kes sosial yang dibawa oleh arus globalisasi.docx

12
Walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan menyumbangkan kemajuan, globalisasi turut menyumbangkan keburukan. Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau . Perkara ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah . Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan umat manusia tidak berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada kehidupan mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada pemikiran yang terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan tersebut. Perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang lebih berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet . Impak daripada aktiviti tersebut, lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Budaya yang dikaitkan dengan budaya kebendaan (materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini ternyata meningkat dan semakin merebak . Nilai-nilai barat yang masuk tanpa dapat dibendung ketika ini telah menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka, yang akhirnya matlamat hidup dapat melihat kepada dunia semata-mata sahaja. Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh falsafah sosial barat, anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan sanggup menegnepikan agama. Apatah lagi ransangan untuk melakukan kejahatan berada disekeliling tempat. Selain itu, dalam dunia yang disebut oleh ahli-ahli sosiologi sebagai Global Village atau Global City tembok-tembok yang membatasi penembusan budaya telah dirobohkan. Maka masyarakat telah dibawa kepada satu atmosphere keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas dan identiti. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka sebagai warga

Upload: rueyshin

Post on 11-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan menyumbangkan kemajuan, globalisasi turut menyumbangkan keburukan. Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau. Perkara ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan umat manusia tidak berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada kehidupan mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada pemikiran yang terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan tersebut. Perkara ini bertambah lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang lebih berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet. Impak daripada aktiviti tersebut, lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Budaya yang dikaitkan dengan budaya kebendaan (materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini ternyata meningkat dan semakin merebak. Nilai-nilai barat yang masuk tanpa dapat dibendung ketika ini telah menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka, yang akhirnya matlamat hidup dapat melihat kepada dunia semata-mata sahaja. Ringkasnya dalam persekitaran hidup yang ditentukan oleh falsafah sosial barat, anggota masyarakat akan terdorong mengenepikan soal haram dan halal bahkan sanggup menegnepikan agama. Apatah lagi ransangan untuk melakukan kejahatan berada disekeliling tempat. Selain itu, dalam dunia yang disebut oleh ahli-ahli sosiologi sebagai Global Village atau Global City tembok-tembok yang membatasi penembusan budaya telah dirobohkan. Maka masyarakat telah dibawa kepada satu atmosphere keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas dan identiti. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka sebagai warga dunia. Melalui media komunikasi moden, manusia yang hidup di Malaysia hari ini tidak perlu ke Amerika untuk mendengar lagu-lagu pop barat kegemaran mereka. Peminat-peminat fesyen juga tidak perlu ke Paris untuk melihat fesyen-fesyen terbaru. Semuanya telah hadir didaerah-daerah atau dirumah-rumah mereka. Bola dunia semakin kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia menjadi semakin kompleks dan tidak menentu yang membuatkan sebahagian besar warga dunia mengalami disorientasi nilai. Hal ini telah menyebabkan masyarakat timur akan sentiasa terikut-ikut dengan budaya barat walaupun tidak memikirkan tentang keburukannya. Artis-artis barat dijadikan idola dan segala cara kehidupan mereka diikuti akibat terlalu taksub dengan artis tersebut. Lagu-lagu yang didendangkan oleh artis tersebut menjadi siulan pada masa ini walaupun mereka tidak tahu mesej sebenar lagu tersebut samada baik ataupun sebaliknya. Fesyen-fesyen barat yang ditontoni juga telah dijadikan contoh fesyen harian walaupun pakaian tersebut tidak menutup aurat dan menjolok mata. Makanan barat juga pada masa ini menjadi satu trend yang sangat popular pada masa ini. Kaedah makanan segera yang diperkenalkan oleh barat seperti KFC, Mcdonals dan sebagainya sangat digemari berbanding daripada masakan tempatan tnapa mengira siapa yang memasaknya dan tanpa mengetahui kaedah memasak makanan tersebut. Wujudnya budaya 'chat' diinternet telah membuka ruang kepada mereka yang kesunyian untuk mencari teman, dan ini menjurus kepada permasalahan baru, iaitu sejauh mana kejujuran mereka dalam perhubungan yang dipupuk menerusi 'chat room' ini. Begitu banyak insiden tidak diingini telah berlaku gara-gara perkenalan menerusi Internet, dan ini merupakan satu gejala sosial yang tidak sihat yang telah terwujud menerusi perkembangan teknologi Internet di negara ini, dan juga di serata dunia. Anak-anak sekolah yang telah didedahkan dengan penggunaan Internet melangkah lebih jauh dengan melayari laman-laman web lucah yang terlalu banyak dan mudah didapati menerusi Internet. Bahkan, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka sehinggakan minda mereka ini telah dicemari dengan perkara-perkara negatif. Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalahguna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah. Kemudahan urusniaga dihujung jari melalui kemudahan internet dan alat komunikasi canggih boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara. Krisis ekonomi yang berlaku baru-baru ini dirantau asia adalah permainan urusniaga hujung jari ini terutamanya terutamanya dalam urusniaga saham dibursa saham dan juga perdagangan matawang di pasaran tukaran matawang asing. Tidak mustahil pada masa hadapan krisis yang lebih besar akan berlaku dengan cara sama. Urusniaga sebegini juga boleh mengganggu kestabilan sesuatu institusi ekonomi akibat manipulasi pasaran dan harga atas dagangan sementara yang dilakukan demi meraih keuntungan semerta. Ini seringkali berlaku dalam dunia pasaran saham dimana keuntungan atas angin yang menjadi buruan para spekulator akan lebih mudah dilakukan melalui teknologi informasi dan alat komunikasi canggih. Analisis pelaburan atau usaha mencari rakan kongsi dan peluang perdagangan antarabangsa akan menghadapi risiko yang lebih besar terutamanya aspek penipuan akibat misguiding information yang diperolehi melalui sumber internet. Seterusnya teknologi maklumat juga terdedah kepada ancaman virus. Virus sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud racun. Virus telah disalahgunakan dengan tujuan untuk mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang lain Apabila virus menyerang komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail itu bertambah besar dan terdapat perubahan tarikh walaupun fail itu tidak digunakan. Selain itu, komputer akan lambat beroperasi dan menjadi perlahan. Disket juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka. Pengaturcaraan komputer juga tidak dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada para pengguna kemudahan teknologi maklumat. Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara jangkitan dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah komputer.Urusniaga seringkali tergendala akibat beberapa kelemahan system komputer ciptaan manusia serta permainan virus atau penyakit komputer yang semakin menjadi-jadi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana dunia dihantui oleh dengan krisis Y2K menjelangnya abad baru dan juga beberapa virus yang menyerang manusia termasuk yang terbaru, virus I love you. Setiap satu dari masalah yang timbul, berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah mahupun kerugian yang dialami oleh dunia perniagaan antarabangsa akibat virus yang berjaya memecah sistem pertahanan komputer. Antara ancaman lain yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti khianat ini sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi kelak. Golongan yang seterusnya pula menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk menceroboh sistem rangkaian komputer lain dan mencuri maklumat atau data penting. Sesetengah penggodam komputer menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri data. Ini terbukti kerana menurut satu laporan, terdapat seorang pelajar kolej di Texas telah dikenakan undang-undang setelah terlibat dalam aktiviti menggodam dengan menceroboh sistem komputer Texas dan mencuri maklumat peribadi pelajar, fakulti dan kakitangan dari universiti berkenaan. Oleh itu benarlah teknologi maklumat internet menghadapi ancaman daripada pihak penggodam. Selain itu, kelebihan teknologi maklumat kini juga telah diperalatkan dengan mudah oleh pengganas dan juga kartel dadah. Mereka telah menyalahgunakan kelebihan teknologi maklumat untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Seperti yang kita ketahui, zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian manakala globalisasi pula menerobos ke setiap seantero dunia, sedangkan keselamatan masih merupakan satu agenda utama dan penting. Di samping itu, revolusi maklumat adalah bahan yang amat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan. Ini terbukti jika seseorang pembekal dadah menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak berwajib kerana mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan tepat. Begitulah juga seandainya wujud manusia yang ingin menghancurkan sesebuah negara dengan melakukan hasrat mereka di sebalik komputer dan rangkaian. Justeru, keselamatan zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang boleh menggugat sistem keselamatan. Di samping itu, teknologi maklumat kini telah dieksploit dengan begitu rakus bagi mencapai pelbagai tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri nombor kad kredit. Sememangnya fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama arus kemodenan telah digunakan untuk merosakkan manusia, biarpun teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung kepada komputer dan sistem rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu bekalan air dan elektrik. Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan menggugat keselamatan para pengguna. Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat maklumat hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu keselamatan dan keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah antara ancaman melalui teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cara berpakaian Barat yang identik dengan liberalisme, sangat bebas dalam berpakaian. Dan karena tren pakaian dunia berkiblat pada bangsa Barat, maka style/cara berpakaian bangsa Barat pun perlahan masuk dalam budaya kita dan berpakaian sangat sexy dengan rok pendek sudah mejadi hal yang lumrah. Padahal berpakaian seperti itu di Indonesia sangat bertentangan dengan budaya dan adat, apa lagi kalau di masukkan dalam peraturan agama islam yang mengharuskan kita berpakaian sopan dan menutup semua aurat kita, jadi ini sangat bertentangan dengan gaya berpakaian orang Indonesia.Sekularisme Merupakan Ideologi yang menyatakan bahwa sebuah institusi harus berdiri terpisah dari agama atau kepercayaan. Dalam kajian keagamaan, masyarakat dunia barat pada umumnya di anggap sebagai sekular. Hal ini di karenakan kebebasan beragama yang hampir penuh tanpa sangsi legal atau sosial, dan juga karena kepercayaan umum bahwa agama tidak menentukan keputusan politis. Tentu saja, pandangan moral yang muncul dari tradisi kegamaan tetap penting di dalam sebagian dari negara-negara ini. Selain Masuknya Budaya Barat yang menjadi akar dari semua dampak negatif Globalisasi bidang sosial budaya, ada unsur lain yang ikut berperan dalam hal ini yaituKemajuan IPTEK.Kemajuan IPTEK adalah dampak positif dari globalisasi dalam bidang Teknologi, namun ini sedikit banyak membawa dampak negatif bidang Sosial Budaya yang diantaranya melahirkan gaya hidup yang : c.Individualistis Dulu sosialisasi hanya dapat terjadi jika kita pergi keluar rumah, menyapa tetangga ataupun mengobrol. Namun dizaman modern ini, hanya dengan duduk dialam rumah dengan internet, bahkan kita bisa bersosialisasi dengan orang-orang yang berada sangat jauh. Inilah akar dari individualistis yang tercipta karena tidak bersosialisasi secara langsung. Hal ini akan sangat merusak karena menciptakan seseorang dengan sikap yang tidak memperdulikan orang lain selain dirinya. d.Pragmatisme Pragmatisme adalah sikap yang menilai sesuatu dari untung ruginya bagi diri sendiri. Padahal menolong tanpa pamrih adalah

pelajaran dasar dalam bermasyarakat. Tapi semakin majunya jaman, menyebabkan lunturnya nilai-nilai gotong royong dan tolong-menolong dalam hal-hal kebaikan. Individu lebih mengarahkan pada kegiatan yang menguntungkan dirinya saja. e.Materialisme Materialsme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kenyamanan, kesenangan, dan kekayaan merupakan satu-satunya tujuan atau nilai tertinggi. materialisme adalah kecenderungan untuk lebih peduli dengan materi dari pada rohani atau tujuan dan nilai intelektual. Materialisme adalah pandangan hidup yang mencari dasar segala sesuatu yang termasuk kehidupan manusia di dalam alam kebendaan semata-mata dengan mengesampingkan segala sesuatu yang mengatasi alam indra. Ini sesuai dengan kaidah dalam bahasa indonesia. Jika ada kata benda berhubungan dengan kata isme maka artinya adalah paham atau aliran. Materialisme adalah paham dalam filsafat yang menyatakan bahwa hal yang dapat dikatakan benar-benar ada adalah materi. Pada dasarnya semua hal terdiri atas materi dan semua fenomena adalah hasil interaksi material. Materi adalah satu-satunya substansi. Sebagai teori materialisme termasuk paham ontologi monistik. Materialisme berbeda dengan teori ontologis yang didasarkan pada dualisme atau pluralisme. Dalam memberikan penjelasan tunggal tentang realitas, materialisme berseberangan dengan idealisme. Materialisme tidak mengakui entitas-entitas nonmaterial seperti : roh, hantu, setan dan malaikat. Pelaku-pelaku immaterial tidak ada. Tidak ada tuhan (Allah) atau dunia adikodrati/supranatural. Realitas satu-satunya adalah materi dan segala sesuatu merupakan manifestasi dari aktivitas materi. Materi dan aktivitasnya bersifat abadi. Tidak ada Penggerak Pertama atau Sebab Pertama. Tidak ada kehidupan, tidak ada pikiran yang kekal. Semua gejala berubah, akhirnya melampaui eksistensi, yang kembali lagi ke dasar material primordial, abadi, dalam suatu peralihan wujud yang abadi dari materi. Jadi materialism tidak mengakui adanya tuhan dan berpikir bahwa semua di dunia ini hanya materi. Ini bertentangan dengan nilai agama di Indonesia dimana agama mengatakan ada entitas selain entitas material yaitu roh, jin, setan dan malaikat, serta meyakini adanya tuhan (Allah).f. Hedonisme Hedonisme adalah pandangan hidup atau pola hidup yang menganggap bahwa kesenangan dan kenikmatan materi adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut paham ini, bersenang-senang, pesta pora, dan berpoya-poya merupakan tujuan utama hidup, entah itu menyenangkan bagi orang lain atau tidak. Karena mereka beranggapan hidup ini hanya satu kali, sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. di dalam lingkungan penganut paham ini, hidup dijalani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas. Dari golongan penganut paham inilah muncul Nudisme (gaya hidup bertelanjang). Pandangan mereka terangkum dalam pandangan Epikuris yang menyatakan, "Bergembiralah engkau hari ini, puaskanlah nafsumu, karena besok engkau akan mati". g. Konsumerisme Konsumerisme merupakan paham dimana seseorang atau kelompok melakukan atau menjalankan proses konsumsi atau pemakaian barang barang hasil produksi secara berlebihan atau tidak sepantasnya secara sadar dan berkelanjutan. Dan inilah hal yang paling sering terjadi seperti berbelanja pakaian terlalu banyak. Padahal pakaian tersebut tidak semuanya dipakai dalam kehidupan sehari-hari.Pengenalan Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan.Isi-Isi

Kesan-Kesan Baik1.Globalisasi memajukan ekonomi negara Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet Ekonomi negara berkembang pesat2.Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta Membolehkan bantuan diberikan dengan segera3.Pemindahan teknologi bertambah pesat Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).4.Politik Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial . Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar.5. Sosial Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.6.Ekonomi Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas sebaris dengan syarikat gergasi luar negara.Kesan-Kesan Buruk1.Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga2.Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit Budaya liar ini langsung tidak ditapis Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh Budaya Barat menjadi dominan Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya3.Politik Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka. Penggodaman sistem pertahanan mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara4.Pendidikan Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya IPTSbahasa Inggeris digunakan dalam internet Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik5.Ekonomi Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara Monopoli syarikat multinasional syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Serangan mata wang nilai mata wang negara jatuh kemelesetan ekonomi berlaku Manipulasi pasaran sahan saham menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi Malaysia6.Teknologi Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.Penutup Globalisasi telah membawa kesan yang besar Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita