kesan bahaya mikroorganisma

6
Kesan Bahaya Mikroorganisma Kesan buruk mikroorganisma terhadap manusia 1. Sesetengah mikroorganisma membawa kesan buruk terhadap manusia. 2. Mikroorganisma parasit memperoleh makanan daripada perumah dan menghasilkan toksin yang boleh merosakkan sel, tisu atau organ perumahnya. Mikroorganisma jenis ini menyebabkan penyakit pada manusia. 3. Mikroorganisma boleh menyebabkan keracunan makanan. Bakteria yang tumbuh pada makanan menghasilkan toksin (racun) dan akan menyebabkan gejala-gejala seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah pada manusia. 4. Bakteria saprofit yang hidup pada celah gigi mencernakan sisa- sisa makanan. Asid yang dihasilkan oleh bakteria boleh menyebabkan pereputan gigi (karies gigi). Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma 1. Mikroorganisma berbahaya ialah mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit pada organisma. 2. Mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit disebut patogen. 3. Kebanyakan patogen merupakan parasit yang hidup pada perumah dan memperoleh makanan daripadanya. 4. Toksin yang dihasilkan oleh patogen menyebabkan gejala-gejala penyakit pada organisma yang diserangnya. 5. Sesetengah patogen boleh mendatangkan maut pada manusia. 6. Patogen mungkin terdiri daripada bakteria, virus, kulat dan protozoa. Bakteria 1. Bakteria boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti tibi, taun (kolera), dan penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan gonorea. Penyakit Bahagian badan Gejala penyakit Cara

Upload: ariffuddin-saad

Post on 12-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesan Bahaya

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Bahaya Mikroorganisma

Kesan Bahaya Mikroorganisma

Kesan buruk mikroorganisma terhadap manusia

1. Sesetengah mikroorganisma membawa kesan buruk terhadap manusia.2. Mikroorganisma parasit memperoleh makanan daripada perumah dan menghasilkan toksin

yang boleh merosakkan sel, tisu atau organ perumahnya. Mikroorganisma jenis ini menyebabkan penyakit pada manusia.

3. Mikroorganisma boleh menyebabkan keracunan makanan. Bakteria yang tumbuh pada makanan menghasilkan toksin (racun) dan akan menyebabkan gejala-gejala seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah pada manusia.

4. Bakteria saprofit yang hidup pada celah gigi mencernakan sisa-sisa makanan. Asid yang dihasilkan oleh bakteria boleh menyebabkan pereputan gigi (karies gigi).

Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

1. Mikroorganisma berbahaya ialah mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit pada organisma.

2. Mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit disebut patogen.3. Kebanyakan patogen merupakan parasit yang hidup pada perumah dan memperoleh

makanan daripadanya. 4. Toksin yang dihasilkan oleh patogen menyebabkan gejala-gejala penyakit pada organisma

yang diserangnya.5. Sesetengah patogen boleh mendatangkan maut pada manusia.6. Patogen mungkin terdiri daripada bakteria, virus, kulat dan protozoa.

Bakteria

1. Bakteria boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti tibi, taun (kolera), dan penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan gonorea.

Penyakit yang disebabkan

oleh bakteria

Bahagian badan yang dijangkiti

Gejala penyakit Cara jangkitan

Tibi Sistem pernafasan seperti peparu, tulang, sendi, kelenjar dan organ badan

Letih, batuk, kahak berdarah, berpeluh waktu malam, demam, berat badan menyusut, kurus

Udara atau titisan air (batuk atau kahak kering)

Taun/Kolera Salur pencernaan Cirit-birit, pendehidratan (kehilangan air yang banyak), muntah tanpa loya, kekejangan otot

Makanan dan air yang tercemar

Lalat rumah (vektor)

Sifilis (penyakit

Sistem pembiakan Peringkat 1Kudis tumbuh di kawasan

Perhubungan seks (melalui sentuhan)

Page 2: Kesan Bahaya Mikroorganisma

jangkitan kelamin)

kemaluan

Peringkat 2Letih, hilang selera makan, demam, sakit otot dan sendi, sakit kepala

Peringkat 3Lumpuh dan lemah jantung

Gonorea (penyakit jangkitan kelamin)

Sistem pembiakan Peringkat awal Berasa sakit pada zakar

semasa membuang air kencing bernanah, demam dan sakit kepala

Peringkat akhir Testis (lelaki) bengkak Uretra, uterus dan tiub

Fallopio (perempuan) bengkak

Perhubungan seks (melalui sentuhan)

Virus

1. Virus boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti selsema, demam denggi, hepatitis A dan B, demam campak, poliomielitis, beguk dan AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit).

Penyakit yang disebabkan oleh

virus

Bahagian badan yang dijangkiti

Gejala penyakit Cara jangkitan

Selsema/Influenza Sistem pernafasan Demam, bersin, batuk, sakit kepala, sakit kerongkong, hidung berhingus

Udara atau titisan air

Demam denggi Darah Demam, sakit kepala, bintik merah pada kulit, sakit di belakang mata apabila bola mata bergerak, sakit otot dan sendi yang teruk

Nyamuk Aedes

Hepatitis A Hati Demam, letih, sakit di belakang abdomen, hilang selera makan, loya, muntah, cirit-birit, jaundis (badan menguning), hati bengkak

Air atau makanan yang tercemar

Lalat rumah (vektor)

Hepatitis B Hati Demam, letih, hilang selera makan, loya, sklera kelihatan kuning, jaundis, hati

Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui:

Page 3: Kesan Bahaya Mikroorganisma

bengkak, sakit teruk di bawah sangkar rusuk, air kencing berwarna gelap, sirosis hati (hati berparut)

Pemindahan darah

Perkongsian jarum yang tercemar

Perhubungan seks (melalui sentuhan)

AIDS Darah (memusnahkan sel darah putih)

Lumpuh sistem keimunan badan, kurus, cirit-birit teruk, demam, susutan berat badan, mudah dijangkiti penyakit lain

Sama dengan Hepatitis B

Demam campak Sistem respirasi dan mata

Demam, batuk, sakit kerongkong, hidung berhingus, mata merah, ruam seluruh badan

Udara atau titisan air

Poliomielitis Sistem saraf pusat seperti saraf tunjang dan saraf motor

Demam panas, sakit kepala, sakit kerongkong, sakit otot, anggota badan menjadi lumpuh, kadang kala membawa maut

Air atau makanan yang tercemar

Beguk Kelenjar air liur, organ pembiakan, pankreas

Peringkat awal Bahagian pipi, leher,

rahang bawah dan kelenjar air liur bengkak

Peringkat serius Testis dan skrotum sakit

dan bengkak (boleh menyebabkan kemandulan)

Udara atau titisan air

Kulat

1. Kulat boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti kurap dan panau.

Penyakit yang disebabkan oleh

kulat

Bahagian badan yang dijangkiti

Gejala penyakit Cara jangkitan

Kurap kulit Tompok merah yang merebak pada kulit, gatal

Sentuhan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui

Panau Tompok putih pada kulit, gatal

Page 4: Kesan Bahaya Mikroorganisma

spora kulat)

Protozoa

1. Protozoa boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti malaria dan disenteri.

Penyakit yang disebabkan oleh

kulat

Bahagian badan yang dijangkiti

Gejala penyakit Cara jangkitan

Malaria Darah Demam panas yang berulang dalam selang masa tertentu (48 hingga 72 jam), berpeluh banyak, air kencing berwarna kuning, sakit kepala, sakit otot, menggigil, kadar denyutan jantung dan pernafasan bertambah

Digigit oleh Nyamuk tiruk (Anopheles) yang terjangkit

Disenteri Salur pencernaan Demam, letih, muntah, loya, sakit perut, cirit-birit, tinja berdarah dan bernanah

Melalui air atau makanan yang tercemar

Lalat rumah (vektor)