kesan perdagangan melaka - hubungan luar

4
Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu , dengan kerajaan serantau dan hubungan antarabangsa . Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan mereke dengan Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan perdagangan dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa , Siak dan Kampar . Manakala hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) , Gujerat dan Tanah Arab. 1. Hubungan Serantau Ø Hubungan Melaka dengan Pasai Hubungan ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan puteri Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat mengenai soal- soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka dianggap setaraf kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara mereka dan apabila berlakunya huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan menghantar pembesar dan tenteranya untuk membantu . Seterusnya , telah wujud hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila Melaka memperolehi lada hitam , emas dan beras danri Pasai . Ø Hubungan Melaka dengan Jawa Hubungan Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .

Upload: afidatul-azwa

Post on 02-Dec-2015

104 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Perdagangan Melaka - Hubungan Luar

Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu , dengan kerajaan serantau dan hubungan antarabangsa . Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan mereke dengan Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan perdagangan dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa , Siak dan Kampar . Manakala hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) , Gujerat dan Tanah Arab.

1.    Hubungan Serantau

Ø  Hubungan Melaka dengan Pasai

Hubungan ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan puteri Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat mengenai soal-soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka dianggap setaraf kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara mereka dan apabila berlakunya huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan menghantar pembesar dan tenteranya untuk membantu . Seterusnya , telah wujud hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila Melaka memperolehi lada hitam , emas dan beras danri Pasai .

Ø  Hubungan Melaka dengan Jawa

Hubungan Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .

Ø  Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar

Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar juga hanyalah hubungan perdagangan dimana disana Melaka akan memperolehi emas . Selain itu juga , kedua-dua buah kerajaan ini merupakan kerajaan yang ditakluki oleh Melaka untuk menguasai hasil dagangan negeri-negeri tersebut. Siak juga diberi taraf naungan oleh Melaka . Negeri-negeri ini memiliki taraf yang rendah daripada kerajaan Melaka kerana apabila negeri-negeri ini berutus surat ke Melaka , mereka menggunakan istilah sembah . Selain itu juga , mereka akan menghantar ufti dalam bentuk wang atau barangan ke Melaka . Apabila Sultan membuat lawatan ke luar Negara , baginda turut diiringi oleh raja negeri-negeri terbabit . Contohnya , Sultan Mansor Syah diiringi oleh raja-raja dari Palembang , Jambi dan Lingga apabila melawat Majapahit.

Page 2: Kesan Perdagangan Melaka - Hubungan Luar

 2.    Hubungan Antarabangsa

Ø  Hubungan Melaka dengan China

Hubungan Melaka dengan China bermula daripada lawatan duta China iaitu , Laksamana Yin Ching ke Melaka pada tahun 1404 . Hubungan ini dipereratkan lagi dengan pengiktirafan yang diberikan China kepada Melaka . Ini menyebabkan Melaka dikira beruntung kerana mendapat bantuan-bantuan seperti keselamatan dari China yang menyebabkan Melak tidak lagi diancam oleh Siam dan Majapahit.

Ø  Hubungan Melaka dengan Siam

Hubungan diplomatik Melaka dan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik . Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil dari Siam . Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaraan utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam . Melaka mahu menjalinkan hubungan baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi . Siam telah membekalkan beras , bahan makanan dan kayu jati ke Melaka .

Ø  Hubungan Melaka dengan Ryukyu ( Jepun )

Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin . Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ) antara tahun 1460 hingga 1480 . Raja Ryukyu juga telah menerima suratt daripada Sultan Mansor Syah . Dan didalam surat tersebut , Sultan Mansor Syah telah menyatakan bahawa pedagang-pedagang dari Ryukyu telah melanggar peraturan undang-undang  Melaka semasa berdagang di Melaka . Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka . Ini menunjukan bahawa , Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka .

Ø  Hubungan Melaka dengan Gujerat

Melaka juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Gujerat . Para pedagang dari Gujerat ini membekalkan kain kepada Melaka . Pedagang Gujerat yang memerlukan rempah ratus dari Kepulauan Melayu telah diberi oleh Melaka . Pedagang Gujerat juga telah menyebarkan agama Islam ke Melaka .

Page 3: Kesan Perdagangan Melaka - Hubungan Luar

Ø  Hubungan Melaka dengan Tanah Arab

Para pedagang arab yang datang ke Melaka untuk memperolehi emas dan juga rempah ratus dari Kepulauan Melayu sebagaimana Gujaret . Melaka pula membeli barangan dagangan mereka iaitu kain sutera dan teh dari China. Pedagang-pedagang arab ini juga membantu untuk megembangkan agama Islam ke Melaka seperti mana Gujerat . Ini bermakna , Melaka juga terdiri daripada kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu .

Pusat Perkembangan Agama Islam

        Antara kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kedah – di sekitar abad ke-9 . Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris , Kedah , Terengganu – pada abad ke-13 . Penemuan batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu . Pada abad ke-15 , agama Islam mula bertapak di Melaka , apabila Iskandar Syah memeluk agama Islam .