aturan urusan mesyuarat - · pdf filekementerian untuk membuat kerja "blue collar"...

18
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA Bil. 5 2 i http://www.parlimen.gov.my HARIISNIN, 18 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN (PM #21512 v1) Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara China termasuk memudahkan permohonan Visa dan menambahkan bilangan penerbangan . (PM #21295 v1) Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah kedudukan pengusaha-pengusaha IKS sekarang ini. Sejauhmanakah kerjasama pihak institusi kewangan dalam membantu golongan pengusaha ini dalam mengatasi masalah kewangan yang mereka hadap i. (PM #21958 v1) Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa jumlah kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pembuatan yang dianugerahkan kepada Penang Shipbuilding & Construction semenjak limbongan kapal TLDM di Lumut diswastakan kepada mereka dan berapa jumlah penjimatan yang diperolehi oleh TLDM semenjak ia diswastakan. (PM #21879 v1) Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta MENTERI BEllA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan atau program khas untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan belia dan golongan muda pelbagai kaum agar mereka dapat berjaya menceburi bidang perniagaan melalui bantuan modal dan bimbingan teliti memandangkan bilangan penganggur kini yang agak tinggi.

Upload: vuthien

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

Bil. 5

2

i

http://www.parlimen.gov.my

HARIISNIN, 18 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI

1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN

(PM #21512 v1) Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara China termasuk memudahkan permohonan Visa dan menambahkan bilangan penerbangan.

(PM #21295 v1) Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah kedudukan pengusaha-pengusaha IKS sekarang ini. Sejauhmanakah kerjasama pihak institusi kewangan dalam membantu golongan pengusaha ini dalam mengatasi masalah kewangan yang mereka hadapi.

(PM #21958 v1) Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa jumlah kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pembuatan yang dianugerahkan kepada Penang Shipbuilding & Construction semenjak limbongan kapal TLDM di Lumut diswastakan kepada mereka dan berapa jumlah penjimatan yang diperolehi oleh TLDM semenjak ia diswastakan.

(PM #21879 v1) Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta MENTERI BEllA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan atau program khas untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan belia dan golongan muda pelbagai kaum agar mereka dapat berjaya menceburi bidang perniagaan melalui bantuan modal dan bimbingan teliti memandangkan bilangan penganggur kini yang agak tinggi.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

(

5:

! 8.

9.

10.

2 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21736 v1) Datuk Goh Siow Huat [Rasah] minta MENTERI PERDAGANGAN ANT ARABAN GSA DAN INDUSTRI menyatakan betulkah pelabur­pelabur asing yang melabur di negara kita telah meluaskan pelaburannya dari Malaysia ke negara-negara lain oleh kerana mereka lebih senang dapat tenaga buruh yang murah di negara lain.

(PM #21884 v1) Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai projek di bawah Kementerian yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 di negeri Kelantan dan jumlah kos keseluruhan projek berkenaan.

(PM #21079 v1) Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kos rompakan lori dengan barangan bagi tahun 1997 hingga 2002. Nyatakan jumlah dan peratusan kes yang polis berjaya membuat tangkapan dan perompak didakwa ke Mahkamah.

(PM #21938 v1) Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BAN DAR menyatakan jenis dan jumlah permohonan untuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin di Malaysia dan khususnya di Sarawak (mengikut kawasan Parlimen) untuk tahun 2001 dan tahun 2002. Apakah langkah-Iangkah atau jenis bantuan telah diberi untuk menyahut permohonan atau permintaan mereka ini.

(PM #20931 v1) Tuan Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pelan tindakan sistematik Kementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga lebih digemari lepasan sekolah, dan lepasan Universiti agar Malaysia tidak bergantung dengan buruh asing. Dari segi falsafah dan dasar apakah Kerajaan telah bersetuju, jikalau tidak kenapa.

(PM #21023 v1) Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa sehingga kini terdapat kebanjiran pendatang asing secara sah tanpa izin dari Benua Afrika yang mana akan menimbulkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan negara, apakah tindakan Kementerian bagi memastikan agar hanya mereka benar-benar layak boleh melawat Malaysia.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

3 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #20920 v1 ) 11 . Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan sama ada:-

(a) ada individu atau kumpulan warganegara Malaysia yang telah ditahan di luar negara berkaitan dengan kegiatan AI­Qaeda atau pengganas; dan

(b) apakah Malaysia masih disenaraikan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai salah satu negara yang melindungi pengganas.

(PM #21063 v1) 12. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bila pembinaan projek Jambatan Kedua Negeri Pulau Pinang yang dirancang dibina di Batu Kawan akan dimulakan, syarikat mana yang telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan pembinaan tersebut dan tempoh yang dijangkakan siap.

(PM #21743 v1) 13. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-Iangkah yang diambil bagi memastikan sektor elektronik negara terus kekal dan berkembang maju dari beralih ke negara-negara lain yang merupakan pesaing sektor elektronik yang disifatkan sebagai tulang belakang ekonomi negara berdasarkan kepada sumbangan besar sektor tersebut kepada nilai eksport negara.

(PM #21139 v1) 14. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapa ramaikah kakitangan awam yang telah memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kedua serta sya rat-sya rat yang dikenakan sehingga 31.1.2002 dan berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan.

(PM #21199 v1) 15. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas] minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan jelaskan statistik jenayah yang dilakukan oleh Juvana mengikut jenis dan negeri dari tahun 1999 hingga 2001. Apakah program yang dilaksanakan terhadap mereka di dalam penjara bagi memulihkan akhlak dan kehidupan di masa hadapan.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

4 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21104 v1) 16. Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah hasil siasatan pihak Polis dan Biro Pencegah Rasuah (BPR) terhadap aduan-aduan aktivis media, Ahmad Lufti Othman berkenaan dakwaan salahlaku rasuah Menteri Besar Selangor sekarang antara Ogos 2001 hingga Februari 2002.

(PM #21266 v1) 17. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk menggantikan pekerja Indonesia yang dihantar pulang ekoran berlakunya rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran pulang pekerja tersebut memberi kesan kepada sektor pembinaan, pengilangan dan perladangan.

(PM #21307 v1) 18. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sejauhmanakah Kerajaan telah berjaya dalam usaha untuk menggabungkan bank-bank, syarikat-syarikat telekomunikasi dan syarikat stock broking di Malaysia seperti yang dihendaki dan apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan dalam usaha ini.

(PM #21325 v1) 19. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan jumlah pesakit di seluruh negara dan apakah jenis penyakit yang serius dihadapi dan apakah langkah-Iangkah mengatasi masalah tersebut.

(PM #21352 v1) 20. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] minta MENTERI

PERTANIAN menyatakan mengenai perlaksanaan konsep tamu yang diperkenalkan oleh Kerajaan tidak lama dulu, bagaimana pula sahutan rakyat dan pengusaha terhadap konsep itu.

(PM #21375 v1) 21 . Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI

DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah Penjana Hidro Elek1rik Bakun dapat disiapkan dan sedia membekal elektrik ke Negeri Sabah.

(PM #21405 v1) 22. Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan terhadap kes penyelewengan wang PPRT RM36.5 juta di Kelantan dan Terengganu ekoran dari pendedahan yang dibuat baru-baru ini.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

5 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21228 v1) 23. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI

PERTANIAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan harga lantai padi yang kini ditetapkan RM550.00 setan metrik.

(PM #21047 v1) 24. Tuan Robert Lau Hoi Chew [Sibu] minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan:-

(a) langkah-Iangkah yang diambil, jika ada bagi mempromosi Sungai Rajang di Zon tengah Sarawak, sungai yang terpanjang di Malaysia sebagai destinasi pelancongan; dan

(b) jika tidak, bolehkah Yang Berhormat Menteri menimbangkan semula program pembangunan pelancongan dengan memasukkan cadangan yang tersebut di atas.

(PM #21453 v1) 25. Tuan Juslie bin Ajirol [Libaran] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan keganasan yang berlaku dalam negara cetusan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) merupakan ancaman yang serius kepada negara. Berapakah statistik mereka yang telah ditahan dan mereka yang masih bebas dan apakah ada akta khusus dalam membendung gejala keganasanini.

(PM #21482 v1) 26. Dato' Mustafa @ Hassan bin Ali [Dungun] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah pend irian sebenar Kerajaan berhubung dengan aktiviti ceramah dan sejauh manakah benarnya aktiviti berkenaan menimbulkan masalah keselamatan.

(PM #21499 v1) 27. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan kedudukan kemasukan warganegara asing tanpa izin dan langkah-Iangkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.

(PM #21528 v1) 28. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

MENTERI TENAGA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah kedudukan terkini projek E-Viliage dan perincikan jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dan pihak swasta seta kat ini.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

6 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21661 v1) 29. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan sama ada Malaysia akan mengiktiraf Kerajaan baru Afghanistan secara rasmi dan akan membuka pejabat kedutaan di Kabul.

(PM #21187 v1) 30. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan punca kegagalan kontraktor bumiputera dalam menyiapkan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh negara dan apakah bentuk tindakan yang diambil terhadap kontraktor yang didapati 'mengalibabakan' kontrak berkenaan kepada pihak lain.

(PM #21722 v1) 31. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan berapakah pengurangan pekerja (retrenchment) telah berlaku akibat percantuman bank dan berapa yang terlibat dapat kerja baru.

(PM #21764 v1) 32. Tuan Mohd. Nasir bin Che Daud [Kuala Krai] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan apakah isu-isu hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura yang masih menjadi pertikaian dan apakah langkah dan strategi penyelesaiannya.

(PM #21777 v1) 33. Datuk Yong Teck Lee [Gaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan

sama ada Kerajaan mempunyai Pelan Induk Tenaga Pekerja dalam mengurangkan keperluan pekerja asing di Malaysia. Jika ada, bolehkah Menteri berkenaan beri keterangan yang terperinci.

(PM #21817 v1) 34. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan kewangan yang digunakan untuk sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia bagi setiap perayaan sepanjang tahun 2001 dan apakah kesannya kepada sosio budaya dan politik negara ini.

(PM #21833 v1) 35. Tuan Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau] minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai matlamat Kerajaan mengkaji profil isi keluarga luar bandar di Sa bah dan Sarawak sebagai landasan pembentukan strategi pembasmian kemiskinan sepertimana yang dirancang dalam RRJP3 dan RMK8.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

7 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21876 v1) 36. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan jumlah pinjaman pendidikan tinggi yang telah diluluskan kepada pelajar di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2001 dan berapa ramai pelajar yang telah mendapat bantuan ini sehingga kini.

(PM #21981 v1) 37. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bilakah Kerajaan akan membayar pampasan yang telah lama dijanji dibayar kepada penduduk Kampung Taiyu yang dipaksa berpindah untuk membuka jalan kepada pembinaan Lebuhraya Sungai Besi.

(PM #22006 v1) 38. Tuan Joseph Sa lang ak Gandum [Julau] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) sejauh manakah peranan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dari segi menganugerahkan pengiktirafan dalam penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (lPTS) di negara ini; dan

(b) berapa banyakkah IPTS di seluruh negara yang telah mendapatkan pengiktirafan LAN dan apakah tindakan yang harus diambil oleh pihak kementerian ke atas IPTS yang masih belum mendapatkan pengiktirafan terse but.

(PM #22018 v1) 39. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta PERDANA MENTERI

menyatakan:-

(a) jumlah rakyat Malaysia yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah semenjak kemerdekaan serta nyatakan kes­kesnya dan bilangan yang beragama Islam; dan

(b) adakah orang yang beragama Islam dihukum dengan hukuman Allah dan diurus kematiannya dengan cara Islam bagi menyelesaikan tanggungjawab fardu kifayah negara.

(PM #22089 v1) 40. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan mengapa tidak ada tindakan yang diambil ke atas mereka yang berterusan mendakwa ada menyimpan beberapa kotak bahan rahsia Kerajaan sambil mengugut akan mendedahkannya dalam kempen pilihanraya kecil yang lalu.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

8 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21348 v1) 41 . Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan:-

(a) Syarikat Berhad yang telah dipohon di bawah Seksyen 176, Akta Syarikat 1965; dan

(b) Syarikat Berhad yang disenaraikan tidak mematuhi peraturan untuk mengadakan mesyuarat tahunan dan membentangkan akaun tahunan kepada pemegang­pemegang saham syarikat dan tindakan-tindakan ke atas syarikat-syarikat ini.

(PM #21250 v1) 42. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

PERU MAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewajibkan pemaju peru mahan supaya merizabkan beberapa hektar kawasan bagi tujuan pembinaan gerai atau medan selera untuk peniaga.

(PM #21900 v1) 43. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan senarai negara-negara yang menjadi pengimport terbesar kayu getah daripada Malaysia dan keuntungan pendapatan yang diperolehi oleh Malaysia hasil pengeksportan kayu getah.

(PM #21035 v1) 44. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasi keengganan Kerajaan Filipina untuk menerima masuk rakyat mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan walaupun pada mulanya kemasukan ke Sabah adalah secara sah tetapi akhirnya telah memusnahkan dokumen tersebut kerana enggan balik ke Filipina.

(PM #21276 v1) 45. Tuan Haji Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta PERDANA

MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan telah mendapatkan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap penggunaan ISA, penglibatan Kerajaan dalam perjudian dan mengapa Kerajaan tidak berbuat demikian.

(PM #21133 v1) 46. Dato' Haji Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah ada perancangan untuk membina lebih banyak pusaUdewan masyarakat di kawasan-kawasan peru mahan terutama di bandar-bandar untuk mempergiatkan lagi program-program pembangunan masyarakat setempat.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

9 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21682 v1) 47. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah kriteria-kriteria yang digunakan oleh SPR dalam proses persempadanan semula kawasan pilihanraya.

(PM #21934 v1) 48. Dato' Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta MENTERI

KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan supaya Kementerian meminta agensi Kerajaan dan swasta menganjurkan acara­acara bertaraf antarabangsa untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Labuan.

(PM #21962 v1) 49. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan berapa jumlah pelaburan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia serta agensinya dalam Syarikat Siltera dan kenapa rakan kongsi Kerajaan Malaysia dalam syarikat ini telah menarik diri. 8erapa jumlah kerugian yang dialami oleh syarikat ini sekarang.

(PM #21809 v1) 50. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

(a) jumlah kes-kes yang tertunggak di Mahkamah Perusahaan sehingga kini dan apakah punca yang menyebabkan kes tertunggak ini begitu tinggi; dan

(b) apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil bagi menyelesaikan kes-kes ini dan jangkaan masa penyelesaiannya.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

10 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok] dan Masalah dicadangkan:-

2.

3.

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kesepuluh".

[Menyambung semula Perbahasan atas masalah (14 Mac 2002)]

(D.R. 42/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2001

(D.R. 47/2001) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

"

4. (D.R.41/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001

"

5. (D.R. 45/2001) Rang Undang-undang Majlis " Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2001

6. (D.R. 49/2001) Rang Undang-undang Pendidikan " (Pindaan) 2001

7. (D.R. 1/2002) Rang Undang-undang Industri " Pelancongan (Pindaan) 2002

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

11 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

8. (D.R. 4/2002) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001 dan 2002) 2002

Bacaan Kali Yang Kedua

9.

DAN

Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua billion lapan ratus empat puluh juta lima ratus tujuh puluh tiga ribu em pat ratus dua puluh ringgit (RM2,840,573,420) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan seperti berikut:

(a) bagi tahun kewangan 2001, untuk menampung sejumlah dua billion tujuh ratus tiga puluh juta lima ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus sepuluh ringgit (RM2,730,573,410) bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2001 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut; dan

(b) bagi tahun kewangan 2002, untuk menampung sejumlah seratus sepuluh juta sepuluh ringgit (RM110,OOO,010) bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruangan kesebelas dan keduabelas penyata tersebut,

hendaklah disahkan."

(D.R. 2/2002) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2002

Bacaan Kali Yang Kedua

10. (D.R. 3/2002) Rang Undang-undang Pendaftaran " Jurutera (Pindaan) 2002

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

12 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #20935 v1 ) 11. Tuan Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan pelbagai masalah para pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang timbul dalam tempoh lebih dua dekad . Dewan akan membangkitkan kekurangan minat dan penyelewengan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap para pendatang. Dewan juga akan mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat permasalahan yang sangat rumit ini serta implikasi dan konsekuensinya.

(PM #20965 v1) 12. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Penerangan menyiarkan klip rakaman pembunuhan wan ita Afghanistan dan peristiwa berdarah Memali sebagai bahan fitnah dan propaganda murah UMNO untuk menakutkan rakyat mendekati PAS dan Barisan Alternatif.

Dewan ini turut merasa kesal dengan Kerajaan yang didalangi UMNO dan BN menggunakan peristiwa ini untuk menyerang PAS dan mengesahkan penahanan zalim tanpa bukti mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Maka dengan ini Dewan mengambil ketetapan supaya media massa milik Kerajaan haruslah bersifat adil dan bertanggungjawab serta membebaskan semua tahanan politik di bawah ISA yang ternyata tidak mempunyai bukti kukuh dan melenyapkan akta yang lapuk itu.

(PM #21542 v1) 13. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Naib Canselor UUM Datuk Dr. Fauzi Basri dan Naib Canselor UiTM Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai penjawat jawatan universiti untuk menindas pensyarah-pensyarah serta pelajar­pelajar yang dianggap tidak sealiran untuk kepentingan politik sempit mereka.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

13 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

Bahawa Dewan ini menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidak boleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan tindak tanduk kedua-dua Canselor ini yang telah terbukti merupakan aktivis UMNO dan menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan politik mereka serta membenarkan UMNO dan sayapnya seperti Pemuda dan Puteri UMNO menjalankan aktiviti secara berleluasa dikedua-dua universiti tersebut.

Dewan ini juga menyedari bahawa polisi Kementerian agar IPTA perlu bebas dari politik kepartian adalah tidak relevan apabila berlakunya sikap 'double standard' dan 'pilih bulu' dalam melaksanakan polisi ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan polisi pendidikan negara yang sedang tercabar dan cuba dipermainkan oleh tindakan politik kedua-dua Naib Canselor universiti berkenaan yang merupakan aktivis UMNO.

(PM #21543 v1) 14. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-beribu lagi mengalami kecederaan.

Bahawa Dewan Inl menyedari akan kedudukan strategik kota Baitulmuqaddis yang mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Tindakan provokatif pemimpin Zionis Israel yang mencemar kesucian tempat ibadah umat Islam serta rancangan mereka untuk merobohkan Masjid AI-Aqsa adalah amat dikesali. Malahan rejim Zionis ini terus menerus mengenepikan segala banta han antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka serta tidak pernah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB yang mendesak mereka berundur dari wilayah yang dirampas sejak sekian lama.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap dingin Kuasa-kuasa Besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

14 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

Dewan ini juga menyedari isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

(PM #21558 v1) 15. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Memandangkan kebebasan bercakap, mengeluarkan fikiran, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata serta menubuhkan persatuan-persatuan adalah merupakan semangat dan roh asasi Perlembagaan Negara, seperti termaktub dalam bahagian 2 (10) (1) dan;

Memandangkan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 1999, mengikut Akta (597) dalam laporannya, mengenai kebebasan berhimpun telah memperakukan supaya polis bertindak atas semangat Akta Polis 1967 seksyen 21, hendaklah mengeluarkan permit, mengadakan garis panduan kepada penganjur, mengelakkan pertelingkahan antara polis dan penganjur. Memandangkan tercetusnya huru-hara adalah berpunca dari layanan keras polis dan tidak ada garis panduan mengenai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan serta,

Memandangkan imej Malaysia yang dilihat sebagai tidak demokratik oleh negara-negara luar, maka saya mencadangkan supaya semua sekatan dan larangan untuk mengadakan ceramah dibahas di dewan ini supaya dapat ditarik balik dengan seberapa segera.

(PM #21559 v1) 16. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekerasnya kehadiran tentera Amerika di Selatan Filipina yang bercanggah dan bertentangan dengan hasrat cita-cita serta aspirasi pembentukan ASEAN yang ingin menjadikan kawasan ini bebas, aman dan berkecuali.

(PM #21563 v1) 17. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil pend irian yang lebih tegas dan konsisten mengenai sokongannya kepada pembentukan negara Afghanistan yang merdeka dan bebas menentukan masa depannya sebagai sebuah negara Islam. Serta mengutuk dengan keras, sebarang campur tangan kuasa besar dunia, sehingga menjadikan negara itu sebagai medan percaturan politik dan ideologi bentuk baru di negara yang rakyatnya beragama Islam.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

15 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #21999 v1) 18. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan memulangkan hak penduduk Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan.

(PM #22001 v1) 19. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasrat penduduk Kampong Damansara untuk membuka semula bangunan asal SJKC Damansara di samping menubuhkan cawangan tersebut demi kepentingan di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i) kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut, (ii) bangunan SJKC Damansara masih berada dalam keadaan yang baik, (iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bunyi bising dan pencemaran udara di bangunan asal SJKC sebenarnya telah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINT dibina, (iv) SJKC Damansara merupakan Sekolah Rendah Cina yang tunggal dalam Seksyen 11 ,12, 13, 14, 16, 17 di Petalilng Jaya, (v) penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengekalkan Sekolah Rendah tersebut."

(PM #22002 v1 ) 20. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mer.gambil ketetapan untuk memansuhkan perintah untuk memaksa para ahli akademik dan pelajar untuk menandatangani Surat Aku Janji di samping meminda Akta Kolej dan Kolej Universiti supaya memberi lebih ruang dan kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar untuk meluahkan pandangan mereka di samping menganjurkan aktiviti kampus.

(PM #22003 v1) 21 . Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengenepikan keputusan menggantungkan tugas dari jawatan dan elaun terhadap Yang Berhormat Kawasan Batu Gajah dan memulihkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen sebagaimana yang dimandatkan oleh pengundi di kawasan Batu Gajah.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

16 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #22032 v1) 22. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengkaji semula semua elaun, kemudahan pinjaman dan kemudahan-kemudahan yang lain yang diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat agar ianya bertaraf antarabangsa dan sesuai dengan kemajuan negara dan beban tugas wakil rakyat yang sentiasa bertambah berlipat ganda. Kadar kemudahan pinjaman kereta untuk ahli Dewan Rakyat yang ditetapkan sebelum ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan harga kereta sekarang ini.

Kadar elaun lama perlu dikaji semula dan dipertingkatkan serta ditambah dengan beberapa jenis elaun baru yang perlu difikirkan agar jurang perbezaan di antara Ahli Dewan Rakyat yang memegang jawatan dalam Kerajaan dengan Ahli Dewan Rakyat yang tidak memegang apa-apa jawatan tidak begitu jauh bezanya.

(PM #22033 v1) 23. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan sesuatu institusi khas yang berperanan merancang program untuk melahirkan masyarakat pengasih dan penyayang yang sebenar dengan kerjasama Kerajaan dan pihak swasta. Kampung-kampung, desa atau komuniti yang mundur dan miskin di seluruh negara hendaklah didaftarkan dan dijadikan kampung angkat atau sebagainya kepada badan-badan tersebut di mana didikan, bimbingan serta bantuan-bantuan yang tertentu dapat disalurkan segera dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kesejahteraan semua rakyat.

Dewan ini menggesa agar Kerajaan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dan berterusan agar kekayaan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan saksama.

(PM #22034 v1 ) 24. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan rancangan dan langkah-Iangkah tambahan yang lebih serius dan menyeluruh untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan tindakan pencegahan najis dadah.

Kerajaan perlu memikirkan satu pasukan pencegahan yang lebih berkesan bagi membanteras gejala rasuah disemua peringkat, penguatkuasaan perlu ditingkatkan sehingga ke akar umbi melalui pendekatan undang-undang, pendidikan agama dan pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan kerjasama erat di antara rakyat dan semua pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras najis dadah.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

k

17 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

(PM #22035 v1) 25. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih kepercayaan dan penghormatan rakyat dan para pelabur asing terhadap institusi kehakiman negara, supaya institusi kehakiman negara kelihatan mulia, bersih dan bebas dari gejala rasuah serta bertakwa kepada Allah, serta bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Kerajaan mesti mengenalpasti rakyat yang menderita dan dinafikan hak undang-undang mereka di atas nama undang-undang dan kehakiman, di mana banyak kes-kes mereka tertunggak dan tertangguh bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh karenah-karenah mahkamah dan pihak-pihak tertentu .

(PM #22036 v1 ) 26. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan supaya menjelaskan dengan rasmi di Dewan ini tentang falsafah, konsep, dasar, rujukan utama undang-undang dan tujuan Negara Islam Malaysia yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, agar Ahli Dewan ini dapat menilai dan menyatakan pandangan dan harapan rakyat serta mengemukakan persoalan-persoalan yang berbangkit hasil dari pengisytiharan itu.

Dewan ini juga menggesa agar Perdana Menteri menjelaskan kenapa beliau mengisytiharkan sendiri Negara Islam Malaysia sedangkan persoalan "Negara Islam" adalah dalam bidangkuasa Ketua Agama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagindalah orang yang sepatutnya melakukan pengisytiharan ini bukannya Perdana Menteri. Adakah perkara ini sudah diangkat ke Majlis Raja-raja serta mendapat restu dari Majlis tersebut dengan rasminya. Kenapa PM bertindak mendahului Majlis Raja-raja dalam isu agama yang besar ini.

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileKementerian untuk membuat kerja "blue collar" lebih menarik, tetapi, juga ... rusuhan pekerja di Nilai Negeri Sembilan dan sejauh mana penghantaran

18 AUM DR 18/03/2002 (PM #22075 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA MASUK KE DALAM MESYUARAT

TAHUN 2001

ST. 22

RISALAT/DOKUMEN

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tahun 1999.

TARIKH DIBENT ANGKAN

18 Mac, 2002