kesan evolusi hr praedit

7
Kesan Evolusi Jaringan Jalan Raya di Pusat Bandar Kota Kinabalu. Evolusi atau perkembangan jalan raya yang berlaku di mana-mana sekalipun akan membawa kesan-kesan tertentu tidak kiralah kesan positif ataupun kesan negetif. Begitu jugalah dengan evolusi jaringan jalan raya yang telah berlaku di pusat bandar Kota Kinabalu, telah membawa kedua- dua kesan tersebut. Di bandar Kota Kinabalu, kesan positif yang paling ketara disebabkan oleh evolusi jaringan jalan raya adalah dari segi pembangunan. Kesan-kesan positif evolusi jalan raya yang lain adalah seperti memendekkan jarak perjalanan serta mengurangkan masa perjalanan dan juga mengurangkan masalah kesesakan di tempat-tempat tertentu. Manakala kesan-kesan negetif yang timbul seiringan dengan evolusi jaringan jalan raya di Kota Kinabalu ini adalah seperti masalah kesesakan itu sendiri dan juga masalah kemalangan jalan raya. Kedua-dau kesan negetif yang telah dinyatakan di atas merupakan kesan negetif yang paling menonjol akibat evolusi jalan raya di pusat bandar Kota Kinabalu. Kesan Positif Pembangunan Pembangunan merupakan kesan positif yang paling ketara berlaku akibat daripada evolusi jalan raya di Kota Kinabalu. Pembukaan jalan-jalan baru di sekitar pusat bandar tersebut telah menyebabkan lebih banyak projek-projek pembangunan berlaku. Ini adalah kerana dengan adanya jaringan jalan raya di sesuatu kawasan itu, secara tidak langsung akan menambah nilai kawasan tersebut yang seterusnya menarik minat pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk membangunkan kawasan tersebut. Sebab itulah kita melihat kebanyakan bangunan-bangunan yang menjalankan pelbagai fungsi dibina di tepi-tepi jalan utama. Jenis-jenis pembangunan yang biasa dibangunkan adalah seperti hotel, perumahan, bangunan- bangunan kedai, pusat membeli belah, kompleks sukan dan sebagainya.

Upload: herwin-ronny

Post on 10-Apr-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Evolusi Hr Praedit

Kesan Evolusi Jaringan Jalan Raya di Pusat Bandar Kota Kinabalu.

Evolusi atau perkembangan jalan raya yang berlaku di mana-mana sekalipun akan

membawa kesan-kesan tertentu tidak kiralah kesan positif ataupun kesan negetif. Begitu jugalah

dengan evolusi jaringan jalan raya yang telah berlaku di pusat bandar Kota Kinabalu, telah

membawa kedua-dua kesan tersebut. Di bandar Kota Kinabalu, kesan positif yang paling ketara

disebabkan oleh evolusi jaringan jalan raya adalah dari segi pembangunan. Kesan-kesan positif

evolusi jalan raya yang lain adalah seperti memendekkan jarak perjalanan serta mengurangkan

masa perjalanan dan juga mengurangkan masalah kesesakan di tempat-tempat tertentu. Manakala

kesan-kesan negetif yang timbul seiringan dengan evolusi jaringan jalan raya di Kota Kinabalu

ini adalah seperti masalah kesesakan itu sendiri dan juga masalah kemalangan jalan raya.

Kedua-dau kesan negetif yang telah dinyatakan di atas merupakan kesan negetif yang paling

menonjol akibat evolusi jalan raya di pusat bandar Kota Kinabalu.

Kesan Positif

Pembangunan

Pembangunan merupakan kesan positif yang paling ketara berlaku akibat daripada

evolusi jalan raya di Kota Kinabalu. Pembukaan jalan-jalan baru di sekitar pusat bandar tersebut

telah menyebabkan lebih banyak projek-projek pembangunan berlaku. Ini adalah kerana dengan

adanya jaringan jalan raya di sesuatu kawasan itu, secara tidak langsung akan ‘menambah nilai

kawasan tersebut’ yang seterusnya menarik minat pihak yang terlibat dalam pembangunan untuk

membangunkan kawasan tersebut. Sebab itulah kita melihat kebanyakan bangunan-bangunan

yang menjalankan pelbagai fungsi dibina di tepi-tepi jalan utama. Jenis-jenis pembangunan yang

biasa dibangunkan adalah seperti hotel, perumahan, bangunan-bangunan kedai, pusat membeli

belah, kompleks sukan dan sebagainya.

Di pusat bandar Kota Kinabalu, penambahan bilangan jalan raya dan naik taraf jalan-

jalan raya telah menyebabkan lebih banyak bangunan-bangunan baru dibina. Contohnya di

Page 2: Kesan Evolusi Hr Praedit

sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen telah dibina sebuah hotel bertaraf lima bintang iaitu Hotel Le

Meredian. Hotel ini telah mela beroperasi pada tahun 2006. Selain itu, sebuah pusat membeli

belah juga telah dibina di kawasan jalan ini iaitu Warisan Square. Kawasan ini pada mulanya

adalah tapak bagi stesen bas di mana semua bas-bas mini yang menawarkan perkhidmatan

pengangkutan ke kawasan-kawasan sekitar pusat bandar seperti Luyang, Inanam, Likas,

Penampang, Papar, Menggatal berhimpun disini. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,

kewujudan Jalan Tun Fuad Stephen telah ‘menambah nilai kawasan’ di sekitar kawasan tersebut

menyebabkan fungsi kawasan tersebut berubah daripada fungsi yang lebih kecil kepada fungsi

yang lebih besar iaitu sebagai pusat membeli belah.

Pembinaan banyak lebuh raya menuju ke pusat bandar ini juga turut menyebabkan

pembangunan seperti pembinaan kawasan-kawasan perumahan dan juga bangunan-bangunan

lain di sepanjang labuh-labuh raya menuju ke pusat bandar. Misalnya, Jalan Sulaman yang

dibina bagi melancarkan perjalanan dari Tuaran ke Kota Kinabalu telah menambah nilai kawasan

di sepanjang jalan tersebut menyebabkan beberapa kawasan perumahan telah dibina seperti

Kawasan Perumahan King Fisher Sulaman. Selain itu, Sebuah pusat membeli belah yang besar

juga sedang dibangunkan di sepanjang jalan ini.

Memendekkan jarak perjalanan

Selain pembangunan, evolusi jalan raya di Kota Kinabalu juga telah memendekkan jarak

perjalanan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Pembinaan jalan-jalan yang baru akibat

evolusi yang berlaku menyebabkan pengguna-pengguna jalan raya mempunyai banyak pilihan

untuk menggunakan mana-mana jalan untuk tiba ke sesuatu kawasan. Sebelum jalan-jalan raya

baru ini dibina, kebanyakan penduduk terpaksa melalui terlebih dahulu kawasan pusat bandar

sebelum tiba ke destinasi yang dituju walaupun sebenarnya dengan melalui kawasan pusat

bandar tersebut, jarak perjalan yang telah diambil adalah lebih jauh. Ini kerana pada masa

tersebut belum terdapat jalan-jalan raya yang dapat memendekkan jarak perjalanan di antara

kawasan-kawasan sekitar pusat bandar.

Page 3: Kesan Evolusi Hr Praedit

Sebagai contoh, pembinaan Jalan Lintas telah memendekkan jarak perjalanan dari

Penampang ke Luyang dan seterusnya ke Talipok. Sebelum pembinaan jalan ini, pengguna jalan

raya yang tinggal di kawasan Penampang terpaksa melalui kawasan pusat bandar terlebih dahulu

untuk tiba di Luyang. Tetapi setelah Jalan Lintas dibina, penduduk di kawasan Penampang tidak

perlu lagi melalui jalan raya di pusat bandar untuk ke Luyang. Mereka boleh menggunakan Jalan

Lintas yang mana jarak perjalanannya lebih dekat jika dibandingkan dengan perjalanan melalui

pusat bandar. Begitu juga dengan perjalanan dari Luyang ke Talipok telah dipendekkan dengan

adanya Jalan Lintas ini.

Gambar rajah

Pemendekan jarak perjalanan ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos minyak

yang digunakan oleh para pangguna jalan raya di samping dapat mempercepatkan masa

perjalanan secara amnya untuk tiba ke destinasi yang hendak dituju jika dibandingkan dengan

kos minyak yang ditanggung pada masa sebelum jalan raya-jalan raya baru ini dibina. Ini juga

merupakan salah satu daripada kesan positif yang timbul dan menguntungkan penduduk yang

tinggal di pusat bandar dan juga di sekitar kawasan pusat bandar disebabkan oleh evolusi jalan

raya di Kota Kinabalu.

Mengurangkan tahap kesesakan di tempat-tempat tertentu.

Masalah kesesakan merupakan masalah yang sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan

dengan isu jalan raya terutama sekali di kawasan-kawasan pusat bandar. Tidak dapat dinafikan

bahawa masalah ini turut berlaku di Kota Kinabalu dan masalah ini terus berlaku walaupun telah

banyak jalan-jalan baru telah dibina. Walau bagaimanapun, evolusi jalan raya yang berlaku telah

dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang semakin bertambah seiring dengan

pembangunan yang pesat. Tanpa evolusi jalan raya, dijangkakan masalah kesesakan di Kota

Kinabalu ini akan semakin bertambah.

Page 4: Kesan Evolusi Hr Praedit

Di Kota Kinabalu, evolusi jalan raya yang berlaku adalah seperti penambahan bilangan

jalan raya dengan pembinaan jalan raya-jalan raya yang baru, pelebaran jalan-jalan raya yang

sedia ada dan juga yang paling terbaru ialah pembinaan jalan bertingkat (fly over) di jalan-jalan

yang tahap kesesakannya berada pada tahap yang tinggi. Pembinaan jalan-jalan baru yang

menghubungkan satu-satu kawasan di sekitar pusat bandar ini selain melalui jalan utama telah

memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih dan menggunakan jalan-jalan tersebut. Hal

ini dapat mengurangkan tahap kesesakan di jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar-

bandar kecil di sekitar pusat bandar dengan pusat bandar. Jalan raya-jalan raya yang dibina dan

dilebarkan adalah seperti Jalan Lintas (kepayan-Inanam-Tuaran), Jalan Penampang By Pass

(Penampang-Bukit Padang-Luyang) dan sebagainya.

Selain itu, pelebaran jalan-jalan yang sedia ada juga turut membantu dalam

mengurangkan tahap kesesakan. Pelebaran jalan yang sedia ada akan menambahkan jumlah atau

kapasiti kenderaan yang dapat menggunakan jalan tersebut dalam satu-satu masa. Misalnya,

pelebaran jalan yang menghubungkan kawasan Kelombong dengan kawasan Bukit Padang (Jalan

Bundusan) telah mengurangkan tahap kesesakan di sepanjang jalan tersebut. Sebelum pelebaran

jalan ini dilakukan, tahap kesesakan di sepanjang jalan ini sangat tinggi, tetapi dengan

penambahan kelebaran jalan tersebut, tahap kesesakan dapat dikurangkan.

Satu lagi evolusi jalan raya yang baru berlaku di Kota Kinabalu ialah pembinaan jalan

bertingkat. Misalnya, pertembungan empat jalan utama iaitu jalan dari kawasan pusat bandar,

jalan dari Istana, jalan dari Luyang dan jalan dari Inanam telah menyebabkan tahap kesesakan

yang tinggi di lampu isyarat di mana keempat-empat jalan utama ini bertembung (Lampu isyarat

Jalan Istana). Dengan terbinanya jalan bertingkat yang menggantikan sistem lampu isyarat,

masalah kesesakan di kawasan ini telah dapat diatasi. Dapatan kajian yang telah kami jalankan

melalui borang soal selidik, kesemua limabelas responden yang telah bersetuju bahawa

pembinaan jalan bertingkat menggantikan lampu isyarat tersebut telah mengatasi masalah

kesesakan di kawasan itu.

Page 5: Kesan Evolusi Hr Praedit

Kesan Negetif

Peningkatan Kadar Kemalangan

Evolusi jalan raya di kota kinabalu telah menambahkan kadar kemalangan yang berlaku

di sekitar kawasan pusat bandar tersebut. Pertambahan bilangan jalan raya secara tidak langsung

telah menambahkan kapasiti pengguna jalan raya. Jumlah pengguna jalan raya yang bertambah

sejajar dengan pertambahan bilangan jalan raya sudah tentunya menambahkan risiko berlakunya

kemalangan jalan raya tidak kiralah ianya disebabkan oleh kelemahan sistem jalan raya itu

ataupun disebabkan oleh kelalaian pengguna jalan raya itu sendiri. Pembinaan labuh raya dan

jalan-jalan yang lurus akan menambahkan tahap kelalaian pengguna jalan raya. Misalnya, jalan

yang lurus akan menyebapkan pemandu mudah mengantuk.

12 daripada 15 orang responden berpendapat bahawa kemalangan jalan raya adalah

disebabkan oleh kelalaian pengguna jalan raya itu sendiri. Respon yang diperolehi ini

menunjukkan bahawa evolusi jalan raya seperti pembinaan labuh raya dan jalan-jalan yang lurus

menambahkan tahap kelalaian pengguna jalan raya dan seterusnya boleh menyebabkan

kemalangan jalan raya. Misalnya 3 daripada 5 kes kemalangan maut yang dilaporkan kepada

Jabatan Polis Trafik dalam tempoh sebulan iaitu mengikut bentuk jalan raya bermula dari

01/07/2007 hingga 31/07/2007 adalah melibatkan kemalangan maut yang berlaku di jalan-jalan

yang lurus (rujuk lampiran bahagian Statistik kemalangan Jalan Raya). Tahap-tahap kecederaan

lain yang dilaporkan dalam tempoh yang sama seperti kemalangan parah (2 daripada 4 kes),

kemalangan ringan (11 daripada 15 kes), kemalangan rosak sahaja (207 daripada 348 kes) dan

bukan kemalangan (5 daripada 9 kes) juga paling banyak berlaku di jalan-jalan yang lurus (rujuk

lampiran bahagian statistik kemalangan jalan raya).

Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Jabatan Polis Trafik Kota Kinabalu (rujuk

bahagian lampiran bahagian statistik kemalangan), jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku

di kota kinabalu menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Misalnya, jumlah

kemalangan yang direkodkan berlaku pada tahun 2007 dari bulan Januari hingga Julai adalah

berjumlah 2515 kes berbanding 2232 kes dilaporkan pada tempoh yang sama pada tahun 2006.

Page 6: Kesan Evolusi Hr Praedit

Satistik-statistik kemalangan yang direkodkan di sepanjang tempoh tersebut secara

keseluruhannya juga menunjukkan peningkatan kes kemalangan.

Masalah Kesesakan

Evolusi jalan raya yang berlaku di Kota Kinabalu secara tidak langsung turut

menimbulkan masalah kesesakan jalan raya itu sendiri. Walaupun tujuan pembinaan jalan-jalan

baru adalah untuk mengurangkan kesesakan, namun masalah kesesakan ini terus berlaku. Ini

adalah kerana seperti apa yang telah dinyatakan, pembukaan jalan baru akan menambah nilai di

sekitar kawasan jalan yang baru dibina itu. Pembinaan jalan baru ini yang pada dasarnya

bertujuan untuk mengurangkan kesesakan akan memangkinkan pula pembangunan yang

seterusnya akan menyebabkan kesesakan itu berlaku semula. Situasi seperti ini terus berlaku

berulang-ulang dalam proses evolusi jalan raya.

Kesesakan di pusat bandar Kota Kinabalu berlaku di Jalan Istana, Jalan Karamunsing,

Jalan Airpot-Kepayan dan jalan-jalan utama yang lain. Dari hasil kajian kami melalui borang

soal selidik, semua responden memilih waktu pagi dan petang sebagai tempoh waktu di mana

kesesakan berlaku. Berdasarkan temuramah dengan pihak Polis Trafik Kota Kinabalu, kami juga

mendapati bahawa waktu tengah hari juga merupakan waktu dimana kesesakan mudah berlaku.

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kesesakan ini berlaku terutama sekali pada waktu pagi,

tengah hari dan petang. Waktu-waktu ini dalam istilah kesesakan dipanggil sebagai ‘peak hour’

atau waktu puncak di mana kadar kesesakan berada pada tahap yang paling tinggi.

*Kesesakan yang berlaku di Jalan Penampang Bypass yang menghubungkan kawasan

pusat bandar dengan kawasan Penampang.

Page 7: Kesan Evolusi Hr Praedit

Contoh lain di mana masalah kesesakan ini turut berlaku adalah di lampu isyarat Jalan

karamunsing. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya bahagian Jalan

Raya Cawangan Kota Kinabalu pada tahun 19/20.08.2004, kadar kesesakan paling tinggi berlaku

pada sebelah petang iaitu dari pukul 4.00 pm – 5.00 pm. Daripada catatan yang dibuat, angka

kenderaan yang terlibat dalam kesesakan pada masa ini berjumlah 7309 buah atau 9.17%

daripada jumlah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut di sepanjang tempoh kajian dan

merupakan jumlah yang paling tinggi yang dicatatkan sepanjang waktu kajian berbanding waktu-

waktu yang lain. Tempoh-tempoh waktu yang turut mencatat jumlah kenderaan yang tinggi

adalah pada waktu tengah hari (12.00pm-01.00pm) iaitu berjumlah 7079 buah atau 8.88%.

(Rujuk lampiran ‘Laporan kajian Lalulintas’ di stesen Karamunsing Intersection Traffic Light).