kes pembuangan bayi

Upload: princess-katak

Post on 12-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kes pembuangan bayi semakin berleluasa di negara ini.

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 Kes Pembuangan Bayi

    1/4

    Kes pembuangan bayi yang berlaku dianggap angkara orang yang tidak bertanggungjawab.

    Kes pembuangan bayi kerap berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak mempunyai

    ikatan perkahwinan yang sah. Anggaran kes pembuangan bayi yang dilaporkan di

    televisyen,kira-kira 7 kes dalam sehari. Mayat-mayat bayi yang dibuang kerap ditemui di

    tong sampah , stesen bas dan teksi , serta di tepi-tepi longkang.Masalah ini kian

    membimbangkan masyarakat.Masyarakat perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya kespembuangan bayi. Oleh sebab itu , langkah-langkah untuk menangani masalah pembuangan

    bayi perlu diambil oleh semua pihak.(81 p.p )

    Remaja sering menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa. Para remaja cuba

    mengambil kesempatan atas sikap keterbukaan yang diamalkan oleh ibu bapa. Remaja

    menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa dengan bergaul bebas antara

    lelaki dan perempuan.Remaja melakukan perkara negatif seperti hubungan seks luar nikah

    sehingga menyebabkan mereka hamil.Buktinya,pengalaman seorang pelajar institusi

    pengajian tinggi yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian menunjukkan kebebasan tanpa

    pengawasan ibu bapa menyebabkan mereka bebas melakukan aktiviti negatif. Di samping

    tinggal di luar kampus mereka bebas melakukan apa

    apa sahaja tanpa pengawasan ibu bapa.Kesan daripada kehamilan luar nikah menyebabkan pembuangan bayi berlaku. kebebasan

    yang diberikan oleh ibu bapa sememangnya menjadi sebab peningkatan pembuangan bayi.

    Pembuangan bayi berpunca daripada sikap masyarakat yang kurang mengamalkan ajaran

    agama. Para remaja yang tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan

    mereka terlibat dengan kes pembuangan bayi. Statistik menunjukkan majoriti pesalah

    pembuangan bayi melibatkan remaja kaum melayu berbanding dengan kaum lain. Para

    remaja kurang memahami konsep dosa dan pahala sehingga mereka sanggup terlibat dengan

    kes pembuangan bayi.Konsep agama sebagai pendinding gejala sosial seperti kes

    pembuangan bayi kurang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.Amalan agama

    seperti membaca Al-Quran,solat dan puasa dapat menghalang seseorang daripada melakukan

    maksiat. Namun demikian, kehidupan para remaja yang berlandaskan nafsu dan

    mementingkan keseronokan, sehingga menyebabkan mereka kurang mengamalkan ajaran

    agama.Para remaja yang kurang mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan akan

    mengambil tindakan yang salah sehingga sanggup membuang bayi mereka.

    Sikap masyarakat yang gemar memandang serong terhadap golongan remaja yang terlanjur

    menjadi alasan gadis yang terlanjur membuang bayi. Sememangnya masyarakat akan

    memandang sinis terhadap mereka kerana mereka telah melakukan perkara yang terkutuk di

    sisi agama dan norma masyarakat. Keluarga gadis yang hamil akan disisihkan dan dimalukan

    apabila anak gadis mereka menconteng arang di muka mereka. Ibu bapa yang tidak

    memahami masalah yang ditanggung oleh gadis tersebut menyebabkan gadis tersebuttertekan dan bertindak di luar kewarasan dengan membuang bayinya.

    Mata pelajaran sains dan biologi boleh dijadikan fokus untuk menyampaikan pendidikan

    tentang seks. Pembelajaran tentang pembiakan biologi , psikologi dan seksologi dapat

    memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kesan melakukan seks sebelum kahwin

    ataupun selepas kahwin. Pengetahuan tentang seks amat penting bagi membendung masalah

    keterlanjuran dalam kalangan masyarakat. Oleh itu , masyarakat akan lebih mengetahui

    tentang kesan melakukan seks bebas terhadap diri sendiri. Hal ini akan menyebabkan mereka

    lebih prihatin untuk menjaga maruah diri sendiri terutamanya wanita.

    Kempen secara besar-besaran juga harus diadakan. Kempen yang dijalankan oleh badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan dapat menjadikan masyarakat lebih prihatin tentang

  • 5/22/2018 Kes Pembuangan Bayi

    2/4

    persekitaraan mereka. Kempen ini bertujuan untuk memupuk sikap saling tegur-menegur

    dalam kalangan masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Masyarakat harus menegur

    sesiapa sahaja apabila melihat pasangan berdua-duaan , bercumbuan , dan berpelukan di

    khalayak ramai. Talian Nur merupakan salah satu langkah oleh Kementerian Pembanguna

    Wanita dan keluarga untuk membendung masalah ini. Oleh itu , pihak terbabit haruslah

    memainkan peranan masing-masing untuk memastikan masalah ini dapat dibendung.

    Ibu bapa harus mengambil berat tentang anak-anak mereka. Pada masa ini , terdapat ramai

    ibu bapa yang mementingkan soal kerja daripada anak-anak mereka. Ibu bapa berpendapat

    bahawa kebendaan boleh membahagiakan keluarga tanpa perhatian dan juga kasih sayang.

    Namun , anak-anak akan berasakan bahawa ibu bapa tidak menyayangi mereka dan

    mengambil kesempatan untuk mencuri kese

    ronokan di luar rumah. Hal ini akan mendatangkan masalah apabila anak-anak salah mencari

    keseronokan di luar yang boleh mendatangkan kesan negatif. Anak-anak akan berjumpa

    dengan rakan sebaya dan terjebak dengan pergaulan bebas.

    Kesimpulannya , kes pembuangan bayi ini harus dibendung dengan segera agar tidakmenjadi barah kepada masyarakat. Para remaja merupakan asset negara kerana mereka

    merupakan pelapis pemimpin untuk memimpin negara. Kementerian Pembangunan Wanita

    dan Keluarga telah berusaha membendung gejala ini melalui kewujudan Talian Nur. Kes

    pembuangan bayi yang tidak terkawal boleh menyebabkan individu tersebut akan dipandang

    serong oleh masyarakat. Oleh itu , semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu bagi

    memastikan negara Malaysia bebas daripada masalah kes pembuangan bayi ini.

  • 5/22/2018 Kes Pembuangan Bayi

    3/4

    Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi. Karangan Bahagian B.SPM.

    Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama adadari segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan

    2020. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masihdihantui satu penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitugejala pembuangan bayi.Kes ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku danboleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Tindakanmanusia yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang bayi adalah untukmenyembunyikan perbuatan jahat mereka. Persoalannya, apakah punca yang telahmenyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin meningkat?

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakanpunca utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang

    kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbangkepada masalah ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akanmenyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawabdan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikanagama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarangtingkah laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindaksecara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapatmembezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihakperlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentangisu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segiagama.

    Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalammasalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang danperhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enaudalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahanharta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harusmeluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agarmereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yangdiberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruhdengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan perananpenting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.

    Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnyamasalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remajaamat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabilamereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul denganrakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajakremaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat,

    misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukanpergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan

  • 5/22/2018 Kes Pembuangan Bayi

    4/4

    melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapatibahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksamembuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaanmalu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.

    Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiad penawarnya. Oleh yang demikian,langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala inidaripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa.Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkananak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididikdalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar merekatidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalahyang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang palinghampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anakmereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anakkerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang

    sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anakmereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebakdengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus kelembah penzinaan.

    Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalahpembuangan bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa sertamasyarakat di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempenkesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnyadapat menangani masalah ini. Sebagai contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam

    konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah berterusan bukannyasekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping itu, peranan media massa danmedia cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakanoleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan danmembuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan.Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyatMalaysia.

    Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandangenteng. Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang

    sepenuhnya. Kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satupihak sahaja sebaliknya kita hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebingbagi membenteras masalah ini persis mutiara kata, bukit sama didaki, lurah samadituruni. Dengan adanya kerjasama yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagaisirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani dari akar umbinya sekali gus misiWawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan mengikut landasan yang betul.