kecantikan drnor fadhlinapsasir.upm.edu.my/id/eprint/64799/1/obsesi tampil cantik.pdfpelbagai produk...

1
HARIAN METRO . , '. (HAMIS 29 MAC 2018 HAII121 Ramai wanita hidap buah plnggang, ambil bahan terlarang dalam produk kecantikan Yusliza Yakimir Abd Talib [email protected] Obsesi untuk tampil cantik dan berkulit cerah menjadikan ramai wanita sanggup meletakkan nyawa sendiri di dalam risiko dengan mengambil pelbagai produk makanan tambahan yang diragui keselamatannya. .Bagimereka, asalkan produk itu memberi kesan yang pantas, maka ia menjadi pilihan hingga ada antaranya sanggup menghabiskan wang gaji untuk mencapai impian. Hakikatnya., penggunaan kosmetik dan produk makanan tambahan yang semakin berleluasa dalam kalangan wanita di negara ini berisiko diserang ---pellyakit kronik, antaranya masalah buah pinggang. Lebih membimbangkan, produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin ini memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. Antara masalah kerap f'd.\hadapi sensitif terhadap matahari, radangkulit, gangguan sistem saraf, ruam dan boleh mengganggu perkembangan kanak- kanak. Pakar Perunding Nefrologi, Universiti Putra _Malaysia (UPM)Dr Nor Fadhlina Zakaria, jika label kandungan bahan sesuatu produk itu tidak diteliti sebelum digunakan, ia berisiko memudaratkan kesihatan dalaman. "Kajian menunjukkan produk makanan tambahan yang mengandungi bahan kimia berlebihan boleh . memberi tekanan kepada buah pinggang. Ini sekali , gus menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. "Selain itu, bahan merkuriyang kerap digunakan dalam kosmetik juga menyebabkan masalah .Bahan merkuri yang kerap dlqunaken dalam kosmetik juga boleh menyebabkan masalah buah pinggang DR NOR FADHLINA buah pinggang. Bahan ini unik kerana kemampuannya meresap masuk dalam kulit dan salur darah apabila disapu pada kulit," katanya. Beliau berkata demikian ketika pada Hari Terbuka Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF),sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2018,baru~baruini. . Menurut Dr Nor Fadhlina, agak membimbangkan apabila sejak kebelakangan ini, semakin ramai . mengambil produk makanan tambahan tanpa nasihat doktor terutama wanita yang ghairah untuk cantik. "Trend terkini menunjukkan semakin ramai wanita mengalarni kegagalan buah pinggang berbanding lelaki. Antara sebabnya adalah pengambilan bahan terlarang yang terdapat dalam produk kecantikan," katanya. Iusteru beliau menegaskan agar pengguna sentiasa berwaspada dan mendapatkan nasi hat doktor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan atau menggunakan produk kosmetik selain memastikan ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sementara itu, sempena Hari Terbuka NKF,pelbagai .aktiviti dianjurkan badan itu bagi memberi maklumat berkenaan penyakit bahaya itu. Antara aktiviti dijalankan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, . ceramah kesihatan dan kempen pendermaan organ bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya membantu pesakit yang memerlukan organ seperti buah pinggang. M1NUMAN BERKARBONAT TEMANSmA Dalam pada itu, seorang pesakit buah pinggang kronik, AKamalam, 68, berkata, amalan pemakanan kurang sihat sejak usia muda menjadikan wanita itu kini berdepan pelbagai penyakit kronik. Menurutnya, minuman berkarbonat dancoklat antara makanan yang wajib ada dalam menu sehariannya, malah sejak usia remaja lagi wanita itu menjadikan rninuman berkarboriat sebagai ternan setia. Akibatnya, apabila usianya menginjak 30 tahun dia didiagnosis menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi hingga menjejaskan tahap kesihatannya. "Saya mula bekerja di kilang pada usia 12tahun. Ketika itu saya masih terlalu muda untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai amalan, Coklat dan minuman berkarbonat meniadi santapan harian kerana mudah dibeli. "[adual makan pula tidak teratur disebabkan saya sibuk bekerja separuang hari, [adi, saya hanya bawa air berkarbonat dan mengambil roti disapu mentega kacang sebagai bekal. "Pada usia yang masih muda saya disahkan doktor menghidap diabetes, darah tinggi dan komplikasi jantung, selain masalah buah pinggang enam tahun Ialu," . katanya. Akibat kegagalan buah pinggang yang dihidapi, Kamalam terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu di NKF dan kini sudah masuk tahun keenam menerima rawatan itu. Katanya, dia menyedari akibat tidak menjaga pemakanan sejak usia muda menyebabkan dia menanggung natijahnya kini dan berharap dua orang anaknya tidak mengikut jejak langkahnya. "Pada tahun pertama mendapat tahu buah pinggang tidak lagi berfungsi, dialisis tidak dapat dilakukan kerana jantung saya masih lemah. Sebelum . ini, saya juga pernah menjalani pembedahan pintasan [antung. "Sebelum dikesan menghidap masalah buah pinggang, beberapa gejala dialami seperti kaki bengkak, tidak boleh bernafas dan.cepat letih apabila berjalan. "Kini pergerakan saya agak terbatas kerana " r penyakit ini, saya hanya boleh melakukan aktiviti seperti memasaksaja. Kerja + rumah juga dilakukan menantu kerana saya tidak berdaya dan cepat lesu," katanya. Ibu tunggal itu juga menasihatkan golongan muda supaya mengelakkan minuman berkarbonat dan makanan manis secara berlebihan kerana la berisiko tinggi merosakkan fungsi organ dalaman. Katanya, kesihatan perlu dihargai kerana kos yang perlu ditanggung tidak murah, malah membebankan bukan saja diri sendiri malah keluarga dan orang tersayang. SARINGAN kesihatan turut diadakan. +

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kecantikan DRNOR FADHLINApsasir.upm.edu.my/id/eprint/64799/1/Obsesi tampil cantik.pdfpelbagai produk makanan tambahan yang diragui keselamatannya..Bagimereka, asalkan produk itumemberi

HARIAN METRO . ,'.(HAMIS 29 MAC 2018

HAII121

Ramai wanitahidap buahplnggang,ambil bahanterlarangdalam produkkecantikan

Yusliza Yakimir Abd [email protected]

Obsesi untuk tampilcantik dan berkulit cerahmenjadikan ramai wanitasanggup meletakkannyawa sendiri di dalamrisiko dengan mengambilpelbagai produk makanantambahan yang diraguikeselamatannya.

.Bagimereka, asalkanproduk itu memberi kesanyang pantas, maka iamenjadi pili han hinggaada antaranya sanggupmenghabiskan wang gajiuntuk mencapai impian.

Hakikatnya., penggunaankosmetik dan produkmakanan tambahan yangsemakin berleluasa dalamkalangan wanita di negaraini berisiko diserang

---pellyakit kronik, antaranyamasalah buah pinggang.

Lebih membimbangkan,produk kosmetik yangmengandungi racunberjadual seperti merkuri,hidrokuinon dan tretinoinini memberikan kesansampingan kepadakesihatan.

Antara masalah kerapf'd.\hadapi sensitif terhadapmatahari, radangkulit,gangguan sistem saraf, ruamdan boleh menggangguperkembangan kanak-kanak.

Pakar PerundingNefrologi, Universiti Putra

_Malaysia (UPM)Dr NorFadhlina Zakaria, jika labelkandungan bahan sesuatuproduk itu tidak ditelitisebelum digunakan, iaberisiko memudaratkankesihatan dalaman.

"Kajian menunjukkanproduk makanan tambahanyang mengandungi bahankimia berlebihan boleh. memberi tekanan kepadabuah pinggang. Ini sekali

, gus menyebabkan kegagalanfungsi buah pinggang.

"Selain itu, bahanmerkuriyang kerapdigunakan dalam kosmetikjuga menyebabkan masalah

. Bahan merkuri yang kerapdlqunaken dalam kosmetik jugaboleh menyebabkan masalahbuah pinggang

DR NOR FADHLINA

buah pinggang. Bahan iniunik kerana kemampuannyameresap masuk dalam kulitdan salur darah apabiladisapu pada kulit," katanya.

Beliau berkata demikianketika pada Hari TerbukaYayasan Buah PinggangKebangsaan (NKF), sempenaHari Buah Pinggang Sedunia2018,baru~baruini. .

Menurut Dr Nor Fadhlina,agak membimbangkanapabila sejak kebelakanganini, semakin ramai .mengambil produk makanantambahan tanpa nasihatdoktor terutama wanita yangghairah untuk cantik.

"Trend terkinimenunjukkan semakinramai wanita mengalarnikegagalan buah pinggangberbanding lelaki.Antara sebabnya adalahpengambilan bahanterlarang yang terdapatdalam produk kecantikan,"katanya.

Iusteru beliaumenegaskan agar penggunasentiasa berwaspadadan mendapatkannasi hat doktor sebelummengambil sebarangmakanan tambahan ataumenggunakan produkkosmetik selain memastikania mendapat kelulusanKementerian KesihatanMalaysia.

Sementara itu, sempena

Hari Terbuka NKF, pelbagai.aktiviti dianjurkan badanitu bagi memberi maklumatberkenaan penyakit bahayaitu.

Antara aktiviti dijalankantermasuk pemeriksaankesihatan percuma, .ceramah kesihatan dankempen pendermaan organbagi memberi kesedarankepada orang ramai betapapentingnya membantupesakit yang memerlukanorgan seperti buah pinggang.

M1NUMAN BERKARBONATTEMANSmA

Dalam pada itu, seorangpesakit buah pinggangkronik, AKamalam, 68,berkata, amalan pemakanankurang sihat sejak usia mudamenjadikan wanita itu kiniberdepan pelbagai penyakitkronik.

Menurutnya, minumanberkarbonat dancoklatantara makanan yangwajib ada dalam menusehariannya, malah sejakusia remaja lagi wanitaitu menjadikan rninumanberkarboriat sebagai ternansetia.

Akibatnya, apabilausianya menginjak 30 tahundia didiagnosis menghidapdiabetes dan tekanan darahtinggi hingga menjejaskan

tahap kesihatannya."Saya mula bekerja di

kilang pada usia 12tahun.Ketika itu saya masih terlalumuda untuk menjadikanpemakanan sihat sebagaiamalan, Coklat danminuman berkarbonatmeniadi santapan hariankerana mudah dibeli.

"[adual makan pula tidakteratur disebabkan sayasibuk bekerja separuang hari,[adi, saya hanya bawa airberkarbonat dan mengambil

roti disapu mentega kacangsebagai bekal.

"Pada usia yang masihmuda saya disahkan doktormenghidap diabetes, darahtinggi dan komplikasijantung, selain masalah buahpinggang enam tahun Ialu,"

. katanya.Akibat kegagalan buah

pinggang yang dihidapi,Kamalam terpaksamenjalani dialisis tiga kaliseminggu di NKF dan kinisudah masuk tahun keenammenerima rawatan itu.

Katanya, dia menyedariakibat tidak menjagapemakanan sejak usiamuda menyebabkan diamenanggung natijahnyakini dan berharap dua oranganaknya tidak mengikutjejak langkahnya.

"Pada tahun pertamamendapat tahu buahpinggang tidak lagiberfungsi, dialisis tidak dapatdilakukan kerana jantungsaya masih lemah. Sebelum

. ini, saya juga pernahmenjalani pembedahan

pintasan [antung."Sebelum dikesan

menghidap masalahbuah pinggang, beberapagejala dialami sepertikaki bengkak, tidak bolehbernafas dan.cepat letihapabila berjalan.

"Kini pergerakansaya agak terbatas kerana " rpenyakit ini, saya hanyaboleh melakukan aktivitiseperti memasaksaja. Kerja +rumah juga dilakukanmenantu kerana saya tidakberdaya dan cepat lesu,"katanya.

Ibu tunggal itu jugamenasihatkan golonganmuda supaya mengelakkanminuman berkarbonat danmakanan manis secaraberlebihan kerana la berisikotinggi merosakkan fungsiorgan dalaman.

Katanya, kesihatanperlu dihargai kerana kosyang perlu ditanggungtidak murah, malahmembebankan bukan sajadiri sendiri malah keluargadan orang tersayang.

SARINGAN kesihatanturut diadakan.

+