kes liwat ii: anwar ibrahim & saiful bukhari azlan

2
BIL: SN207 27 SAFAR 1431H / 12 FEBRUARI 2010 KDN PP 16482/09/2010 (025476) KISAH ANWAR, SAIFUL DAN . . . Kes liwat Anwar dan Saiful akhirnya dibicarakan di mahkamah setelah mengalami beberapa siri penangguhan sejak ia mula meletus. Tajuk-tajuk utama akhbar dan juga perbualan di pejabat-pejabat serta di kedai-kedai kopi kini diwarnai dengan adegan terpanas ini. Laman web, blog-blog dan pelbagai forum di alam maya sememangnya memanaskan lagi suasana. Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas orang nombor dua negara, yang sekarang menyandang jawatan ketua pembangkang kini sedang bergelut dengan apa yang disifatkannya sebagai fitnah jahat ke atas dirinya. Mantan Timbalan Perdana Menteri ini telah didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan hubungan seks diluar tabii (meliwat) bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain apa yang berlaku ke atas dirinya secara peribadi, partinya, PKR dan Pakatan Rakyat sendiri kini diserang bertubi-tubi oleh parti pemerintah di dalam usaha pemerintah memecah belahkan parti lawannya ini. Media pro kerajaan tidak habis-habis berusaha memburukkan imej parti pembangkang dan khusus di dalam liputan perbicaraan kes liwat ini pula, akhbar-akhbar arus perdana terus-menerus cuba menggambarkan bahawa Anwar berada di pihak yang salah. Dengan apa yang berlaku ini, apa yang pasti ialah sejarah hitam sekali lagi terpalit ke atas Anwar Ibrahim yang dalam masa yang sama sebenarnya memalitkan imej negatif dunia ke atas Malaysia. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ditulis untuk membela atau menghukum mana-mana pihak yang terbabit, namun ingin mengajak para pembaca agar kembali kepada pemikiran fiqh Islam, yang sepatutnya diterapkan ke atas umat Islam dalam menyelesaikan setiap persengkataan yang wujud. Kes Liwat Anwar-Saiful, Apa Yang Tak Kena? Sejak awal kes ini terbongkar, banyak pihak apatah lagi pembangkang yang menganggap wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar oleh pihak-pihak tertentu. Mereka mempertikaikan apa yang berlaku dari A-Z dan menyifatkan kes liwat ini sebagai fitnah kali kedua untuk menjahanamkan karier politik ketua pembangkang itu. Sehinggalah apabila kes mula disebut di Mahkamah Tinggi, para penyokong Anwar terus berhimpun demi menyuarakan bantahan. Selain pihak yang bersimpati, tidak kurang wujudnya sebahagian pihak lain yang percaya bahawa ahli Parlimen Permatang Pauh itu memang terlibat di dalam perbuatan tidak bermoral itu. Apa pun, sebagai Muslim, Islam melarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah. Kaedah syarak menyatakan ‘al-aslu bara’atu zimmah’ (hukum asal seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan). Dalam Islam, seseorang itu hanya dikatakan bersalah apabila mahkamah telah mensabitkan kesalahannya. Justeru kita sepatutnya menjaga diri kita dari dosa dengan tidak membuat sebarang spekulasi atau tuduhan ke atas orang yang belum dibuktikan bersalah. Apa yang memang benar-benar salah di sini ialah apabila kes ini dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sungguh malang apabila kes berprofil tinggi ini berlangsung, tidak ada ataupun mungkin hanya segelintir umat Islam yang ada pada hari ini menyedari bahawa Anwar telah dibicarakan di mahkamah yang ‘salah’ yakni mahkamah kufur, bukannya mahkamah Islam! Secara pasti, sistem kehakiman dan undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undang thagut yang ditinggalkan oleh penjajah. Sebahagian umat Islam gagal menyedari bahawa liwat ialah kesalahan hudud yang wajib dihukum mengikut hukum Allah, bukannya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digubal oleh manusia, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Nampaknya undang-undang Allah terus dibakul sampahkan oleh para pemimpin sekular dan oleh mahkamah yang ada pada hari ini walaupun kesemua pihak yang terlibat adalah beragama Islam. Seperkara lagi yang tidak kena dalam kes dakwaan liwat oleh Saiful ke atas Anwar di sini adalah apabila hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang sahaja yang dibicarakan, manakala Saiful tidak! Berdasarkan pertuduhan di bawah S377B, dan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Saiful sendiri di mahkamah setakat ini, teramat jelas bahawa Saiful (penuduh) mengakui bahawa dia telah diliwat oleh bekas majikannya itu. Ini bermakna, terdapat dua keadaan kes di sini (i) Pengakuan Saiful yang dia diliwat oleh Anwar dan (ii) Tuduhan bahawa Anwar meliwatnya. Dalam keadaan (i), menurut Islam, jika seseorang itu telah mengaku melakukan suatu kesalahan dengan sengaja atau sukarela, dan dia benar-benar faham akan kesalahan dan kesan pengakuan yang dibuatnya, maka dia hendaklah dihukum. Untuk kes (ii), si Saiful hendaklah mendatangkan dua saksi yang adil di atas pertuduhannya ke atas Anwar. Anwar sekali-kali tidak boleh disabitkan (kesalahan) berdasarkan pengakuan Saiful, kerana pengakuan Saiful hanya akan ‘mensabitkan’ dirinya sendiri dan tidak boleh mensabitkan orang lain. Bagi ‘pengakuan’ liwat yang telah dilakukan oleh Saiful, maka menurut fikih perundangan Islam, qadhi yang sedang menghakimi kes ini hendaklah bertanya, sama ada liwat tersebut berlaku secara paksa atau sukarela? Jika dipaksa, perlu diperhalusi lagi, apakah paksaan itu ‘bersangatan’ (ikrahul mulji’) sifatnya (yakni) yang boleh membawa kematian atau kecederaan berat, atau sekadar paksaan yang tidak memudaratkan? Qadhi perlu menyoalsiasat perkara ini dengan mendalam agar perlakuan liwat tadi boleh ditentukan statusnya, sama ada termasuk ke dalam kategori penganiayaan (jika ikrahul mulji’) atau kemaksiatan (jika dilakukan secara sukarela atau sebenarnya paksaan yang berlaku tidaklah sampai memudharatkan). Jika wujud paksaan tetapi sekadar dimarah atau ditengking, ini tidak sekali-kali termasuk dalam ikrahul mulji’ . Berbeza jika seseorang yang diacukan pistol atau pisau dan diarahkan melakukan suatu kesalahan, maka ini merupakan keadaan ikrahul mulji’ baginya. Jika kejadian liwat ini termasuk di dalam kes penganiayaan (wujudnya ikrahul mulji’ ) maka si pendakwa akan terlepas dari hukuman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, “Diangkat (kesalahan) dari umatku (dalam keadaan) tidak sengaja, lupa atau kerana dipaksa” [HR Ibnu Majah dan Baihaqi]. Dan jika si pendakwa berjaya membuktikan (dengan mendatangkan dua saksi yang adil) bahawa si tertuduh meliwatnya dalam keadaan ikrahul mulji’ , manakala si tertuduh tidak mengakuinya, maka pihak yang tertuduh mestilah dipanggil untuk membela diri. Namun sebaliknya, jika tidak wujud ikrahul mulji’, maka si pendakwa wajiblah dikenakan hudud di atas ‘pengakuan’ liwatnya kerana ini bermakna dia telah melakukan kesalahan liwat dengan sengaja. Jika si pendakwa gagal mendatangkan dua orang saksi dan si tertuduh pula tidak mengaku, maka si tertuduh adalah terlepas dari hukuman. Bagaimanapun wajib bagi qadhi/hakim mendengar hujah dan pembuktian dari kedua-dua pihak, sebelum memutuskan hukuman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW tatkala mengangkat Ali bin Abi Thalib menjadi qadhi di Yaman, sabda baginda, “Jika ada dua orang yang bersengketa duduk di hadapanmu (meminta keputusan), janganlah engkau berbicara (memberi keputusan) hingga engkau mendengarkan (keterangan) dari pihak lain sebagaimana engkau telah mendengar dari pihak yang pertama” [HR Ahmad]. Hukuman Liwat Dalam Islam (Yang Meliwat dan Yang Diliwat) Di dalam sistem uqubat Islam, liwat adalah termasuk di dalam kategori kesalahan hudud. Islam telah menetapkan bahawa hukuman liwat adalah bunuh, sama ada pelakunya belum berkahwin (ghair muhsan) ataupun yang telah berkahwin (muhsan). Sesiapa

Upload: hafiz-al-din

Post on 04-Jul-2015

13.233 views

Category:

News & Politics


3 download

DESCRIPTION

http://tenteramaya.blogspot.com/ KES LIWAT II: ANWAR IBRAHIM & SAIFUL BUKHARI AZLAN Credit: http://www.mykhilafah.com/

TRANSCRIPT

Page 1: Kes Liwat II: Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari Azlan

BIL: SN207 27 SAFAR 1431H / 12 FEBRUARI 2010 KDN PP 16482/09/2010 (025476)

KISAH ANWAR, SAIFUL DAN . . .Kes liwat Anwar dan Saiful akhirnya dibicarakan di mahkamah setelah mengalami beberapa siri penangguhan sejak ia mula meletus.Tajuk-tajuk utama akhbar dan juga perbualan di pejabat-pejabat serta di kedai-kedai kopi kini diwarnai dengan adegan terpanas ini.Laman web, blog-blog dan pelbagai forum di alam maya sememangnya memanaskan lagi suasana. Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekasorang nombor dua negara, yang sekarang menyandang jawatan ketua pembangkang kini sedang bergelut dengan apa yang disifatkannyasebagai fitnah jahat ke atas dirinya. Mantan Timbalan Perdana Menteri ini telah didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan ataskesalahan melakukan hubungan seks diluar tabii (meliwat) bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain apa yang berlaku keatas dirinya secara peribadi, partinya, PKR dan Pakatan Rakyat sendiri kini diserang bertubi-tubi oleh parti pemerintah di dalam usahapemerintah memecah belahkan parti lawannya ini. Media pro kerajaan tidak habis-habis berusaha memburukkan imej parti pembangkangdan khusus di dalam liputan perbicaraan kes liwat ini pula, akhbar-akhbar arus perdana terus-menerus cuba menggambarkan bahawaAnwar berada di pihak yang salah. Dengan apa yang berlaku ini, apa yang pasti ialah sejarah hitam sekali lagi terpalit ke atas AnwarIbrahim yang dalam masa yang sama sebenarnya memalitkan imej negatif dunia ke atas Malaysia. Sautun Nahdhah kali ini bukanlahditulis untuk membela atau menghukum mana-mana pihak yang terbabit, namun ingin mengajak para pembaca agar kembali kepadapemikiran fiqh Islam, yang sepatutnya diterapkan ke atas umat Islam dalam menyelesaikan setiap persengkataan yang wujud.

Kes Liwat Anwar-Saiful, Apa Yang Tak Kena?

Sejak awal kes ini terbongkar, banyak pihak apatah lagi pembangkang yang menganggap wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwaroleh pihak-pihak tertentu. Mereka mempertikaikan apa yang berlaku dari A-Z dan menyifatkan kes liwat ini sebagai fitnah kali kedua untukmenjahanamkan karier politik ketua pembangkang itu. Sehinggalah apabila kes mula disebut di Mahkamah Tinggi, para penyokong Anwarterus berhimpun demi menyuarakan bantahan. Selain pihak yang bersimpati, tidak kurang wujudnya sebahagian pihak lain yang percayabahawa ahli Parlimen Permatang Pauh itu memang terlibat di dalam perbuatan tidak bermoral itu. Apa pun, sebagai Muslim, Islammelarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah. Kaedah syarak menyatakan ‘al-aslu bara’atuzimmah’ (hukum asal seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan). Dalam Islam, seseorang itu hanya dikatakan bersalahapabila mahkamah telah mensabitkan kesalahannya. Justeru kita sepatutnya menjaga diri kita dari dosa dengan tidak membuat sebarangspekulasi atau tuduhan ke atas orang yang belum dibuktikan bersalah.

Apa yang memang benar-benar salah di sini ialah apabila kes inidibicarakan di Mahkamah Sivil. Sungguh malang apabila kesberprofil tinggi ini berlangsung, tidak ada ataupun mungkin hanyasegelintir umat Islam yang ada pada hari ini menyedari bahawaAnwar telah dibicarakan di mahkamah yang ‘salah’ yakni mahkamahkufur, bukannya mahkamah Islam! Secara pasti, sistem kehakimandan undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undangthagut yang ditinggalkan oleh penjajah. Sebahagian umat Islamgagal menyedari bahawa liwat ialah kesalahan hudud yang wajibdihukum mengikut hukum Allah, bukannya mengikut Seksyen 377BKanun Keseksaan yang digubal oleh manusia, yang membawahukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabitkesalahan. Nampaknya undang-undang Allah terus dibakulsampahkan oleh para pemimpin sekular dan oleh mahkamah yangada pada hari ini walaupun kesemua pihak yang terlibat adalahberagama Islam.

Seperkara lagi yang tidak kena dalam kes dakwaan liwat oleh Saifulke atas Anwar di sini adalah apabila hanya Datuk Seri Anwar Ibrahimseorang sahaja yang dibicarakan, manakala Saiful t idak!Berdasarkan pertuduhan di bawah S377B, dan berdasarkanketerangan yang diberikan oleh Saiful sendiri di mahkamah setakatini, teramat jelas bahawa Saiful (penuduh) mengakui bahawa diatelah diliwat oleh bekas majikannya itu. Ini bermakna, terdapat duakeadaan kes di sini (i) Pengakuan Saiful yang dia diliwat oleh Anwardan (ii) Tuduhan bahawa Anwar meliwatnya. Dalam keadaan (i),menurut Islam, jika seseorang itu telah mengaku melakukan suatukesalahan dengan sengaja atau sukarela, dan dia benar-benarfaham akan kesalahan dan kesan pengakuan yang dibuatnya, makadia hendaklah dihukum. Untuk kes (ii), si Saiful hendaklahmendatangkan dua saksi yang adil di atas pertuduhannya ke atasAnwar. Anwar sekali-kali tidak boleh disabitkan (kesalahan)berdasarkan pengakuan Saiful, kerana pengakuan Saiful hanyaakan ‘mensabitkan’ dirinya sendiri dan tidak boleh mensabitkanorang lain. Bagi ‘pengakuan’ liwat yang telah dilakukan oleh Saiful, makamenurut fikih perundangan Islam, qadhi yang sedang menghakimikes ini hendaklah bertanya, sama ada liwat tersebut berlaku secarapaksa atau sukarela? Jika dipaksa, perlu diperhalusi lagi, apakahpaksaan itu ‘bersangatan’ (ikrahul mulji’) sifatnya (yakni) yang boleh

membawa kematian atau kecederaan berat, atau sekadar paksaanyang tidak memudaratkan? Qadhi perlu menyoalsiasat perkara inidengan mendalam agar perlakuan liwat tadi boleh ditentukanstatusnya, sama ada termasuk ke dalam kategori penganiayaan(jika ikrahul mulji’) atau kemaksiatan (jika dilakukan secara sukarelaatau sebenarnya paksaan yang berlaku tidaklah sampaimemudharatkan). Jika wujud paksaan tetapi sekadar dimarah atauditengking, ini tidak sekali-kali termasuk dalam ikrahul mulji’.Berbeza jika seseorang yang diacukan pistol atau pisau dandiarahkan melakukan suatu kesalahan, maka ini merupakankeadaan ikrahul mulji’ baginya.

Jika kejadian liwat ini termasuk di dalam kes penganiayaan(wujudnya ikrahul mulji’) maka si pendakwa akan terlepas darihukuman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, “Diangkat(kesalahan) dari umatku (dalam keadaan) tidak sengaja, lupa ataukerana dipaksa” [HR Ibnu Majah dan Baihaqi]. Dan jika si pendakwaberjaya membuktikan (dengan mendatangkan dua saksi yang adil)bahawa si tertuduh meliwatnya dalam keadaan ikrahul mulji’,manakala si tertuduh tidak mengakuinya, maka pihak yang tertuduhmestilah dipanggil untuk membela diri. Namun sebaliknya, jika tidakwujud ikrahul mulji’, maka si pendakwa wajiblah dikenakan hududdi atas ‘pengakuan’ liwatnya kerana ini bermakna dia telahmelakukan kesalahan liwat dengan sengaja. Jika si pendakwa gagalmendatangkan dua orang saksi dan si tertuduh pula tidak mengaku,maka si tertuduh adalah terlepas dari hukuman. Bagaimanapunwajib bagi qadhi/hakim mendengar hujah dan pembuktian darikedua-dua pihak, sebelum memutuskan hukuman. Ini berdasarkanhadis Rasulullah SAW tatkala mengangkat Ali bin Abi Thalib menjadiqadhi di Yaman, sabda baginda, “Jika ada dua orang yangbersengketa duduk di hadapanmu (meminta keputusan), janganlahengkau berbicara (memberi keputusan) hingga engkaumendengarkan (keterangan) dari pihak lain sebagaimana engkautelah mendengar dari pihak yang pertama” [HR Ahmad].

Hukuman Liwat Dalam Islam (Yang Meliwat dan Yang Diliwat)

Di dalam sistem uqubat Islam, liwat adalah termasuk di dalamkategori kesalahan hudud. Islam telah menetapkan bahawahukuman liwat adalah bunuh, sama ada pelakunya belum berkahwin(ghair muhsan) ataupun yang telah berkahwin (muhsan). Sesiapa

Page 2: Kes Liwat II: Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari Azlan

Nasyrah Mingguan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)Penerbit: IKATAN INTELEKTUAL NUSANTARA (No. Pend. 001389443-D), 43A-2-31, Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur.Tel/HP: 013-3622495Pencetak: HIZI PRINT SDN BHD (No. Syk 478629-H), No. 19, Jalan P10/19, Selaman Industrial Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.Tel: 03-89269896, Faks: 03-89269897

saja yang telah terbukti melakukan liwat, maka dia hendaklahdihukum bunuh. Dalilnya adalah berdasarkan Sunnah dan Ijma’Sahabat. Dari Ibnu Abbas ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa yang kamu dapati ia melakukan perbuatan kaumNabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya” [HR Ahmad, Abu Daud,Ibn Majah dan Tarmizi]. Manakala dalil yang ditunjukkan oleh Ijma’Sahabat adalah kesepakatan para sahabat untuk membunuh pelakuliwat, sama ada yang belum berkahwin mahupun yang telahberkahwin. Hukumnya tetap sama iaitu bunuh, walaupun carapembunuhannya berbeza.

Imam Baihaqi telah mengeluarkan hadis dari Ali bin Abi Thalib rabahawa beliau merejam pelaku liwat. Hadis lain yang dikeluarkanoleh Baihaqi, dari Abu Bakar ra bahawa beliau mengumpulkan parasahabat untuk membincangkan kes liwat. Di antara para sahabatRasulullah itu, yang paling tegas pendapatnya adalah Ali bin AbiThalib ra, beliau mengatakan, “Liwat adalah perbuatan dosa yangbelum pernah dilakukan oleh umat manusia, kecuali satu umatyakni kaum Lut sebagaimana yang telah kamu ketahui. Dengandemikian, pelaku liwat mesti dibakar dengan api.” Diriwayatkan dariJa’far bin Muhammad, dari bapanya, dari Ali bin Abi Thalib ra selaindari kisah ini berkata, “Rejam dan bakarlah dengan api”. ImamBaihaqi juga mengeluarkan hadis dari Ibnu Abbas bahawa beliauditanya tentang hukum hudud bagi pelaku liwat, maka beliau berkata,“Jatuhkanlah dari atas bangunan yang paling tinggi di suatu tempat,kemudian hujanilah dengan lemparan batu.”

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ra bahawa beliau membunuhpelaku liwat dengan pedang, kemudian membakarnya, disebabkanbesarnya dosa liwat ini. Umar ra dan Uthman ra berpendapat,“Pelaku liwat dilempari dengan benda-benda keras sehingga mati.”Semua ini adalah pendapat dan tindakan para sahabat (Ijma’Sahabat) dalam melaksanakan hukuman bagi pelaku-pelaku liwatiaitu dibunuh, walaupun uslub (cara) pembunuhannya berbeza-beza.Namun demikian, hukumannya tetap dibunuh, sama ada direjam,dipancung, dilempar dari bangunan yang tinggi dan pelbagai lagiuslub lainnya yang boleh digunakan untuk melaksanakan hukumbunuh ke atas pelaku-pelaku liwat.

Inilah hukum Islam ke atas pelaku liwat berdasarkan nas-nas hadisyang jelas, dan tidak ada serta tidak boleh (haram) menjatuhkanhukuman selain hukuman ini. Adapun hukuman 20 tahun penjaramahupun hukuman sebat di bawah S377B Kanun Keseksaanbukanlah hukuman Islam. Begitu juga dengan hukuman yangdiperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian IV Kesalahan YangBerhubungan Dengan Kesusilaan Seksyen 25, yangmemperuntukkan, “mana-mana orang lelaki yang melakukan liwatadalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan bolehdidenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enamsebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukumanitu”, ini juga bukan hukuman Islam, malah hukuman ini adalahbertentangan sama sekali dengan Al-Quran dan as-Sunnah.Hendaknya mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah initakut akan azab dariNya. Firman Allah, “...maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaanatau ditimpa azab yang pedih” [TMQ an-Nur (24):63]. Allah jugaberfirman bahawa barangsiapa yang tidak berhukum denganhukumNya, maka mereka itulah orang-orang yang kafir [5:44], zalim[5:45] dan fasik [5:47].

Pembuktian Liwat

Adapun mengenai hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinat)dalam Islam, di mana hukum-hukum pembuktian tersebut samaseperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, yang merupakanhukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifattafsiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da’ur mendefinisikan ‘bukti’(al-bayyinat) sebagai ‘semua hal atau perkara yang dapatmembuktikan sesuatu dakwaan’. Bukti juga merupakan hujah bagiorang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskanbahawa bukti itu terdiri 4 jenis iaitu (i) Pengakuan (ii) Sumpah (iii)

Kesaksian (iv) Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan.Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkanoleh syarak. Tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarakselain dari 4 kategori bukti di atas. Mengenai indikasi (qarinah) pula,ia tidak termasuk sebagai bukti menurut syarak [Syeikh Ahmad ad-Da’ur Ahkam al-Bayyinat Fil Islam].

Berdasarkan hukum pembuktian di dalam Islam, liwat terbukti denganadanya (i) pengakuan atau (ii) kesaksian 2 orang saksi atau seoranglelaki dan dua orang perempuan (yang adil) sebagaimanapembuktian (bayyinah) dalam kes pencurian serta kes hudud yanglainnya (kecuali zina). Hukuman hudud bagi liwat dapat dijatuhkandengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengansendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat denganbukti syar’ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelakiatau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelakuliwat adalah kanak-kanak, orang gila atau orang yang dipaksadengan paksaan yang bersangatan (ikrahul mulji’), maka ia tidakdijatuhi had liwat, sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

Berbalik kepada perbicaraan liwat Anwar-Saiful yang ada di hadapankita sekarang, maka sebagai Muslim, kita hendaklah melihat kes inidari perspektif syarak semata-mata, bukannya berdasarkan undang-undang kufur yang ada sekarang atau pun berdasarkan emosi. Kitabukanlah qadhi/hakim yang boleh memutuskan sama ada Anwarbersalah atau tidak, namun kita wajib mengingatkan umat Islam,baik pemerintah, hakim, peguam, saksi, pemerhati dan siapa sahajayang terlibat mahupun tidak, bahawa perbicaraan ini hendaklahdijalankan dengan hukum-hakam Islam, bukan dengan undang-undang sekular. Kita juga tidak boleh menuduh Anwar bersalahselama mana tidak ada pengakuan atau bukti yang menunjukkandia bersalah. Andainya Anwar terlepas dari hukuman dunia sekalipunkerana ketiadaan/kekurangan saksi atau bukti, namun, jika Anwarbenar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu (hanya Allah, Anwardan Saiful sahaja yang mengetahuinya), maka kita yakin bahawaAnwar sekali-kali tidak akan terlepas dari hukuman dan azab Allahdi akhirat nanti.

Namun, seandainya benar-benar terdapat konspirasi dari pihak-pihak tertentu yang memiliki kekuasaan, untuk memfitnah,mengaibkan dan menjatuhkan Anwar, maka kita doakan agar Allahmendedahkan segala kejahatan ini agar keadilan dapat terlihat didunia lagi. Namun jika Allah menghendaki agar segala fitnah dankonspirasi ini tertutup di dunia, maka kita yakin bahawa Allah sekali-kali tidak akan menutup konspirasi ini di akhirat dan Allah tidak akanmelepaskan setiap pelakunya dan kita benar-benar yakin bahawaAllah akan pasti mengazab mereka dengan sekeras-keras dansepedih-pedih azab.

KhatimahWahai kaum Muslimin! Semoga dengan berlakunya ulang tayangkes liwat ini akan membuka mata kalian betapa hukum Allahlangsung tidak dihiraukan oleh pemerintah dan betapa gagalnyasistem pemerintahan sekular dan mahkamah sekular dalammenegakkan keadilan. Sesungguhnya tidak akan tertegak keadilanselama mana tidak ada pemerintahan Islam dan selama manamanusia tidak berhukum dengan hukum Islam. Ideologi Kapitalismeyang memisahkan agama dari kehidupan yang dianut olehpemerintah pada hari ini t idak akan mampu memberikanpenyelesaian yang tuntas kepada persoalan hidup manusia, malahhari demi hari kita menyaksikan penerap dan pengembang ideologibusuk ini menjadi semakin zalim dan semakin jauh dari Islam. Hariini, manusia yang zalim boleh melakukan segala macam kezalimanke atas manusia yang lain dan boleh menutupnya dengan segalakekuasaan yang ada pada mereka. Namun ingatlah apabila kitadihadapkan ke mahkamah Allah nanti, pada waktu itu bukan hanyamulut yang berbicara, tetapi kesemuanya akan menjadi saksi, “Danmereka berkata kepada kulit mereka, ‘mengapa kamu menjadisaksi terhadap kami’. Kulit mereka menjawab, ‘Allah yang telahmenjadikan segala sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikankami pandai (pula) berkata-kata, dan Dialah yang menciptakankamu pada kali yang pertama dan hanya kepadaNyalah kamudikembalikan” [TMQ Fussilat (41):21]. Wallahu a’lam.