adalah

linear. Di samping itu, scatterplot juga boleh membantu penyelidik untuk memeriksa outliers,

taburan data serta arah hubungan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ( Pallant 2007)

Sekiranya analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

antara dua pembolehubah yang diuji, maka penyelidik akan menghitung varians (r2). Varians

digunakan untuk melihat sumbangan pembolehubah bebas kepada perubahan pembolehubah

bersandar (Chua 2006). Nilai varians boleh dinyatakan dalam bentuk peratus. Formula varians

dan kekuatan nilai pekali korelasi yang digunakan oleh penyelidik dalam konteks kajian ini

adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.3

Jadual 3.3 Kekuatan nilai pekali korelasi (Alias Baba.1992)

Saiz pekali korelasi (r) Kekuatan Korelasi

0.91 hingga 1.00 atau -0.91 hingga -1.00 Sangat Kuat

0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90 Kuat

0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70 Sederhana

0.01 hingga 0.30 atau -0.31 hingga -0.50 Lemah

0.01 hingga 0.30 atau -0.01 hingga -0.03 Sangat Lemah

Page 21: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

21

0.00 Tiada korelasi

Rumusan analisis-analisis data yang digunakan adalah seperti dalam jadual 3.4

Jadual 3.4 Rumusan analisis data dalam kajian

Objektif Kajian Analisis Data

Mengenalpasti tahap kesediaan guru membina reka

bentuk pentaksiran

Min, Peratusan,

Interpretasi Skor Min

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melakukan

persiapan pentaksiran

Min, Peratusan,

Interpretasi Skor Min

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melaksanakan

pengajaran untuk pentaksiran

Min, Peratusan,

Interpretasi Skor Min

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melakukan

penilaian pentaksiran

Min, Peratusan,

Interpretasi Skor Min

Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) berdasarkan jantina

Ujian-t sampel tidak

bersandar

Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ujian ANOVA 1 hala

Page 22: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

22

(PBS) berdasarkan bidang ilmu

Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) berdasarkan tempoh guru berkhidmatUjian ANOVA 1-hala

Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) berdasarkan lokasi sekolah

Ujian-t sampel tidak

bersandar

Mengkaji perhubungan antara kesediaan guru dalam

membina rekabentuk, melakukan persiapan,

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta

melakukan penilaian PBS.

Korelasi Pearson Product-

moment

Mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan

dalam guru membina reka bentuk, melakukan

persiapan, melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran serta membuat penilaian PBS.

Mengenal pasti apakah halangan-halangan dan

kekangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran sains Menggunakan

sistem PBS.

Page 23: Kesediaan Guru Dunia Sains Dan Telnologi Melaksanakan Pbs

23

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

2.2 PEMBELAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

2.4 KESEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DUNIA SAINS DAN

TEKNOLOGI BERDASARKAN PBS

2.4.1 Kesediaan guru membina rekabentuk PBS

2.4.2 Kesediaan guru melakukan persiapan PBS

2.4.3 Kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan PBS

2.4.4 Kesediaan guru melaksanakan penilaian berdasarkan PBS

2.5.3 Komponen penilaian PBS

2.5.4 Sasaran penilaian PBS

2.5.5 Model-model penilaian

2.6 Teknik penilaian PBS

2.6.1 Pemerhatian semasa pembelajaran

2.6.2 Latihan diakhir unit pembelajaran dan di akhir tahun

2.6.3 Kerja rumah dan projek

2.7 Hubungan penilaian pentaksiran dengan peningkatan hasil belajar

2.8 Hubungan portfolio guru dengan keberkesanan pentaksiran.

2.9 Rumusan.