kesan program rancangan makanan tambahan

7
MANFAAT PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Seperti yang telah diketahui secara umumnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi tujuan memartabatkan sektor pendidikan negara. Salah satu usaha yang dapat diperhatikan ialah melancarkan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid terutamanya murid-murid yang berlatarbelakangkan taraf ekonomi keluarga yang rendah bagi terus berjaya dalam pendidikan. 1. EKONOMI DAN KELUARGA Program RMT ini adalah tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Rancangan ini merupakan suatu usaha bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain bagi menjamin kesihatan murid-murid. Menurut Wan Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah. Hal ini kerana pelaksanaan pengambilan makanan yang berkhasiat ini dilihat banyak membantu murid agar lebih bersedia untuk belajar dengan lebih baik. Namun begitu, tidak ramai murid yang berkemampuan untuk mengambil sarapan di rumah atau semasa rehat di sekolah atau makan tengah hari sebelum menuju ke sekolah. Senario ini berlaku adalah berpunca dari kedaifan keluarga mereka. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha mengekalkan program RMT ini. Hal ini adalah bagi membantu murid dari golongan tersebut agar mereka turut

Upload: cikgu-siti

Post on 11-Aug-2015

420 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan

MANFAAT PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Seperti yang telah diketahui secara umumnya, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi tujuan memartabatkan sektor pendidikan

negara. Salah satu usaha yang dapat diperhatikan ialah melancarkan Program

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Program ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid terutamanya murid-

murid yang berlatarbelakangkan taraf ekonomi keluarga yang rendah bagi terus

berjaya dalam pendidikan.

1. EKONOMI DAN KELUARGA

Program RMT ini adalah tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan taraf

pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Rancangan ini merupakan suatu

usaha bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain bagi menjamin kesihatan

murid-murid. Menurut Wan Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam

kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan

kanak-kanak di peringkat pra-sekolah. Hal ini kerana pelaksanaan pengambilan

makanan yang berkhasiat ini dilihat banyak membantu murid agar lebih bersedia

untuk belajar dengan lebih baik.

Namun begitu, tidak ramai murid yang berkemampuan untuk mengambil

sarapan di rumah atau semasa rehat di sekolah atau makan tengah hari sebelum

menuju ke sekolah. Senario ini berlaku adalah berpunca dari kedaifan keluarga

mereka. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya

usaha mengekalkan program RMT ini. Hal ini adalah bagi membantu murid dari

golongan tersebut agar mereka turut mendapat bekalan tenaga yang diperlukan

agar mereka mampu meneruskan persekolahan seperti rakan-rakan yang lain.

Tambahannya lagi, murid yang telah disenaraikan layak untuk mendapat Rancangan

Makanan Tambahan ini akan dapat menikmati bantuan ini sepanjang tahun.

Berikutan dari bantuan yang diberikan ini, bebanan ibu bapa yang kurang

berkemampuan ini juga akan dapat diringankan. Masalah kelaparan dalam kalangan

murid-murid ini juga turut dapat diatasi.

Page 2: Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan

2. PERKEMBANGAN KESIHATAN MURID

Sehubungan dengan itu, masalah murid kekurangan gizi dapat diatasi. Hal ini

adalah berikutan kerana murid-murid yang memperoleh Rancangan Makanan

Tambahan ini telah mendapat khasiat pemakanan daripada makanan yang

dibekalkan oleh pihak kantin sekolah. Permasalahan yang telah dapat diatasi ini

dapat diperhatikan hasil daripada rekod pencapaian berat setiap tahun yang

menunjukkan murid-murid berkenaan mengalami pertambahan berat ketara di

antara 2 kilogram hingga 5 kilogram dan peningkatan pertumbuhan ketinggian yang

normal.

3. AKADEMIK DAN SUKAN

Pengetahuan pemakanan dan amalan makan yang sihat perlu diberi

penekanan lebih awal kepada setiap individu iaitu bermula di peringkat sekolah

rendah lagi. Murid-murid dalam usia ini perlu diberi pendedahan kepada perkara

tersebut bagi mewujudkan generasi yang mempunyai taraf pemakanan yang baik

iaitu sihat dari segi rohani, jasmani dan mental. Seterusnya bebas daripada risiko

penyakit yang berbahaya seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis

kanser.

Kesihatan dan nutrisi yang baik diperlukan bagi membolehkan seseorang

pelajar mencapai potensi pembelajaran sepenuhnya. Hal ini kerana nutrisi

mempengaruhi perkembangan intelektual dan kebolehan pelajar (UNESCO,2004).

Menurut laporan kajian oleh UNESCO (2004), terdapat penemuan yang signifikan di

antara status nutrisi dengan skor ujian kognitif atau pencapaian sekolah. Laporan

tersebut turut menyatakan bahawa secara konsisten, pelajar dengan diet yang lebih

lengkap mendapat skor yang lebih tinggi di dalam ujian pengetahuan fakta

berbanding dengan pelajar yang kurang nutrisinya.

Page 3: Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan

Menurut Zainab (2000), pengambilan makanan perlu dilakukan mengikut

waktu. Beliau menyatakan bahawa pengambilan makanan perlu dirancang mengikut

masa biasa dan utamakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Hal

ini bertepatan dengan jadual waktu Rancangan Makanan Tambahan disekolah.

Makanan Rancangan Makanan Tambahan hanya diberi pada waktu bersarapan pagi

atau pada waktu rehat untuk membantu memberi tenaga kepada pelajar.

Apabila murid-murid telah mempunyai pengetahuan yang menyeluruh

mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mereka, secara tidak langsung murid-

murid turut dapat menjalani pembelajaran sama seperti murid-murid yang lain.

Sehubungan dengan itu juga, murid-murid akan dapat memberi lebih fokus dalam

pelajaran tanpa perlu memikirkan perihal membahagikan kos untuk makan apabila

tiba waktu rehat nanti.

Setelah penat menelaah pelajaran, semestinya murid memerlukan sedikit

ruang untuk merehatkan minda mereka dari tekanan. Oleh yang demikian, mereka

akan memilih untuk bersukan. Apabila taraf kesihatan telah bertambah baik

ditambah pula dengan aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum, nescaya ledakan

generasi cemerlang yang diharapkan oleh pihak kementerian akan berjaya

diwujudkan. Hal ini merupakan suatu kesinambungan tersembunyi yang terhasil

daripada hanya daripada penjagaan kesihatan yang efektif.

4. TINGKAHLAKU DAN DISIPLIN MURID

Selain daripada itu, melalui perlaksanaan program ini juga murid-murid diasuh

untuk menjadi anak-anak yang lebih tertib dan bertanggungjawab dalam menjaga

kebersihan diri. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid beratur untuk mendapatkan

makanan mereka dan tidak berebut-rebut kerana takut makanan tidak mencukupi.

Situasi ini dapat dilihat setiap kali tiba waktu untuk murid-murid berkenaan

mendapatkan makanan yang telah dihidangkan. Mereka tidak perlu takut makanan

yang disediakan habis kerana makanan tersebut memang dikhaskan untuk mereka.

Page 4: Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan

Sehubungan dengan itu juga, murid-murid turut dididik mengenai adab

bersopan santun ketika mengadap rezeki. Hal ini secara tidak langsung akan

mampu membentuk suatu amalan tabiat yang positif dalam kehidupan seharian

mereka. Kadangkala kerana terlalu sibuk dalam mencari rezeki untuk anak-anak, ibu

bapa terlupa untuk mengasuh dan mendidik anak-anak mengenai adab dan

tatasusila ketika mengambil dan mengadap makanan. Oleh yang demikian,

perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan ini akan dapat membantu

membendung masalah kekurangan adab dalam kehidupan generasi muda akan

datang.

5. MASYARAKAT

Perlaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ini bukan sahaja

dapat membantu murid-murid dan ibu bapa bahkan masyarakat sekeliling juga

mendapat manfaat melalui penubuhannya. Masyarakat akan dapat menceburkan diri

dalam bidang penyelenggaraan makanan disamping mendapat pulangan lumayan.

Hal ini demikian kerana ahli masyarakat yang telah diterima untuk menjadi

pengusaha kantin perlu sentiasa menekankan tentang proses penyelenggaraan

makanan. Penyelenggaraan makanan yang baik akan dapat mengelakkan

berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini contohnya seperti masalah

keracunan makanan.

Melalui pemahaman mengenai penyelenggaraan makanan ini juga, pihak

pengusaha akan dapat belajar untuk sentiasa mementingkan kebersihan dan

kesihatan murid-murid yang menerima bantuan RMT ini. Apabila pihak pengusaha

dapat memenuhi segala peraturan dan kehendak yang perlu dituruti, pihak

pengusaha ini akan mudah disenangi oleh pihak pengurusan sekolah. Lantaran dari

itu, pihak pengusaha akan memperoleh pulangan yang lumayan bagi mengukuhkan

pengusahaan kantin pihak berkenaan. Oleh yang demikian, bukan sahaja ekonomi

pihak pengusaha lebih terjamin malahan kesihatan murid-murid juga turut

memberangsangkan.

Page 5: Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan

KELEMAHAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Walaupun banyak kesan positif yang telah dibincangkan, program Rancangan

Makanan Tambahan ini juga turut mempunyai kesan negatif atau keburukan yang

harus diperbaiki. Antara kekurangan-kekurangan tersebut ialah :

1. MASALAH PENGELOLA

Walaupun setiap murid telah ditetapkan dengan peruntukan sebanyak

RM2.05 bagi setiap individu namun terdapat di antara pengusaha yang

mengelolakan perihal RMT ini mencari kesempatan melalui perlaksanaannya. Hal ini

berlaku disebabkan kerana pihak terbabit cuba untuk mengaut keuntungan

berpandukan kepada nilai barangan. Bagi memastikan pihak mereka berhasil

mengaut keuntungan yang berganda, mereka akan menghidangkan makanan yang

tidak bertepatan dengan nilai makanan yang sepatutnya.

Sebagai contohnya, telur dadar yang dimasak dalam kuantiti 5 biji diagihkan

kepada 20 orang murid RMT yang mana mengikut nisbah yang sepatutnya sebiji

telur perlu diagihkan kepada seorang murid. Apabila ditanya, pihak pengusaha akan

memberi alasan modal tidak mencukupi kerana claim makanan lambat diterima.

Sekiranya keadaan ini berkekalan, murid-murid yang menerima RMT ini akan terus

membesar tanpa memiliki gizi makanan yang seimbang seperti yang sepatutnya.

2. MASALAH MENU DAN PENYEDIAAN MAKANAN

Akibat dari ingin menjimatkan kos penyediaan, makanan yang dimasak

mengikut menu yang berulang akan menyebabkan murid-murid mulai tidak berselera

untuk menjamahnya lagi. Hal ini akan mengundang kepada masalah pembaziran

apabila murid-murid hanya menjamah sesuap dua makanan dan membuang

kesemua baki makanan tersebut. Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi kerana

makanan yang dihidangkan sepatutnya dimakan oleh murid bagi mempersiapkan diri

mereka dengan kesihatan yang baik agar terus dapat memberi fokus kepada isi

pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Page 6: Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan

Masalah kehabisan makanan juga turut terjadi kepada murid-murid yang

lewat tiba di kantin. Hal ini kerana terdapat murid-murid yang tidak terlibat dengan

RMT menunggu giliran untuk mengambil makanan lebih untuk dimakan.

Tambahannya lagi, ada di antara murid-murid yang menerima bantuan RMT ini

masih tidak kenyang dan mahu menambah makanan yang sedia ada. Hal ini tidak

akan terjadi sekiranya pihak pengusaha mengawal proses pemberian makanan

kepada murid-murid yang berkenaan sahaja.

3. KESIHATAN DAN PENINGKATAN AKADEMIK

Berpandukan kepada perubahan berat badan dan ketinggian murid apabila

mereka mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, perubahan tersebut tidak

dapat disamakan dengan peningkatan akademik murid. Hal ini kerana peningkatan

akademik murid-murid adalah tidak bergantung kepada keadaan semasa manakala

berat badan murid-murid pula seperti yang diketahui akan sentiasa bertambah. Oleh

yang demikian, peningkatan akademik tidak dapat diukur melalui tahap kesihatan

murid sahaja tetapi kualiti pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam

perubahan akademik murid-murid.

4. MASALAH KEBERSIHAN

Masalah kebersihan merupakan suatu isu yang seringkali dibangkitkan oleh

pihak sekolah. Hal ini adalah berkaitan prasarana kantin sekolah dan kebersihan

peralatan yang digunakan dalam penyediaan makanan RMT ini. Kebiasaanya,

sekolah-sekolah yang mempunyai kapasiti murid yang ramai menghadapi masalah

seperti ini. Penyediaaan tempat untuk makan bagi murid-murid akan

menimbulkan masalah kepada pengusaha kantin. Sehubungan dengan isu

kebersihan ini juga, kadangkala bekas makanan yang telah digunakan tidak

dicuci dengan bersih. Hal ini akan mendatangkan rasa kurang yakin dengan tahap

kebersihan makanan yang dihidangkan. Disamping itu juga, penyediaan kawasan

makan yang tidak mencukupi juga menjadi kelemahan dalam perlaksanaan program

ini di sekolah-sekolah yang mempunyai kapasiti murid yang besar tetapi saiz

kantinnya kecil dan tidak dapat menampung bilangan murid yang berkenaan.