kesan interaksi antara tamadun di malaysia

20
KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

Upload: syedfadlan

Post on 30-Jun-2015

3.705 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

Page 2: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

• Reggie Wan Syed Muhammad Fadlan

NooradinanSophi

Page 3: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

• Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia

• Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India

• Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat

• . Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif

Page 4: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

KESAN POSITIF

Page 5: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

1)Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek

• Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil interaksi

Page 6: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

(i)Makanan dan buahan

-Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu

(ii). Pakaian dan barang dagangan - Cukin, tocang, lo’ cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu,

tahil, koyan, d ( 1/10 tahil )(iii). Manusia dan ehwalnya - Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh,

cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong.

Page 7: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

2)Kebudayaan

• Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:

Page 8: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

(i)Budaya Baba-Nyonya -Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M,

komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan.

-Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku.

Page 9: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

(ii)Budaya China Peranakan

- Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat

- Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian

.

Page 10: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

- Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam

- Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu.

Page 11: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

3)Kesenian

- Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina

- Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda

Page 12: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

4)Dasar Pendidikan Negara

-Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib

- Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh

Page 13: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

5) Dasar Integrasi Nasional

-Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah.

-Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan penempatan

Page 14: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

6) Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan

- Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

- Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

Page 15: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

KESAN NEGATIF

Page 16: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

1)Jurang ekonomi

- Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah rakyat tempatan

- Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar

- Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import

Page 17: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

-Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia menerima perubahan

- Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina

- Ringkasnya, akibat dasar ‘pecah dan perintah” Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di ladang

- Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.

Page 18: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

2) Jurang Sosial- Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial.

Lantaran itu wujud kelompok masyarakat kaya yang banyak

terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar

- Secara tidak langsung, keadaan ini telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas

Page 19: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

- Kelas atasan terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina.

- Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum bumiputera

- Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman

Page 20: KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

3) Pencapaian Tidak Seimbang- Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek

penting khususnya pendidikan- Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut

kaum dan logistik etnik di Malaysia- Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik.

Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin.

- Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.