kesan kesan gengsterisme

3
KESAN-KESAN GENGSTERISME Gejala gengsterisme merupakan satu fenomena laknat yang melibatkan muda-mudi di seluruh dunia yang sudah pun menjadi isu yang hangat dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam media tempatan. Kepincangan disiplin tersebut semakin menular dan amat merunsingkan Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah kerana isu gengsterisme kian menjadi hambatan kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan iklim yang kondusif di sekolah dan masyarakat yang harmonis. Sememangnya jika seseorang remaja melibatkan diri dalam gejala sosial seperti gengsterisme, ini akan mendatangkan kesan buruk atas diri sendiri remaja tersebut. Masa depan remaja tersebut akan dihancurkan. Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej diri sendiri. Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat. Remaja yang terlibat dalam gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat dan dipandang hina. Pada tahap ini remaja tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang jelas pada masa depan dan tidak bercita-cita tinggi. Sekalipun mereka insaf, mereka tetap sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat dan mereka akan dipandang serong. Hal ini menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan dan seterusnya akan disisihkan oleh ahli keluarga kerana tidak dapat menerima kelakuan mereka menyebabkan hidup mereka terumbang-ambing. Akibat perlakuan sendiri, keluarga pelaku gengster turut mendapat impaknya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut, maruah keluarga tercalar dengan tindakan remaja tersebut ibarat menconteng arang ke muka. Hal ini menjejaskan masa depan adik- beradik yang lain dan lebih teruk lagi jika menjejas kan emosi ahli keluarga yang tidak dapat menerima tekanan daripada masyarakat. Masalah ini akan berlarutan dalam jangka masa yang lama untuk dipulihkan. Penglibatan remaja dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga. Ahli keluarga akan dikritik, dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat. Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah Taj Mahal. Selain itu, perbuatan

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 10-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kesan Kesan Gengsterisme

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Kesan Gengsterisme

KESAN-KESAN GENGSTERISME

Gejala gengsterisme merupakan satu fenomena laknat yang

melibatkan muda-mudi di seluruh dunia yang sudah pun menjadi isu yang

hangat dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam media tempatan.

Kepincangan disiplin tersebut semakin menular dan amat merunsingkan

Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah kerana isu gengsterisme kian

menjadi hambatan kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan iklim yang

kondusif di sekolah dan masyarakat yang harmonis.

Sememangnya jika seseorang remaja melibatkan diri dalam gejala

sosial seperti gengsterisme, ini akan mendatangkan kesan buruk atas diri

sendiri remaja tersebut. Masa depan remaja tersebut akan dihancurkan.

Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan sebagai

golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej diri

sendiri. Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat. Remaja

yang terlibat dalam gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah

masyarakat dan dipandang hina. Pada tahap ini remaja tidak mempunyai hala

tuju atau matlamat yang jelas pada masa depan dan tidak bercita-cita tinggi.

Sekalipun mereka insaf, mereka tetap sukar untuk mendapat kepercayaan

masyarakat dan mereka akan dipandang serong. Hal ini menyukarkan

mereka untuk mendapat pekerjaan dan seterusnya akan disisihkan oleh ahli

keluarga kerana tidak dapat menerima kelakuan mereka menyebabkan hidup

mereka terumbang-ambing.

Akibat perlakuan sendiri, keluarga pelaku gengster turut mendapat

impaknya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, masyarakat hilang

kepercayaan terhadap keluarga tersebut, maruah keluarga tercalar dengan

tindakan remaja tersebut ibarat menconteng arang ke muka. Hal ini

menjejaskan masa depan adik-beradik yang lain dan lebih teruk lagi jika

menjejaskan emosi ahli keluarga yang tidak dapat menerima tekanan

daripada masyarakat. Masalah ini akan berlarutan dalam jangka masa yang

lama untuk dipulihkan. Penglibatan remaja dalam gengsterisme turut

mencemari imej keluarga. Ahli keluarga akan dikritik, dikutuk dan dipandang

serong oleh masyarakat. Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang

Page 2: Kesan Kesan Gengsterisme

sepatutnya seindah Taj Mahal. Selain itu, perbuatan jahat remaja juga akan

meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli

keluarga.

Kewujudan golongan pelajar di sekolah yang terlibat dengan kegiatan

gengsterisme akan membawa masalah yang besar kepada sekolah. Salah

laku pelajar akan memberi impak secara langsung atas kualiti pendidikan

yang diberikan di sekolah. Golongan ini akan melakukan pelbagai masalah

dan perkara ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) di sekolah. Contohnya kes seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah

Menengah Kebangsaan Tok Janggut dibuang sekolah,manakala empat lagi

digantung persekolahan selama dua hingga tiga minggu kerana terbabit

dalam pergaduhan yang menyebabkan seorang pelajar Tingkatan Tiga

terkena libasan kerambit di sekolah itu (Berita Harian,2009). Pelajar-pelajar

yang digantung atau dibuang sekolah akan ketinggalan dalam pelajaran.

Berasaskan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-

sekolah jika tidak dikawal akan menyebabkan P&P tidak dapat dijalankan

dengan berkesan. Hal ini bukan sahaja merugikan mereka yang melakukan

aktiviti gengsterisme malahan kepada peljar-pelajar lain yang tidak bersalah.

Aktiviti-aktiviti gengsterisme yang sering berlaku akan menyebabkan

masyarakat berasa tidak selamat untuk hidup. Anggota masyarakat biasanya

akan dielakkan untuk keluar dari rumah. Hal ini kerana mereka takut akan

turut menjadi mangsa keganasan. Segala aktiviti-aktiviti harian mereka seperti

bersukan, beriadah dan sebagainya akan dikurangkan dan dihentikan bagi

menjamin keselamatan diri. Biasanya kejadian yang paling ditakuti

masyarakat ialah terbabit dengan pergaduhan antara kumpulan-kumpulan

gengster. Pergaduhan mereka biasanya akan mengakibatkan kecederaan

yang serius atau lebih teruk lagi mati.

Kesan aktiviti gengsterisme yang paling mudah untuk dilihat adalah

kerosakan harta benda, terutamanya harta benda awam. Antara harta benda

awam yang sering menjadi sasaran mereka adalah pondok telefon, tandas

awam dan sebagainya. Buktinya, ganggang telefon awam terputus dan

banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di dinding-dinding tandas.

Menurut Kamus Dewan (2003), menconteng dinding bermaksud mencoreng-

coreng dengan cat arang dan sebagainya. Bercalit-calit, berpalit-palit di

Page 3: Kesan Kesan Gengsterisme

dinding-dinding tanpa matlamat atau tujuan. Grafik-grafik yang diconteng

adalah sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk

membersihkan atau mengecatkannya semula. Selain itu, di Alor Star terdapat

kes pelajar mengebom kereta guru dengan bom petrol disebabkan guru

disiplin merotan mereka kerana melanggar disiplin di sekolah (Harian Metro,

2009). Kegiatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme yang

dilakukan oleh ahli-ahli gengsterisme ini telah banyak menyusahkan

masyarakat terutamanya semasa berlakunya kes-kes kecemasan.

Walhasil, pelajar-pelajar mesti dikekang daripada melibatkan diri dalam

kegiatan samseng. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan

orang yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan negara. “Pemuda tiang

negara, pemudi harapan bangsa”. Segenap lapisan masyarakat mesti

menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan samseng ke akar umbi.

Masalah ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan

tenaga daripada semua pihak kerana “Hendak seribu daya, tak hendak seribu

dalih.” Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad untuk mencapai

aspirasi negara sifar jenayah dan membentuk Malaysia sebagai sebuah

negara tercinta yang aman dan bahagia buat selama-lamanya!