kesan dan pengajaran dari tragedi rusuhan kaum di malaysia.docx
DESCRIPTION
amiklahTRANSCRIPT
KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.
Salah satu punca utama berlakunya rusuhan kaum ini dikenal pasti iaitu
ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan antara kaum. Kaum yang majoriti ia itu kaum
melayu ramai yang berada dibawah paras kemiskinan berbanding dengan kaum cina.
Ketidakseimbangan ini menimbulkan keresahan berpanjangan. Sampai suatu ketika hal yang
demikian tidakdapat dikawal lagi. Tindakan menyeluruh perlu diambil oleh kerajaan bagi
mengatasi masalah ini dan lahirlah DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dilancarkan pada tahun
1971. Mensasarkan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di Malaysia. Tempoh
masa di anggarkan selama 20 tahun bagi melaksanakan dasar ini.
Bagi menambahkan kecepatan untuk melaksanakan dasar tersebut kerajaan telah
bersetuju untuk memberikan tanah-tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah bagi
diusahakan secara tanah rancangan. Dengan ini lahirlah FELDA,FELCRA,RISDA dan
berbagai lagi agensi berkanun yang ditubuhkan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
Kemiskinan di bandar adalah berpunca dari migrasi penduduk luar bandar ke bandar.
Untuk mengatasi masalah ini kerajaa telah memperbanyakan pembinaan rumah kos rendah
atau mampu milik dengan kemudahan bekalan api,air dan sistem prasarana yang lengkap atau
setidak-tidaknya dapat memenuhi keperluan asas.
Peranan MARA dan UDA ditambah untuk menghasilkan lebih ramai golongan
peniaga dari kalangan bumiputra khasnya orang melayu untuk mencapai keseimbangan ini.
Selain dari memainkan peranan untuk membantu peniaga Mara juga dipertanggungjawabkan
untuk membangunkan taraf pendidikan kaum bumiputra melalui pembangunan institusi
pendidikan sehingga sekarang telah ada ratusan ribu graduan keluaran Mara yang berjaya
memduduki dalam kelas pertengahan berbanding dengan sebelum ini semua kerjaya dalam
bidang profesional di monopoli oleh kaum cina. Anak-anak Bumiputra diberi kelulisan khas
untuk mempelajari bidang Sains,kedoktoran,kejuruteraan dan perakaunan berbanding sebelum
ini hanya segelintir sahaja anak –anak Bumiputra yang berjaya menceburi bidang ini.
Mempelbagaikan bidang ekonomi daripada hanya bergantung kepada getah dan bijih
timah Malaysia telah berjaya bertukat menjadi sebuah negara perindustrian dan
mempelbagaikan keluaran-keluaran komoditi yang lain.
Meneruskan dasar ini kerajaan telah meminta pihak swasta turut berperanan sama dan
turut menswastakan sesetengah agensikerajaan yang perlu bagi meringankan beban kerajaan
dan menambah pendapatan negara.
Sesudah mula menampakan sedikit perubahan dan ada kejayaan dari apa yang
dirancang untuk memantapkan lagi kemajuan ekonomi negara maka kerajaan menumpukan
juga kepada pembangunan manusia sebagai satu bentuk modal yang penting.
Dari segi politik kerajaan bertindak tegas dengan mewujudkan ISA bagi menahan
tanpa bicara mana-mana yang terlibat dengan agenda yang boleh mengancam keselamatan
negara. Lebih banyak Kawasan parlimen diujudkan dan agihan kerusi di imbangi dengan
persetujuan semua parti politik yang bergabung. Kebebasan bersuara dikawal dengan baik dan
dipantau oleh pihak yang berwajib termasuk juga kebebasan akhbar . Walau pun bebas tetapi
ada hadnya. Isu-isu yang sensitif dan berbaur perkauman dilarang untuk diperkatakan secara
terbuka.
Dari segi pendidikan peluang pelajaran yang samarata sehingga tamat pendidikan
menengah adalah diwajiban bagi setiap kanak-kanak warganegara. Peluang belajar sehingga
ke peringkat yang lebih tinggi dibuka dengan luas dengan bantuan kewangan disediakan.
Sekolah satu aliran diutamakan tanpa mengabaikan aliran dari kaum-kaum yang lain masih
boleh mengikuti pelajaran dalam bahasa masing-masing diperingkat awal. Dasar bahasa
Kebangsaan diperkuatkan lagi dengan mengutamakan Bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa
utama. Konsep perpaduan ditekankan dalan aspek persekolahan antara kaum-kaum di
Malaysia yang senantiasa memerlukan percampuran antara kaum dalam berbagai aktiviti.
Dari segi sosial hubungan erat antara kaum-kaum diperkukuhkan melalui pelbagai
program seperti rukun tetangga diperkrnalkan. Peranan media sentiasa diperlukan bagi
menjayakan dasar perpaduan ini dengan mendidik rakyat untuk bersatu dan bertolak ansur
dalam hal-hal melibatkan perkauman. Sehinggalah kepersada seni diperkenal konsep
perpaduan ini bagi menjamin persefahaman kaum.
Dengan semua aspek yang dimainkan oleh semua pihak kita berharap agar keamana
negara kita akan terus berkekalan dan perpaduan antara kaum menjadi semakin kukuh. 1
MALAYSIA. Tetapi bagi orang melayu berpeganglah kepada pepatah melayu “ beringat
sebelum kena dan sediakan payung sebelum hujan”.