kesan apabila kurangnya pendidikan seks

2
Apakah kesan apabila kurangnya pendidikan seks? Bencana sosial dan seksual yang sedang melanda negara hari ini semakin meruncing dan amat membimbangkan. Ramai yang kebingungan melihat perkembangan negatif ini. Antara kesan yang paling besar apabila kurangya pendidkan seks ialah berlakunya ancaman zina. Daripada perzinaan akan terjadinya perkara-perkara yang membawa kesan dari segi kesihatan, rohani dan moral, masyarakat, dan ekonomi. Kesihatan Apabila kurangnya pengetahuan tentang seks, penyakit yang membahayakan kesihatan akan timbul. Mungkin ramai yang tidak tahu akan bahaya kesihatan akibat daripada ancaman perzinaan. Contohnya penyakit kelamin, penyakit kudis di tempat kelamin dan penyakit kematangan seks awalan. Penyakit yang datang dari perbuatan zina iaitu penyakit kelamin (gonorrhoea) akan menyebabakan luka-luka pedih dan kudis di dalam rahim dan buah pelir. Hal juga akan menyebabkan kemandulan dan sakit-sakit tulang. Anak yang baru dilahirkan boleh berjangkit dan mboleh menyebabkan buta. Manakala penyakit kudis di tempat kelamin adalh disebabkan perhubungan seks haram. Penyakit ini menyebabkan bengkak-bengkak dan akan bernanah secara terus di saluran kencing. Seterusnya adalah penyakit kematangan seks awalan yang selalu dihadapi oleh anak-anak muda sebelum sampai masanya. Rohani dan moral Masyarakat akan kekurangan rohani dan moral apabila kurangnya pendedahan kepada pendidikan seks. Hal ini kerana apabila remaja kurang pengetahuan, mereka akan lebih mudah terjebak dengan perzinaan. Selain itu, pelacuran akan mula berleluasa kerana ramai yang tidak ingin mengambil tahu akan tentang masalah perzinaan. Kumpulan orang yang tidak mempunyai moral dan rohani akan mula tengelam di dalam maksiat. Masyarakat Apabila seseorang itu bezina, mereka akan menganggap institusi keluarga tidak diperlukan. Hal ini disebabkan pemuda-pemuda tidak mahu berkahwin kerana beranggapan bahawa perkahwinan tidak penting dan mereka dapat memuaskan nafsu dengan begitu mudah. Akibat daripada perbuatan ini, maka lahirlah anak luar nikah. Pemuda akan melepaskan tangan dan tidak mahu bertangungjawab terhadap anak yang dikandungkan oleh perempuan. Apabila perempuan tidak mampu menanggung malu akibat melahirkan anak luar nikah, mereka akan berasa stress dan mengambil keputussan untuk membuang bayi tersebut. Masalah pembuangan bayi di Malaysia kian berleluasa akibat pebuatan zina. Setiap hari kita boleh lihat di surat khabar tentang pembuangan bayi yang dilahirkan secara haram. Ekonomi Mereka yang menghabiskan masa dalam perbuataan zina adalah dari golongan manusia yang membencikan perkahwinan. Orang-orang seperti ini akan mengucar-kacirkan ekonomi sesebuah negara seperti kurang produksi dan mencari keuntungan. Hal yang menyebabkan kurangnya produksi adalah kerana kewangan habis ditaburkan pada jalan nafsu dan berahi untuk memuaskan tuntuan naluri dan seksnya. Itu adalah bukan pada jalan yang mendatangkan faedah tetapi masalah kepada dirinya. Seseorang itu tidak akan bersifat ikhlas di

Upload: cupido-doodolls

Post on 24-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kesan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Apabila Kurangnya Pendidikan Seks

Apakah kesan apabila kurangnya pendidikan seks?

Bencana sosial dan seksual yang sedang melanda negara hari ini semakin meruncing dan amat membimbangkan. Ramai yang kebingungan melihat perkembangan negatif ini. Antara kesan yang paling besar apabila kurangya pendidkan seks ialah berlakunya ancaman zina. Daripada perzinaan akan terjadinya perkara-perkara yang membawa kesan dari segi kesihatan, rohani dan moral, masyarakat, dan ekonomi.

Kesihatan

Apabila kurangnya pengetahuan tentang seks, penyakit yang membahayakan kesihatan akan timbul. Mungkin ramai yang tidak tahu akan bahaya kesihatan akibat daripada ancaman perzinaan. Contohnya penyakit kelamin, penyakit kudis di tempat kelamin dan penyakit kematangan seks awalan. Penyakit yang datang dari perbuatan zina iaitu penyakit kelamin (gonorrhoea) akan menyebabakan luka-luka pedih dan kudis di dalam rahim dan buah pelir. Hal juga akan menyebabkan kemandulan dan sakit-sakit tulang. Anak yang baru dilahirkan boleh berjangkit dan mboleh menyebabkan buta. Manakala penyakit kudis di tempat kelamin adalh disebabkan perhubungan seks haram. Penyakit ini menyebabkan bengkak-bengkak dan akan bernanah secara terus di saluran kencing. Seterusnya adalah penyakit kematangan seks awalan yang selalu dihadapi oleh anak-anak muda sebelum sampai masanya.

Rohani dan moral

Masyarakat akan kekurangan rohani dan moral apabila kurangnya pendedahan kepada pendidikan seks. Hal ini kerana apabila remaja kurang pengetahuan, mereka akan lebih mudah terjebak dengan perzinaan. Selain itu, pelacuran akan mula berleluasa kerana ramai yang tidak ingin mengambil tahu akan tentang masalah perzinaan. Kumpulan orang yang tidak mempunyai moral dan rohani akan mula tengelam di dalam maksiat.

Masyarakat

Apabila seseorang itu bezina, mereka akan menganggap institusi keluarga tidak diperlukan. Hal ini disebabkan pemuda-pemuda tidak mahu berkahwin kerana beranggapan bahawa perkahwinan tidak penting dan mereka dapat memuaskan nafsu dengan begitu mudah. Akibat daripada perbuatan ini, maka lahirlah anak luar nikah. Pemuda akan melepaskan tangan dan tidak mahu bertangungjawab terhadap anak yang dikandungkan oleh perempuan. Apabila perempuan tidak mampu menanggung malu akibat melahirkan anak luar nikah, mereka akan berasa stress dan mengambil keputussan untuk membuang bayi tersebut. Masalah pembuangan bayi di Malaysia kian berleluasa akibat pebuatan zina. Setiap hari kita boleh lihat di surat khabar tentang pembuangan bayi yang dilahirkan secara haram.

Ekonomi

Mereka yang menghabiskan masa dalam perbuataan zina adalah dari golongan manusia yang membencikan perkahwinan. Orang-orang seperti ini akan mengucar-kacirkan ekonomi sesebuah negara seperti kurang produksi dan mencari keuntungan. Hal yang menyebabkan kurangnya produksi adalah kerana kewangan habis ditaburkan pada jalan nafsu dan berahi untuk memuaskan tuntuan naluri dan seksnya. Itu adalah bukan pada jalan yang mendatangkan faedah tetapi masalah

Page 2: Kesan Apabila Kurangnya Pendidikan Seks

kepada dirinya. Seseorang itu tidak akan bersifat ikhlas di dalam usahanya dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik disebabkan dia tidak mempunyai pegangan agama atau pencegahan akhlak mulia di hatinya. Hal ini merupakan suatu penghancuran terhadap budi mulia dan penikaman berat terhadap ekonomi. Selain itu, mencari keuntungan secara haram juga menumbangkan ekonomi sesebuah negara. Pelacuran adalah perbuatan yang menjatuhkan akhlak serta maruah negara. Tetapi ramai peniaga yang melakukan penyelewengan untuk mendapatkan keuntugan segera yang tidak mengikut hukum syarak serta tidak halal.

Jika seseorang itu tidak didehkan pendidkan seks atau seksualiti, ia akan menyebabkan pengetahuan seks selepas kahwin cetek dan seterusnya tidak dapat emndidik ahli keluarga yang lain. Kurangnya pengetahuan seksualiti akan menyebabkan pertambahan kes penceraian, sumbang mahram, anak luar nikah dan kes rogol. Hal ini adalah boleh dikatakan disebabkan kurangnya didikan agama yang khususnya didikan untuk mengawal nafsu seseorang.