kesalahan dari segi ayat t3

32
esalahan Dari Segi Ayat Ayat Tergantung 1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. 2. Dalam susunan biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contohnya a. Mereka/nelayan. b. Pelajar-pelajar itu/ke kantin. c. Pangsapuri itu/agak tinggi. d. Kanak-kanak itu/berlari. e. Kakak/menenun songket. 3. Apabila sesuatu bentuk ujaran itu tidak mempunyai subjek atau predikat maka bentuk ujaran tersebut disebut ayat tergantung. 4. Beberapa contoh ayat tergantung yang lazim ditemukan adalah seperti yang berikut: Contohnya a. *Di seluruh Taman Desa telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan i b. *Untuk menyelenggarakan kerjakerja pembersihan sungai yang tercemar ter memerlukan wang jutaan ringgit. c. *Kecuaian yang menyebabkan kebakaran di rumah sering berlaku. 5. Bentuk ujaran (a) tidak ada subjeknya. Oleh sebab itu, tidak diketahui siapa atau apa yang telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan itu. Ujaran tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut: i. Penduduk di seluruh Taman Desa telah mengetahui catuan bekalan air di k (subjeknya: Penduduk di seluruh Taman Desa ) atau ii. Seluruh Taman Desa telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan itu. (subjeknya: Seluruh Taman Desa ) 6. Bentuk ujaran (b) tidak mempunyai subjek juga. Ujaran tersebut dapat dibetulkan sepe yang berikut: . Untuk menyelenggarakan kerja-kerja pembersihan sungai yang tercemar ter jutaan ringgit diperlukan. (subjeknya: wang jutaan ringgit ) atau i. Untuk menyelenggarakan kerja-kerja pembersihan sungai yang tercemar ter berkuasa memerlukan wang jutaan ringgit.

Post on 21-Jul-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

esalahan Dari Segi AyatAyat Tergantung1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. 2. Dalam susunan biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contohnya a. Mereka/nelayan. b. Pelajar-pelajar itu/ke kantin. c. Pangsapuri itu/agak tinggi. d. Kanak-kanak itu/berlari. e. Kakak/menenun songket. 3. Apabila sesuatu bentuk ujaran itu tidak mempunyai subjek atau predikat maka bentuk ujaran tersebut disebut ayat tergantung. 4. Beberapa contoh ayat tergantung yang lazim ditemukan adalah seperti yang berikut: Contohnya

a. *Di seluruh Taman Desa telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan itu. b. *Untuk menyelenggarakan kerjakerja pembersihan sungai yang tercemar teruk memerlukan wang jutaan ringgit. c. *Kecuaian yang menyebabkan kebakaran di rumah sering berlaku.

5. Bentuk ujaran (a) tidak ada subjeknya. Oleh sebab itu, tidak diketahui siapa atau apa yang telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan itu. Ujaran tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut:

i. ii.

Penduduk di seluruh Taman Desa telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan itu. (subjeknya: Penduduk di seluruh Taman Desa) atau Seluruh Taman Desa telah mengetahui catuan bekalan air di kawasan itu. (subjeknya: Seluruh Taman Desa)

6. Bentuk ujaran (b) tidak mempunyai subjek juga. Ujaran tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut:

.

i.

Untuk menyelenggarakan kerja-kerja pembersihan sungai yang tercemar teruk, wang jutaan ringgit diperlukan. (subjeknya: wang jutaan ringgit) atau Untuk menyelenggarakan kerja-kerja pembersihan sungai yang tercemar teruk, pihak berkuasa memerlukan wang jutaan ringgit.

(subjeknya: pihak berkuasa)

7. Bentuk ujaran (c) pula tidak mempunyai predikat. Seluruh kumpulan kata itu adalah frasa nama yang bertugas sebagai subjek. Ayat itu dapat disempurnakan dengan menggugurkan kata yang. Dengan demikian, kecuaian menjadi subjek dan menyebabkan kebakaran di rumah sering berlaku menjadi predikat. Ayat itu boleh juga dinyatakan dalam susunan ayat songsang, iaitu dengan menambahkan partikel -lah pada kecuaian, iaitu:

Kecuaianlah yang menyebabkan kebakaran di rumah sering berlaku. Dengan susunan sedemikian, predikatnya ialah kecuaianlah, sementara subjeknya ialah yang menyebabkan kebakaran di rumah sering berlaku.

8. Beberapa contoh ayat tergantung yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut:

SALAH f.

.

a.

b.

c.

d.

e.

*Dengan khabar yang diterima itu melenyapkan segala kegelisahan kami. (tidak ada subjeknya) *Dengan kehadiran tetamu kehormat turut memeriahkan upacara Citrawarna Malaysia. (tidak ada subjeknya) *Hanya pelajar-pelajar lelaki dibenarkan menyertai ekspedisi itu. (tidak ada subjeknya) *Sektor pertanian yang akan diberikan keutamaan di negara kita. (tidak ada subjeknya) *Apakah dibincangkan dalam mesyuarat itu? (tidak ada subjeknya) *Siapakah menghantar bungkusan hadiah ini? (tidak ada subjeknya)

g.

h.

i.

j.

k.

BETUL Khabar yang diterima itu melenyapkan segala kegelisahan kami. (subjeknya: Khabar yang diterima itu) atau Dengan khabar yang diterima itu, lenyaplah segala kegelisahan kami. (subjeknya: kegelisahan kami) Kehadiran tetamu kehormat turut memeriahkan upacara Citrawarna Malaysia. (subjeknya: Kehadiran tetamu kehormat) Hanya pelajar-pelajar lelaki yang dibenarkan menyertai ekspedisi itu. (subjeknya: yang dibenarkan menyertai ekspedisi itu) Sektor pertanian akan diberikan keutamaan di negara kita. (predikatnya: akan diberikan keutamaan di negara kita.) Apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat itu? (subjeknya: yang dibincangkan dalam mesyuarat itu) Siapakah yang menghantar bungkusan

hadiah ini? (subjeknya: yang menghantar bungkusan hadiah ini?)

Struktur Ayat yang Salah1. 2. 3. 4. Kesalahan dari segi struktur ayat lazimnya ditemukan dalam ayat tanya. Selain itu, struktur ayat yang salah terdapat juga dalam ayat-ayat yang lain. Ayat yang salah dari segi strukturnya menyebabkan makna ayat itu kabur. Ayat tanya terbahagi kepada: a. ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, dan sebagainya; b. ayat tanya yang bentuknya seperti ayat penyata tetapi dibezakan oleh adanya tanda tanya (?). 5. Kedua-dua bentuk ayat tanya ini boleh berbentuk biasa, yakni subjeknya di depan dan predikatnya di belakang, atau berbentuk songsang, yakni predikatnya didahulukan maka partikel -kah perlu disertakan. 6. Oleh yang demikian, jika partikel -kah diletakkan di akhir ayat tanya, maka ayat tersebut salah dari segi strukturnya. 7. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

SALAH a. *Beliau guru kamukah? b. *Pameran itu diadakan selama berapa harikah? c. *Nenek kamu yang sakit itu sudah sembuhkah?

BETUL d. Guru kamukah beliau? e. Selama berapa harikah pameran itu diadakan? f. Sudah sembuhkah nenek kamu yang sakit itu?

8. Kesalahan lain dari segi struktur ayat biasanya berlaku kerana kata-kata yang membentuk ayat tersebut tidak betul dan kacau sekali susunannya. Sebagai akibatnya, makna ayat tersebut kabur dan sukar difahami. Contohnya

SALAH a. *Saya baru saja menerima daripada nenek di kampung sepucuk surat. b. *Kami dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kertas kerja itu. c. *Dengan adanya di kampung itu, syarikat kerjasama dapat diatasi masalah penindasan oleh orang tengah.

BETUL d. Saya baru saja menerima sepucuk surat daripada nenek di kampung. e. Kami dikehendaki menyiapkan kertas kerja itu dalam masa seminggu. f. Dengan adanya syarikat kerjasama di kampung itu, masalah penindasan oleh orang tengah dapat diatasi.

Ayat Gabungan1. Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung berpasangan. 2. Contoh ayat-ayat gabungan adalah seperti yang berikut: Contohnya a. Adnan dan Siva ke perpustakaan. b. Kanak-kanak itu terjatuh lalu menangis. c. Dia bukan sahaja pandai bernyanyi tetapi juga pandai menari. 3. Ayat 2(a) terbit daripada ayat-ayat: i. Adnan ke perpustakaan. ii. Siva ke perpustakaan. 4. Ayat 2(b) terbit daripada ayat-ayat: . Kanak-kanak itu terjatuh. i. Kanak-kanak itu menangis. 5. Ayat 2(c) terbit daripada ayat-ayat: . Dia pandai bernyanyi. i. Dia pandai menari. 6. Lazimnya, kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. 7. Apabila ayat-ayat tunggal hendak digabungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung berpasangan untuk membentuk ayat gabungan, maka unsur yang sama dalam ayat-ayat tersebut perlu disebut sekali saja. Perhatikan contoh yang berikut: . Buku ini bukan untuk adik. a. Buku ini untuk abang. 8. Apabila dua ayat ini digabungkan dengan kata hubung tetapi, maka unsur yang sama, iaitu buku ini disebut sekali saja. Dengan demikian, terbentuklah ayat gabungan yang berikut: c. Buku ini bukan untuk adik tetapi untuk abang. 9. Selain itu, jika predikat dalam ayat-ayat tunggal tersebut disertai frasa sendi, maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Perhatikan contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

SALAH c. *Mereka akan melancong ke Australia atau Indonesia? d. *Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau Subang Jaya.

BETUL e. Mereka akan melancong ke Australia atau ke Indonesia? f. Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau di Subang Jaya.

Ayat Pancangan1. Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. 2. Contoh ayat-ayat pancangan adalah seperti yang berikut: Contohnya a. Pondok di dusun buah-buahan itu roboh. b. Meskipun tidak berpelajaran tinggi, Hamid rajin bekerja.

3. Ayat 2(a) terbit daripada ayat-ayat yang berikut: i. Pondok itu roboh. ii. Pondok itu di dusun buah-buahan. 4. Ayat 2(b) terbit daripada ayat-ayat yang berikut: . Hamid rajin bekerja. i. Hamid tidak berpelajaran tinggi. (Dengan menggunakan kata hubung pancangan meskipun, maka terbentuklah ayat pancangan itu.) 5. Lazimnya, kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku kerana tidak ada kata hubung pancangan agar, bahawa, kerana, sebelum, dan sebagainya yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. 6. Antara tugas klausa bawahan termasuklah: . sebagai keterangan predikat; a. sebagai penerang frasa nama; b. sebagai objek kepada kata kerja transitif; c. sebagai objek kepada kata sendi; d. sebagai pelengkap kepada kata kerja tak transitif; e. sebagai pelengkap kepada kata adjektif. 7. Perhatikan contoh dan pembetulan di bawah ini:

SALAH . a. *Saya tidak menyangka dia sanggup menikam dari belakang. *Kami berdoa ibu dan ayah selamat menunaikan fardu haji di Mekah. b. c.

BETUL Saya tidak menyangka bahawa dia sanggup menikam dari belakang. Kami berdoa agar ibu dan ayah selamat menunaikan fardu haji di Mekah.

8. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila kata sandang yang digunakan sebagai ganti kata hubung bahawa. Perhatikan contoh kesalahan dan pembetulan di bawah ini:

SALAH . a. *Adik memberitahu yang dia rindu akan datuk dan nenek. *Shamsul tidak tahu yang jirannya itu warganegara Indonesia. b. c.

BETUL Adik memberitahu bahawa dia rindu akan datuk dan nenek. Shamsul tidak tahu bahawa jirannya itu warganegara Indonesia.

9. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Perhatikan contoh kesalahan dan pembetulan di bawah ini:

SALAH . a. *Bangunan itu di atas Bukit Nanas ialah Menara Kuala Lumpur. *Kereta mewah itu yang menjalar di depan rumah milik Datuk Yusof. b. c.

BETUL Bangunan di atas Bukit Nanas itu ialah Menara Kuala Lumpur. Kereta mewah yang menjalar di depan rumah itu milik Datuk Yusof.

Kesalahan Dari Segi FrasaFrasa Nama1. Sepatah kata boleh menjadi frasa nama jika kata itu dapat bertugas sebagai subjek atau predikat dalam sesuatu ayat. Contohnya: Alima pelajar.

Kata nama khas Alima yang menjadi subjek ialah frasa nama; Kata nama am pelajar yang menjadi predikat pun frasa nama juga.

2. Frasa nama boleh juga terdiri daripada beberapa patah kata dengan kata nama sebagai kata utamanya. Contohnya a. Pelakon terkenal itu dari Korea. b. Kesemua peserta itu hebat belaka. 3. Lazimnya, kesalahan umum yang berkaitan dengan frasa nama berlaku pada dua aspek, iaitu; . bentuk jamak; a. hukum DM. 4. Bentuk jamak dapat dinyatakan dengan beberapa cara seperti yang berikut: . pengulangan kata nama, contohnya: jiran jiran-jiran atlet atlet-atlet kucing kucing-kucing a. penggunaan kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak, misalnya: i. kata bilangan tentu, contohnya:

ii.

dua biji durian tiga ekor lembu lima belas orang pelajar tujuh ratus keping poster para ibu bapa

kata bilangan tak tentu, contohnya:

iii.

semua peserta beberapa banyak orang setengah-setengah peminat setiap warganegara tiap-tiap minggu masing-masing pekerja berjenis-jenis kuih berpuluh-puluh tahun kedua-dua ekor kucing jutaan pendengar

kata bilangan pisahan, contohnya:

iv.

kata bilangan himpunan, contohnya:

5. Hukum DM pula ialah hukum atau peraturan menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dan kata majmuk nama dalam ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). 6. Yang berikut ialah kesalahan-kesalahan umum yang berkaitan dengan frasa nama: . Kesalahan penggunaan kata nama yang diulang selepas kata bilangan

SALAH a. *dua buah lori-lori b. *beberapa orang pekerja-pekerja c. *setiap pelajar-pelajar

BETUL d. dua buah lori e. beberapa orang pekerja f. setiap pelajar

Analisis: Apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak digunakan, maka kata nama tidak boleh diulang.

a. Kesalahan penggunaan kata adjektif yang diulang

SALAH a. *Perhiasan-perhiasan itu cantik-cantik belaka. b. *Baju-baju di butik itu mahal-mahal belaka.

BETUL c. Perhiasan itu cantik-cantik belaka. (atau) Perhiasan-perhiasan itu cantik belaka. d. Baju di butik itu mahal-mahal belaka. (atau) Baju-baju di butik itu mahal belaka.

Analisis: Apabila kata adjektif dalam sesuatu ayat itu diulang, maka tidak perlulah kata nama dalam aya tersebut diulang lagi. Hal ini demikian kerana kata adjektif yang diulang sudah membawa maksud jamak. Sebaliknya, jika kata nama diulang, kata adjektif tidak perlu diulang lagi.

b. Pelanggaran hukum DM

SALAH a. b. c. d. e. *lain-lain hal *Ah Chong Kedai Runcit *Yusuf Restoran *goreng pisang *mini bas f. g. h. i. j.

BETUL hal-hal lain Kedai Runcit Ah Chong Restoran Yusuf pisang goreng bas mini

Analisis: Kesalahan umum kerana melanggar hukum DM biasanya berlaku apabila orang terpengaruh oleh susunan kata nama majmuk bahasa Inggeris.

Frasa Adjektif1. Frasa adjektif dapat terdiri daripada sepatah kata adjektif asal saja. Kata itu dapat menjadi asas binaan ayat, iaitu sebagai predikat. Contohnya: Perajurit itu/gagah. (Kata adjektif gagah dalam ayat ini merupakan frasa adjektif kerana dapat bertugas sebagai predikat.) 2. Frasa adjektif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan frasa itu bertugas sebagai predikat. Contohnya a. Saya/rindu akan nenek. b. Dia/yakin akan kata-katanya itu. c. Fatimah/hormat kepada gurunya. Frasa adjektif dalam ayat-ayat di atas ialah:

Kata Adjektif Frasa Sendi rindu + akan nenek yakin + akan kata-katanya itu hormat + kepada gurunya

3. Frasa adjektif boleh juga disertai kata penguat seperti amat, paling, sangat, dan sebagainya. Contohnya a. Saya/amat rindu akan nenek. b. Dia/yakin benar akan kata-katanya itu. c. Fatimah/sangat hormat kepada gurunya. 4. Yang berikut ialah kesalahan-kesalahan umum yang berkaitan dengan frasa adjektif: a. Kesalahan penggunaan kata penguat dengan kata adjektif yang berawalan ter-

SALAH

a. *Bangunan inilah yang tertinggi sekali. b. *Rumahnya kelihatan teramat jelas sekali dari atas bukit.

BETUL c. Bangunan inilah yang tinggi sekali. (atau) Bangunan inilah yang tertinggi. d. Rumahnya kelihatan amat jelas dari atas bukit. (atau) Rumahnya kelihatan jelas sekali dari atas bukit.

Analisis: Kata penguat amat, sungguh, dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat sekali. Sebaliknya, kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali. Demikian juga dengan kata penguat paling, kata ini tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali.b. Kesalahan kedudukan kata penguat

SALAH a. b. c. d. *Bunga mawar itu benar cantik. *Pahlawan itu nian gagah. *Jambatan itu panjang paling. *Dia yakin kurang akan kebolehannya. e. f. g. h.

BETUL Bunga mawar itu cantik benar. Pahlawan itu gagah nian. Jambatan itu paling panjang. Dia kurang yakin akan kebolehannya.

Analisis: Kata penguat belakang tidak boleh diletakkan sebelum kata adjektif. Demikian juga kata penguat depan, tidak boleh diletakkan selepas kata adjektif.c. Kesalahan penggunaan kata ganda yang berawalan se- dengan kata adjektif

SALAH a. *Seindah-indah sangat tempat itu, tidaklah seindah syurga. b. *Seburuk-buruk sangat perangainya, dia masih menghormati ibu bapanya.

BETUL c. Seindah-indah tempat itu, tidaklah seindah syurga. d. Seburuk-buruk perangainya, dia masih menghormati ibu bapanya.

Analisis: Kata ganda yang berawalan se- dengan kata adjektif sebagai dasarnya telah menunjukkan darjah penghabisan dan tidak memerlukan kata penguat.d. Kesalahan peluasan frasa adjektif

SALAH a. *Saya suka gulai tempoyak. b. *Dia patuh arahan majikannya.

BETUL c. Saya suka akan gulai tempoyak. d. Dia patuh kepada arahan majikannya.

Analisis: Selain frasa sendi, frasa-frasa lain tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif diperluas.e. Kesalahan penggunaan kata yang berawalan ter- sebagai predikat

SALAH a. *Pakaian ini tersesuai. b. *Bangunan 28 tingkat itu tertinggi.

BETUL c. Pakaian ini amat sesuai. d. Bangunan 28 tingkat itu paling tinggi.

Analisis: Kata adjektif yang berawalan ter- tidak boleh bertugas sebagai predikat.f. Kesalahan penggunaan kata ganda bersajak dalam kelas kata adjektif dengan kata penguat

SALAH a. *Rambutnya terlalu kusut-masai. b. *Suasana di pasar itu amat riuhrendah.

BETUL c. Rambutnya kusut-masai. (atau) Rambutnya terlalu kusut. d. Suasana di pasar itu riuh-rendah. (atau)

Suasana di pasar itu amat riuh.

Analisis: Kata ganda bersajak yang tergolong dalam kelas kata adjektif membawa maksud kesangatan dan tidak perlu digandingkan dengan kata penguat.

Frasa Kerja Tak Transitif & Frasa Kerja Transitif1. Frasa kerja tak transitif dapat terdiri daripada sepatah kata kerja tanpa objek, atau sekumpulan kata dengan kata kerja tak transitif sebagai kata utamanya. Kata atau kumpulan kata ini dapat menjadi predikat. Contohnya a. Dia tidur. b. Kanak-kanak itu berjalan. c. Bayi itu merangkak. d. Gadis itu tersenyum. e. Lembu berkeliaran. 2. Frasa kerja tak transitif dalam ayat-ayat (a) hingga (e) itu ialah tidur, berjalan, merangkak, tersenyum, dan berkeliaran. 3. Frasa kerja tak transitif boleh disertai kata bantu seperti akan, belum, boleh, dapat, harus, hendak, masih, mesti, dan sebagainya. Contohnya a. Kami belum makan. b. Ayah masih terlena. c. Anda harus berterima kasih. 4. Frasa kerja transitif pula ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif itu. Frasa kerja jenis ini pun dapat menjadi predikat juga. Contohnya a. Nenek merebus jagung. b. Encik Mail menegur sikap anak buahnya. c. Pekerja itu mendalamkan parit. d. Orang kaya itu memperhambakan pembantunya. e. Jangan suka memperalat orang lain. 5. Kata kerja transitif dalam ayat-ayat ini ialah merebus, menegur, mendalamkan, memperhambakan, dan memperalat. Objek bagi tiap-tiap kata kerja transitif itu pula ialah jagung, sikap anak buahnya, parit, pembantunya, dan orang lain. 6. Frasa kerja transitif pun boleh disertai kata bantu seperti sedang, baru, hendak, mesti, dan sebagainya. Contohnya a. Kamariah sedang menyiram pokok bunga. b. Kita harus berbuat baik sesama insan. c. Dia akan melaporkan hal itu kepada pihak polis. d. Pak Samad sedang mempertajam sabitnya. e. Setiap warganegara mesti mencintai tanah air. 7. Yang berikut ialah kesalahan-kesalahan umum yang berkaitan dengan frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif. a. Kesalahan peluasan frasa kerja tak transitif

SALAH a. *Pemimpin itu lupa janji-janjinya. b. *Skuad sepak takraw negara bertemu musuh tradisi. c. *Pelajar baru itu bertanya sesuatu guru kelas.

BETUL d. Pemimpin itu lupa akan janjijanjinya. e. Skuad sepak takraw negara bertemu dengan musuh tradisi. f. Pelajar baru itu bertanya sesuatu kepada guru kelas.

Analisis: Frasa kerja tak transitif dalam ayat-ayat di atas, yakni lupa, bertemu, dan bertanya sesuatu tidak boleh diperluas dengan frasa sendi saja dan tidak boleh dengan frasa nama. Frasa send dalam ayat-ayat tersebut ialah akan janji-janjinya, dengan musuh tradisi, dan kepada guru kelas.b. Kesalahan penggunaan frasa kerja tak transitif yang berapitan ber...kan

SALAH a. *Pengemis itu tidur berbumbungkan dengan langit. b. *Lelaki yang kurang siuman itu bersenjatakan dengan sebilah parang.

BETUL c. Pengemis itu tidur berbumbungkan langit. d. Lelaki yang kurang siuman itu bersenjatakan sebilah parang.

Analisis: Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan dalam ayat-ayat tersebut, yakni berbumbungkan dan bersenjatakan, tidak boleh diikuti oleh kata sendi. Hal ini demikian kerana akhiran -kan pada kata kerja yang berapitan ber...kan merupakan singkatan kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi yang lain seperti dengan, pada, atau tentang. Tiap-tiap kata sendi itu memerlukan frasa nama sebagai objek kepada akan yang disingkatkan menjadi akhiran -kan.c. Kesalahan penggunaan frasa kerja transitif

SALAH a. *Mak Teh tidak menyedari tentang kebakaran itu. b. *Datuk mempunyai banyak kemahiran membuat wau dan gasing.

BETUL c. Mak Teh tidak menyedari kebakaran itu. d. Datuk banyak mempunyai kemahiran membuat wau dan gasing.

Analisis: Bentuk frasa kerja transitif merupakan bentuk terikat. Oleh itu, kata atau kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.

Frasa Kerja Pasif1. Frasa kerja pasif ialah frasa yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. 2. Frasa kerja pasif diri terbahagi kepada tiga, iaitu: a. frasa kerja pasif diri pertama; b. frasa kerja pasif diri kedua; c. frasa kerja pasif diri ketiga. 3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- dan didahului oleh kata ganti diri pertama. Perhatikan ayat-ayat di bawah: a. Surat ini kutulis. b. Lukisan ini saya lukis. c. Khemah ini kami diri. d. Cadangan itu kita tolak. 4. Bentuk-bentuk seperti kutulis, saya lukis, kami diri, dan kita tolak di atas bertugas sebagai predikat. Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa kerja pasif diri pertama. 5. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua. Perhatikan ayat-ayat di bawah ini: a. Wasiat ini perlu kaulaksanakan. b. Kerja ini sudah anda selesaikan? c. Nasi ini kamu masak? 6. Bentuk-bentuk seperti kaulaksanakan, anda selesaikan, dan kamu masak bertugas sebagai predikat. Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa kerja pasif diri kedua. 7. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- dan lazimnya diikuti oleh frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Perhatikan ayat-ayat di bawah ini: a. Rumah setinggan itu diroboh oleh mereka. b. Rumput yang tebal itu ditebas olehnya. c. Kedai runcit itu dibuka oleh beliau. 8. Kata kerja pasif yang berawalan di- dalam ayat-ayat di atas disertai frasa sendi dan dapat bertugas sebagai predikat. Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka kata kerja itu dapat menjadi frasa kerja pasif diri ketiga. 9. Frasa kerja pasif boleh diluaskan dengan kata bantu seperti akan, belum, sudah, telah, dan sebagainya. 10. Kata sendi oleh dalam frasa kerja pasif diri ketiga adalah unsur pilihan dan boleh digugurkan. 11. Yang berikut ialah kesalahan-kesalahan umum yang berkaitan dengan frasa kerja pasif: a. Kesalahan bentuk frasa kerja pasif diri pertama

SALAH a. *Jambangan bunga ini digubah olehku. b. *Kebun itu diusahakan oleh saya.

BETUL d. Jambangan bunga ini kugubah. e. Kebun itu saya usahakan.

c. *Meja-meja ini disusun oleh kami.

f. Meja-meja ini kami susun.

Analisis: Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.b. Kesalahan bentuk frasa kerja pasif diri kedua

SALAH a. *Pinggan mangkuk ini perlu dicuci oleh engkau. b. *Karangan ini hendaklah dikarang oleh anda.

BETUL c. Pinggan mangkuk ini perlu kaucuci. d. Karangan ini hendaklah anda karang.

Analisis: Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.c. Kesalahan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga

SALAH a. *Adunan kuih ini kakak uli. b. *Bangunan itu dia cat. c. *Lagu Melayu asli itu mereka dendangkan.

BETUL d. Adunan kuih ini diuli oleh kakak. e. Bangunan itu dicat olehnya. f. Lagu Melayu asli itu didendangkan oleh mereka.

Analisis: Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua.d. Kesalahan penyisipan kata-kata lain di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif

SALAH a. *Negara-negara Eropah saya belum lawati. b. *Projek itu anda mesti selenggarakan. c. *Sinki yang tersumbat itu engkau perlu

BETUL d. Negara-negara Eropah belum saya lawati. e. Projek itu mesti anda selenggarakan. f. Sinki yang tersumbat itu perlu engkau

baiki dengan segera.

baiki dengan segera.

Analisis: Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua merupakan bentuk terikat Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif.

Frasa Sendi1. Frasa sendi merupakan gabungan kata sendi sebagai kata intinya dan disertai oleh kata nama atau frasa nama. 2. Frasa sendi dapat berdiri sendiri untuk bertugas sebagai predikat ayat. Contohnya a. Mei Ling dari Pulau Langkawi. b. Kami sekeluarga ke Pesta Buku Antarabangsa 2010.

Mei Ling berasal dari Pulau Langkawi.

3. Frasa nama yang menyertai kata sendi bertugas sebagai objek. Tanpa objek, kata sendi tidak dapat menjadi frasa sendi. 4. Frasa-frasa lain selain frasa nama tidak boleh menjadi objek kepada kata sendi. 5. Kata sendi yang utama, iaitu dari, di, dan ke dapat disertai kata-kata lain seperti atas, bawah, belakang, dalam, depan, kanan, kiri, luar, samping, sebelah, selatan, sudut, tengah, tepi, timur, dan sebagainya. Kata-kata itu dikenal sebagai kata nama arah. 6. Frasa sendi boleh didahului oleh kata bantu seperti akan, belum, boleh, dapat, hendak, masih, mungkin, pernah, sudah, dan sebagainya. 7. Frasa sendi boleh juga diperluas dengan menambahkan unsur keterangan lain sebelum atau selepas frasa nama. Contohnya

Kami sekeluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2010.

SUBJEK a. Faizal b. Faizal c. Faizal d. Faizal

PREDIKAT ke pusat bandar. ke ke pusat bandar Kota Bharu. ke pusat bandar Kota Bharu dengan abangnya. ke pusat bandar Kota Bharu dengan abang sulungnya.

Kesalahan Dari Segi Kata

1. Soalan-soalan tentang kesalahan dari segi kata bertujuan menguji kemahiran anda menentukan betul atau tidak penggunaan sesuatu kata dalam ayat. 2. Aspek-aspek kesalahan dari segi kata yang mungkin ditanyakan ialah: a. kata ganti diri; b. kata bilangan; c. penjodoh bilangan; d. kata sendi; e. kata kerja; f. kata hubung.

Kata Ganti Diri1. Kesalahan penggunaan *beliau

SALAH *Beliau didenda kerana melanggar peraturan sekolah.

BETUL Dia/Ia didenda kerana melanggar peraturan sekolah.

Analisis: Kata beliau digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainya. Kata beliau tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak, penjahat, dan sebagainya.2. Kesalahan penggunaan *ianya

SALAH BETUL *Pembunuh itu ditangkap oleh pihak polis. Ianya Pembunuh itu ditangkap oleh pihak polis. Ia akan didakwa di muka pengadilan. akan didakwa di muka pengadilan. Analisis: Nya merupakan bentuk singkat bagi kata ganti diri ketiga tunggal, sebagaimana juga ku bentuk singkat bagi kata ganti diri pertama aku dan mu bentuk singkat bagi kata ganti diri kedua kamu. Jika *ianya boleh digunakan, maka tentulah *akuku dan *kamumu pun boleh digunakan. Tetapi tatabahasa Melayu tidak mempunyai ketetapan sedemikian. Oleh itu, bentuk *ianya menyalahi hukum tatabahasa.3. Kesalahan penggunaan *mereka-mereka

SALAH *Mereka-mereka usahawan yang gigih dan cemerlang.

BETUL Mereka usahawan yang gigih dan cemerlang.

Analisis: Kata ganti diri ketiga mereka sudah jelas menyatakan pengertian jamak. Oleh yang demikian,

tidaklah patut kata mereka itu dijamakkan lagi menjadi *mereka-mereka.4. Kesalahan penggunaan *ia/ianya sebagai kata ganti untuk benda dan binatang

SALAH *Sayur-sayuran ini berkhasiat kerana ia/ianya menggunakan baja organik.

BETUL Sayur-sayuran ini berkhasiat kerana menggunakan baja organik.

Analisis: Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia saja. Ada orang yang menggunakan ia/ianya bagi benda, konsep, dan binatang oleh sebab dalam bahasa Inggeris ada kata ganti "it" untuk merujuk kepada binatang dan benda. Sebenarnya hal ini menyalahi hukum tatabahasa Melayu yang telah menetapkan bahawa kata ganti ia adalah untuk manusia saja.5. Kesalahan penggunaan *kita dan *kami

SALAH BETUL *"Kita ingin mengetahui perkembangan isu itu "Kami ingin mengetahui perkembangan isu itu dengan lebih mendalam," kata beberapa orang dengan lebih mendalam," kata beberapa orang wartawan kepada pegawai polis. wartawan kepada pegawai polis. Analisis: Kami bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dengan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

Kata Bilangan1. Kesalahan penggunaan *berbagai

SALAH *Berbagai jenis makanan terhidang di atas meja.

BETUL Berbagai-bagai / Pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja.

Analisis: Kata bilangan himpunan *berbagai tidak sempurna bentuknya. Gunakanlah berbagai-bagai atau pelbagai. Kata bilangan himpunan yang lain seperti berabad-abad, berjenis-jenis, bermacam-macam, kedua-dua, ketiga-tiga, dan sebagainya pun tidak boleh disingkatkan sewenang-wenang.2. Kesalahan penggunaan *setengah

SALAH *Setengah orang tua masih tidak dapat menerima arus pemodenan negara.

BETUL Setengah-setengah / Sesetengah orang tua masih tidak dapat menerima arus pemodenan negara.

Analisis: Kata bilangan setengah-setengah tidak boleh disingkatkan sewenang-wenang. Jika disingkatkan menjadi setengah, maknanya berbeza. Kata bilangan setengah boleh digunakan dalam frasa seperti setengah gelas air, bendera setengah tiang, dan sebagainya. Tentu aneh halnya jika benar-benar ada *setengah orang.3. Kesalahan penggunaan *tiap

SALAH BETUL *Tiap pengguna harus mengetahui hak-hak Tiap-tiap / Setiap pengguna harus mengetahui mereka sebagai pengguna. hak-hak mereka sebagai pengguna. Analisis: Kata bilangan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan sewenang-wenang menjadi *tiap. Kata bilangan setiap boleh digunakan juga sebagai ganti tiap-tiap kerana maknanya sama.4. Kesalahan penggunaan *para-para

SALAH BETUL *Para-para pelajar hendaklah senantiasa Para pelajar hendaklah senantiasa meningkatkan disiplin diri dan prestasi pelajaran meningkatkan disiplin diri dan prestasi mereka. pelajaran mereka. Analisis: Kata para bererti semua. Oleh yang demikian, kata tersebut tidak perlu diulang untuk menunjukkan maksud jamak. Tambahan pula, kata para-para bererti rak.5. Kesalahan penggunaan kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan

SALAH a. *Saya menantinya selama dua suku jam di depan bangunan MARA. b. *Harga barang itu lima setengah ringgit.

BETUL c. Saya menantinya selama dua jam suku di depan bangunan MARA. d. Harga barang itu lima ringgit setengah.

Analisis: Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan untuk penghitungan kerana lima setengah ringgit, misalnya, bererti dua ringgit setengah (RM2.50).

Penjodoh Bilangan1. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan bersama-sama dengan kata nama abstrak

SALAH a. *Persefahaman amat penting dalam sebuah masyarakat majmuk. b. *Dia berazam untuk mencapai sebuah kejayaan dalam bidang seni. c. *Pelajar itu mempunyai sebuah cita-cita untuk menjadi angkasawan negara.

BETUL d. Persefahaman amat penting dalam masyarakat majmuk. e. Dia berazam untuk mencapai kejayaan dalam bidang seni. f. Pelajar itu mempunyai cita-cita untuk menjadi angkasawan negara.

Analisis: Penjodoh bilangan boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk kata nama konkrit, sedangkan contoh-contoh di atas, yakni masyarakat, kejayaan, dan cita-cita adalah kata nama abstrak belaka. Dalam hal ini, penjodoh bilangan tidak perlu sama sekali.2. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan bersama dengan kata bilangan yang tertentu

SALAH a. b. c. d. e. f. *sebahagian orang petani *seluruh buah sekolah *semua orang pemuda *para orang peserta *segala ekor haiwan *setengah-setengah orang peserta g. h. i. j. k. l.

BETUL sebahagian petani seluruh sekolah semua pemuda para peserta segala haiwan setengah-setengah peserta

Kata Sendi1. Kesalahan penggunaan dari/daripada

SALAH

BETUL

a. *Saya mengulang kaji pelajaran daripada pukul lapan malam. b. *Botol ini dibuat dari plastik. c. *Kereta itu lebih selesa dari kereta ini. d. *Poskad itu saya terima dari Azlan.

e. Saya mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam. f. Botol ini dibuat daripada plastik. g. Kereta itu lebih selesa daripada kereta ini. h. Poskad itu saya terima daripada Azlan.

Analisis: Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungannya dengan masa dan tempat, manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.2. Kesalahan penggunaan pada/di

SALAH a. *Dia tidak bekerja di hari ini. b. *Komik itu ada dengan Mei Ling. c. *Dalam pendapat saya, baju kebaya nyonya ini sungguh menarik. d. *Jem nanas disapukan di roti. e. *Beliau tidak ada pada pejabat ketika kami tiba.

BETUL f. Dia tidak bekerja pada hari ini. g. Komik itu ada pada Mei Ling. h. Pada pendapat saya, baju kebaya nyonya ini sungguh menarik. i. Jem nanas disapukan pada roti. j. Beliau tidak ada di pejabat ketika kami tiba.

Analisis: Kata sendi di boleh digunakan hanya untuk tempat, sementara kata sendi pada pula digunakan untuk masa, orang, binatang, dan benda abstrak.3. Kesalahan penggunaan ke/kepada

SALAH a. *Abang pergi kepada Kuala Lipis. b. *Pemantauan harga barangan keperluan akan dijalankan dari semasa kepada semasa. c. *Beg sekolah itu dihempaskannya kepada atas katil. d. *Pensel warna itu belum dipulangkannya ke Yanti. e. f.

g. h.

BETUL Abang pergi ke Kuala Lipis. Pemantauan harga barangan keperluan akan dijalankan dari semasa ke semasa. Beg sekolah itu dihempaskannya ke atas katil. Pensel warna itu belum dipulangkannya kepada Yanti.

Analisis: Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa, sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa.4. Kesalahan penggunaan *dengan

SALAH *Saya amat kagum dengan kefasihan pelancong itu bertutur dalam bahasa Malaysia.

BETUL Saya amat kagum oleh kefasihan pelancong itu bertutur dalam bahasa Malaysia.

Analisis: Kata sendi oleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-. Oleh yang demikian, penggunaan kata sendi dengan selepas kata kerja pasif adalah salah.5. Kesalahan penggunaan *oleh kerana

SALAH *Kuiz Matematik dan Sains itu dibatalkan oleh kerana kesuntukan masa.

BETUL Kuiz Matematik dan Sains itu dibatalkan oleh sebab kesuntukan masa.

Analisis: Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh. Jadi, gunakanlah frasa nama sebab.

Kata Kerja1. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif tanpa imbuhan

SALAH a. *Kakak kata sesuatu kepada saya. b. *Tangannya lecur terkena minyak panas. c. *Sejak tadi lelaki itu senyum seorang diri.

BETUL d. Kakak berkata sesuatu kepada saya. e. Tangannya melecur terkena minyak panas. f. Sejak tadi lelaki itu tersenyum seorang diri.

Analisis: Kata kerja tak transitif yang berawalan ber-, atau men-, atau ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Dalam ayat (a), kata ialah kata nama dan memerlukan awalan ber- untuk menjadikannya kata kerja tak transitif. Kata lecur dalam ayat (b) dan senyum dalam ayat (c) ialah kata kerja asal yang tidak dapat menjadi kata kerja transitif tanpa awalan.

2. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif tanpa awalan men-

SALAH *Ahli Pengakap yang terpisah daripada rakan-rakannya yang lain itu berusaha cari jalan keluar.

BETUL Ahli Pengakap yang terpisah daripada rakan-rakannya yang lain itu berusaha mencari jalan keluar.

Analisis: Ayat di atas ternyata salah kerana kata kerja dasar cari tidak disertai awalan men- untuk menjadikannya kata kerja transitif. Semua kata kerja transitif mesti berawalan men-, kecuali kata makan, minum, minta, dan mohon.3. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif yang berapitan men...kan dan men...i

SALAH a. *Baginda menganugerahkan pegawai itu Pingat Kebesaran Negeri. b. *Mahkamah menjatuhi hukuman penjara kepada peragut itu.

BETUL c. Baginda menganugerahi pegawai itu Pingat Kebesaran Negeri. (atau) Baginda menganugerahkan Pingat Kebesaran Negeri kepada pegawai itu. d. Mahkamah menjatuhi peragut itu hukuman penjara. (atau) Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada peragut itu.

Analisis: Ayat di atas ternyata salah kerana kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek.

Kata Hubung1. Kesalahan penggunaan *bila

SALAH *Kamisah geli hati bila melihat aksi kucing kesayangannya itu.

BETUL Kamisah geli hati apabila melihat aksi kucing kesayangannya itu.

Analisis: Kata bila sebenarnya merupakan kata tanya. Gunakanlah kata hubung apabila.

2. Kesalahan penggunaan *agar supaya

SALAH BETUL *Kita perlu bersopan santun agar Kita perlu bersopan santun agar kita dihormati orang. (atau) supaya kita dihormati orang. Kita perlu bersopan santun supaya kita dihormati orang. Analisis: Kata agar dan supaya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja.3. Kesalahan penggunaan *sebab

SALAH *Semalaman kakak sakit perut sebab makan enam ulas durian.

BETUL Semalaman kakak sakit perut oleh sebab makan enam ulas durian.

Analisis: Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnya digunakan sebagai kata hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. Jika kata sebab hendak anda gunakan, maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.

Kesalahan Dari Segi Perbendaharaan Kata1. Kesalahan penggunaan kata Adakah dan Apakah

TIDAK TEPAT a. Apakah betul kata-kata kamu itu? b. Apakah kamu mengetahui siapa yang menconteng buku ini? c. Apakah baginda murka? Analisis: vii. viii. ix.

TEPAT d. Adakah betul kata-kata kamu itu? e. Adakah kamu mengetahui siapa yang menconteng buku ini? f. Adakah baginda murka?

Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Kata apakah digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang, benda, dan keterangan tentang sesuatu. Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila apakah digunakan pada tempat adakah.

2. Kesalahan penggunaan kata Apa dan Siapa

TIDAK TEPAT . a. b. Apakah nama kamu? Lelaki itu apa? Nama anjing ini siapa, Molly? c. d. e.

TEPAT Siapakah nama kamu? Lelaki itu siapa? Nama anjing ini apa, Molly?

Analisis: vi. vii. viii. Apa digunakan untuk menanyakan sesuatu benda, hal, kejadian, keadaan, dan binatang. Siapa digunakan untuk menanyakan orang dan nama orang. Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila kata apa digunakan untuk bertanya tentang manusia dan sebaliknya.

3. Kesalahan penggunaan kata Apabila dan Bila

TIDAK TEPAT . a. Bila loceng dibunyikan, para pelajar pun masuk ke dalam kelas. Pencuri itu berlari dengan cepat bila bertembung dengan anggota polis. b. c.

TEPAT Apabila loceng dibunyikan, para pelajar pun masuk ke dalam kelas. Pencuri itu berlari dengan cepat apabila bertembung dengan anggota polis.

Analisis: iv. v. vi. Kata apabila tergolong dalam kelas kata hubung. Kata bila pula tergolong dalam kelas kata keterangan tanya. Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila kata bila digunakan sebagai kata hubung.

4. Kesalahan penggunaan kata Banyak dan Ramai

.

TIDAK TEPAT Tidak ramai pelajar yang hadir dalam mesyuarat agung Persatuan

c.

TEPAT Tidak banyak pelajar yang hadir dalam mesyuarat agung Persatuan

a. b.

Bahasa Malaysia. Ramai orang yang mengundi pada hari itu. Pelakon itu mempunyai peminat yang ramai.

d. e.

Bahasa Malaysia. Banyak orang yang mengundi pada hari itu. Pelakon itu mempunyai peminat yang banyak.

Analisis: vi. vii. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan, sama ada manusia, benda, atau binatang. Kata ramai pula mempunyai kaitan dengan keadaan riuh-rendah, riang gembira, meriah, serba giat, sibuk, dan tidak sunyi. Jadi, kata ramai menyatakan makna suasana atau keadaan. Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai.

viii.

5. Kesalahan penggunaan kata Belok dan Blok

TIDAK TEPAT b. . Pihak pemaju bercadang hendak membina beberapa belok rumah pangsa di kawasan itu. Negara-negara belok komunis tidak mengancam keselamatan dunia lagi.

c.

a.

TEPAT Pihak pemaju bercadang hendak membina beberapa blok rumah pangsa di kawasan itu. Negara-negara blok komunis tidak mengancam keselamatan dunia lagi.

Analisis: iv. v. vi. Kata belok boleh diberi imbuhan menjadi berbelok yang bererti berputar atau berganti arah dan membelokkan yang bererti mengubah haluan sesuatu. Kata blok pula bererti deretan rumah yang tidak terpisah-pisah ataupun persatuan beberapa negara. Kata belok dan blok ini sering digunakan dengan salah kerana seakan-akan sama bentuknya.

6. Kesalahan penggunaan kata Belot dan Belut

.

TIDAK TEPAT Semasa penjajahan Jepun, ada

b.

TEPAT Semasa penjajahan Jepun, ada

a.

segelintir rakyat tempatan yang belut terhadap negara sendiri. Sup belot elok untuk menyembuhkan luka.

c.

segelintir rakyat tempatan yang belot terhadap negara sendiri. Sup belut elok untuk menyembuhkan luka.

Analisis: iv. v. vi. Belot bererti berpihak kepada musuh. Belut pula adalah nama jenis ikan yang panjang dan kecil lagi licin kulitnya. Kata belot dan belut sering salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan bentuknya.

7. Kesalahan penggunaan kata Bina dan Bena

TIDAK TEPAT . Jambatan itu dibena oleh orangorang kampung secara bergotongroyong. Janganlah kita bersikap bina tak bina kepada warga emas. b.

a.

c.

TEPAT Jambatan itu dibina oleh orangorang kampung secara bergotongroyong. Janganlah kita bersikap bena tak bena kepada warga emas.

Analisis: iv. v. vi. Kata bina bererti membangunkan atau mendirikan. Bena pula bererti peduli atau acuh. Makna bena yang lain ialah sejenis serangga perosak tanaman. Penggunaan kata bina dan bena sering disalahgunakan kerana hampir sama sebutannya.

8. Kesalahan penggunaan kata Bukan dan Tidak

TIDAK TEPAT . a. b. A. Samad Ismail tidak seorang penyair. Budak lelaki itu bukan mendengar kata-kata kakaknya. Kotak ini bukan berat. c. d. e.

TEPAT A. Samad Ismail bukan seorang penyair. Budak lelaki itu tidak mendengar kata-kata kakaknya. Kotak ini tidak berat.

Analisis: vi. vii. viii. Kata bukan dan tidak tergolong dalam kelas kata keterangan untuk membentuk ayat nafi. Kata bukan tidak boleh digunakan untuk frasa adjektif atau frasa kerja yang menjadi predikat ayat. Kata tidak pula tidak boleh digunakan untuk frasa nama yang menjadi predikat ayat.

9. Kesalahan penggunaan kata Cocok dan Cucuk

TIDAK TEPAT . a. b. Gadis itu memakai cocok sanggul. Kerja itu tidak cucuk dengan taraf pendidikannya. Mak Teh bercocok tanam di belakang rumahnya. c. d. e.

TEPAT Gadis itu memakai cucuk sanggul. Kerja itu tidak cocok dengan taraf pendidikannya. Mak Teh bercucuk tanam di belakang rumahnya.

Analisis: vi. vii. viii. Cocok bererti sama benar, sepadan, betul, tepat, sesuai, atau serasi. Cucuk bererti sesuatu yang runcing dan tajam untuk menikam atau untuk menyemat. Penggunaan kata cocok dan cucuk sering disalahgunakan kerana sebutannya hampir sama. Dalam tulisan, kedua-dua kata tersebut sering dikelirukan sehingga kata cocok dieja sebagai cucuk dan sebaliknya. Kata cocok tidak perlu berawalan se-.

ix.

10. Kesalahan penggunaan kata Golong dan Gulung

TIDAK TEPAT . a. b. Gulungan siswazah dinasihati supaya jangan memilih kerja. Dia berdoa agar roh ibunya tergulung dalam orang yang soleh. Lukisan itu digolong baik-baik oleh Erma. c. d. e.

TEPAT Golongan siswazah dinasihati supaya jangan memilih kerja. Dia berdoa agar roh ibunya tergolong dalam orang yang soleh. Lukisan itu digulung baik-baik oleh Erma.

Analisis: vi. Kata golong boleh diberi imbuhan menjadi menggolongkan, tergolong, golongan, dan

vii. viii.

penggolongan. Tiap-tiap kata ini berbeza maknanya. Kata gulung pula boleh diberi imbuhan menjadi bergulung, menggulung, tergulung, dan gulungan. Setiap kata ini pun berbeza maknanya. Kata golong dan gulung ini sering salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan sama sebutannya.

11. Kesalahan penggunaan kata Jemput dan Undang

TIDAK TEPAT . a. b. Ayah akan mengundang ibu di stesen kereta api petang ini. Saliha akan menjemput kawankawannya ke majlis hari lahirnya. Surat jemputan ke konsert amal itu baru sahaja saya terima. c. d. e.

TEPAT Ayah akan menjemput ibu di stesen kereta api petang ini. Saliha akan mengundang kawankawannya ke majlis hari lahirnya. Surat undangan ke konsert amal itu baru sahaja saya terima.

Analisis: vi. vii. Jemput bererti pergi atau datang mengambil. Undang pula bererti mengajak atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan, dan sebagainya.

12. Kesalahan penggunaan kata Menonton dan Menuntun

TIDAK TEPAT . a. Aleesya membawa adiknya menuntun pertunjukan sarkas. Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan sepuluh ribu penuntun dalam satu-satu masa. b. c.

TEPAT Aleesya membawa adiknya menonton pertunjukan sarkas. Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan sepuluh ribu penonton dalam satu-satu masa.

Analisis: iv. v. vi. Kata menonton bererti melihat. Selain itu ada pula kata mempertontonkan, tontonan, dan penonton. Setiap kata ini berbeza maknanya. Kata menuntun pula bererti memimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana sebutan

hampir sama.

13. Kesalahan penggunaan kata Pedalaman dan Pendalaman

TIDAK TEPAT . Kawasan pendalaman itu akan menerima bekalan air dan elektrik tidak lama lagi. Pedalaman dasar sungai itu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir. b.

a.

c.

TEPAT Kawasan pedalaman itu akan menerima bekalan air dan elektrik tidak lama lagi. Pendalaman dasar sungai itu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

Analisis: iv. v. vi. vii. Kedua-dua kata ini berasal daripada kata dasar yang sama (dalam) tetapi berbeza maknanya. Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan. Pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan. Kesalahan dari segi penggunaan kata ini berlaku kerana orang tidak menguasai imbuhan dengan baik.

14. Kesalahan penggunaan kata Pendapat dan Pendapatan

TIDAK TEPAT . Pada pendapatan saudara, parti politik yang manakah yang akan menang? Pada pendapatan saya, faktor utama masalah sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya pendidikan agama. b.

a.

c.

TEPAT Pada pendapat saudara, parti politik yang manakah yang akan menang? Pada pendapat saya, faktor utama masalah sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya pendidikan agama.

Analisis: iv. v. vi. Kedua-dua kata ini pun berasal daripada kata dasar yang sama (dapat) tetapi berbeza maknanya. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yang biasanya dihubungkan dengan gaji

vii.

atau upah. Kesalahan dari segi penggunaan kata berlaku apabila kata pendapatan digunakan untuk makna pendapat.

15. Kesalahan penggunaan kata Rasmi dan Resmi

TIDAK TEPAT . a. Bahasa resmi negara ini ialah bahasa Malaysia. Peresmian Pameran LIMA di Langkawi tahun ini dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin menunduk. c. d.

b.

e.

TEPAT Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa Malaysia. Perasmian Pameran LIMA di Langkawi tahun ini dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.

Analisis: vi. Kata rasmi bererti sesuatu yang telah disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Kata ini dapat dibentuk menjadi kata nama perasmian yang berbeza maknanya. Kata resmi pula bererti sifat asal bagi sesuatu atau seseorang. Kesalahan dari segi penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana bunyinya dan ejaannya hampir sama.

vii. viii.

16. Kesalahan penggunaan kata Seloroh dan Seluruh

TIDAK TEPAT . Berita perkahwinan Fazira dan Eyusri telah tersebar di seloroh kampung. Adik-beradik kembar itu sering berseluruh sesama sendiri. b.

a.

c.

TEPAT Berita perkahwinan Fazira dan Eyusri telah tersebar di seluruh kampung. Adik-beradik kembar itu sering berseloroh sesama sendiri.

Analisis: iv. v. vi. Seloroh bererti senda gurau, lelucon, atau kelakar. Seluruh pula bererti semua atau segenap. Kata seloroh dan seluruh ini sering salah digunakan dan salah dieja kerana hampir

sama sebutannya.

17. Kesalahan penggunaan kata Telor dan Telur

TIDAK TEPAT . a. Sepuluh biji telor diperlukan untuk membuat puding karamel. Titik peluhnya mengusahakan tanah yang terbiar itu telah menelorkan hasil. b. c.

TEPAT Sepuluh biji telur diperlukan untuk membuat puding karamel. Titik peluhnya mengusahakan tanah yang terbiar itu telah menelurkan hasil.

Analisis: iv. v. Telor bererti pelat atau tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan betul. Telur pula bererti benda bulat bujur yang biasanya berkulit keras dan berisi sel yang menjadi lembaga anak. Kata ini dapat dibentuk menjadi kata kerja bertelur dan menelurkan yang berbeza maknanya. Kesalahan dari segi penggunaan kata ini berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaan dan sebutannya.

vi.

18. Kesalahan penggunaan kata Tembok dan Tembuk

TIDAK TEPAT . Tembuk itu dibina untuk menghalang air sungai melimpah ke kawasan kediaman. Kelapa itu tembok ditebuk tupai. b.

a.

c.

TEPAT Tembok itu dibina untuk menghalang air sungai melimpah ke kawasan kediaman. Kelapa itu tembuk ditebuk tupai.

Analisis: iv. v. vi. Tembok bererti dinding atau benteng. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding. Tembuk pula bererti tembus atau berlubang. Kesalahan dari segi penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya.

19. Kesalahan penggunaan kata Tempoh dan Tempuh

TIDAK TEPAT . a. Mereka dikehendaki menjawab soalan itu dalam tempuh 60 saat. Sepanjang penjelajahan itu, kami menempoh berbagai-bagai masalah. b. c.

TEPAT Mereka dikehendaki menjawab soalan itu dalam tempoh 60 saat. Sepanjang penjelajahan itu, kami menempuh berbagai-bagai masalah.

Analisis: iv. v. vi. Tempoh bererti jangka waktu atau waktu untuk bertangguh. Tempuh pula boleh dibentuk menjadi kata kerja menempuh yang bererti menyerbu, melanggar, mengalami, melalui, mengharung, dan sebagainya. Kesalahan dari segi penggunaan ini berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaan dan sebutannya.

Pengenalan1. Berdasarkan kertas peperiksaan yang lepas-lepas, soalan tentang kesalahan umum tatabahasa memang diberi ruang yang khusus. 2. Berdasarkan kertas peperiksaan tersebut, aspek kesalahan umum tatabahasa yang ditanyakan terbahagi kepada: a. kesalahan tatabahasa dari segi kata; b. kesalahan tatabahasa dari segi frasa; c. kesalahan tatabahasa dari segi ayat; d. kesalahan tatabahasa dari segi penggandaan; e. kesalahan tatabahasa dari segi pemajmukan; f. kesalahan tatabahasa dari segi pengimbuhan. 3. Soalan tentang kesalahan umum tatabahasa yang dikemukakan pula terdapat tiga bentuk, iaitu: a. mengenal pasti kesalahan; b. membetulkan kesalahan; c. memilih ayat yang betul. 4. Bentuk-bentuk soalan ini ialah bentuk yang paling popular dikemukakan. 5. Kesalahan umum tatabahasa yang dikemukakan pula ialah kesalahan yang berlaku di mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa saja sebagai akibat kurangnya menguasai tatabahasa dengan baik. 6. Jika pengetahuan tatabahasa kita tidak mantap, kesalahan-kesalahan tersebut tidak dapat kita kesan sehingga memungkinkan kita menganggap bahawa bahasa yang salah itu sebagai bentuk bahasa yang betul.