kesan perubahan iklim dan banjir kepada pengguna

6
KESAN PERUBAHAN IKLIM DAN BANJIR KEPADA PENGGUNA Written by Foon Weng Lian Monday, 21 February 2011 10:47 Pada 16 Februari 2011, ahli sains telah membentangkan dua buah jurnal sains yang membuktikan bahawa perlakuan manusia mempunyai kaitan dengan kejadian banjir dan perubahan iklim. Laporan tersebut mengatakan bahawa pemanasan global dan perubahan iklim akan menyumbang kepada peningkatan sebanyak 20 peratus kejadian banjir yang berlaku di seluruh dunia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh nstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), perubahan iklim telah menyebabkan corak hujan di Malaysia berubah. Di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, lebih banyak hujan akan turun dan tertumpu pada kawasan-kawasan tertentu sahaja, berbanding kepada pada masa dahulu yang tersebar luas di seluruh kawasan. Salah satu contoh adalah hujan lebat dan banjir besar yang berlaku di Johor pada akhir tahun 2006. Catatan hujan yang turun di Johor Bahru mencapai 289mm dalam masa sehari sahaja, iaitu catatan jumlah isipadu hujan yang turun di Johor Bahru iaitu 2400mm setahun. Terdapat banyak sebab yang menyumbang kepada peningkatan kejadian banjir di Malaysia. Kebanyakan sebab-sebab ini berpunca daripada perubahan iklim dan projek-projek mitigasi banjir yang kurang berkesan. Fenomena La Nina yang kerap kali berlaku semenjak beberapa tahun kebelakangan ini telah membawa lebih banyak hujan ke negara ini. Hujan yang turun sangat lebat dalam masa yang singkat dan tertumpu kepada satu-satu kawasan. Keadaan ini telah menyebabkan sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung isipadu air hujan yang tinggi. Sungai-sungai tidak dapat menampung air hujan tersebut sehingga melimpah, dan akhirnya banjir berlaku. Selain itu, sampah sarap juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sungai tercemar dan tersekat.

Upload: hazwan-othman

Post on 28-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perubahan iklim yg semakin mengganggu proses semula jadi alam

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Perubahan Iklim Dan Banjir Kepada Pengguna

KESAN PERUBAHAN IKLIM DAN BANJIR KEPADA PENGGUNAWritten by Foon Weng LianMonday, 21 February 2011 10:47

Pada 16 Februari 2011, ahli sains telah membentangkan dua buah jurnal sains yang membuktikan bahawa perlakuan manusia mempunyai kaitan dengan kejadian banjir dan perubahan iklim. Laporan tersebut mengatakan bahawa pemanasan global dan perubahan iklim akan menyumbang kepada peningkatan sebanyak 20 peratus kejadian banjir yang berlaku di seluruh dunia.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh nstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), perubahan iklim telah menyebabkan corak hujan di Malaysia berubah. Di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, lebih banyak hujan akan turun dan tertumpu pada kawasan-kawasan tertentu sahaja, berbanding kepada pada masa dahulu yang tersebar luas di seluruh kawasan. Salah satu contoh adalah hujan lebat dan banjir besar yang berlaku di Johor pada akhir tahun 2006. Catatan hujan yang turun di Johor Bahru mencapai 289mm dalam masa sehari sahaja, iaitu catatan jumlah isipadu hujan yang turun di Johor Bahru iaitu 2400mm setahun.  

Terdapat banyak sebab yang menyumbang kepada peningkatan kejadian banjir di Malaysia.

Kebanyakan sebab-sebab ini berpunca daripada perubahan iklim dan projek-projek mitigasi banjir yang kurang berkesan. Fenomena La Nina yang kerap kali berlaku semenjak beberapa tahun kebelakangan ini telah membawa lebih banyak hujan ke negara ini. Hujan yang turun sangat lebat dalam masa yang singkat dan tertumpu kepada satu-satu kawasan. Keadaan ini telah menyebabkan sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung isipadu air hujan yang tinggi. Sungai-sungai tidak dapat menampung air hujan tersebut sehingga melimpah, dan akhirnya banjir berlaku. Selain itu, sampah sarap juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sungai tercemar dan tersekat.

Menurut kajian Jabatan Meteorologi Malaysia, corak cuaca sekarang memang sukar untuk diramalkan. Punca utama berlakunya banjir adalah disebabkan oleh cuaca. Namun, kesannya telah jelas dapat dilihat di hadapan mata. Pada awal bulan ini kejadian banjir besar telah melanda hampir keseluruhan bahagian di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

Hujan lebat yang berpanjangan telah menyebabkan sungai-sungai di kawasan tersebut melimpah dan menyebabkan banjir berlaku. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Johor yang menyebabkan hampir 40,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat permindahan banjir sementara. Banjir ini juga mengingatkan mimpi ngeri penduduk Johor yang dilanda banjir besar pada tahun 2006/2007. Mujurnya, banjir besar 2006/2007 telah mengajar penduduk-penduduk tersebut untuk lebih berwaspada terhadap banjir besar. Oleh itu kerugian yang dialami semasa banjir besar awal bulan ini tidaklah teruk sangat.

Kesan banjir besar awal bulan ini amat dirasai kerana ia berlaku semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ramai yang ingin balik kampung di bahagian selatan Semenanjung Malaysia terpaksa membatalkan rancangan mereka kerana landasan kereta api dan jalan raya telah

Page 2: Kesan Perubahan Iklim Dan Banjir Kepada Pengguna

ditenggelami air.

Selain itu, harga barangan juga naik disebabkan bekalan yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan di pasaran. Salah satu contoh lagi ialah banjir besar yang berlaku di Pantai Timur Australia. Banjir besar tersebut telah menyebabkan tapak penggalian arang batu tertutup dan menyebabkan kerosakan hingga berbilion dollar Amerika. Bencana alam yang berlaku di negara maju tersebut turut menunjukkan bahawa bencana yang berkait rapat dengan iklim ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira status negara tersebut.

Sebagai salah negara yang mengimpot arang batu daripada Australia, Malaysia terpaksa mencari negara yang lain untuk membekalkan arang batu untuk keperluan penjanaan tenaga negara. Ini menyebabkan kos penghasilan tenaga meningkat.

Untuk mengatasi isu banjir ini , peranan kerajaan amat penting. Projek Mitigasi Banjir di kawasan ”hotspot” banjir yang telah dirancang seharusnya disiapkan dalam masa yang paling singkat. Selain itu, maklumat-maklumat semasa berlaku banjir besar amatlah diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir dan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Sistem penyebaran maklumat ini haruslah dipastikan supaya tidak tergendala semasa berlakunya banjir. Sistem amaran banjir sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu dilaksanakan dan disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Kedua ialah peranan pengguna. Salah satu tanggungjawab pengguna adalah tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengguna harus menjaga kebersihan sungai kerana ia merupakan sistem perparitan semula jadi dan membekalkan air minuman. Sampah yang dibuang ke dalam sungai hanya akan menyebabkannya pencemaran dan boleh menyebabkan masalah tersumbat. Apabila ia tersumbat, ia akan hilang fungsinya dan menyebabkan banjir. Di samping itu, pengguna juga seharusnya berani memberi kritikan yang membina dan membuat aduan kepada pihak yang berkuasa apabila mendapati tiada apa-apa usaha yang dijalankan bagi mengatasi banjir ini.

Ketiga adalah peranan pihak swasta. Pihak swasta terutamanya syarikat pembekal air hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif dalam rancangan pencegahan banjir kerana mereka merupakan pakar dalam bidang ini. Selain itu, mereka juga harus memastikan air minuman yang bersih masih dapat dibekalkan kepada penduduk-penduduk apabila berlakunya kejadian banjir.

On February 16, 2011 , scientists had presented two scientific journals to prove that human behavior has to do with flooding and climate change . The report says that global warming and climate change will contribute to an increase of 20 per cent of flood events occurring throughout the world .

According to a study done by the National Institute of Polar Research Malaysia (NAHRIM ) , climate change has resulted in changing patterns of rainfall in Malaysia . In the central and southern Peninsular Malaysia , more rain and concentrated in certain areas only , as opposed to in the past that are prevalent throughout the area. One example is the heavy rain and flooding in Johor at the end of 2006 . Note rain in Johor Bahru reach 289mm in one day alone, the record rainfall volume in the Johor 2400mm per year.

Page 3: Kesan Perubahan Iklim Dan Banjir Kepada Pengguna

There are many reasons that contribute to the increased incidence of flooding in Malaysia .Most of these reasons caused by climate change and flood mitigation projects that are less effective . La Nina phenomenon that frequently occurred since the last few years have brought more rain to the country. Very heavy rainfall in a short time and focus on one area . This has resulted in the existing drainage system can not cope with the high volume of rain water . Rivers can not cope with the rain water that overflowed, and ultimately flooding occurs . Moreover, even the rubbish thrown into the river by the parties that no charge has resulted in polluted rivers and got stuck.

According to the Malaysian Meteorological Department study , the current weather patterns are difficult to predict. The main cause of flooding is caused by the weather. However , the effect was clearly seen in the eyes . At the beginning of this massive flood has hit almost all parts of the southern part of Peninsular Malaysia.

Prolonged heavy rains caused rivers in the area overflowed and caused flooding to occur. The area most affected is the Johor causes almost 40,000 residents had moved to the Transfer of temporary flooding . Flooding also reminded residents Johor nightmare the devastating floods in 2006/2007 . Fortunately , the great flood 2006/2007 has taught the residents to be vigilant against flooding . Thus the losses suffered during the floods earlier this month is not that bad .

Effects of flooding earlier this month was felt as it happened during the celebration of the Chinese New Year . Many who wish to return home in the southern part of Peninsular Malaysia had to cancel their plans because of railroads and roads were flooded .

Moreover, the prices of goods also rose due to an insufficient supply to meet demand in the market. One more example is the flooding on the East Coast of Australia. Flooding has caused coal excavation sites closed and causing billions of dollars of damage to America. Natural disasters in developed countries is also shown that the tragedy associated with this climate can happen anywhere , regardless of the status of the country.

As one of the country's coal imports from Australia , Malaysia had to find another country to supply coal for power generation needs of the country . This results in increased cost of energy production .

To overcome this flood , the role of government is very important . Flood Mitigation Project in the " hotspot " areas are planned should be completed in the shortest possible time . In addition , the information in the event of a major flood is greatly needed by the flood victims and government agencies that are responsible . This information dissemination system should be established so as not to snag a flood . Flood warning system as was stated by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin also be executed and completed on time .

Second is the role of the user . One is the user's responsibility environmental responsibility . Users should take care of the river because it is the natural drainage system and drinking water

Page 4: Kesan Perubahan Iklim Dan Banjir Kepada Pengguna

supply . Trash thrown into the river only to cause pollution and can cause clogging problems . When it is blocked, it will lose its function and cause flooding . In addition , users should have the courage to give constructive criticism and complaints to the authorities to find that no such efforts to overcome this flood .

Third is the role of the private sector. The private sector , especially the water supply companies should play a more active role in flood prevention plan as they are experts in this field . In addition, they also have to ensure clean drinking water is supplied to residents in the event of flooding .