kesan tamadun islam dari aspek seni bina islam

4
Kesan Interaksi Tamadun Islam dari aspek Seni Bina Malaysia. Ciri-ciri Seni Bina di Malaysia yang bercirikan pengaruh Tamadun Islam Pengenalan Seni bina di Malaysia merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Berikutan penjajahan kuasa barat yang hampir 5 dekad, pengaruh seni bina kolonial tidak dapat dipertikaikan. Tambahan pula, kebanyakan pereka bangunan zaman sebelum merdeka ialah terdiri dari artkitek- artkitek berbangsa Eropah. Masjid Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Di Malaysia, rekabentuk masjid lebih cenderung berbentuk senibina islam Timur Tengah seperti adanya kubah dan menara. Antara contoh masjid yang berciri sedemikian ialah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak. Keistimewaan masjid ini ialah reka bentuk masjid ini begitu menarik.Pelannya telah dirangka dan merupakan idea Pereka Bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu,Arthur Bension Hubback dan dipertanggungjawabkan kepada W.S.Huxley. Masjid ini berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 126 Kaki serta dikelilingi kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali. Bentuk dinding masjid ini menunjukkan sebuah bangunan berkubah induk besar ditengahnya.Disekililingnya pula,terdapat empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada setiap pertengahan setiap anjung,lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara di ambil sempena aturan gelaran gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Upload: chun-lee-tan

Post on 29-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Tamadun Islam Dari Aspek Seni Bina Islam

Kesan Interaksi Tamadun Islam dari aspek Seni

Bina Malaysia.

Ciri-ciri Seni Bina di Malaysia yang bercirikan pengaruh Tamadun

Islam

Pengenalan

Seni bina di Malaysia merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham

Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Berikutan penjajahan kuasa barat

yang hampir 5 dekad, pengaruh seni bina kolonial tidak dapat dipertikaikan. Tambahan

pula, kebanyakan pereka bangunan zaman sebelum merdeka ialah terdiri dari artkitek-

artkitek berbangsa Eropah.

Masjid

Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam.

Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan

dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk

yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Di Malaysia,

rekabentuk masjid lebih cenderung berbentuk senibina islam Timur Tengah seperti

adanya kubah dan menara. Antara contoh masjid yang berciri sedemikian ialah Masjid

Ubudiah Kuala Kangsar, Perak.

Keistimewaan masjid ini ialah reka bentuk masjid ini begitu menarik.Pelannya telah

dirangka dan merupakan idea Pereka Bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu,Arthur

Bension Hubback dan dipertanggungjawabkan kepada W.S.Huxley. Masjid ini

berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 126 Kaki serta

dikelilingi kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya

berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini

menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali.

Bentuk dinding masjid ini menunjukkan sebuah bangunan berkubah induk besar

ditengahnya.Disekililingnya pula,terdapat empat buah anjung yang mengandungi

sebuah kubah pada setiap pertengahan setiap anjung,lapan buah menara induk dan

enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara di ambil sempena aturan gelaran

gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang

Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh

serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk

mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Page 2: Kesan Tamadun Islam Dari Aspek Seni Bina Islam

Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak.

Batu Nisan

Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu

tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.

Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan

kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu,

sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.

Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan

pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan

yang memaparkan gambar si mati.

Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah

dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang

lelaki, batu nisannya berbentuk bulat; manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk

bersegi-segi atau leper. Walaubagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan

ini.

Batu nisan di Malaysia mempunyai ciri-ciri pengaruh dari Tamadun Islam sejak dari

ratusan tahun dahulu lagi. Jika dilihat kepada batu nisan Raja Beruas di Perak,

pengaruh islam jelas dalam kehidupan dalam masyarakat berkenaan. Bukti tulisan arab

yang terdapat di batu nisan berkenaan memperkuatkan lagi hujah yang membuktikan

bahawa agama islam bertapak dengan kukuh sejak zaman-berzaman di bumi Malaysia.

Batu nisan orang Islam di negara ini berbeza dari batu-batu nisan orang Islam yang

terdapat di negara-negara lain. Batu Nisan di Malaysia berbentuk bulat (bagi kubur

lelaki )seperti kubah di atasnya mengambil rekabentuk pengaruh Tamadun Islam Turki.

Bagi kubur perempuan, batu nisan bersegi-segi ataupun leper.

Page 3: Kesan Tamadun Islam Dari Aspek Seni Bina Islam

Batu Nisan yang terdapat pada Makam Raja Beruas, Perak.

Batu Nisan generasi terkini yang terdapat di salah satu tanah perkuburan yang

terdapat di Malaysia

Binaan moden yang bercirikan senibina Tamadun Islam

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur adalah salah satu contoh senibina

generasi moden yang menerapkan unsur-unsur senibina Islam. Menara setinggi 88

tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan

keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk

mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam

bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb. Rub

el Hizb adalah merupakan simbol Islam yang mudah ditemui pada sejumlah lambang