bahasa melayu dalam arus kewajaannya?

24
BAHASA MELAYU DALAM ARUS GLOBALISASI: TERGUGATKAH KEWAJAANNYA? Nuraini Yusoff PENGENALAN Makalah ini membicarakan bahasa Melayu di Nusantara yang berdepan dengan arus globalisasi. Fokus utama diberikan kepada bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia memandangkan kedua- dua buah negara ini mempunyai jurnlah penutur bahasa Melayu yang begitu ramai, sekali gus memberi impak terhadap kelestarian bahasa Melayu itu sendiri. Persoalan yang ingin dikupas berkaitan tahap kemampuan bahasa Melayu mampu menangani cabaran globalisasi dan terus lestari dalam alam Melayu. Makalah ini dimulakan dengan menelusur aspek kewajaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pemerintahan dan pentadbiran bagi empayar Melayu sehingga ke zaman ini. Selanjutnya ltinjau secara sepintas lalu usaha pemantapan yang dilaksanakan di kedua-dua buah negara derni meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasrni dan bahasa kebangsaan dalam era pascakemerdekaan. Seterusnya disentuh konsep globalisasi dan kesannya terhadap bahasa. Dalam konteks mengharungi globalisasi, makalah ini turut membicarakan pengaruh bahasa asing yaag berleluasa mendominasi bahasa Melayu di samping meninjau pandangan berkaitan sikap, persepsi dan tanggungjawab terhadap bahasa Melayu pada masa luni derni kelangsungannya pada mass hadapan.

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

BAHASA MELAYU DALAM ARUS GLOBALISASI: TERGUGATKAH

KEWAJAANNYA?

Nuraini Yusoff

PENGENALAN

Makalah ini membicarakan bahasa Melayu di Nusantara yang berdepan dengan arus globalisasi. Fokus utama diberikan kepada bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia memandangkan kedua- dua buah negara ini mempunyai jurnlah penutur bahasa Melayu yang begitu ramai, sekali gus memberi impak terhadap kelestarian bahasa Melayu itu sendiri. Persoalan yang ingin dikupas berkaitan tahap kemampuan bahasa Melayu mampu menangani cabaran globalisasi dan terus lestari dalam alam Melayu. Makalah ini dimulakan dengan menelusur aspek kewajaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pemerintahan dan pentadbiran bagi empayar Melayu sehingga ke zaman ini. Selanjutnya ltinjau secara sepintas lalu usaha pemantapan yang dilaksanakan di kedua-dua buah negara derni meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasrni dan bahasa kebangsaan dalam era pascakemerdekaan. Seterusnya disentuh konsep globalisasi dan kesannya terhadap bahasa. Dalam konteks mengharungi globalisasi, makalah ini turut membicarakan pengaruh bahasa asing yaag berleluasa mendominasi bahasa Melayu di samping meninjau pandangan berkaitan sikap, persepsi dan tanggungjawab terhadap bahasa Melayu pada masa luni derni kelangsungannya pada mass hadapan.

Page 2: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

BAHASA SEJAK ZAMAN BERZAMAN

Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa sejak zaman berzaman kerana sejarah membuktikan yang bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dalam dunia Melayu. Menurut Collins (1994) bahasa Melayu mula berkembang 700 tahun Sebelum Masehi (SM) apabila memililu sistem dan budaya tulisan. Bukti bertulis tentang bahasa Melayu Kuno terdapat di beberapa buah"batu bersurat (Darwis, 1992; Ismail, 1984). Bahasa Melayu terus berkembang sehingga ". . . menjadi bahasa pemerintah dan pentadbiran serta bahasa budaya tinggi bagi empayar-empayar Melayu mulai dari Empayar Sriwijaya hingga kepada yang lebih kemudian, seperti kerajaan-kerajaan besar Acheh, Sulu, Brunei dan Johor" (Asmah, 2010).

Sejarah juga menyaksikan yang kewajaan bahasa Melayu mula tergugat apabila alam Melayu ditaklulu oleh kuasa-kuasa Barat seperti Inggeris dan Belanda. Walau bagaimanapun, apabila Indonesia dan Malaysia mencapai kemerdekaan. bahasa Melayu kembali kepada tarafnya sebagai bahasa pemerintah dan pentadbiran (Asmah. 2010).

Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan pada tahun 1956 telah diberi kuasa yang tertinggi dalam ha1 ehwal yang berkaitan bahasa Melayu (Asmah, 1984). Slogan DBP, iaitu 'Bahasa Jiwa Bangsa' menyerlahkan betapa bahasa begitu akrab dengan penuturnya:

. . . bahnsa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebaizgsaan. Sesungguhnya bahasa ztu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa n~elambangkan bagaiinaiza sesuatu bangsa itu mengguilakan bahasa sehagai alat komunikusi, perpaduaiz ulztuk saling memahami dan bahasa itu digunaka~z sebagai bahasa ilnzu sesuatu barzgsa. Kekuatalz bahasa itu juga menunjukka~l kuatnya sesuatu balzgsa.

(Bahasa Jiwa Bangsa, t.t.)

Oleh itu, bertepatan sekali jika dikatakan bahasa Melayu tidak dapat hpisahkan daripada bangsa Melayu. Seluranya kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, wajarlah ditinjau asal usul penuturnya

Page 3: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

dahulu. Berdasarkan beberapa teori yang dikemukakan, didapati bahawa masyarakat Melayu kuno berasal daripada golongan manusia yang dikenali sebagai Austronesia (Nik Safiah, Farid, Hashim, & Abdul Harnid, 2008) yang mendudulu daerah Yunan dan seterusnya berhijrah ke selatan. Sejak tahun 2'500 SM golongan pertama, iaitu Melayu Proto clan kemudiannya lura-kira 1'500 SM, Melayu Deutro pula mengikut jejak langkah nenek moyang mereka menghuni daerah pantai dan kawasan lembah di Asia Tenggara.

Sebenarnya terdapat pelbagai teori lagi yang membicarakan tempat asal usul orang Melayu. Dalam ruangan yang terhad ini, penulis tidak berhasrat untuk membahaskan ha1 ini, sekadar ingin menghamparkan idea bahawa bahasa Melayu sudah wujud sejak zaman berzaman, iaitu melebihi 2'000 tahun yang lalu (Asmah, 1999; A. Aziz, 2000). Bahasa Melayu bukan sahaja wujud sebagai bahasa yang digunakan oleh komuniti tempatan tetapi telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) di kepulauan Melayu (A. Aziz, 2000). Pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit, bahasa Tamil, bahasa Hindustan, bahasa Cina, bahasa Parsi, bahasa Arab dan seterusnya dengan bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Inggeris dan sejenak dengan bahasa Jepun turut mewarnai bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia. Sifat bahasa Melayu yang terbuka merupakan keistimewaan yang membawa kepada keutuhan bahasa Melayu itu sendiri kerana pelbagai perbendaharaan kata yang diambil daripada pelbagai bahasa tersebut membantu memperkaya lagi bahasa Melayu Kewajaan bahasa Melayu dapat dilihat dari sudut pertumbuhannya, iaitu sebagai ". . .satu bahasa yang pada mulanya sangat sederhana, tumbuh dan berkembang secara alarniah" (Darwis, 1992) sehingga herperanan sebagai bahasa lingua franca. Bahasa Melayu juga terus berkembang sebagai bahasa pentadbiran, bahasa agama, dan bahasa ilmu di samping dapat bertahan pada ketika tanah air dijajah. Kelestarian bahasa Melayu juga hasil daripada perkembangan secara

. terancang khususnya selepas kemerdekaan. I

b USAHA PEMANTAPAN BAHASA MELAYU

Di Indonesia dan juga di Malaysia, bahasa Melayu telah melalui Pelbagai proses pemantapan. Satu daripadanya ialah sewaktu dijadikan bahasa rasmi. Dalam konteks bahasa Indonesia didapati bahawa:

159

Page 4: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

... secara sosiologis, kendatipunprosespemakaian bahasa Indonesia sudah berlangsung sejak zaman lampau atau berabad-abad lamanya, namun bahasa Indonesia baru ? dianggap "lahir" atau diterima keberadaannya pa& tanggal 28 Oktober 1928. Momentum itu merupakan saat dicetuskannya Sumpalz Pemuda, yang salah satu isi sumpahnya mengikrarkan: "melzj~njung bahasa persatuan, bahasa Indonesia". Adapun secara yuridis, baru tanggal 17 Agustus 1945 bahasa Indonesia secara resnli diakui keberadaannya, sebagaimana disebutkan dalam UDD 1945, Bab XV, Pasal36.

(I. R . Putera, 2009)

Sebagai bahasa nasional. Amran (1980). menjelaskan bahawa bahasa Indonesia merupakan lambang kebanggaan nasional, lambang identiti nasional, wahana pemersatu bangsa dan wahana perhubungan antarbudaya dan daerah. Sebagai bahasa negara pula ditegaskan bahawa bahasa Indonesia sebagai: bahasa rasmi negara, bahasa pengantar rasmi dalam sistem pendidlkan, bahasa rasmi dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan dan pemerintahan, dan bahasa rasmi dalam pembangunan kebudayaan, ilmu pengetahuan dan teknologi.

Di Malaysia pula, dengan termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia telah menjelaskan peruntukan berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Ini membawa kesan terhadap bahasa Melayu kerana menjadi bahasa pengantar dan digunakan dalarn ranah rasmi. Perkara 152 (1) memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menghalang sesiapa daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Pada tahun 1967 satu akta telah digubal iaitu Akta Bahasa Kebangsaan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal.

Dalam menelusur sejarah pendidikan di Malaysia, jelas kelihatan peranan dan kesan daripada Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1 960) berkaitan kedudukan bahasa Melayu. Walaupun prosesnya agak perlahan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem pendidikan di Malaysia tetapi selepas tahun 1970, dasar ini dijalankan dengan lebih aktif dan

Page 5: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

sistematis sehingga semua sekolah rendah aliran Inggeris telah menjadi aliran bahasa Melayu pada tahun 1975 dan seterusnya dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah (Abdullah, 1980). Di Malaysia, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 merupakan mercu tanda pencapaian status bahasa Melayu. Namun demikian, pada tahun 2007, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan supaya istilah bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia (Penggunaan istilah bahasa Malaysia, 2007). Kabinet telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan di jabatan kerajaan, sekolah dan dalam semua urusan rasmi.

fingkasnya, proses pemantapan bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia tidak berlaku dalam sekelip mata. Proses yang dilalui juga menyerlahkan betapa sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkuatkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di Indonesia penggunaan bahasa Indonesia diperkukuh dalam sistem pendidikan dengan tergubalnya Undang- Undang No. 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional yang menegaskan bahawa bahasa Indonesia digunakan sebagai bahasa Pendidikan Nasional (M. Abdul. 2009).

Selain sistem pendidikan, peranan Balai Bahasa di Indonesia dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia tumt memberi impak yang besar dalam proses pemantapan bahasa Melayu. Setelah Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945, pemerintah Indonesia berpandangan betapa perlunya diwujudkan sebuah lembaga yang bertugas menangani masalah bahasa. Lantas, Panitia Pekerja Bahasa Indonesia dibentuk pada Jun 1947 dan akhirnya pada tahun 1948 berjaya dibentuk Balai Bahasa. Sebagai contoh, Balai Pustaka Yogyakarta (2010) mempamerkan misi berikut dalam laman sesawang rasrninya:

1. Meningkatkan mutu bahasa dan sastera. 2. Meningkatkan sikap positif masyarakat terhadap bahasa dan

sastera. 3. Mengembangkan bahan informasi kebahasaan dan kesasteraan. 4. ~ e n ~ e m b a n ~ k i n tenaga kebahasaan dan kesasteraan. 5 . Meningkatkan kerja sama.

Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu. Johor Sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. DBP

161

Page 6: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

ditubuhkan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang berada pada ambang kemerdekaan ketika itu. Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 1-21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mengusulkan nama Balai Pustaka diganti dengan DBP.

I

Dalam laman sesawang rasmi DBP (2010) tercatat objektif penubuhannya seperti berikut:

1. Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.

2. Untuk memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

3. Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.

4. Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah- istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

6. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi, perkembangan istilah bahasa Melayu dipacu kencang dengan wujudnya kerjasama kebahasaan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia dan Malaysia (MABBIM). MABBIM merupakan badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga buah negara, iaitu Pusat Bahasa Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia, dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu di negara-negara tersebut.

Pada asalnya badan ini dikenali sebagai Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Mashuri Saleh, S. H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di

Page 7: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Jakarta. MBIM menjadi MABBIM ketika Brunei Darussalam menjadi anggota Majlis ini pada 4 November 1985. Piagam MABBIM (2009) yang ditandatangani pada 1 1 Jun 1987 mencatatkan tujuan dan fungsi MABBIM seperti berikut:

1. Meningkatkan semangat kebersamaan dan persaudaraan antara negara anggota.

2. Meningkatkan peranan bahasa kebangsaadrasmi negara anggota sebagai alat perhubungan yang lebih luas.

3. Mengusahakan pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaadrasrni negara anggota supaya menjadi bahasa yang setaraf dengan bahasa moden yang lain.

4. Mengusahakan penyelarasan bahasa melalui penulisan ilmiah dan kreatif, pedoman, dan panduan.

5. Mengadakan pertemuan kebahasaan berkala demi penyelarasan dan pendekatan bahasa kebangsaanlrasmi negara anggota.

Melalui kerjasama serantau ini juga dijalankan pelbagai usaha untuk melonjakkan kemarnpuan bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia khususnya dari segi penyamaan sistem ejaan bersama dan peristilahan dalam bidang ilmu dan teknologi. Antara usaha yang dijalankan oleh DBP ialah menerbitkan sin Kamus Istilah MABBIM, iaitu Kamus Perubatan: Farmakologi Klinikal dan Terapeutik; Kamus Kirnia: Forensik; Kamus Sains Politik: Politik Perbandingan; Kamus Peribumi: Keris; Kamus Puisi; Kamus Landskap; Kamus Fizik: Makanik Kuantum; Kamus Fizik: Haba; Kamus Farmasi: Kimia Farmasi; Kamus Perhutanan: Pengurusan Hutan; dan Karnus Komunikasi Massa.

Di Indonesia, Balai Bahasa dalam usaha untuk mempelbagai kosa kata dan istilah telah mengambil kosa kata daripada bahasa daerah seperti contoh berikut:

Bahasa Daerah Bahasa Inggeris nyeri (Sunda) pain

gambut (Banjar) peat mantan (Basemah) ex

ranah (Minang) domain kedaluwarsa (Jawa) e-rpired

(Sumber. M. Abdul, 2009)

Page 8: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Selain untuk istilah

daripada bahasa daerah, banyak istilah telah dicipta khusus bidang teknologi infonnasi. Berikut dikemukakan beberap yang sering digunakan dalam dunia Internet:

Istilah Baharu Bahasa Inggeris Daring online luring m i n e Unduh download Ung g ah upload

Tembolok cache pos-el e-mail

situs web web site Laman homepage Pindai scan

(Sumber. M. Abdul. 2009)

Bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia telah melalui proses pemantapan secara dalaman dan juga secara antarnegara di rantau ini. Namun dalam melaksanakan tugas sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, pelbagai ranjau yang perlu ditempuhi akibat daripada perubahan pada peringkat global yang turut mencorakkan kehidupan dari segi sosial, budaya, ekonomi dan politik. Oleh ha1 yang demikian, berdepan dengan pelbagai pertembungan dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dan tuntutan baharu dalam era tanpa sempadan dan tanpa jar& ini, timbul persoalan, iaitu "Goyahkah bahasa Melayu di kedua-dua buah negara ini?"

Arus Globalisasi

Globalisasi merupakan satu fenomena yang sudah berakar umbi sejak zarnan penjajahan lagi. Perkara ini dijelaskan oleh Ellwood (2001) seperti berikut:

Globalization, though it may be a new term, is an age-old process and one firmly rooted in the history of colonialism. One of Britain's most famous imperial spokesmen, Cecil Rhodes, put the case for colonialism succinctly in the 1890s. 'We must find new lands,' he said, yrom which we can easily obtain raw materials

Page 9: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

and at the same time exploit the cheap slave labor that is available from the natives of the colonies. The colonies [will] also provide a dumping ground for the surplus goods produced in our factories".

Sejak zaman penjajahan hingga ke abad ke-21 ini, arus globalisasi terus melanda ke seluruh dunia. Hakikatnya globalisasi bukan sahaja memberi kesan terhadap bidang ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara hasil daripada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi tetapi ada kaitan juga dengan keperibadian dan jati diri bangsa. Jati din bangsa Melayu boleh ditaknfkan sebagai "keupayaan mengekalkan keaslian diri dengan ciri-ciri kemelayuan dari segi nilai, amalan dan sistem kepercayaan daripada dipengaruhi dan digantikan dengan ciri- ciri asing yang merosakkan identiti asal" (Shuki, Hashlm, & Mohd. Daud, 2005).

Bagai air bah, besar kemungkinan gelombang globalisasi akan menghilangkan nilai-nilai luhur bangsa Melayu dan lambat laun menyebabkan hilangnya keperibadian dan jati diri seseorang. Klangnya keperibadian dan jati diri itu disebut orang tua-tua Melayu sebagai 'lupa diri' atau 'lupa pakaian' yang akan mengundang masuk imej-imej budaya lain. Konsep 'lupa din' dan 'lupa pakaian' ini mempunyai persamaan dengan konsep 'lupa bahasa' . Kecenderungan 'lupa bahasa' yang banyak dikaitkan dengan globalisasi inilah yang

/ membuatkan luta khuatir akan hambatan globalisasi. I

I Pengaruh Bahasa Asing

Bahasa Melayu kini berdepan dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris yang menjadi bahasa lingua franca global. Isunya di sini ialah bahasa Inggeris bukan sahaja membawa kata-kata asing ke dalam bahasa Melayu malah mampu menjajah minda bangsa Melayu. Pennycook (1994), Phillippson (1992) dan Thiong'o (1994) menegaskan bahawa bahasa tidak dapat dipisahkan daripada konteks Penggunaannya dan bahasa Inggeris yang sarat dengan ideologinya akan menjajah minda 'with, in, and through itself' (Phillipson, 1992). Alubatnya akan mengurangkan nilai bahasa dan budaya tempatan dan mewujudkan jurang antara pengguna bahasa ibunda dengan penguna

Page 10: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Kehadiran pelbagai bahasa menyebabkan muncul kata-kata asing dalam bahasa Melayu sewaktu diujarkan oleh penutur bahasa Melayu. Penukaran kod, percampuran kod dan peralihan kod ialah konsep yang berhubung kait secara rapat dengan etnografi pertuturan yang merupakan alternatif terhadap variasi linguistik dalam satu wacana atau dalam satu arus pertuturan. Myers-Scotton (1993:l) menjelaskan bahawa "codeswitching is tlze term used to identify alternations of linguistic varieties witlzin the same conversation. While some prefer to discuss suclz alternation under two terms, enzploying code-mixing as well as codes~~itclziizg." Seterusnya Myers-Scotton (1995:l-2) menjelaskan bahawa pertuturan atau perbualan yang mengandungi peralihan kod mempamerkan "the same 'discourse unity' as utterances in one linguistic variety alone. For exanzple, if the switching is within a single sentence, the elements from the two difSerent languages generally are joined together prosodically."

Seperti yang dijelaskan, bahasa Melayu telah banyak bertembung dengan bahasa asing sejak 2000 SM. Justeru, tidak hairanlah sehranya penutur bahasa Melayu terdedah dengan suasana yang memerlukan mereka menukar kod atau mencampur kod. Menukar kod atau mengalih kod ertinya seseorang itu menukarkan bahasanya daripada bahasa Melayu di Malaysia atau di Indonesia kepada bahasa sasaran sesuai dengan keperluan konteks. Masalah yang dihadapi kini ialah percampuran kod yang menyebabkan dua bahasa dituturkan seolah-olah bahasa tersebut terdiri daripada satu bahasa yang sama.

G t a sedia maklum bahawa dalam bahasa Melayu sudah terdapat begitu banyak kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Jawa, Tamil, Hindustan, Parsi, Portugis dan Belanda (Ab. Razak, 1994). Ini belum lagi mengambil kira perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Perkara ini bukanlah satu perkara yang ganjil kerana didapati bahasa global seperti bahasa Inggeris juga melalui proses yang sama dan diperkaya dengan kosa kata daripada bahasa Latin, Greek, Arab, Sepanyol dan Perancis. Dalam Jadual 8.1 diturunkan beberapa contoh pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu.

Page 11: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Jadual 8.1

Pengaruh Bahasa Asing dalarn Bahasa Melayu (Ab. Razak, 1994)

Unsur bahasa Sanskrit Unsur bahasa Arab Unsur bahasa Hokkien

agama ustaz cincau bidadari Islam tauge

budi aka1 candu bencana adil teko angkasa ikhlas tauke

G j ah dirgahavu

tarikh kitab

sengse tokong

Unsur bahasa Jawa Unsur bahasa Tamil Unsur bahasa Hindustan lakon candi boria

wayang mempelam setenka gamelan kedai kubis

tulen kolam roti aYu sami rebana

batik kari neraca andai -- raja guni

Unsur bahasa Parsi Unsur bahasa Portugis Unsur bahasa Belanda nobat baldi duit

nakhoda gereja ransum firdaus mentega senapang pasar palsu laci baju sekolah karnar

gandum istana

lampu kebava

kantor oennisi

Proses meminjam kata-kata mempakan satu proses memperkaya bahasa tetapi kebelakangan ini pengaruh bahasa asing yang begitu ketara dalam media massa mula menggugat kemurnian bahasa Melayu kerana tidak melalui protokol yang sepatutnya. Dalam ha1 ini, Nuraini, Marzalina, Nasihah, Faizah, dan Ainal Akmar (2006) telah meneliti pencemaran bahasa di televisyen yang berkaitan pengacaraan rancangan hiburan. Berdasarkan empat rancangan yang disiarkan semasa penyelidikan dijalankan, iaitu Melodi, Senlpumakan Harimu, Mencari Cinta] dan Muzik Muzik didapati pengacara dan peserta Yang terlibat mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sewenang-wenangnya. Fenomena ini membuktikan bahawa wujudnya bahasa rojak dalam pengacaraan rancangan hiburan di televisyen swasta. Berikut diperturun beberapa contoh bahasa rojak Yang digunakan dalam rancangan tersebut:

Page 12: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Tetamu: What they want to think, what they want to talk about me. I don't give a damn. I should be strong. Kalau fikir terlampau banyak, spa yang orang cakap luta tak boleh hidup. Why should I worry. What people seem to say about Sharifah Aini. Orang cakap air liur murah, So talk. I dapat pahala dia. So what? Ada orang percaya, tapi ramai yang tak percaya. To me, Alhamdulillah, people are not judgemental. I'm lucky. Pihak KSP dan Wild Orchid beri kepercayaan kepada saya. I enjoy the idea. Why not?

Pengacara: Tu dia . ..direct tiga minggu cerita pasal orang Sarawak tu. Tapi tak tahan, Sajibowie pakai baju warna pink hari tu.

Tetamu: Kita percaya vokal Dina, kredibiliti dia sebagai seorang entertainer tu ada.

Pengacara: You rasa berat tak title Malaysian Top Host ni kepada you? Berat tak?

Tetamu: Kalau difikirkan secara logik dan kita ikut hati dan perasaan manusia of course you know it's unfairlah sebab you know selama beberapa minggu Zul tak de macam-macam aktiviti dijalankan, macam-macam tugasan diberi.

Satu daripada implikasi daripada pengaruh bahasa Inggeris ini, khususnya dalam media massa akan menyebabkan perkara ini menjadi ikutan kepada pelajar yang berkemungkinan besar akan mengaplikasikannya dalam peperiksaan dan situasi rasmi. Di samping itu, kelihatan seolah-olah masyarakat lebih memartabatkan bahasa Inggeris dan sekali gus meminggirkan bahasa Melayu.

Dalam membicarakan isu bahasa rojak ini. Awang (2006) berpendapat bahawa "percampuran antara kedua-dua bahasa itu dalam konteks komunikasi biasa yang tidak rasmi, seperti dalam perbualan, gurau senda, jual beli di pasar dan sebagainya dapat diterima sebagai suatu realiti sosiolinguistik, sebagaimana yang berlaku juga dalam kebanyakan bahasa lain." Penggunaan bahasa rojak dalam situasi tidak formal, tidak akan menjejaskan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sarna tidak sepatutnya berlaku dalam situasi rasmi seperti yang ditegaskan seterusnya oleh Awang (2006):

Page 13: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

. . .dalam urusan rasmi clan untuk keperluan mengungkapkan ilmu serta pemikiran, bahasa yang sesuai digunakan ialah bahasa baku, bukan bahasa basahan atau bahasa pasar. Apabila ragam bahasa yang sepatutnya terbatas dalam suasana tidak rasmi itu digunakan juga dalam bidang yang rasmi ... maka memang dapat dirasakan fenomena itu sebagai satu gugatan kepada taraf dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

IOta membuat andaian bahawa di dalam kelas dan dalam majlis formal, penggunaan bahasa baku akan dikekalkan. Andaian ini meleset kerana kita sendiri melihat, mendengar dan menonton melalui media elektronik betapa beberapa orang pernimpin tidak bersama-sama dalam usaha ini. Nuraini (2008) yang meneliti penggunaan bahasa dalam ranah formal, iaitu mesyuarat, bengkel dan seminar mendapati keadaan yang sama berlaku dalam situasi tersebut:

B: Perkara tiga point$ve C A: Tapi dia very busy, busy dari luk . . .tapi betul . . . they're on their own. C: ... ini editing. C: Hanya kita buat free of charge la.. G: Kita check balik . . . tapi mungkin dia boleh consider ...

Situasi seperti inilah yang hams dielakkan agar tidak mengancam kemurnian dan kelestarian bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak ini berlaku dalam situasi yang formal dalam kalangan orang yang berpendidikan pastinya akan menggambarkan yang bahasa Melayu tidak layak dituturkan secara keseluruhan dan tidak dipandang

ng yang berpendidikan khususnya yang menguasai

Perkara yang sama juga dilaporkan berlaku di Indonesia. Menurut Rosida Tiurma Manurung (2009) "adanya gejala penggunaan bahasa asing secara maharajalela merupakan ancaman yang serius bagi eksistensi bahasa Indonesia". Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa terdapat beberapa gangguan bahasa yang dikemukakan oleh Rosida Tiurma Manurung berdasarkan bidang perkhidmatan swam dan perniagaan seperti yang tertera dalam Jadua18.2.

169

Page 14: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Interferensi bahasa asing secara utuh:

Bahasa Asing Bahasa Indonesia Gangguan: Bahasa Indonesia Baku: Penyalur Baby Sitter Penyalur Pengasuh Anak Keda CofSee Kedai Kopi Ketok Magic Ketok ajaib Susu Baby Susu Bayi Pos Security Pos Keamanan Pemakaian bahasa asing dengan struktur bahasa asing Gangguan bahasa: Bahasa Indonesia Baku: Style Salon Salon Gaya

I Quick Laundry Binatu Cepat ! Kids Toys Mainan Anak-anak I Low Price Harga Rendah i Credit Card Kartu Kredit I

I Pemakaian Bahasa Indonesia dengan Penjelasan Bahasa Asing

Gangguan bahasa: Bahasa Indonesia Baku:

f Binatu Mirah: Laudry and Dry Blnatu Mirah: Cuci Basah dan Cuci "leaning Kering j Sart~ka: Health Magazine Sartika: Majalah Kesehatan

Istana dunia: Toys Shop Istana Dunia: Toko Mainan Prima Jasa: Used Car Trading Pnma Jasa: Perdagangan Mobil Bekas Kenari: Ladies and Gent Salorz Kenari: Salon Pria dan Wanita

Walau bagaimanapun, usaha perlu diteruskan untuk memantapkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa global yang memainkan peranan penting sebagai bahasa ilmu kerana jawapan kepada soalan 'Mengapakah bahasa mati?' oleh Crystal (3003) patut dijadikan sempadan:

Bahasa mati apabila penuturnya mati akibat bencana alam, kebuluran, penyakit, peperangan, dan sebagainya. Namun, sesuatu bahasa juga mati kerana misalnya keghairahan semasa tentang penggunaan bahasa Inggeris secara global, asimilasi global dan penjajahan budaya. Walau apa pun faktor fizikal dan psikologikal yang menyumbang ke arah kepupusan sesuatu bahasa, tetapi sikap masyarakat penutur terhadap bahasa mereka sendin itulah faktor kematian bahasa.

Dengan erti kata lain, sikap penutur terhadap bahasa Malaysia bahasa Indonesia dapat mempengaruhi perkembangan bahasa

tersebut. Ini tidaklah menghairankan kerana daripada sikap yang baik, akan lahir jiwa dan kelakuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.

171

Page 15: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Sikap Bahasa

Sikap terhadap bahasa perlu dilihat dalam bentuk hierarki. Berikut dikemukakan model sikap terhadap bahasa Malaysia/Indonesia yang diadaptasi daripada Baker (1992) yang terdiri daripada tiga komponen seperti yang tertera dalam Rajah 8.1:

i'

Afektif n

Rajah 8.1. Model tiga komponen sikap terhadap bahasa Malaysia1 Indonesia (diadaptasi daripada Baker, 1992).

Komponen kognitif berkait rapat dengan pemikiran dan kepercayaan. Sebagai contoh sikap yang positif terhadap bahasa Melayu akan mewujudkan kepercayaan tentang betapa pentingnya bahasa ini dikekalkan dan diperkasa. Komponen afektif pula berkaitan perasaan terhadap bahasa Melayu. Perasaan ini boleh menimbulkan rasa sayang atau benci terhadap bahasa. Perasaan ini juga membolehkan penutur menikmati puisi-puisi atau mempunyai rasa simpati dan empati terhadap bahasa Melayu. Komponen kesediaan untuk bertindak dapat dilihat dalam konteks orang yang mempunyai tanggapan yang positif terhadap bahasa Melayu akan menggalakkan anak-anak belajar bahasa Melayu atau membeli banyak buku yang ditulis dalam bahasa tersebut. Mereka akan lebih sensitif terhadap perkara yang akan menggugat bahasa Melayu dan tidak akan berpeluk tubuh. Ketiga-tiga komponen ini, iaitu kognitif, afektif dan kesediaan untuk bertindak akan mempengaruhi sikap terhadap bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia.

Page 16: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Namun begitu, kita harus bersikap realistik. iaitu hubungan antara sikap dengan komponen yang disebut di atas tidaklah selalu dalam keadaan yang harmoni. Kemungkinan juga terdapat orang yang positif terhadap sesuatu bahasa tetapi mengambil tindakan yang bertentangan; sebagai contoh menggalakkan anak-anak mempelajari bahasa Inggeris dan mengetepikan bahasa Melayu kerana mempunyai pandangan bahawa kemahiran dalam berbahasa Inggeris akan lebih memudahkan seseorang untuk mendapat pekerjaan dalam suasana kini.

Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu berbanding dengan sikap masyarakat terhadap bahasa yang mempunyai kuasa dan status khususnya dalam bidang ekonorni seperti bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin akan menentukan kemajuan atau kemunduran bahasa yang berkaitan.

Persepsi Anggota Masyarakat

Persepsi masyarakat terhadap bahasa mempunyai pengaruh yang amat kuat. Marlya Maros (1999) mengkaji persepsi rakyat Malaysia (Melayu. C~na , kaum-kaum di Sarawak, dan di Sabah dan kaum-kaum lain seperti Orang Asli di Semenanjung dan Portugis) terhadap bahasa Melayu dalam rangka mencapai negara bangsa berdasarkan dua cabaran Wawasan 2020 ke arah pembentukan negara bangsa. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan peratusan yang tinggi bersetuju tentang perlunya Malaysia mempunyal bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum di sarnping menyokong kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Responden didapati suka menggunakan bahasa Melayu semasa berinteraksi dengan bangsa yang berbeza di pejabat atau semasa melakukan aktiviti harian. Walau bagaimanapun, peratus yang agak tinggi kurang pasti terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam interaksi dalam dunla korporat. Persepsi yang berbeza juga wujud berkaitan kemampuan bahasa Melayu untuk pencapaian mutu dalam segenap bidang. Bangsa Melayu menganggap bahasa Melayu berkemampuan hntuk tujuan tersebut tetapi bagi bangsa Cina dan India pula meletakkan kepercayaan kepada bahasa Inggeris. Apabila diminta untuk menyusun keutamaan bahasa yang dapat mengungkap istilah, konsep dan idea sains dan teknologi, semua kumpulan etnik menganggap bahasa Inggeris jauh lebih mampu daripada bahasa Melayu.

173

Page 17: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Banyak yang beranggapan bahawa bahasa Inggeris akan menggugat kedaulatan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. Dalam ha1 ini, hams diingat bahawa bahasa Melayu di kedua-dua buah negara sudah lama menerima pengaruh bahasa asing dan pada saat ini akan terns menerima percikan derni percikan pengaruh bahasa Inggeris. Dalam merenung kembali perkara ini, penulis mengemukakan pendapat Tea Kok Seong (2006), iaitu jangan mempersalah bahasa Inggeris sebagai pembunuh bahasa Melayu. Menurut Teo Kok Seong;

... bahasa Inggeris tidak boleh dipersalahkun langsung dalaln ha1 'pembunuhan ' ini. Masyarakat Malaysia hams dipersalahkan sepenuhnya. Bahasa Inggeris dun lebih- lebih lagi masyarakut hzggeris walau bagaimanapun licik sekalipun, tidak penlah mempunyai hasrat ini danltidak menyusun strategi melalui apa-apa perancangan ... untuk menawan mana-mana bahasdmasyarakat di dunia ini.

Kita sebagai penutur bahasa Melayu, rakyat Malaysia dan Indonesia sedang menunding jari menyalahkan bahasa Inggeris. Pernahkah terlintas dalam fikiran luta yang masyarakat Inggeris akan bertanggungjawab untuk membawa bahasa Melayu ke peringkat global? Untuk apa dan untuk siapa? Jadi, tepat sekali apabila Teo Kok Seong merumuskan bahawa kemerosotan bahasa Melayu di Malaysia disebabkan masyarakat Malaysia sendiri yang berhasrat untuk meninggalkan bahasa Melayu dan memberi tumpuan terhadap bahasa Inggeris di samping tidak berbangga dan tidak sayang terhadap bahasa Melayu, malah ada yang tidak mempedulikan tentang kelestarian bahasa Melayu.

Teo Kok Seong menasihatkan agar budaya linguistik bahasa Melayu perlu dibentuk dan dipupuk. Untuk merealisasikannya, penutur bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa Melayu baku secara tulen tanpa bahasa rojak dan digunakan sepenuhnya dalam ranah formal. Awang (2006) pula berpesan "usahlah diturunkan darjat bahasa Melayu yang sudah mencapai taraf bahasa tinggi itu dengan mencemarkannya atas nama perkembangan bahasa, fesyen semasa atau kebebasan dan hak asasi menggunakan bahasa."

Dalam konteks yang sama Nunung Nurjati (2009) pula menyarankan disediakan jalan keluar, iaitu:

Page 18: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

1. Tetap harus mengindahkan kaedah bahasa yang baik dan benar. Sebab, para ahli sepakat bahwa bahasa yang dibentuk oleh kaedah aturan serta pola tertentu, tidak boleh dilanggar agar tidak menyebabkan kesalahan interpretasi dalam komunikasi.

2. Setiap insan Indonesia menjunjung tinggi bahasanya iaitu bahasa Indonesia, dan

3. Ungkapan bahasa menunjukkan bangsa, sangat diharapkan tenvujud. Sebab, ungkapan itu memiliki makna filosofi yang dalam. Kebiasaan para penutur bahasa, oleh ahli bahasa disebut sebagai refleksi perilaku masyarakat dalam bernegara. Ketika warga tidak disiplin berbahasa, bias ditafsirkan sebagai ketidaktaatan warga terhadap aturan Negara.

kngkasnya, sebagai penutur bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia menjadi kewajipan penutur untuk memartabatkan bahasa tersebut dalam era globalisasi ini. Masing-masing kita mempunyai peranan dalam usaha melestarikan bahasa Melayu. Usahlah kita memandang remeh tentang penggunaan bahasa kita kerana ". . . bahasa kacukan bukanlah bahasa budaya tinggi. Penuturnya dengan sendirinya menurunkan tarafnya kepada taraf orang tidak terpelajar, tidak berbudaya tinggi, main-main, tidak serius, tidak menghormati majlis dan pendengarnya. Penutur bahasa kacukan menurunkan karisma penuturnya" (Abdullah, 2007).

Melangkah ke Hadapan

Dalarn kita menongkah atau mengikut arus globalisasi, sebenarnya kita sedar bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai peranannya tersendiri. Hal ini dibacarakan oleh Harshita Aini (2004):

Kepesatan perkembangan bahasa Inggeris seharusnya memberi motivasi kepada pengguna bahasa Melayu untuk memp6rkembangkan bahasa mereka, terutama sekali dalam domain teknologi maklumat. Perkembangan bahasa Melayu perlu untuk tujuan identiti dan juga agar ikatan emosional kepada budaya dan tradisi tidak pupus ditenggelami oleh bahasa dan budaya lain yang dominan. Tidak perlu kita cuba mewujudkan satu dikotomi antara

Page 19: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, yang Juga dianggap secara popularnya sebagai "language and culture killer". Terdapat ruang untuk kedua-dua bahasa ini beriringan kerana kedua-duanya mempunyai fungsi masing-masing

Hal yang sama juga diungkapkan oleh I. B. Putera (2009):

Dalam ha1 ini saya sangat setuju dengan pen/osisian tiga bahasa di Indonesia yakni bahasa daeralz, Indonesia dan bahasa Inggeris, sebagaimana yang direkomendasi Pusat Balzasa sebagai hasil seminar intemasional di Bandung pada bula~z Mei 2009. Ketiga bahasa itu harus disadari memiliki peran yang berbeda-heda, dan tidak harus saling mematikan. Bahasa daerah berperan untuk membangun kesadaran lokalitas dan sistem nilai sosial budaya lokal. Bahasa Indotzesiu memiliki peran penting dalam membangun jiwa kehangsaan. Bahasa Inggris memiliki peran penting dalam pergaulan global. Singkatnya, kita hams menggunakan ketiga balzasa itu secara kontekstual dan secara situutio~zal.

Seterusnya, berdasarkan pandangan bahawa agama dan bahasa akan membentuk tamadun manusia (Braudel, 1993; Huntington, 1996; T . A. Ridwan, 2004), seharusnyalah luta melihat peranan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (di samping bahasa daerah atau dialek) untuk mewajakan lagi-iati diri luta melalui kekuatan berbahasa. Bahasa merupakan alat pengikat atau alat pemersatu bangsa. Seperti yang diperkatakan vleh I Gustu Ngurah Rai Oka (1999) dan Leo Idra Ardiana (2003), terdapat tiga fungsi bahasa yang utama, iaitu:

1. Sebagai alat komunikasi antarbangsa. 2. Alat komunikasi antaranggota masyarakat dalam suatu bangsa. 3. Alat pembentukan pandangan hidup atau pandangan keduniaan

(welta~zsclzauung) dari sesuatu bangsa.

Kita juga sedia maklum bahawa para guru )?zemainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Mereka perlu terus didedahkan dengan ilmu bahasa dan kebahasaan. Sebagai contoh, Program Sajana Sastera Pengajian Bahasa Melayu ~ontemporari

Page 20: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

yang ditawarkan di Pusat Pendidikan dan Bahasa Moden, Kolej Sastera dan Sains di Kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dan juga di Kota Bharu, Kelantan merupakan usaha untuk memastikan kewajaan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan pendidik dan pencinta bahasa di Wilayah Utara dan Wilayah Timur tanah air. Penulis juga bertemu dengan banyak ahli akademik dari Indonesia yang sedang menyiapkan tesis dan disertasi dalam bidang Pengajian Bahasa Melayuflndonesia di Indonesia. di Malaysia dan juga di universiti-universiti di luar negara. Dengan kelahiran lebih banyak cendehawan dalam bidang bahasa Melayu, dalam antara disiplin dan dalam pelbagai pengkhususan tentunya perkara yang pernah disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed akan tercapai, iaitu hanya bangsa yang maju akan menjulang bahasanya pada peringkat global.

PENUTUP

4 Era globalisasi ini tidak sepatutnya menjadikan bahasa Melayu ' menjadi lemah. Sebenarnya bahasa Melayu sudah lama berdepan I j dengan globalisasi berdasarkan zamannya, dan seluranya bahasa

; Melayu boleh bertahan selama lebih 2,000 tahun, ditambah pula

; dengan jumlah penutur seramai 200,000,000 - 300,000,000, secara ' optimis bahasa Melayu tidak akan hilang taringnya dalam era

\ globalisasi dan akan terus kekal di dunia ini.

I Dengan sokongan padu daripada semua pihak khususnya masyarakat luta sendiri, bahasa ini dapat dijulang ke peringkat global. Pelbagai usaha perlu ditingkatkan sebagai contoh dengan memanfaatkan kemajuan yang ada seperti kecanggihan teknologi pastinya kita mampu menyangga keutuhan bahasa Melayu. Pada pandangan penulis, usaha ini juga merupakan langkah yang baik untuk mencapai konsep "1 Malayslaw yang disarankan oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dan menjunjung Semboyan Indonesia, iaitu Bhinneka Tunggal Ika (Bahasa Jawa Kuno yang bermaksud "Kesatuan dalam Kepelbagaian"). Bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia sebenarnya boleh terus bersemarak dalam arus globalisasi sekiranya mendapat sokongan yang padu daripada Pucuk pimpinan dan pengguna bahasa Melayu.

Page 21: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman. (2000). Bahasa asas pembinaan tamadun bangsa. Dlm. Darwis Harahap Abdul Jalil Hj. Anuar (Ed.), K ~ n ~ ~ ~ l ~ ~ kertas kerja: Kolokium bahasapemikiran Melayu dan Indonesia (hlm. 1-25). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia, >

Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (2007, Julai). Bahasa rojak dan karisma penutur.

Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Bahasa Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amran Halim. (1980). Politik bahasa Nasional 1. Jakarta: Balai Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1999). Bahasa Melayu merentas alaf: Unjuran ke alaf barn. Jumal Dewan Bahasa, 43(1 I), 962-979.

Asmah Haji Omar. (2010). Kajian dun perkembangan bahasa Melayu (edisi ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2006). Bahasa kacukan: Antara realiti sosiolinguistik dengan idealism perancangan bahasa. Jumal Bahasa, 6(1), 541-560.

Bahasa jiwa bangsa. (t.t.). Dicapai daripada http://prpm.dbp.gov.my/ Balai Bahasa Yogyakarta. (2009). Profil balai bahasa. Dicapai

daripada http://www.balaibahasa.org/sejarah.php Baker, C. (1 992). Attitude and language. Clevedon, Avon:

Multilingual Matters. Braudel, F. (1993). A history o f civili?ations (R. Mayne, Pentj.),

New York: Penguin Books. (Buku asal diterbitkan pada tahun 1962).

Collins, J. T. (1994). Bahasa Melayu di batas zaman: Renungan sejarah, ramalan arah. Junzal Dewan Bahasa, 38(6), 484-495.

Crystal, D. (2002). Mengapakah bahasa mati? (Azizah Md. Hussin, Pentj .), Jumal Balzasa, 2(3), 309-333.

Darwis Harahap. (1992). Sejarahpertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Dewan Bahasa dun Pustaka. (2009). Laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai daripada http://www.dbp.gov.my/

Ellwood, W. (2001). 7 I e no-nonsense guide to globalization. Oxford & London: New Internationalist & Verso.

Page 22: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Harshita Aini Haroon. (2004). Globalisasi bahasa: Antara realiti dan imaginasi. Dlm. Mohd Azlzuddin Mohd Sani, Mas Juliana Mukhtaruddin, & Mohd Baharudin Othman (Ed.), Globalisasi dalam perspektif: Isu dun cabararz (hlm. 161-174). Petaling Jaya: IBS Buku.

Huntington, S. P. (1996). The clash of civilizations? The debate. Foreign Affairs, 72(3), 22-49.

I. B. Putera Manuaba. (2009). Pergeseran peran bahasa bzdonesia dalam kolzteks lokal dun global. Dlm. Sunu Catur Budiyono, M. Oktavia Vidiyanti, Agung Pramujiono, & Luluk Isani Kulup (Ed.), Prosiding relasi lokulitas-globalitas menuju modemitas balzasa dun sastra Indorzesia (hlrn. 59-67). Surabaya: Universitas PGRI Adi Buana.

I. Gustu Ngurah Rai Oka. (1999). Problematik balzasa dun pengajaran bahasa Indonesia. Surabaya: Usaha Nasional.

Ismail Hussein. (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leo Idra Ardiana. (2003). Pembelujaran keterampilan berbahasa dan bersastra. Kertas ke j a yang dibentangkan di Seminar Nasional Pengarusutamaan Kompetensi pada kajian bahasa, sastra, seni, dan pembelajaran. Surabaya: Universitas Negeri Surabaya (Unesa).

Luke. A., Luke, C., & Graham, P. (2007). Globalisation, corporatism and critical language Education. International Multilingual Research Joumal 1(1), 1-13.

M . Abdul Khak. (2009). Peran bahsa dalarn menjayakan bangsa: Kasus bahasa Indonesia pada media mssa internet. Dlm. Sunu Catur Budiyono, M. Oktavia Vidiyanti, Agung Pramujiono, & Luluk Isani Kulup (Ed.), Prosiding relasi lokalitas-globalitas nlenuju modemitas bahasa dun sastra Indonesia (hlm. 53-58). Surabaya: Universitas PGRI Adi Buana.

Marlyna Maros. (1999). Bahasa Melayu dalam pembentukan negara- bangsa: A,ntara hasrat dan halukat. Dlm. Paitoon M. Chaiyanara (Ed.), Prosiding Ancangan pembingkas berdaya cipta dalam pengajian Melayu/lndonesia (hlrn. 146-1 63). Thailand & Singapura: Universiti Prince of Songkla, Pattani, Thailand, & Kesatuan Guru-guru Melayu, Singapura.

Myers-Scotton, C. (1993). Duelling languages: Grammatical structure in code switching. Oxford: Oxford Press.

Page 23: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Teo Kok Seong. (2006). Kerancuan dalam bahasa Melayu. Jul-nal Bahasa, 6(1), 697-712.

Thiong'o, N. W. (1994). Decolorzising the miad: The politics of language in African literature. London & Portsmouth: James Currey & Heinemann.

Wallraff, B. (2000). What global language? Dicapai daripada http:// ww. theatlantic. corn

Page 24: BAHASA MELAYU DALAM ARUS KEWAJAANNYA?

Klasifikasi Gangguan Bahasa Asing dalam Bidang Perkhidmatan Awam dun Pe~niagaan (Rosida Tiurma~t Manurung, 2009)

Interferensi bahasa asinn secara utuh: - Bahasa Asine Bahasa Indonesia

Laundry service ope11 close exit hakerv

~ - - Binatu semis buka tutup keluar roti

push dorong Interferensi di bidang hukum kebahasaan - Hukum Diterangkan- Meneranrrkan (Hukum DM) DM- Contoh bahasa Indonesia MD Panti pijat Anata Salon ~ a n t o i pos Omega Mobil Meja belajar Andi Knalpot Air dingin Sinar Binatu Mobil bekas Gemah Ripah Taksi

Sepatutny a: Salon Anata Mobil Omega Kn alpot Andi Binatu Sinar Taksi Gemah Ripah

Pemakaian bahasa asing struktur bahasa Indonesia

DM Seharusnya DM Service Handphone Service Telefon Selular Discount 30% Korting 30%

Pemakaian kosa kata bahasa asing dengan bahasa Indonesia struktur bahasa

- -

Gangguan: Bahasa Indonesia Baku: Lebaran Sale Korting Lebaran Kasih Bunda Educations Pendidikan Kasih Bunda Sahabat Sejati Taylor Penjahit Sahabat Sejati Jelita Beauty Salor~ Salon Kecantikan Jelita Abadi Bakery Roti Abadi Pemakaian kosa kata bahasa asing dengan bahasa Indonesia struktur bahasa Indonesia

(sambungan)