akhir zaman+ bukhari, muslim, dan lain2

102
 HASIL CARI AN BAGI PERKATAAN/ F RASA akhir zaman BE RJ AYA ME NCAPAI 681 HADI S DARI KOLEK SI SAHI H BUKHARI SAHI H MUSLI M SUNAN AT- TERMI ZI  SUN A N AN -NA SA I SUN A N I B NU MA J J AH SUN A N AB U DA UD 1 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0490. Diceritakan oleh Saib bin Yazid, katanya: "Azan Jumaat dimulai setelah imam duduk di mimbar. Begitulah yang dilakukan di zaman Nabi saw., di zaman Abu Bakar dan di zaman Umar. Adapun di zaman Usman r.a., kerana orang Islam sudah bertambah banyak, maka beliau menambah dengan azan yang ketiga di Zaura'." 2 Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1315. Dari Abi Said Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Akan datang suatu zaman, di mana beberapa golongan manusia berperang. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang menjadi sahabat Nabi s.a.w"?" Di awab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan." Kemudian datang pula suatu zaman. Ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w"?" Dijawab: "Ya". Lalu diberi kemenangan. Kemudian datang lagi suatu zaman. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. ?" Dijawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan". 3 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0151.  Hannad menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fudhair dari Al A'masy dari Shalih dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya solat itu mempunyai awalan dan akhiran. Sesungguhnya awal waktu solat zuhur adalah ketika matahari tergelincir dan akhir  waktunya ketika Asar masuk. Sesungguhnya awal waktu solat Asar adalah ketika waktunya masuk, akhir  waktunya adalah ketika matahari menguning. Sesungguhnya awal waktu maghrib ketika matahari terbenam dan akhir  waktunya adalah ketika apa yang tampak di cakerawala (mega) itu hilang. Awal waktu Isyak akhir  (maghrib adalah Isyak awal = pen.) adalah ketika apa yang nampak pada cakerawala itu hilang dan akhir  waktunya adalah ketika separuh malam. Dan awal waktu Subuh adalah ketika terbit fajar dan akhir  waktunya adalah ketika tebit matahari." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah bin Amr". Abu Isa berkata: "Saya mendengar Muhammad berkata: "Hadis Al A'masy dari Mujahid mengenai waktu-waktu solat adalah lebih sahih daripada hadis Muhammad bin Fudhail dari Al A'masy, sedangkan hadis Muhammad bin Fudhail adalah salah, padanya Muhammad bin Fudhail salah". Hannad menceritakan kepada kami. Abu Usamah menceritakan kepada kami dari Abu Ishaq Al Fazari dari Al A'masy dari Mujahid berkata: "Adalah diucapkan "Sesungguhnya solat mempunyai awal dan akhir". Lalu ia menyebutkan seperti hadis Muhammad bin Fudhail dari Al A'masy seperti itu dengan makanannya. 4 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2227.  Qutaibah bin Said menceritakan kepada kami, Al-Laits memberitahukan kepada kami dari Abi Qabil dari Syafi bin Mani' dari Abdullah bin Amr berkata: "Rasulullah SAW keluar menjumpai kami, sedang ditangannya terdapat dua catatan lalu bersabda: "Apakah kamu mengerti apa kedua catatan ini.". Kami  berkata: "Tidak, Wahai Rasulullah, kecuali kalau engkau memberitahukan

Upload: laz-caliphs

Post on 21-Jul-2015

179 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA akhir zaman BERJAYA MENCAPAI 681 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD 1 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0490. Diceritakan oleh Saib bin Yazid, katanya: "Azan Jumaat dimulai setelah imam duduk di mimbar. Begitulah yang dilakukan di zaman Nabi saw., di zaman Abu Bakar dan di zaman Umar. Adapun di zaman Usman r.a., kerana orang Islam sudah bertambah banyak, maka beliau menambah dengan azan yang ketiga di Zaura'." 2 Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1315. Dari Abi Said Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Akan datang suatu zaman, di mana beberapa golongan manusia berperang. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang menjadi sahabat Nabi s.a.w"?" Di jawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan." Kemudian datang pula suatu zaman. Ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w"?" Dijawab: "Ya". Lalu diberi kemenangan. Kemudian datang lagi suatu zaman. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. ?" Dijawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan". 3 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0151. Hannad menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fudhair dari Al A'masy dari Shalih dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya solat itu mempunyai awalan dan akhiran. Sesungguhnya awal waktu solat zuhur adalah ketika matahari tergelincir dan akhir waktunya ketika Asar masuk. Sesungguhnya awal waktu solat Asar adalah ketika waktunya masuk, akhir waktunya adalah ketika matahari menguning. Sesungguhnya awal waktu maghrib ketika matahari terbenam dan akhir waktunya adalah ketika apa yang tampak di cakerawala (mega) itu hilang. Awal waktu Isyak akhir (maghrib adalah Isyak awal = pen.) adalah ketika apa yang nampak pada cakerawala itu hilang dan akhir waktunya adalah ketika separuh malam. Dan awal waktu Subuh adalah ketika terbit fajar dan akhir waktunya adalah ketika tebit matahari." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah bin Amr". Abu Isa berkata: "Saya mendengar Muhammad berkata: "Hadis Al A'masy dari Mujahid mengenai waktu-waktu solat adalah lebih sahih daripada hadis Muhammad bin Fudhail dari Al A'masy, sedangkan hadis Muhammad bin Fudhail adalah salah, padanya Muhammad bin Fudhail salah". Hannad menceritakan kepada kami. Abu Usamah menceritakan kepada kami dari Abu Ishaq Al Fazari dari Al A'masy dari Mujahid berkata: "Adalah diucapkan "Sesungguhnya solat mempunyai awal dan akhir". Lalu ia menyebutkan seperti hadis Muhammad bin Fudhail dari Al A'masy seperti itu dengan makanannya. 4 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2227. Qutaibah bin Said menceritakan kepada kami, Al-Laits memberitahukan kepada kami dari Abi Qabil dari Syafi bin Mani' dari Abdullah bin Amr berkata: "Rasulullah SAW keluar menjumpai kami, sedang ditangannya terdapat dua catatan lalu bersabda: "Apakah kamu mengerti apa kedua catatan ini.". Kami berkata: "Tidak, Wahai Rasulullah, kecuali kalau engkau memberitahukan

kepada kami". Lalu Beliau bersabda mengenai catatan yang berada di tangan kanannya: "Ini adalah catatan dari Tuhan semesta alam di dalamnya terdapat nama-nama orang-orang penghuni syurga serta nama ayah mereka dan qabilah mereka kemudian disempurnakan sampai penghuni syurga yang paling akhir lalu mereka tidak ditambah dan tidak dikurangi selama-lamanya".Kemudian Beliau bersabda mengenai catatan yang ada ditangan kirinya: "Ini adalah catatan dari Tuhan semesta alam, di dalamnya terdapat nama-nama penghuni neraka serta nama ayah dan kabilah mereka kemudian disempurnakan sampai penghuni neraka yang paling akhir lalu mereka tidak ditambah dan tidak dikurangi selama-lamanya". Para sahabat berkata: "Untuk apa amal perbuatan wahai Rasulullah, kalau sesuatu telah selesai ditulis di zaman azali.". Beliau bersabda: "beristiqamahlah di dalam perbuatanmu dan lakukanlah amal perbuatan dengan sederhana kerana sesungguhnya penghuni syurga diakhiri dengan perbuatan penghuni syurga walaupun dia berbuat perbuatan apapun. Dan sesungguhnya penghuni neraka diakhiri dengan perbuatan penghuni neraka walaupun di berbuat perbuatan apapun". Kemudian Rasulullah SAW memberi isyarat dengan kedua tangannya lalu membuang kedua catatan tersebut, kemudian Beliau bersabda: "Tuhanmu telah selesai mencatat hambahambaNya, sekelompok berada di syurga dan sekelompok yang lain berada di neraka". 5 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4553. Dari Abu Salamah dan Sulaiman ibnu Yasar dan beberapa sahabat berkata, bahawasanya qasamah itu hukum yang telah ada pada zaman Jahiliyah, kemudian Rasulullah saw menentukan qasamah sebagaimana yang pernah terjadi di zaman Jahiliyah; iaitu dalam keputusan beliau pada seorang Ansar yang ditemukan mati terbunuh di sebuah telaga seorang Yahudi Khaibar; kemudian orang-orang menuduh pada Yahudi itu sebagai pembunuhnya." 6 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1579. Ishaq bin Manshur menceritakan kepada kami, Yahya bin Said Al-Qaththan menceritakan kepada kami dari 'Ubaidullah bin 'Umar dari Nafi' dari Ibnu 'Umar. dari 'Umar dimana ia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya pernah bernazar untuk beriktikaf pada suatu malam di Masjidil Haram pada zaman Jahiliyyah". Beliau bersabda: "Laksanakanlah nazarmu itu." Di dalam bab ini terdapat hadis dari 'Abdullah bin 'Amr dan Ibnu 'Abbas. hadis 'Umar itu adalah hadis hasan sahih. Sebahagian ulama' sependapat dengan hadis ini, dimana mereka mengatakan: "Apabila seseorang masuk Islam dan ia mempunyai nazar (untuk) ketaatan maka ia harus melaksanakannya." Sebahagian ulama' dari kalangan sahabat Nabi saw dan yang lain berkata: "Tidak ada iktikaf kecuali dengan puasa." Sebahagian ulama' yang lain berkata: "Orang yang beriktikaf itu tidak harus berpuasa kecuali bila ia mewajibkan dirinya sendiri untuk berpuasa". Mereka berhujjah dengan hadis 'Umar bahawasanya ia mempunyai nazar untuk beriktikaf pada suatu malam di zaman Jahiliyyah, kemudian Nabi saw memerintahkan untuk melaksanakannya. Demikian itulah pendapat Ahmad dan Ishaq. 7 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2485. Mewartakan kepada kami 'Al-'Abbas bin Ja'far; mewartakan kepada kami Musa bin Dawud; mewartakan kepada kami Muhammad bin Muslim Ath-Tha-ifiy,

dari 'Amr bin Dinar, dari Abusy-Sya'tsa-, dari Ibnu 'Abbas, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Setiap pembagian yang pernah dibagikan pada zaman jahiliyyah: maka pembagian tersebut tetap seperti yang sudah dibagikan. Dan setiap pembagian yang di dapati pada zaman Islam, maka pembagian tersebut adalah menurut pembagian Islam". 8 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0805. 'Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami, Ma'mar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari AzZuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. selalu memberi dorongan untuk menghidupkan bulan Ramadan tanpa memerintahkan kepada mereka dengan suatu perintah yang tegas, dan baginda bersabda: "Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat sedangkan perintah itu tetap saja demikian. Demikian pula pada zaman khalifah Abu Bakr dan permulaan dari zaman khalifah 'Umar bin Khattab, perintah itu tetap atas yang demikian itu." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Aisyah. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Hadis ini diriwayatkan pula dari Az-Zuhri dari 'Urwah dari 'Aisyah dari Nabi s.a.w. 9 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3754. Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki', dari Al-'Umariy, dari Nafi', dari Ibnu 'Umar, dia berkata: "Kisah itu belum ada pada zaman Rasulullah saw., Abu Bakar maupun pada zaman 'Umar". 10 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2630. Mewartakan kepada kami Ishaq bin Manshur Al-Marwaziy; memberitakan kepada kami Yazid bin Harun; memberitakan kepada kami Muhammad bin Rasyid, dari Sulaiman bin Musa, dari 'Amr bia Syuaib, dari ayahnya, dari kakeknya, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa dibunuh dengan tidak sengaja, maka diyatnya adalah unta. Tiga puluh bint Makhadh*, tiga puluh bint Labun*, tiga puluh Hiqqah serta sepuluh ibnu labun". Dan adalah Rasulullah saw. menentukan diyat bagi penduduk desa. sebesar empat ratus dinar, atau perak yang senilai itu. Dan beliau menetapkan diyat tersebut mengikuti zaman (tinggi rendahnya harga) unta. Apabila harga unta mahal, maka beliau menaikkan harganya. Dan jika harga unta rendah, maka beliau mengurangi harganya, seperti zaman yang sudah-sudah. Dan pada masa Rasulullah saw. harga unta mencapai empat ratus sampai lapan ratus dinar. Atau sebanding dengan lapan ribu dirham perak. Dan Rasulullah saw. (juga) memutuskan: Bahwa barangsiapa yang diyatnya itu sapi (bagi pemilik sapi), sejumlah dua ratus ekor sapi. Dan barangsiapa diyatnya itu kambing (bagi pemilik kambing), sejumlah dua ribu ekor kambing". Keterangan:*Lihat dalam Kitabuz-Zakat. 11 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4103.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ash-Shabbah; memberitakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Abu Wail, dari Samurah bin Sahm, seseorang dari kaumnya berkata: "Aku singgah di tempat Hasyim bin 'Utbah, saat itu dia kena penyakit Tha'un. Lalu Mu'awiyah datang menjenguknya. Maka Abu Hasyim menangis. Mu'awiyah bertanya: "Apa yang membuatmu menangis wahai pakcik? Apakah sakit itu yang mengacaukan fikiranmu atau engkau menangis kerana dunia, sungguh telah hilang kesetiaannya?" Dia menjawab: "Semuanya tidak, akan tetapi Rasulullah saw. pernah berpesan sesuatu kepadaku, dan aku ingin sekali kalau saja aku dapat mengikuti pesannya itu. Beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau mungkin akan menemui -zaman-, dimana harta kekayaan itu akan dibagi-bagikan kepada orang ramai. Dan sesungguhnya cukup bagimu untuk (mendapatkan) seorang pembantu dan kenderaan untuk berperang di jalan Allah dari harta kekayaan itu". Maka aku menemui zaman tersebut, sedangkan aku mengumpulkan harta kekayaan". 12 Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0828. Dari Salim Al Barrad dia berkata: Kami pergi mendatangi Uqbah bin Amr Al Anshari Abu Mas'ud R.A., lalu kami berkata kepadanya: "Ajarkanlah cara solat Rasulullah S.A.W. kepada kami!" Maka dia berdiri di depan kami di dalam masjid, lalu bertakbir. Ketika berukuk, dia meletakkan kedua tangan di atas kedua lututnya, dan jemarinya diletakkannya lebih rendah, sedang kedua sikunya direnggangkannya sampai semua tubuhnya tetap (thuma'ninah). Setelah itu, mengucapkan Sami'allaahu li-man hamidahu-Maha mendengar Allah bagi siapa yang memuji-Nya. Lalu berdiri sampai semua tubuh tetap (thuma'ninah). Kemudian betakbir dan bersujud, diletakkannya kedua telapak tangannya pada tanah, direnggangkannya antara kedua sikunya sampai semua (anggota tubuhnya) tetap (thuma'ninah). Kemudian dia mengangkat kepala, lalu duduk sampai semua tubuhnya tetap (thuma'ninah). Dia lakukan yang demikian itu juga, lalu melakukan solat empat rakaat seperti rakaat ini. Setelah selesai mengerjakan solatnya itu, kemudian berkata: "Demikianlah kami melihat Rasulullah S.A.W. mengerjakan solat"1)*. 1)*. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai. Selanjutnya, perlu kami terangkan pula tentang: "BAGAIMANA CARA RASULULLAH S.A.W. MENYINGKAT SOLAT" Cara solat Rasulullah S.A.W.: Qiyam, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud dan duduk antara salam dan bubar beliau itu hampir sama lamanya. Begitulah menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Barra' bin Azib R.A., dan hadis Muslim dari Syu'bah dari Hakam. Sedangkan lapal Bukahri ada perkeculaiannya, iaitu: .. .selain qiyam dan duduk (tasyahhud) hampir sama". Sudah barang tentu, bahawa qiyam dan duduk tasyahhud itu lebih lama dari pada rukunrukun lainnya dengan sempurna, maka solat beliau itu menjadi hampir sama. Sebab itulah, maka masing-masing kedua macam riwayat itu saling tunjang menunjang. Dan Barra' terkadang meriwayatkannya dengan sebutan"...hampir sama" tidak menentukan batas ukurannya lalu tidak menyebutkan qiyam dan duduk tasyahhud. Dan terkadang meriwayatkannya dengan perkecualian (istisna') serta menentukan batas ukurannya, sebab itu memerlukan sebutan qiyam dan duduk tasyahhud, sehingga ada sebahagian yang keliru faham terhadap perkecualian itu, dikira qiyam dari rukuk (iktidal) dan duduk antara dua sujud, beliau melakukannya dengan singkat, tidak dilakukan hampir sama dengan rukun-rukun yang lain dan pengertian yang sangat keliru, mengingat pengertian kelanjutan hadis iiu tidak demikian. Jelas sekali banyak hadis sahih yang menyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. memanjangkan kedua rukun ini (iktidal dan duduk antara dua sujud). Antara lam, hadis Muslim yang menyatakan kcbenaran Abu Ubaidah melakukan solat oleh Barra' bin Azib R.A.

dengan memperpanjang iktidal rukuk. Demikian pula hadis Muslim dari Hammad bin Salamah, melalui Tsabit dari Anas dan Abu Daud, lihat hadis nombor 600 dan 601. Maka dalam hadis ini, Anas meriwayatkan dengan jelas, bahawa Rasulullah S.A.W. melakukan solat yang dipersingkat itu dengan cara sempurna, yang antara lain memperpanjang sekali kedua iktidal , iaitu dari rukuk dan sujud itu, sebagaimana yang telah diceritakannya. Bahkan dia ungkapkan, tidak pernah rnelihat orang yang melakukan solat, sesingkat dan sesempurna seperti beliau. Hadis 601. Sebab itu, Wallaahu a'lam, rupa-rupanya yang dipersingkat beliau itu adalah qiyam dan yang tetap dilakukan dengan sempurna adalah rukuk, sujud dan dua rukun iktidal rukuk dan iktidal sujud. Sebab ini, maka solat itu disebut dipersingkat tapi sempurna. Betullah kata-kata Anas itu: "Aku belum pernah melihat sesingkat dan sesempurna itu....", sebab itu, maka hadis Barra' dan hadis-hadis Anas serasi yang menunjukkan bahawa Nabi S.A.W. memperpanjang rukuk, sujud dan dua iktidal (dari rukuk dan dari sujud), lebih lama dari yang biasa dilakukan kebanyakan imam. Hadis-hadis riwayat Bukhari, Muslim ternyata memang menunjukkan demikian, seperti hadis Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Anas, ulangi hadis Muslim ter-jemahan kami nombor 329 dan hadis Bukhari dari Syu'bah dari Tsabit, yang kese-muanya menjelaskan bahawa Nabi S.A.W. memanjangkan dua rukun iktidal rukuk dan iktidal sujud yang pada masa hidup Tsabit orang-orang sudah banyak menekorinya sehingga Tsabit mengingkari cara mereka yang demikian itu. Jelas sekali dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim yang menyatakan, bahawa Nabi S.A.W. mengerjakan solat di malam hari dengan membaca surat Al Baqarah, An Nisa' dan Ali Imran, serta berukuk hampir seperti lama qiyamnya, iktidal dari rukuk hampir seperti lama rukuknya, bersujud, hampir seperti lama qiyam dari rukuknya, dan duduk antara dua sujud hampir seperti lama sujudnya". Termasuk pula tanda bukti do'a-do'a dalam iktidal seperti dalam sahih Muslim dari riwayat Ibnu Abbas, Abu Said dan Abdullah Ibnu Abi Aufa R.A., yang semuanya itu adalah do'a-do'a dan dzikir yang menunjang hadis riwayat Anas R.A. yang menyatakan lama diam rukuk sampai kiranya beliau itu menggugurkan sujud kedua dan dikira qiyam kembali. kerana terlalu lama iktidal dari rukuk. Ulangi hadis nombor 60 di depan. Penguat juga adalah hadis riwayat Nasaai dan Abu Daud dari Said bin Jubair didengarnya dari Anas bin Malik, yang dijelaskannya dalam rukuk dan di dalam sujud Rasulullah S.A.W. membaca sepuluh kali tasbih. Isnad hadis ini Tsiqat. Dalam sahih Muslim juga dari Abu Qaz'ah yang mendatangi Abu Said Al Khudri ketika sedang didatangi orang ramai, di mana dia bertanya tentang solat Rasulullah S.A.W., m aka diceritakannya, bahawa pada waktu solat Zuhur dibacakan iqamat, lalu ada salah seorang sahabat pergi buang air besar ke Baqi' (tanah luas berpepohonan) kemudian pulang mengambil air wuduk lalu kembali ke masjid sedang dia masih menututi Rasulullah S.A.W. pada rakaat pertama (kerana panjangnya rakaat beliau itu). Dari hadis ini maka memberi pengertian kepada kita, bahawa di masa Abu Said Al Khudri itu sendiri orang-orang ramai melakukan penekoran rakaat solat dengan memperpendeknya sependek-pendeknya dibanding dengan rakaat Rasulullah S.A.W. dibanding dengan rakaat Rasulullah S.A.W. Di dalam sahih Bukhari-Muslim juga dinyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. biasa membaca enam puluh sampai seratus ayat dalam solat Subuh dengan tartil, tadabbur dan lamban. Dalam hadis riwayat Nasaai dengan sanad sahih dari Aisyah beliau biasa membaca surat Al A'raf dalam solat Maghrib yang dibagi menjadi dua rakaat. Dalam sahih Bukhari-Muslim Nabi S.A.W. membaca surat Thulath Thulayain dalam solat Maghr ib. Hadis ini dari Jubair bin Muth'im. Lihat hadis 569 di depan dan Bukhari hadis 428 terjemahan kami. Dalam sahih Bukhari-Muslim juga dari Ibnu Abbas dari ibunya Ummul Fadhl, beliau membaca suat Wal Mursalati 'urfaa pada akhir hayatnya

dalam solat Maghrib. Sebab itu maka kelirulah orang, kalau cara memperpanjang ini dikatakan mansukh. Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, bahawa sahabat pernah mengaku kepada Nabi S.A.W. kerana mereka merasa kesulitan dalam melakukan sujud, maka beliau bersabda: "Bantulah dengan lutut". Kata Ibnu Ajlan: "Cara itu dengan meletakkan kedua siku di atas kedua lutut apabila bersujud lama dan telah merasa letih". Yang demikian itu menunjukkan bahawa Nabi S.A.W. biasa memperpanjang sujud, sehingga sahabat memerlukan bantuan penunjang, iaitu meletakkan kedua siku di atas kedua lutut. Di dalam sahih Bukhari-Muslim, juga dinyatakan bahawa beliau menyingkat solat yang sebenarnya beliau melalukannya panjang, lalu dipersingkat mengingat terdengar tang isan seorang anak, agar tidak memberatkan ibunya. Lihat hadis 501 di depan dan Bukhari hadis nombor 409 terjemahan kami. Tentang hadis Jabir bin Samurah di dalam sahih Muslim yang berbunyi "bahawa Nabi S.A.W. dalam solat Subuh biasa membaca surat Qaaf Wal Qur'aanil Mas-jiid", dan sKalat beliau sesudahnya diperingan", maka maksudnya: Wallaahu a'lam, bahawa solat beliau sesudah solat Fajar (Subuh) diperingan. iaitu berarti beliau memperpanjang solat Subuh dan mempersingkat bacaan solat-solat lainnya. Yang demikian itu dapat kita ambil dari dua macam segi: Muslim meriwayatkan hadis dalam sahihnya dari Sammak bin Harb katanya: Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah tentang solat Nabi S.A.W., maka dia berkata: "Beliau biasa mempersingkat solat, namun beliau tidak melakukan solat seperti orangorang ini". Katanya pula, dan dia memberitakan pula kepadaku, bahawa Rasulullah S.A.W. biasa membaca surat "Qaaf Wal Qur'aanil Majiid" dan seum-pakcikya pada solat Fajar (Subuh). Lihat Muslim 285 dan Bukhari 408 terjemahan kami. Dalam hadis itu Jabir meriwayatkannya dengan komplet antara cara Rasululah S.A.W. mempersingkat solat dan pembacaan beliau dalam solat Fajar dengan surat Qaaf. Semua sahabat sepakat bahawa cara yang demikian ini adalah cara solat Rasulullah S.A.W. yang dilakukan terus oleh beliau, tak seorang pun meriwayatkan bahawa beliau menyunatinya sampai akhir hayat beliau. Ummul Fadhl memberitahukan, bahawa dalam solat Maghrib beliau membaca sural Al Mursalat pada akhir hayat beliau. Para Fuqaha' juga berijma' bahawa sunnah pada solat Subuh membaca ayat-ayat Al Mufashshal yang panjang-panjang. Tentang ungkapan Jabir bin Samurah di atas yang berbunyi "Namun beliau tidak melakukan solat seperti orang-orang ini", kalimat ini mengandung dua pengertian: 1. Beliau tidak menyunati sebagaimana mereka tapi melakukan solat dengan sempurna. 2. Beliau tidak biasa memperpanjangnya sebagaimana mereka. kerana itu baiklah kita ikuticara beliau melakukan solat, sebagaimana di bawah ini: Dalam Musnad Ahmad dan Sunan Nasaai dari Abdullah bin Umar R.A. dia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menyuruh kita mempersingkat solat sedang beliau menjadi imam kita dengan membaca surat Ash safaal". Dengan demikian maka beliau memerintahkan sesuatu yang beliau kerjakan. Beliau itu memerintahkan para sahabat untuk mengerjakan solat sebagaimana solat beliau. kerana itu beliau mengerjakan solat di atas mimbar dan bersabda: "Sungguh aku melakukan ini, hanyalah agar kamu mengikutiku (sebagai imam kamu) dan agar kamu mengetahui solatku. Demikian pula hadis Malik bin Huwairits dan kawanya meriwayatkan hadis yang berbunyi: "solatlah sebagaimana kami melihat aku solat". solat itulah, maka tak satu pekerjaan biasanya dianggap singkat, melainkan kerana adanya yang lebih singkat dan pendek. Sebab itu, masalah panjang dan singkatnya solat itu tidak dapat diukur menurut segi bahasa dan adat kebiasaan. Sebab, ketentuan-ketent uan ibadat itu, semuanya kembali kepada legislatornya (yang membuat peraturan ibadat) iaitu Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.. Kalau hal itu boleh kita kembalikan kepada ukuran adat, tentu cara solat akan berbeza-beza, sesuai

dengan ukuran adat, suku, bangsa setiap periode umat, dan negeri bahkan menurut ukuran kaum tani, buruh, kebun, majikan, tukang sepatu, cara mereka akan berlainan solatnya, sebab masing-masing mempunyai objek, tujuan, dan kebiasaan tersendiri yang tentunya tidak akan sama dengan adat kebiasaan lainnya. Allah S.W.T. di setir oleh hawa nafsu dan keinginan manusia. Sebab itulah telah dilakukan Rasulullah S.A.W., di mana beliau melakukan solat, sedang yang berjemaah terdiri dari berbagai macam orang, ada yang sakit yang lemah dan banyak keperluan. Maka perintah beliau juga kembali kepada yang telah diteladankan beliau. Sebab beliau mustahil memerintahkan suatu perkata yang berlawanan dengan contoh yang diberikan kepada kita, terkecuali hal itu memang telah dimansuk h. Dalam sahih Muslim dari Ammar bin Yasir dia Derkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya panjang solat seseorang dan pendeknya khutbahnya adalah suatu pertanda bahawa dia mengerti agamanya. Maka perpanjanglah solat dan perpendeklah khutbah, sesungguhnya diantara kepandaian berbicara itu benar-benar mempesonakan". Muslim hadis nombor 411 terjemahan kami. Maka beliau nyatakan, bahawa petanda seorang itu mengerti ilmu agama, ialah memperpanjang solatnya dan beliau juga memerintahkannya. Sedang perintah beliau itu bisa mengandungi erti untuk semua solat dan bisa pula untuk solat Jumaat. Apabila perintah itu mengandung erti umum untuk semua solat, yang demikian memang sudah jelas. Dan jika mengandungi maksud khusus untuk solat Jumaat, sudah barang tentu jemaah solat Jumaat itu bermacammacam ada yang lemah, tua banyak keperluannya, bahkan pelaksanaannya pada masa terik matahari, dan pelaksanaannya didahului dengan khutbah, loh masih diperintahkan agar solatnya diperpanjang. Betapa pula pada solat Subuh yang pada waktu itu udara segar dan orang pun sedikit berjamaah tetapi beliau melakukannya dengan cara sebagaimana diriwayatkan Nasaai dalam kitab Sunan-nya, bahawa Nabi S.A.W. membaca surat Ar Ruum dalam solat Fajar (Subuh). Dalam sunan Abu Daud dari Jabir bin Samurah dinyatakan bahawa Nabi S.A.W. apabila matahari condong ke barat beliau mengerjakan solat Zuhur dan membaca sebangsa surat Wal Laili idza yaghsyaa, dan demikian pula pada solat Asar dan semua solat yang lain kecuali solat Subuh maka beliau memperpanjangnya". Ulangi hadis nombor 565. Imam Ahmad dan Nasaai meriwayatkan hadis yang sanadnya terdiri dari orang-orangnya Muslim dari Sulaiman bin Yasar dari Abu Hurairah dia berkata: "Aku tidak pernah mengerjakan solat dibelakang seseorang, yang solatnya lebih menyerupai solat Rasulullah dari Si Fulan". Kata Sulaiman: Dia memperpanjang dua rakaat pertama solat Zuhur dan mempersingkat dua rakaat lainnya. Dia pula mempersingkat solat Asar, dan di solat Maghrib dia membaca surat-surat Al Mufashashal yang pertengahan (tidak panjang dan tidal pendek) di solat Subuh dia membaca surat Al Mufashshal yang panjangpanjang. Di dalam sahih Bukhari-Muslim juga dinyatakan dari Abu Barzah dia berkata: Rasulullah S.A.W. biasa mengerjakan solat Subuh, maka selesai solat seseorang mengenali teman sekedudukannya. Dan beliau dalam dua rakaat atau salah satu dari kedua rakaat itu membaca Al Quran antara enam puluh sampai seratus ayat banyaknya". Ulangi Bukhari hadis nombor 325 terjemahan kami. Hadis ini memberi dua pengertian kepeda kita, iaitu: Beliau mengerjakan solat Subuh di waktu masih gelap dan beliau memperpanjang pelaksanaan solat Subuh. Mungkin ada orang berkata: "Hadis-hadis yang telah anda kemukaku.. itu berlawanan dengan pengertian yang sebenarnya, kerana menurut sunnah, agar dipersingkat berdasar-kan hadis-hadis berikut ini: 1. Riwayat Abu Daud dalam Sunahnya dari hadis Ibnu Wahb, tentang solat Anas bin Malik di masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, di mana solatnya singkat seperti solat musafir saja atau mendekati solat musafir, yang kemudian setelah dilegorinya maka Anas menyebutkan sabda Rasulullah S.A.W.: Janganlah kamu

memberatkan diri, sehingga dirimu merasa berat, kerana suatu kaum yang telah memberatkan diri mereka, sehingga diri mereka merasa berat, adalah sisa-sisa pertapaan para rahib di lempat-tempat pertapaan dan dirumah-rumah yang diciptakan mereka yang tidak kami perintahkan kepada mereka'. 2 Dalam sahih Bukhari-Muslim juga Anas R.A. berkata: Rasulullah S.A.W. biasa mempersingkat solat dan menyempurnakannya". 3. Dalam sahih Bukhari-Muslim juga dinyatakan oleh Anas katanya: Aku tidak pernah mengerjakan solat sama sekali di belakang seorang imam yang paling singkat solatnya dan paling sempurna dari pada solat Nabi S.A.W". Selanjutnya Bukhari menambahkan: "Sungguh pernah beliau mendengar tangisan anak-anak, lalu beliau mempersingkatnya, kerana takut ibunya tergoda (terganggu)". 4. Dalam Sunan Abu Daud dari seorang laki-laki Juhainah, bahawa dia mendengar Nabi S.A.W. dalam solat Subuh membaca "Idzaa zulzilatil ardhu" dalam dua rakaat kedua-duanya. Aku tidak tahu apakah Rasulullah S.A.W. lupa atau memang sengaja melakukannya itu. 5. Dalam sahih Muslim dari'Jabir bin Samurah bahawa Nabi S.A.W. membaca surai "Wal Laili idzaa yaghsyaa" dalam solat Zuhur. Dan demikian pula dalam solat Asar. 6. Dalam Sunan Ibnu Majah dari Ibnu Umar dia berkata: Nabi S.A.W. membaca surat "Qul yaa ayyuhal kaafiruun" dan surat "Qul Huwallaahu Ahad" dalam solat Maghrib". 7. Dalam Sunan Ibnu-Majah dari Amr bin Huwarits dia berkata: Seolah aku mendengar suara Rasulullah S.A.W. dalam solat Subuh membaca surat "Fa laa uqsimu bil khunnas, Al jawaaril khunnas" (Surat At Takwir). 8. Dalam Sunan Abu Daud dari Jabir bin Samurah dia berkata: Rasulullah S.A.W. dalam solat Zuhur dan Asar membaca "Was Samaai dzaatil buruuj" dan Was samaai wath thaariq" dan sepadan dengannya. 9. Dalam sahih Muslim dari Jabir juga dia berkata: Nabi S.A.W. dalam solat Zuhur membaca surat "Wal Laili idzaa yaghsyaa", dalam solat Asar seperti itu pula dan di dalam solat Subuh lebih panjang dari itu". 10. Dalam sahih Bukhari-Muslim dari Barra' bin Azib, bahawa Nabi S.A.W. dalam solat Isya' membaca surat "Wat Tiimi waz Zaituuni" waktu perjalanan. 11. Dalam sebahagian kitab Sunan dinyatakan bahawa Nabi S.A.W. dalam solat Subuh membaca Al Mu'awwidzatain". 12. Dalam Shihih Bukhari-Muslim dari Jabir, bahawa Nabi S.A.W. bersabda kepada Mu'adz: Pemfitnah kamu wahai Mu'adz? Tidakkah kamu solat dengan membaca "Sabbihisma robbikal A'laa; Wasy syamsi wa dhuhaahaa; dan wal Laili idzaa yaghsyaa?"!". 13. Dalam sahih Bukhari-Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu mengerjakan solat untuk orang ramai, maka persingkatlah, kerana di antara mereka itu ada yang lemah. yang sakit dan yang sepuh. Dan apabila seseorang di antara kamu mengerjakan solat untuk dirinya sendi-ri, maka perpanjanglah sekehendaknya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari hadis Usman bin Abil Ash. 14. Dalam sahih Muslim dari Anas dia berkata: Pernah Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan anak-anak bersama ibunya, sedaang beliau dalam solat. Maka beliau membaca surat yang pendek. JAWABAN DARI PERTANYAAN TERSEBUT SEBAGAI BERIKUT! Sebenarnya semua hadishadis ini tak ada perselisihan dan pengertian yang tertolak belakang, akan tetapi masing-masing itu sating berkaitan dan tunjang menunjang serta kuat menguatkan. Penjelasan sebagai berikut ini: 587 1. Apa yang telah dijelaskan oleh Anas tentang Rasulullah S.A.W. mempersingkat solat beliau itu, juga bersama itu dijelaskannya bahawa solat itu beliau lakukan dengan sem- purna. Sebagaimana tersebul dalam hadis di muka, iaitu dinyatkannya, bahawa beliau memperpanjang dua rukun iktidal (dari rukuk dan dari sujud) sehingga mereka mengira beliau menggugurkan rukuk dan sujud kerana lama iktidal nya. Demikian pula. bahawa Anas menuturkan solat Umar bin Abdul Aziz, bahawa solatnya itu menyerupai solat Nabi S.A.W., yang diukur oleh mereka dengan bacaan tasbih sepuluh kali. Sedangkan pernyataan Anas dengan

memperpanjang rukuk dan sujud. Yang demikian itu diterangkan dengan jelas di dalam hadis-hadis, yang antara lain: a. An Nasaai meriwayatkan dari Qutaibah dari Al 'Aththaf bin Khalid dari Zaid bin Aslam dia berkata: Kami pernah pergi menghadap kepada Anas bin Malik, lalu dia berkata: "Sudah solatkah anda?". Kami jawab: "Ya". Dia berkata: "Wahai seorang gadis! Ambilkan air wuduk untuk kami. Aku belum pernah mengerjakan solat di belakang seorang, yang solatnya paling menyerupai solat Rasulullah S.A.W. dari pada imam kamu ini!". Kata Zaid: Adalah Umar bin Abdul Aziz biasa menyempurnakan rukuk dan sujud, dan mempersingkat qiyam dan duduk (tasyahud)". Hadis ini hadis sahih, dan Aththaf bin Khalid Al Makhzumi dinyatakan tsiqah oleh Ibnu Main (Lihat Taqribut Tahdzib II, 24). Juga kata Ahmad: Dia adalah seorang tsiqoh lagi sahih hadisnya. b. Jelas pula dalam hadis Imran bin Hushain, ketika mengerjakan solat di belakang Ali di Bashrah katanya: "Orang ini membuat aku teringat solat Rasulullah S.A.W., di mana solat Rasulullah S.A.W. itu sedang, iaitu mempersingkat qiyam dan duduk (tasyahhud) dan memperpanjang ^.A.W. berhampiran". Dan hadis Barra' bin Azib: "bahawa qiyam Rasulullah S.A.W., rukuk dan sujud beliau itu hampir sama". Maka semua hadis ini menjadi satu tujuan, iaitu beliau biasa memperpanjang rukuk dan sujud, dan mempersingkat qiyam. Cara yang demikian itu berbeza dengan pelaksanaan sebahagian pembesar yang dinyatakan tidak benar (ditegor) oleh para sahabat, kerana mereka memperpanjang qiyam, lebih dari yang biasa dilakukan Rasulullah S.A.W., dan memperpendek rukuk, sujud dan dua rukun iktidal . Sebab itu pula Tsabit menegor mereka kerana memperpendek dua rukun iktidal tersebut dan berkata: "Anas adalah melakukan sesuatu yang tidak (sama) aku lihat kamu melakukannya". Sedang hadis Ibnu Ibik Amya' menyatakan hadis yang didalamnya dinyatakan: "Sesungguhnya solat Anas adalah singkat", di mana kesingkatan itu Anas telah menjelaskan cara singkatnya solat yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., yang mana solat itu pula yang paling menyerupai solat Umar bin Abdul Aziz, iaitu memperpanjang rukuk, sujud dan rukun iktidal . Dan hadishadisnya itu tidak bertentangan. Hal itu, maka istilah "mempersingkat" meru pakan suatu ukuran relatif, suplemen dan pelengkap. Justeru sepuluh kali pembacaan tasbih dan dua puluh ayat adalah bisa lebih singkat dari pada seratus tasbih dan dua ratus ayat. Sebab itulah, maka siapakah yang menyatakan bahawa hadis-hadis sahih tersebut itu bertentangan?!. 2. Tentang Nabi S.A.W. yang mempersingkat solat ketika mendengar tangisan anak-anak, hal tersebut tidak bertentangan dengan cara solat Rasulullah S.A.W. (yang biasa), bahkan dalam hadis itu sendiri telah dinyatakan: "Sesungguhnya aku mema-suki solat, dan aku hendak memperpanjangnya lalu aku mendengar tangisan anak-anak maka aku persingkatnya". Dalam suasana ini, beliau mempersingkatnya kerana suatu hal yang melintangi iaitu sebagaimana dalam alasan hadis tersebut. Dan hal itu memang sunnah sebagaimana halnya aral melintang yang dapat mempersingkat solat dengan adanya di perjalanan dan peperangan. Dan semua perbuatan yang dipersingkat itu adalah kerana adanya suatu aral, sebagaimana dalam hadis: "bahawasanya beliau dalam perjalanan pada waktu solat Isya' membaca surat "Wat Titni waz zaituuni" adalah di waktu dalam perjalanan juga. Sebab itulah maka Allah tidak membebankan dosa terhadap umat mereka mempersingkat (memperpendek) solat dalam perjalanan dan peperangan (solat khauf). Pelaksanaan qAsar (memperpendek) solat itu ada dua macam, iaitu: Memperpendek rukunrukunnya dan memperpendek (mengurangi) bilangannya. Apabila dua ilat bersamaan, iaitu ilat perjalanan dan ilat khauf, maka kedua pelaksanaan qAsar itu bersamaan pula, artinya sama-sama dilakukan. Apabila hanya ilat perjalanan saja yang ada, maka hanya pelaksanaan qAsar bilangan sajalah yang dilakukannya. Atau hanya ilat khauf saja yang ada, maka hanya qAsar rukun-rukunnya saja yang berlaku. Dengan

demikian, maka diketahuilah rahasia qAsar yang diungkapkan di dalam Al Quran dengan ilat perjalanan dan khauf. kerana itu, qAsar yang mutlak, yang men-cakup kedua macam qAsar di atas itu, adalah qAsar yang mengandung satu ilat saja, maka hanya berlaku satu cara qAsar saja, iaitu kalau bukan qAsar bilangannya maka qAsar kadar (rukun-rukunnya). Dan sekiranya Rasulullah S.A.W. mempersingkat solat tanpa uzur, maka hal itu merupakan perlajaran "hukum boleh" kita lakukan, sedangkan penyingkatan (ersebut untuk uzur dan sebagainya itu adalah dicukupkan dengan memenuhi yang wajib saja. Kalau dinyatakannya hal itu sunnah dan lainnya, makruh, pada hal Nabi S.A.W. lebih sering melakukannya, maka hal itu sama sekali tidak benar dan tidak benar. Coba saja perhatikan, bahawa riwayat-riwayat tentang mempersingkatnya, bahkan para perawi yang meriwayatkan biasa. Maka janganlah pilih-pilih terhadap sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W., tapi hendaklah masing-masing sunnah itu dikerjakan tepat pada tempatnya. Rasulullah S.A.W. mempersingkat solat pertanda hukum boleh, sedangkan beliau memperpanjangnya adalah pertanda hukum afdhal (lebih utama); tapi ingat, bahawa terkadang beliau mempersingkatnya itulah yang menjadi pertanda lebih utama dari pada diperpanjang, apabila ada suatu aral datang untuk membuat solat itu lebih baik dipersingkat. Akhirnya solat itu lebih baik kalau tepat pada tempatnya, demikian pula memperpanjang solat itu juga lebih baik jika tepat pada tempatnya pula. Maka sebaiknya kita ikuti cara y ang sesuai dengan apa yang dicomohkan oleh Rasulullah S.A.W., serta kita ditempatkan di tempat yang lebih baik dari pada pembefian nabi pada umatnya. Dan beliaulah yang pantas menjadi tolok ukur dan imam kita. 3. Tentang hadis Mu'adz, maka hadis itu dibuat pedoman oleh orang-orang yang mengerjakan solat dengan bercocok-cocok bagai burung, dan pencuri rukun solatnya, kerana mereka tidak mengetahui jalan sejarahnya dan kelanjutannya. Sebab Mu'adz ketika itu mengerjakan solat Isya' di akhir waktu bersama Nabi S.A.W., kemudian Mu'adz pulang ke kaumnya iaitu Bani Amr bin Auf di Quba', lalu menjadi imam mereka dengan membaca surat Al Baqarah, kemudian seorang di antara mereka yang bernama Hazm bin Ubai bin Ka'b (F.Bari II, 133) keluar dari barisan jemaah dan mengerjakan solat sendirian "Yang akhirnya Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Mu'adz: Tukang fitnahkah kamu wahai Mu'adz? Tidakkah kamu membaca surat "Sabbihisma robbikal A'laa" "Wasy Syamsi wa dhuhaahaa" dan "Wal laili idzaa yaghsyaa"?. Lihat hadis Bukhari nombor 405 dan 407 dan hadis Muslim nombor 289 terjemahan kami. Dengan inilah maka kita ambil kesimpulan, iaitu muslahab kalau solat itu dilakukan dengan surat-surat ini dan yang sepadan dengannya. Maka dari itu, apa hubungannya dengan para muslimin kita yang melakukan solat terburu-buru (colat-colet), dan sengaja menokori solat?". Sebagaimana diketahui, bahawa pada waktu itu Rasulullah S.A.W. mengakhirkan solat Isya', sedangkan Mu'adz setelah mengerjakan solat itu bersama Rasulullah S.A.W. pulang ke kampungnya di Bani Amr bin Auf di Quba', toh masih saja memperpanjang solat Isya'nya yang kedua kalinya bersama kaumnya dengan membaca surat Al Baqarah, sedang kaumnya menunggu-nunggunya dan waktu memang sudah larut malam. Cara demikian itulah yang tidak disetujui oleh Nabi S.A.W. kepada Mu'adz, sehingga beliau tegur sebagaimana tersebut dalam hadis itu. Dan begitu pulalah maksud hadis lain yang menyatakan "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya di antara kamu adalah orang-orang yang membuat bercerai-berai " Bukhari hadis nombor 79 dan 406 dan Muslim hadis nombor 318 terjemahan kami. Kita ketahui pula, bahawa para sahabat tak ada yang lari dan menjauh dari solat Rasulullah S.A.W., dan solat yang sama lamanya dan cara melaksanakannya dengan cara solat Rasulullah S.A.W.. Akan tetapi mereka itu menjauh dan bercerai-berai dari solat yang pelaksanaannya jauh lebih panjang dan melebihi dari cara pelaksanaan Rasulullah

S.A.W.. Itulah yang menjadikan orang menjauh. KEKURANGAN SOLAT, AKAN DITAMBAHI SOLAT SUNNAH Tentang ukuran lama pelaksanaan solat yang dilakukan oleh orang-orang yang melaksanakan solat dengan malas-malas, dan kebanyakan orang yang salah dan biasa mengerjakan solat tergesa-gesa (colat-colet) sebagaimana solat orang-orang munafik, yang memang tidak merasakan manisnya solat dan tidak lega mengerjakan solat, maka ukuran yang demikian itu tak bererti dan tak ada ertinya, iaitu tak dapat dijadikan alasan untuk mempersingkat dan mempersingkat solat sehingga lepas dari sunnah Rasulullah S.A.W. Sebab mereka lebih cepat waktunya di pergunakan untuk kepentingan sang makhluk dari pada untuk menghadap sang Khaliknya. Bahkan kalau di perhitungkan hanya sekelumit saja yang itu juga orang tersebut merasa berat sekali hatinya dan sudah merasa lama sekali, tak ubahnya dengan seorang yang berdiri tegak di dekat api, merasa kepanasan hendak pindah. Jika orang yang pengkhidmatannya terhadap Tuhannya seperti halnya ini, kita jadikan ukuran, sedang orang seperti itu tidak lega hatinya untuk meng hadap ke hadhrat Tuhannya, maka Allah sudah barang tentu lebih tidak suka terhadap pengkhidmatannya dari orang tersebut. Hanya Allah jua tempat kita minta tolong. Bacalah Aunul Ma'but III. 106 - 115. 13 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4077. Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami 'AbdurRahman bin Al-Muharibiy, dari Isma'il bin Rafi', yaitu Abu Rafi', dari Abu Zur'ah, Asy-Syaibaniy, yaitu Yahya bin Abu 'Amr, dari Abu Umamah Al-Bahiliy, dia berkata: Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami, sementara kebanyakan khutbahnya itu pemberitaan yang kami mewartakannya mengenai Dajjal, dan beliau menakut-nakuti agar waspada terhadap Dajjal. Nabi bersabda: "Bahwasanya tidak terjadi fitnah di bumi semenjak Allah menciptakan anak cucu Nabi Adam yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia menakut-nakuti umatnya akan Dajjal. Dan saya adalah akhir para Nabi, sedangkan kamu sekalian adalah umat yang ierakhir. Dan dia "yakni Dajjal- keluar di tengahtengah kaUan, tidak dapat tidak. Kalau dia keluar, sementara saya berada di tengahtengah kalian, maka saya dapat membela setiap orang muslim. Tapi kalau dia keluar sepeninggalku, maka setiap orang adalah dapat membela dirinya masing-masing. Sedangkan Allah adalah Dzat yang mengurusi setiap orang muslim kerana saya. Dan sesungguhnya Dajjal itu keluar dari jalan antara Syam dan Iraq. Lalu dia membuat kerusakan sebelah kanan dan kiri -yakni: daerah yang dilaluinya-. Wahai hambahamba Allah, tetaplah kamu sekalian pada agama Islam. Sebab sesungguhnya saya itu akan menyebutkan kepada kalian sifat/identiti Dajjal yang tidak pernah disebutkannya oleh seorang nabipun sebelumku. Sesungguhnya dia (Dajjal) mulai berkata: "aku adalah seorang nabi dan tidak ada nabi setelah aku". Kemudian dia memuji, lalu berkata: "Aku adalah tuhanmu sekalian". Kamu sekalian tidak dapat melihat Tuhan kalian, sehingga (sebelum) kalian meninggal dunia. Sesungguhhya Dajjal itu matanya buta sebelah, sementara Tuhan kalian tidak buta sebelah matanya. Dan sesungguhnya Dajjal itu, di antara kedua matanya tertulis: KARR, yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik yang dapat menulis maupun yang tidak dapat. Dan termasuk fitnahnya adalah dia disertai oleh syurga dan neraka. Maka neraka Dajjal adalah surga, dan syurganya justru neraka. Maka barangsiapa yang mendapat cubaan dengan nerakanya, maka hendaklah dia mohon pertolongan kepada Allah, dan hendaklah dia membaca pembukaan surat Al-Kahfi; maka neraka itu menjadi terasa dingin dan mensejahterakan baginya, sebagaimana yang pernah terjadi api pada nabi Ibrahim.

Sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu dia -Dajjal-mengatakan kepada seorang Badui - yakni: Arab kampung-: "Bagaimana pendapatmu, kalau aku membangkitkan ayah dan ibumu kepadamu, apakah kamu mahu bersaksi bahawasanya aku adalah tuhanmu?" Lalu dia menjawab: "Ya". Kemudian ada dua orang Setan yang berujud ayah dan ibunya, lalu -Dajjal" adalah tuhanmu". Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu dia diberi kuasa untuk menguasai seseorang, lalu dia membunuhnya dan menggergajinya dengan gergaji, sehingga terbuang menjadi dua bahagian Kemudian dia berkata: "Lihatlah oleh kalian kepada hambaku ini. Sesungguhnya aku telah membangkitkannya sekarang, kemudian dia malah menganggap bahawa dia mempunyai Tuhan selain diriku". Selanjutnya, Allah membangkitkannya. Dan Dajjal berkata kepadanya: "Siapakah tuhanmu.". Maka dia menjawab: "Tuhanku adalah Allah, dan kamu adalah musuh Allah. Kamu adalah Dajjal. Demi Allah, bukankah aku setelah itu, pada hari ini justru lebih mengetahui tentang kamu". Abul-Hasan AthThanafisiy berkata: Maka mewartakan kepada kami Al-Muharibiy, mewartakan kepada kami 'Ubaidullah bin AL-Walid AlWashshafiy, dari 'Athiyah, dari Abu Sa'id, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Orang tersebut adalah umatku yang paling tinggi darjatnya di dalam syurga". Dia --perawi-- berkata: Abu Said berkata: Demi Allah, kami tidak mengetahui orang yang tersebut itu melainkan bernama 'Umar bin Al-Khaththab, sehingga dia telah melalui jalannya. Al-Muharibiy berkata: Kemudian kami merujuk kepada hadisnya Abu Rafi'. Beliau saw. bersabda: "Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu Dajjal memerintahkan langit agar menurunkan hujan, maka langit terus hujan. Dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan -tetumbuhan-, maka terus bumi menumbuhkannya. Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu Dajjal melalui suatu perkampungan, penduduknya mendustakannya dan tidak tersisa satupun binatang piaraan, kecuali musnah/mati. Dan termasuk fitnahnya (lagi), yaitu Dajjal melalui suatu perkampungan lalu penduduknya membenarkan ucapannya. Selanjutnya Dajjal memerintahkan langit agar menurunkan hujan, lalu terus langit menurunkan hujan. Dan dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan - tetumbuhan-, lalu terus bumi menumbuhkannya, sehingga binatang-binatang ternak mereka pulang pada hari itu gemuk dan besar, perutnya kenyang, dan susunya penuh air susu. Bahwasanya tidak ada suatu bumipun yang tersisa, kecuali Dajjal telah menginjaknya dan membuat kerusakan, selain Mekah dan Madinah. Dajjal tidak dapat mendatangi keduanya dari jalan di antara dua gunung Mekah dan Madinah, kecuali ada malaikat yang menampakkannya dengan pedang-pedang terhunus, sehingga dia singgah di gunung kecil yang merah, yaitu di tanah yang kering/tandus. Maka Madinah menggoncang penduduknya tiga goncangan, lalu tidak tertinggal orang munafik, pria atau wanitanya, kecuali dia keluar menuju ke gunung kecil yang merah itu. Maka Madinah meniadakan orang yang buruk, seperti halnya tempat bara api menghilangkan kotoran/karat besi. Hari demikian itu disebut hari pembersihan". Ummu Syarik binti Abul-'Akar berkata: "Ya Rasulullah, dimanakah orang Arab waktu itu?" Beliau menjawab: "Mereka, pada waktu itu, sedikit. Sebagian besar mereka berada di Baitul-Maqdis, sedangkan pemimpin mereka adalah seorang lelaki yang saleh. Maka sewaktu pemimpin/imam mereka maju untuk mengerjakan solat Subuh mengimami mereka, tiba-tiba 'Isa bin Maryam turun kepada mereka di waktu Subuh. Selanjutnya, sang imam kembali ke belakang, berjalan mundur agar Nabi 'Isa maju mengimami solat orang-orang. Kemudian 'Isa meletakkan tangannya pada antara kedua bahu sang imam, kemudian mengatakan kepadanya: "Majulah dan kerjakanlah solat "sebagai imam-. Sebab solat itu sudah diiqamatkan untukmu". Kemudian imam mereka mengerjakan solat dengan mereka. Maka ketika dia mahu pergi, maka 'Isa as. berkata: "Bukakanlah olehmu sekalian pintu itu" lalu pintu dibuka, sedangkan dibelakang pintu ada Dajjal yang

disertai oleh 70 (tujuh puluh) ribu orang Yahudi, yang setiap mereka mempunyai pedang yang dihiasi dan bertoga hijau. Maka bila Dajjal melihat beliau -nabi 'Isa-, maka dia lebur-hancur sebagaimana hancurnya garam dalam air, dan dia lari ketakutan. Dan 'Isa as. berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai suatu pukulan kepadamu yang kamu tidak bakal mendahului/menghindarkan pukulan dariku". Lalu beliau dapat menyusul Dajjal di pintu Lud sebelah timur (yakni: Sebuah tempat di Syam. Menurut informasi lain: tempat di Palestina), maka beliau 'Isa dapat membunuh Dajjal, lalu Allah mengusir orang Yahudi hingga porak poranda. Tidak ada sesuatu ciptaan Allah yang dapat dijadikan bersembunyi oleh orang Yahudi kecuali Allah menjadikan sesuatu itu dapat berkata-kata. Tidak ada batu, pohon, dinding dan binatang (kecuali Gilarqad/pohon berduri. Sebab dia itu termasuk pohon mereka. Dia tidak mahu berbicara) melainkan dia mengatakan: "Wahai hamba Allah yang muslim, inilah orang Yahudi. Kemarilah, bunuhlah ia -yakni: Yahudi itu-". Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya harinya/masanya itu adalah selama 40 (empat puluh) tahun. Setahun seperti setengah tahun, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu/sejum'ah dan akhir hari-harinya adalah bagaikan bunga api. Di pagi hari, salah seorang di antara kalian tiba di pintu Madinah, tapi dia tidak sampai di pintunya yang lainnya hingga petang hari". Lalu ditanyakan kepada beliau saw.: "Wahai Rasulullah bagaimana kami dapat mengerjakan solat di hari-hari yang pendek itu?" Beliau menjawab: "Yaitu kamu sekalian menghitung solat pada waktu itu, sebagaimana kalian memperkirakan pada hari-hari yang panjang ini, kemudian solatlah kamu sekalian". Rasulullah saw. bersabda: "Maka akan ada 'Isa bin Maryam di tengah-tengah umatku adalah sebagai hakim yang adil, pemimpin yang berlaku adil. Beliau menghancurkan palang salib membunuh babi dan meletakkan -tidak menerima pembayaran pajak dari orang kafir-. Beliau meninggalkan sedekah/zakat - lantaran banyak harta-. maka tidak ada kambing dan unta yang dijalankan. Permusuhan dan kebencian dihilangkan. Racun dari setiap yang memiliki racun dilenyapkan. Racun dari setiap yang memiliki racun dilenyapkan, sehingga seorang bocah/anak kecil memasukkan tangannya kedalam ular, maka tidak membahayakannya. Seorang bocah perempuan membawa lari singa, maka tidak membahayakannya. Serigala di tengahtengah kambing adalah dia itu bagai anjing yang menjaganya -yakni: bersahabat-. Bumi dipenuhi kedamaian, sebagaimana bejana dipenuhi oleh air. Hanya ada satu ungkapan: Tidak boleh disembah kecuali kepada Allah dan perang berhenti/selesai. Orang Quraisy kerajaannya dirampas. Dan bumi adalah bagaikan piring besar dari perak, yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya di masa Adam, sehingga suatu kaum berkumpul/merubung setandan anggur, maka dapat mengenyangkan mereka. Dan suatu kaum merubung buah delima, maka buah itu dapat mengenyangkan mereka. Lembu hanya seharga harta begini, begitu. Dan kuda hanya beberapa dirham". Mereka "para sahabat" bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan harga Kuda murah .". Beliau menjawab: "Karena dia tidak dipakai/dinaiki untuk berperang selama-lamanya". Ditanyakan kepada beliau saw.: "Lalu apa yang menyebabkan lembu harganya mahal.". Beliau menjawab: "Dia dipakai' untuk membajak tanah semuanya. Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal selama 3 (tiga) tahun kekeringan yaitu: Manusia mengalami musibah kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan langit, pada tahun yang pertama, agar ia menahan 1/3 (sepertiga) hujannya, dan memerintahkan bumi agar. menahan 1/3 (sepertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian memerintahkan langit, pada tahun kedua, agar ia menahan 2/3 (dua pertiga) hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan 2/3 (dua pertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit, pada tahun ketiga, maka ia menahan hujannya semuanya, lalu tidak meneteskan sama sekali. Dan

memerintahkan bumi, maka ia menahan tumbuh-tumbuhannya semuanya, lalu ia tidak menumbuhkan tetumbuhan yang hijau sama sekali, lalu tidak ada tersisa binatangbinatang yang mempunyai kuku berbelah kecuali musnah, melainkan -pa yang dikehendaki oleh Allah". Ditanyakan kepada beliau: "Lalu apa yang menyebabkan hidupnya manusia pada zaman tersebut.". Beliau menjawab: "Yaitu bacaan: Tahlil, takbir, tasbih, tahmid, dan yang demikian itu berjalan pada mereka seperti jalannya makanan". Abu 'Abdullah berkata: Saya mendengar Abul-Hasan Ath-Thanafisiy mengatakan: Saya mendengar 'Abdur-Rahman Al-Muharibiy mengatakan: Seyogyanya hadis ini diserahkan kepada seorang pendidik, sehingga dia mengajarkannya kepada anak-anak dalam pengajaran. 14 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0511. Dari Abu Bakar bin Abi Musa dari ayahnya katanya: "Ketika ada seorang yang bertanya pada Nabi saw tentang waktu-waktu solat, Nabi tidak menjawab secara lisan, tetapi beliau menyuruh Bilal azan subuh ketika fajar menyingsing. Kemudian beliau menyuruh Bilal untuk azan zuhur ketika matahari telah tergelincir. Beliau menyuruh Bilal untuk azan maghrib ketika matahari telah terbenam, Kemudian beliau menyuruh Bilal untuk azan isyak ketika warna kemerah-merahan telah hilang. Pada keesokan harinya beliau menyuruh Bilal untuk sedikit mengakhirkan azan solat subuh hingga matahari mulai terang. Kemudian beliau menyuruh Bilal untuk mengakhirkan solat zuhur hingga mendekati waktu solat asar. Kemudian beliau menyuruh Bilal untuk mengakhirkan azan asar ketika matahari agak kemerah-merahan. Kemudian beliau menyuruh Bilal untuk mengakhirkan azan maghrib hingga warna kemerah-merahan di langit mulai akan berakhir. Kemudian beliau menyuruh Bilal untuk mengakhirkan solat isyak hingga sepertiga malam. Sabda beliau: "Waktu-waktu solat fardhu adalah diantara waktu-waktu solat fardhu yang kami lakukan kelmarin dan hari ini." 15 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3952. Dari Al-Azraq ibnu Qais dari Syarik ibnu Syihab berkata: "Aku ingin bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah untuk bertanya tentang sifat-sifat kaum Khawarij. Pada hari raya aku bertemu dengan Abu Barzah bersama beberapa orang sahabatnya. Aku bertanya padanya: "Adakah kamu telah mendengar Rasulullab saw pernah menyebut-nyebut tentang kaum Khawarij?" la menjawab: "Ya, aku telah mendengar dengan kedua telingaku dan menyaksikan secara langsung dengan kedua mataku ini, bahawasanya ketika Rasulullah saw mendapat harta sedekah, maka ia membahaginya dan memberikan pada orang yang disebelah kanannya dan prang disebelah kirinya, sedangkan beliau tidak memberikan pada orang yang dibelakangnya. Maka seorang yang berkulit hitam berambut panjang dan berbaju putih yang berada di belakang beliau dan berkata: "Wahai Muhammad, kamu tidak adil dalam memberikan harta ini." Rasulullah saw sangat marah, kemudian beliau bersabda: "Demi Allah, sepeninggalku kelak, kamu sekalian tidak akan mendapatkan seorangpun yang lebih adil dariku." Kemudian beliau bersabda: "Pada akhir zaman nanti, akan ada suatu kaum, mereka pandai membaca Al Quran tetapi hati mereka tidak tertembus oleh ajaran Islam. Mereka keluar dari Islam secepat terlepasnya anak panah dari busurnya. Mereka akan selalu ada hingga orang terakhir dari golongan mereka akan muncul bersama Dajjal. Dan orang ini adalah termasuk dari golongan mereka. Jika kamu mendapatkan mereka, maka bunuhlah mereka adalab sejahat-jahatnya makhluk."

16 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0789. Harun bin Ishaq Al-Hamdani menceritakan kepada kami, 'Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hisyam bin 'Urwah dari ayahnya dari 'Aisyah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. biasa beri'tikaf pada sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan, dan bersabda: "Bersungguh-sungguhlah kamu (untuk mendapatkan) Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadan." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Umar, Ubayy bin Ka'b, Jabir bin Samurah, Jabir bin 'Abdullah, Ibnu 'Umar, Al-Falatan bin 'Ashim, Anas, Abu Sa'id, 'Abdullah bin Unais, Abu Bakrah, Ibnu 'Abbas, Bilal dan 'Ubadah dan Ash-Shamit. Abu 'Isa berkata: "Hadis 'Aisyah itu adalah hadis hasan sahih; sedangkan kata yujaawiru ertinya adalah beri'tikaf. Banyak riwayat dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda: "Carilah Lalatul Qadar itu pada sepuluh terakhir pada setiap yang ganjil." Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. tentang Lailatul Qadar iaitu bahawasanya Lailatul Qadar itu adalah pada malam 21, 24, 25, 27, 29 dan malam terakhir dari bulan Ramadan." Asy-Syafi'i berkata: "Itu hanyalah pendapat saya. Dan Allah Maha Mengetahui; di mana Nabi s.a.w. menjawab suatu pertanyaan sewaktu ditanya tentang Lailatul Qadar. Dikatakan kepada baginda bahawa kam mencarinya pada malam ini, kemudian baginda bersabda: "Carilah Laiatul Qadar itu pada malam ini." Asy-Syafi'i berkata: "Riwayat yang paling kuat menurut pendapat saya ialah bahawa Lailatul Qadar itu jatuh pada malam tanggal 21." Abu 'Isa berkata: "Diriwayatkan dari Ubbay bin Ka'b bahawasanya ia bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu berada pada malam 27 di man ia berkata: "Rasulullah s.a.w. memberitahukan kepada kami dengan tanda-tanda malam itu kemudian kami menyebut-nyebut dan menghafalnya." Diriwayatkan dari Abu Qilabah bahawasanya ia berkata: "Lailatul Qadar itu berkisar pada sepuluh terakhir." 'Abd bin Humaid memberitahukan yang demikian kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ma'mar dari Ayyub dari ABu Qilabah dengan maksud seperti itu." 17 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0938. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, kami membayar zakat fitrah untuk setiap orang, baik anak kecil maupun dewasa, merdeka maupun budak, iaitu satu gantang makanan berupa keju, atau gandum, atau kurma, atau anggur kering. Pada masa pemerintahan Mu'awiyah bin Abu Sufyan, dia berpidato di hadapan jemaah haji atau 'umrah, katanya antara lain: "Dua mud gandum negeri Syam sama dengan segantang kurma." Kerana pidatonya itu maka orang banyak membayar zakat fitrahnya seperti itu. Kata Abu Sa'id, "Tetapi aku tetap saja membayar seperti apa yang telah ku lakukan sejak zaman Nabi sampai akhir hayatku." 18 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4685. Dari Jami' ibnu Syaddad dari Thariq Al-Muhariby, bahawasanya ada seseorang mengadu: "Wahai Rasulullah, pada zaman Jahiliyah Bani Tsa'labah itu telah membunuh Fulan, maka kini kami menuntut balas." Akhirnya Rasulullah saw mengangkat kedua tangan beliau, hingga aku melihat putih ketiak beliau, sambil bersabda: "Janganlah kesalahan seorang ibu dilimpahkan kepada anaknya untuk kedua kalinya."

19 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3035. Dan Ahdiil A'la ibnu 'Ady Al Bahrany dari Tsaubah (maula Rasulullah saw) berkata: "Rasulullah .saw. bersabda; "Dua golongan dari umatku pasti akan dibebaskan Allah dari api neraka . Golongan yang turut dalam perang India dan golongan yang pada akhir zaman turut bersama Nabi isa as. 20 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0168. Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Abdullah bin Amir bin Zurarah, mereka berkata. Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Ayyasy, dan Ashirn, dari Zirrin, dari 'Abdullah bin Masuud, dia berkata. Rasulullah SAW. bersabda. "Akan keluar di akhir zaman sekelompok kaum yang muda umurnya dan lemah akalnya. Mereka mengucapkan perkataan dari sebaik-baik perkataan manusia. Mereka membaca Al-Quran, tapi tidak sampai melalui kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Islam, seperti keluarnya anak panah yang mengenai buruannya. Maka barangsiapa menjumpai mereka, maka bunuhlah mereka. Kerana membunuh mereka adalah suatu pahala, di sisi Allah, bagi orang yang membunuhnya". 21 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2283. Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Bakar bin 'Ayyasy memberitahukan kepada kami, dari Ashim dari Zirr dari Abdillah berkata Rasulullah SAW bersabda: "Di akhir zaman keluar suatu kaum yang muda umurnya serta bodoh akalnya, mereka membaca AI Quran yang tidak melalui tulang antara leher dan bahu (tidak diterima bacaannya) mereka bersemboyan berdasarkan sabda sebaik-baik manusia serta mereka keluar dari agama seperti anak panah yang menembus." Dalam bab ini terdapat hadis dari Ali bin Abi Said dan Abu Dzarr. Hadis ini adalah hasan sahih. Dan diriwayatkan dalam selain hadis ini sifat kaum tersebut iaitu orang-orang yang membaca Al-Quran yang tidak melalui tulang antara leher dan bahu mereka memanah dengan agama seperti panah keluar dari haiwan yang terkena panah. Sesungguhnya mereka adalah golongan Khawarij Haruriyah dan lainnya dari golongan Khawarij. 22 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2515. aksudnya :Suwaid menceritakan kepada kami, Ibnu Mubarak memberitahukan kepada kami, Yahya bin Ubaidullah memberitahukan kepada kami, ia berkata ;"Aku mendengar Abu Hurairah berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Muncul pada akhir zaman orang-orang yang menipu dunia dengan agama, mereka memakai kulit kambing agar tampak lemah lembut kepada manusia, dan mulutnya lebih manis daripada gula, tetapi hati mereka bagaikan hati serigala". Allah berfirman :"Apakah kerana Aku kamu terpedaya atau terhadap Aku kamu berani, maka demi Aku, Aku bersumpah sungguh Aku mengirimkan atas mereka dari mereka akan cubaan yang membiarkan orang-orang yang santun itu menjadi bingung".Hadis ini adalah hadis gharib dari Ibnu Umar yang aku tidak mengetahui selain dari sanad ini. 23 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1026.

Dari Suwaid bin Ghafalah r.a., katanya 'Ali bin Abi Thalib pernah berkata, "Berbicara mengenai hadis Rasulullah saw., aku lebih suka tersungkur dari langit, daripada aku mengucapkan hadis yang tidak pernah diucapkan oleh beliau. Lain halnya bila aku berbicara denganmu membicarakan persoalanku dengan kamu; maka sesungguhnya perang itu adalah tipu muslihat. Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Nanti bakal muncul di akhir zaman, pemuda-pemuda berfikiran bodoh, pandai mengucapkan kata yang merdu-merdu dan berbicara manis, pandai membaca Quran tetapi tidak melalui kerongkongan mereka (hanya sekadar baca-baca saja). Mereka keluar dari agama Islam bagaikan anak panah yang keluar dari busurnya (tidak pernah kembali). Apabila kamu bertemu dengan mereka, bunuhlah mereka! Kerana sesungguhnya membunuh mereka itu dapat pahala di sisi Allah kelak di hari kiamat." 24 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4547. Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ra berkisah: "Qasamah (sumpah untuk membebaskan diri dari tuduhan pembunuhan) yang pertama kali terjadi pada zaman Jahiliyah, iaitu; bahawanya pada suatu hari ada seorang dari Bani Hasyim menyewa tenaga kerja seorang dari suku Quraisy; kemudian ia dan pekerjanya itu pergi membawa untauntanya. Di tengah perjalanan, pekerja itu bertemu dengan seorang dari Bani Hasyim yang sedang terputus tali karungnya; orang itu berkata: "Tolong, berilah aku seutas tali untuk mengikat karungku agar untaku tidak lari." Maka pekerja itu memberinya seutas tali untuk mengikat karung. Ketika istirahat, semua unta diikat kecuali seekor unta yang belum diikat; maka tanya majikan itu: "Mengapa seekor unta ini belum diikat?" Jawab pekerja itu: "Tidak ada talinya." Tanya majikan: "Di mana talinya?" Jawabnya: "Tadi ada seorang dari Bani Hasyim bertemu denganku, kerana ia terputus tali karungnya, maka ia meminta seutas tali padaku untuk mengikat karungnya supaya untanya tidak lari, maka aku memberinya seutas tali." Tiba-tiba majikan itu melempar tongkat padanya sehingga menyebabkan kematiannya. Ketika pekerja itu masih dalam keadaan sakit, ia bertemu dengan seorang penduduk Yaman; ia bertanya kepada orang Yaman itu: "Apakah kamu akan menghadiri musim haji?" Jawab orang itu; "Mungkin saja ya". Pekerja itu bertanya: "Pada suatu waktu, mahukah kamu menyampaikan beritaku pada keluargaku?" Jawab orang itu: "Ya". Kemudian pekerja itu berpesan: "Bila kamu menghadiri musim haji di sana, panggillah keluarga Quraisy; bila mereka menyambut panggilanmu, panggil pula keluarga Hasyim; dan bila mereka menyambut panggilanmu, carilah Abu Thalib dan beritahukan padanya, bahawa si Fulan telah membunuhku dikeranakan seutas tali." Setelah itu pekerja tersebut meninggal dunia. Ketika majikannya tiba di Mekah, Abu Thalib datang kepadanya dan bertanya: "Bagaimana khabar kawan kami?" Jawabnya: "Ketika ia sakit aku sudah memperlakukannya dengan baik, tetapi kemudian ia meninggal, maka akupun menguburnya." Tanya orang itu: "la masih ada tali kekeluargaan denganmu." Maka Abu Thalib diam. Kemudian seorang Yaman yang telah diberi pesan oleh pekerja (yang telah meninggal dunia) itu datang pada musim haji; maka ia memanggil: "Wahai keluarga Quraisy". Jawab Quraisy: "Di sinilah kami." Kemudian ia memanggil: "Wahai keluarga Hasyim". Jawab Bani Hasyim: "Di sinilah kami." la bertanya: "Manakah Abu Thalib?" Jawab Abu Thalib: "Aku adalah Abu Thalib". la berkata: "Si Fulan, pekerja yang meninggal itu, telah berpesan padaku untuk menyampaikan suatu khabar padamu, bahawa Fulan telah membunuhnya kerana ia telah memberikan seutas tali pada seseorang." Maka Abu Thalib datang pada majikan itu dan berkata: "Pilihlah salah satu dari tiga keputusan dari kami, kerana kamu telah membunuh kawan kami tanpa sengaja; apakah kamu akan menebusnya dengan

seratus ekor unta, atau kamu akan mencari lima puluh orang dari kaummu supaya mereka bersumpah bahawa kamu tidak membunuhnya, dan jika kamu tidak mahu, maka kami akan membunuhmu kerana kematiannya." Akhirnya majikan itu datang pada kaumnya dan menyampaikan hal itu pada mereka. Kata kaumnya: "Kami akan bersumpah". Tiba-tiba ada seorang wanita dari Bani Hasyim - isteri dari keluarga si pembunuh itu dan memiliki seorang anak dengannya - datang pada Abu Thalib dan berkata: "Aku ingin tidak engkau samakan anakku ini dengan seorang dari lima puluh orang itu, janganlah kamu memaksa mengambil sumpahnya." Maka Abu Thalib menerimanya. Kemudian seorang dari keluarga si pembunuh datang dan berkata: "Wahai Abu Thalib, jika kamu menghendaki sumpah dari lima puluh orang sebagai ganti dari seratus ekor unta, bererti setiap sumpah seorang dapat mengganti dua ekor unta, maka dari itu, terimalah dua ekor unta ini, dan janganlah kamu memaksa sumpahku". Abu Thalib menerima dua ekor unta itu, maka tinggallah empat puluh lapan orang (48 orang) yang datang untuk bersumpah, untuk membebaskan Fulan dari tuduhan membunuh". Kata Ibnu Abbas: "Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, belum ada setahun, keempat puluh lapan orang itu telah mati semua." 25 Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1238. Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. kalau hendak bepergian, beliau undi antara isteri-isteri beliau. Siapa di antaranya yang keluar undiannya, beliau membawanya berangkat. Beliau mengundi antara kami untuk pergi kepada suatu peperangan. Maka keluarlah undian saya. Lalu saya berangkat bersama beliau sesudah turun ayat hijab (perintah bertutup muka). Saya dibawa dan ditumpangkan di atas sekedup, lalu kami berjalan. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai dari peperangan itu, beliau berangkat pulang. Setelah kami berhenti dekat Madinah, malam harinya diberitahukan untuk berangkat. Ketika pemberitahuan itu, saya pun berdiri lalu berjalan hingga saya melampaui tentera. Setelah saya menyiapkan keperluan, dan saya bersiap-siap untuk berangkat, saya raba dada saya, kebetulan kalung saya jaz'i azfar (sebangsa akik) telah putus. Segera saya kembali mencari kalung saya, sehingga saya terlambat kerana mencarinya. Mereka yang akan berangkat itu datang ke tempat saya tadi, lalu mereka angkat sekedup saya dan mereka letakkan di atas punggung unta kenderaan saya. Mereka mengira saya dalam sekedup itu, kerana perempuan waktu itu berbadan ringan tiada berat badannya dan tiada banyak dagingnya, kerana mereka makan hanya sedikit. Orang itu tiada curiga ketika mengangkatnya, lalu sekedup itu mereka bawa. Mereka menyuruh unta berdiri dan terus berjalan. Kalung saya dapat kembali sesudah tentang pergi. Saya datang ke tempat tentera tetapi tiada seorang juapun lagi di situ, maka saya tujulah tempat yang saya tempati semula, kerana menurut dugaan saya, tentu setelah mereka tahu bahawa saya hilang, mereka akan mencari saya. Ketika saya sedang duduk, mata saya mengantuk, lalu saya tertidur. Safwan bin Mu'aththal Assulami Zakwani berjalan di belakang tentera. Waktu subuh ia tiba dekat tempatku, maka dilihatnya bayangan manusia sedang tidur. Lalu ia datang menemui saya, dan ia pernah melihat saya sebelum bertutup, lalu saya terbangun kerana ia membaca: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, ketika ia menyimpuhkan untanya. Kemudian diinjaknya tangan unta itu, lalu saya kenderai, dan ia pun berjalan mengheret unta saya, sehingga kami sampai kepada tentera ketika mereka sedang beristirehat waktu mulai tengah hari. Maka curigalah orang yang curiga. Yang memelopori khabar dusta itu ialah Abdullah bin Ubayy bin Salul. Kemudian kami sampai di Madinah dan saya sakit selama sebulan. Mereka menyiarkan khabar bohong. Saya merasakan sewaktu saya sakit, saya tiada melihat kesayangan Nabi s.a.w. sebagaimana biasa saya lihat kalau

saya sakit. Hanya waktu beliau masuk, beliau memberi salam, kemudian bertanya: "Bagaimana keadaanmu?" Saya tiada mengetahui hal yang demikian itu sampai saya sembuh. Waktu saya telah sembuh, saya ke luar bersama Ummu Misthah ke tempat buang air besar. Kami hanya keluar malam hari. Itu sebelum kami membuat bilik air dekat rumah kami. Dan keadaan kami sebagaimana keadaan orang Arab zaman dahulu, buang air di tengah padang. Lalu saya berjalan bersama Ummu Misthah binti Abu Ruhmin. Ia terbentur (tertarung) pada kainnya, lalu berkata: "Celaka Misthah!" Saya berkata kepadanya: "Alangkah jeleknya perkataanmu! Mengapa engkau caci laki-laki yang turut serta dalam peperangan Badar?" Jawabnya: "Hai! Tidakkah engkau tahu apa yang mereka perkatakan?" Lalu diceritakannya kepada saya berita bohong itu. Maka bertambah hebatlah penyakit saya di samping sakit yang telah ada. Setelah saya kembali ke rumah. Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat saya, lalu beliau memberi salam dan bertanya:"Bagaimana keadaanmu?" Kata saya: "Izinkan lah saya menemui ibu bapa saya". Kata Aisyah: Ketika itu saya hendak meyakinkan tentang pekhabaran itu dari keduanya. Rasulullah mengizinkan saya, lalu saya datang menjumpai ibu bapa saya. Saya bertanya kepada ibu: "Apakah yang ramai dibicarakan orang banyak?" Jawabnya: "Wahai anakku! Janganlah engkau perdulikan keadaan itu terhadap dirimu! Demi Allah, sesungguhnya jaranglah perempuan cantik di samping laki-laki yang mengasihinya dan ia bermadu, tentulah madunya akan memperbanyak cacian kepadanya." Kata saya: "Subhanallah! Benarlah orang banyak membicarakan hal ini!" Kata Aisyah: Malamnya saya tinggal di situ sampai pagi. Air mata ku mengalir tiada putus-putus, dan saya tidak boleh tidur. Pada paginya, Rasulullah s.a.w. memanggil Ali bin Abu Thalib dan Usamah bin Zaid, ketika wahyu lambat (terhenti) turunnya. Beliau bermusyawarat dengan keduanya mengenai perpisahan dengan isteri beliau. Adapun Usamah memberikan pandangannya kepada beliau dengan nama Tuhan yang mengetahui diri beliau tentang kasihnya terhadap mereka. Usamah berkata: "Dari hal isteri tuan hai Rasulullah! Demi Allah, tiada yang kami ketahui melainkan baik." Ali bin Abu Thalib berkata: "Hai Rasulullah! Tuhan tiada akan menyulitkan tuan. Perempuan yang lain masih banyak. Tuan tanyalah jariyah (hamba), dia akan berkata benar kepada tuan!" Rasulullah s.a.w. memanggil Barirah, lalu beliau bertanya: "Hai Barirah! Adakah engkau ketahui pada Aisyah sesuatu yang mencurigakan engkau?" Barirah menjawab: "Tidak, demi Tuhan yang mengutus tuan dengan hak. Tiada hamba ketahui padanya keadaan yang dapat hamba cela. Tapi ia hanya seorang perempuan yang muda usianya. Ia tidur meninggalkan tepung yang dibasahi untuk dibuat roti, dan binatang-binatang kecil datang memakannya." Hari itu Rasulullah s.a.w. berdiri berkhutbah. Beliau menyatakan keberatan terhadap Abdullah bin Ubayy bin Salul. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapakah yang akan menolong saya terhadap laki-laki yang saya dengar mengganggu isteri saya. Demi Allah! Saya hanya mengetahui isteri saya sebagai seorang yang baik. Dan mereka menyebut laki-laki yang menurut pengetahuan saya orang baik. Ia tiada pernah masuk ke rumah isteri saya selain dengan saya." Maka Saad bin Muaz berdiri lalu berkata: "Hai Rasulullah! Demi Allah, saya menolong tuan terhadapnya. Kalau ia dari golongan Aus, kami penggal lehernya. Kalau ia saudara kami dari golongan Khazraj perintahkan lah kepada kami. supaya kami lakukan perintah tuan. "Saad bin Ubadah lalu berdiri. Dia pemimpin Khazraj. Sebelum itu dia seorang laki-laki yang baik. Tetapi dia didorong oleh rasa kesukuan (kesombongan), katanya: "Demi Allah! Engkau bohong! Jangan engkau bunuh dia dan engkau tidak boleh membunuhnya." Usaid bin Hudair berdiri pula, katanya: "Demi Allah! Engkau bohong. sesungguhnya kami mesti membunuhnya. Sebenarnya engkau munafik, engkau membela orang-orang munafik." Maka ributlah dua golongan Aus dan Khazraj, sehingga terjadi keributan

dan hampir berbunuh-bunuhan dan Rasulullah s.a.w. sedang di atas mimbar. Segera beliau turun, lalu beliau tenangkan mereka, sehingga mereka diam dan beliau diam pula. Kata Aisyah: Hari itu saya menangis, air mata ku tiada putus-putusnya dan saya tidak boleh tidur. Pagi harinya ibu bapa berada di sisi saya. Saya telah menangis sehari dua malam, hingga saya kira tangis itu membelah hatiku. Ketika keduanya sedang duduk di sisi saya dan saya menangis, tiba-tiba seorang perempuan Ansar minta izin masuk, lalu saya izinkan ia duduk menangis bersama saya.Kata Aisyah: Ketika kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. masuk lalu beliau duduk. Beliau tiada duduk di sisi saya semenjak hari orang memperkatakan diri saya. Selama satu bulan beliau tiada menerima wahyu mengenai keadaan saya. Kata Aisyah: Nabi mengucapkan syahadat membaca: (Asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah), kemudian beliau bersabda: "Hai Aisyah! Saya telah mendapat berita tentang diri mu begini dan begitu. Kalau engkau tiada bersalah (suci), maka Tuhan akan membebaskan engkau. Tetapi kalau engkau berbuat dosa, maka mohonlah ampunan kepada Allah dan taubatlah kepadaNya. Sesungguhnya seorang hamba kalau mengakui dosanya, kemudian ia taubat. Tuhan akan menerima taubatnya." Setelah Rasulullah s.a.w. selesai bersabda, keringlah air mata saya hingga tiada terasa setitis pun. Saya berkata kepada bapa saya: "Bapa, tolonglah jawabkan kepada Rasulullah." Saya berkata kepada ibu: "Ibu, tolonglah jawabkan kepada Rasulullah!" Jawabnya: "Saya tidak mengetahui apa yang akan saya katakan kepada Rasulullah!" Kata Aisyah selanjutnya: "Saya seorang perempuan yang masih muda, tiada banyak membaca Quran." Katanya: "Demi Allah! Sesunguhnya saya mengetahui bahawa tuan telah mendengar apa yang diperbincangkan manusia dan masuk ke dalam hati tuan dan tuan pun membenarkannya. Demi, jika saya katakan kepada tuan, bahawa saya tiada bersalah (dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya saya tiada bersalah) tuan tiada juga akan membenarkan saya tentang itu. Demi, jika saya mengaku bersalah (sedang Allah mengetahui bahawa saya tiada bersalah) tentulah tuan akan membenarkan. Demi Allah, tiada saya dapati perumpamaan antara saya dan tuan, melainkan ketika bapa Yusuf berkata: "Hanyalah sabar yang lebih elok! Dan Allah tempat minta tolong terhadap apa yang kamu terangkan." Kemudian saya pindah ke tikar tempat tidur saya, sambil mengharapkan dibebaskan (disucikan) Tuhan saya kiranya. Tetapi, demi Allah, tiada saya kira bahawa wahyu diturunkan mengenai keadaan saya. Saya sendiri merasa terlalu kecil untuk disebutkan keadaan saya di dalam Quran. Hanya saya mengharapkan bahawa Rasulullah s.a.w. akan melihat (bermimpi) waktu tidur suatu mimpi, bahawa Tuhan membebaskan saya (menyatakan tiada bersalah). Demi Allah sebelum beliau hendak pergi ke majlis beliau, dan belum seorang pun dari isi rumah yang ke luar, maka diturunkan lah wahyu kepada beliau. Beliau merasa payah, sehingga keringat beliau bercucuran seperti mutiara, pada hal waktu itu musim dingin. Setelah wahyu kepada Rasulullah s.a.w. selesai, beliau tertawa. Perkataan pertama yang beliau katakan dihadapkan kepada saya: "Hai Aisyah! Pujilah Allah! Sesungguhnya Tuhan telah membebaskan engkau (menyatakan tiada bersalah)." Ibu berkata kepada saya: "Berdirilah engkau menghadap Rasulullah s.a.w.!" Jawab saya: "Tidak, demi Allah! Saya tidak akan berdiri menghadap beliau, dan tiada yang akan saya puji melainkan Allah!" Tuhan yang Maha Tinggi telah menurunkan ayat yang ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga sampai akhir ayat. (Surat An Nur, 11 . 12). Setelah Tuhan menurunkan ayat tentang kesucian saya, Abu Bakar Siddik, yang membelanjai Misthah bin Asasah kerana kerabatnya, berkata: "Demi Allah, untuk selamanya saya tiada akan membelanjai Misthah sedikit pun, sesudah ia memperkatakan tentang hal Aisyah." Tuhan yang Maha Tinggi lalu

menurunkan ayat yang ertinya: "Orang-orang yang mempunyai kekayaan dan kelapangan di antara kamu janganlah bersumpah bahawa mereka tiada akan memberi pertolongan kepada kerabat sampai Tuhan itu Pengampun dan Penyayang". (Surat An Nur, ayat 22). Kemudian Abu Bakar berkata: "Demi Allah, sesungguhnya saya suka bahawa Tuhan akan mengampuni saya." Lalu ia kembali membelanjai Misthah sebagai dahulu. Dan Rasulullah s.a.w.. menanyakan pada Zainab binti Jahsy dari hal keadaanku. Nabi bertanya: "Apakah yang engkau ketahui tentang apa yang engkau lihat?" Jawab Zainab: "Hai Rasulullah! Saya menjaga pendengaran dan penglihatan saya. Demi Allah, tiada saya ketahui tentang dirinya melainkan baik." Katanya Aisyah: "Dan dia (Zainab) yang menyamai saya, maka Tuhan memeliharanya dengan wara' (taqwa kepada Tuhan)." 26 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4920. Dari Sa'id ibnu Jubair dari Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Pada akhir zaman, ada kaum yang menyemir rambutnya dengan warna hitam bagaikan dada burung merpati, mereka adalah orang-orang yang tidak akan mendapatkan harumnya syurga." 27 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2393. Al-Hasan bin Ali Al-Khallal memberitahukan kepada kami, Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami, Maamar memberitahukan kepada kami dari Ayyub dari Ibnu Sirin dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw bersabda: "Di akhir zaman mimpi seorang mukmin hampir-hampir tidak dusta dan sebenar-benar mereka dalam mimpi adalah sebenar-benar mereka dalam perkataan. Mimpi ada tiga macam iaitu mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah, mimpi yang ditimbulkan oleh perkataan seseorang kepada dirinya dan mimpi buruk yang ditimbulkan syaithan. Apabila seseorang dari kamu melihat mimpi yang tidak dia sukai, maka janganlah menceritakannya kepada orang lain, lalu hendaklah melakukan solat." Abu Hurairah berkata, "aku senang ikatan dan aku benci belenggu". Ikatan adalah keteguhan dalam menjalankan agama. Abu Nurairah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Mimpi seorang mukmin adalah satu bahagian dari empat puluh enam bahagian dari kenabian." Abdul Wahhab Ats Tsaqafi meriwayatkan hadis ini dari Ayyub secara marfu', dan Hammad bin Zaid meriwayatkannya dari Ayyub secara mauquf. 28 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5007. Telah menceritakan padaku Abdur Rahman ibnu Tharafah dari Arjafah ibnu Kuraib (kakeknya) berkisah, bahawasanya pada zaman Jahiliyah, hidungnya telah terluka di hari 'Kulab', maka dia mengganjal hidungnya dengan perak, tetapi lama-lama perak itu menjadi busuk di hidungnya, akhirnya Rasulullah saw membolehkannya mengganjal hidungnya dengan emas. 29 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3951. Dari Suwaid ibnu Ghafalah dari Ali ra, berkata: Aku mendengar Rasulullah saw telah bersabda: "Pada akhir zaman kelak, akan ada suatu kaum yang suka berbuat kerukan gigi dan pemikirannya cetek, mereka pandai berbicara tetapi sebenarnya iman mereka tidak dapat menembusi hati mereka, mereka keluar dari Islam secepat anak panah

yang terlepas dari busurnya. Maka jika kamu menjumpai mereka, bunuhlah mereka, kerana seorang yang membunuh mereka akan mendapat pahala dihari kiamat." 30 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2704. Mewartakan kepada kami Ahmad bin Al-Azhar; mewartakan kepada kami 'Abdurrazzaq bin Hammam; memberitakan kepada kami Ma'mar, dari Asy'ats bin 'Abdullah, dari Syahr bin Hausyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kebaikan selama tujuh puluh tahun. Ketika dia berwashiyat, menyimpang dalam washiyatnya. Maka diakhiri hidupnya dengan amalannya yang jahat itu, akhirnya diapun masuk neraka. Dan sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kejahatan selama tujuh puluh tahun. Dan dia bertindak adil dalam washiyatnya. Lalu diakhiri hidupnya dengan amalannya yang baik itu, akhirnya diapun masuk syurga". Abu Hurairah berkata: "Bacalah jika kalian mahu (yang ertinya: Itulah hukum-hukum Allah-sampai firman Allah-adzab yang menghinakan) 31 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1187. Mewartakan kepada kami Abdullah bin Sa'id, mewartakan kepada kami Ibnu Abu Ghaniyyah, mewartakan kepada kami Al A'masy, dari Abu Sufyan, dari Jabir, dari Rasulullah SAW. beliau bersabda: "Barangsiapa yang khawatir kalau tidak dapat bangun di akhir malam, maka solatlah Witir di awal malam, kemudian tidurlah dia. Barangsiapa yang ingin sekali di antara kamu sekalian bangun di akhir malam, maka hendaklah solat Witir di akhir malam. Sebab solat di akhir malam itu dihadiri "malaikat-. Dan yang demikian itu lebih utama." 32 Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0214. Dari Ghudhaif bin Harits dia berkata: Aku pernah bertanya kepada Aisyah R.A.: Tahukah egnkau, apakah Rasulullah S.A.W. biasa mandi junub di awal malam hari atau di akhirnya? Kata Aisyah: "Kadang-kadang beliau mandi di awal malam, dan kadang-kadang di akhirnya". Kataku: "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan perkara ini lapang." Kataku: Tahukah engkau, apakah Rasulullah S.A.W. biasa mengerjakan solat witir di awal malam hari atau di akhirnya? Kata Aisyah: "Kadangkadang beliau mengerjakan solat witir di awal malam hari, dan kadang-kadang di akhirnya". Kataku: "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan perkara ini lapang". Kataku: Tahukah engkau, apakah Rasulullah S.A.W. biasa membaca Al Quran (dalam solat malam) dengan suara nyaring atau membacanya dengan suara perlahan? Kata Aisyah: "Kadang-kadang beliau menyaringkannya, dan kadangkadang membacanya perlahan." Kataku: "Segala puji bagi Allah yang telah membuat perkara ini lapang". 1)* 1)* Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai dan Ibnu Majah dengan singkat dan senada dengan hadis ini pula oleh Muslim, Bukhari, dan Tirmidzi. 33 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0923. Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Abuz Zubair dari Ibnu 'Abbas dan 'Aisyah "bahawasanya Nabi s.a.w.

mengakhirkan tawaf ziyarah sampai waktu malam." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan. Sebahagian ulama' memberikan keringanan untuk mengakhirkan tawaf ziyarah sampai waktu malam. Sebahagian ulama' yang lain menganggap sunat untuk berziarah pada hari Nahar; dan sebahagian yang lain memberi kelonggaran untuk mengakhirkannya walaupun sampai akhir dari hari-hari Mina." 34 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1918. Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: Saya disuruh datang oleh Abu Bakar bertalian dengan pertempuran di Yamamah, dan di dekatnya ada Umar. Abu Bakar mengatakan bahawa Umar datang kepadanya dan berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang hafal Quran telah banyak yang tewas dalam perang Yamamah. Saya khuatir akan banyak pula orang-orang yang hafal Quran itu tewas di setiap medan pertempuran, sehingga menyebabkan sebahagian besar dari Quran itu hilang. Sebab itu, saya berpendapat supaya " engkau memerintahkan pengumpulan Quran dalam satu buku." Saya (Abu Bakar) menjawab: "Bagaimana saya akan berani memperbuat sesuatu yang belum pernah diperbuat oleh Rasulullah saw?" Kata Umar: "Demi Allah! Itu suatu hal yang baik. Umar terus mendesak saya untuk mengerjakan hal itu, sampai Allah membukakan hati saya sesuai dengan yang telah dibukakan Allah kepada hati Umar, sehingga saya berpendapat tentang pengumpulan Quran itu sesuai dengan pendapat Umar." Zaid mengatakan, bahawa Abu Bakar mengatakan kepadanya: "Sesungguhnya engkau seorang pemuda yang cerdas dan kami tidak menambah curiga kepada engkau dan engkau biasa menuliskan wahyu atas perintah Rasulullah saw. Kerana itu, periksalah ayat-ayat Quran dan kumpulkan semuanya!" Kata Zaid: "Demi Allah! Kalau saya dibebani memindahkan sebuah bukit di antara bukit-bukit nescaya tidak akan lebih berat bagi saya dari apa yang dibebankan kepada saya, iaitu mengumpulkan Quran." Kata Zaid (kepada Abu Bakar dan Umar): "Bagaimana engkau keduanya membuat sesuatu .yang belum diperbuat oleh Rasulullah saw?" Jawab Abu Bakar: "Demi Allah! Hal itu sangat baik!" Abu Bakar sentiasa mendesak saya dan akhirnya Allah membukakan hati saya sesuai dengan yang dibukakanNya kepada Abu Bakar dan Umar, dan akhirnya saya sependapat tentang itu dengan pendapat keduanya. Lalu ayat-ayat Quran itu saya cari di mana-mana dan saya kumpulkan dari tulisan-tulisan pada pelepah korma, kertas dan batu, dan dari hafalan beberapa orang. Akhirnya Surat Taubah yang berbunyi: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari bangsa kamu juga sampai akhir ayat, saya dapat dari Khuzaimah atau Abu Khuzaimah. Lalu saya persambungkan ayat itu dalam surat Taubah. Quran (yang telah terkumpul) itu disimpan oleh Abu Bakar semasa hidupnya. Dan sesudah beliau meninggal, disimpan oleh Umar semasa hidupnya. Sesudah Umar wafat disimpan oleh Hafshah binti Umar. 35 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3330. Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Sufyan bin Malik bin Mi'wal dari Thalhah bin Musharraf dari Murrah dari Ibnu Mas'ud berkata: "Ketika Rasulullah SAW. sampai di Sidradulmuntaha beliau bersabda: "Berakhir padanya sesuatu yang naik dari bumi (perbuatan yang baik dan ruh) dan batas akhir yang turun dari atas (wahyu). Allah memberi kepada beliau di tempat itu tiga perkara yang belum pernah Dia berikan kepada seorang Nabi sebelumnya iaitu pertama diwajibkan atas beliau solat lima kali dan kedua beliau diberi ayat-ayat akhir surat Al-Baqarah dan ketiga Allah mengampuni bagi ummat

beliau dosa-dosa yang besar selama mereka tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah. Ibnu Mas'ud membaca ayat:(Ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya). An Najm: 16.Dia berkata Sidratulmuntaha berada di langit keenam.Sufyan berkata dalam menafsiri sesuatu yang meliputinya, rama-rama dari emas dan Sufyan berisyarat dengan tangannya lalu menggetarkannya. Selain Malik bin Mighwal berkata: "Sampai di Sidratulmuntaha batas akhir ilmu makhluk, mereka tidak memperoleh ilmu lebih dari pada itu." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. 36 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0461. Dari Abu Said Al Khudri katanya: "Pernah kami memperkirakan berdirinya Rasulullah saw ketika solat zuhur mahupun solat asar. Bila berdiri pada kedua rakaat pertama dalam solat zuhurnya, beliau berdiri selama bacaan tiga puluh ayat atau sama dengan bacaan surat As Sajadah. Sedangkan pada dua rakaat akhir dalam solat zuhurnya beliau berdiri pada dua rakaat pertama dalam solat asar beliau berdiri seperti ketika beliau berdiri pada dua rakaat akhir dalam solat zuhurnya. Sedangkan pada dua rakaat akhir solat asarnya beliau berdiri separuh dari dua rakaat akhir dari solat zuhurnya." 37 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4181. Dari Atha' dari Jabir berkata: "Dulu pada zaman Rasulullah kami telah memakan daging kuda." Aku (Atha') bertanya pada Jabir: "Bagaimana dengan daging bighal". la menjawab: "Tidak pernah." 38 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1366. Diberitahukan oleh As Saib Ibnu Yazid: "Pada mulanya azan untuk solat Jumaat dilakukan imam telah duduk di atas mimbar. Hal itu berlangsung mulai pada zaman nabi saw hingga Abu Bakar dan Umar. Pada masa khalifah Utsman ketika umat Islam makin bertambah banyak Utsman menyuruh azan untuk solat Jumaat sebanyak dua kali ditambah dengan iqamah. Azan yang pertama dilakukan di Zaura' (Suatu tempat di pasar kota Madinah). Demikianlah hal itu terus berlaku hingga sekarang." 39 Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1541. Dari Ali r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul pada akhir zaman golongan pemuda yang kurang akal. Mereka mengucapkan perkataan yang amat baik. Mereka keluar dari Islam bagai panah keluar dari busurnya. Keimanan mereka tiada melampaui kerongkongannya. Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai. Sesungguhnya siapa yang membunuh mereka memperoleh pahala di hari kiamat". 40 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1634. Humaid bin Masadah menceritakan kepada kami, Yazid bin Zurai' menceritakan kepada kami, Husain Al-Mu'allim menceritakan kepada kami dari 'Amr bin Syuaib dari ayahnya dari kakeknya bahawasanya Rasulullah di dalam khutbahnya bersabda: "Tepatilah sumpah (pada zaman) Jahiliyyah kerana sesungguhnya sumpah itu tidak akan menambahnya, maksudnya Islam, melainkan (beban) berat, dan janganlah kamu

berbicara dengan bersumpah dalam Islam." Di dalam bab ini cerdapat hadis dari 'Abdur Rahman bin 'Auf, Ummu Salamah, Jubair bin Muth'im, Abu Hurairah, Ibnu 'Abbas dan Qais bin 'Ashim. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. 41 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2847. Mewartakan kepada kami 'Ally bin Muhammad, mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Numair, dari 'Ubaidullah, dari Nafi', dari Ibnu 'Umar, dia berkata: Kuda milik 'Umar hilang, kemudian diambil oleh seorang musuh. Lalu kaum muslimin menundukkan mereka, maka dikembalikan -kuda- kepadanya di zaman Rasulullah saw. Ibnu 'Umar berkata, selanjutnya: Budak milik 'Umar minggat, lalu dia kedapatan ada di negeri Roma. Kemudian kaum muslimin menundukkan mereka, maka Khalid bin Al-Walid mengembalikannya kepadanya -'Umar-, setelah wafatnya Rasulullah saw. 42 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2519. Dari Shuhaib r.a. katanya Rasulullah saw. bercerita: "Pada zaman dahulu ada seorang raja mempunyai seorang tukang sihir. Ketika usia tukang sihir itu bertambah lanjut, dia berkata kepada raja, "Aku sudah tua. Kerana itu kirimlah kepada ku seorang pemuda supaya ku ajari dia ilmu sihir." Maka dikirimlah kepadanya oleh raja seorang pemuda untuk belajar ilmu sihir. Di jalan yang dilalui si pemuda setiap hari hendak pergi belajar sihir ada seorang pendeta. Si pemuda selalu singah ke tempat pendeta tersebut dan menyemak ajaran-ajarannya. Ternyata ajaran pendeta tersebut sangat dikagumi si pemuda. Apabila dia terlambat sampai ke tempat tukang sihir, dia dipukul oleh tukang sihir. Hal itu diadukannya kepada pendeta. Kata pendeta, "Jika engkau takut dimarahi tukang sihir katakan kepadanya bahawa engkau terlambat kerana halangan keluarga. Dan jika engkau takut dimarahi keluargamu, katakan bahawa engkau terlambat pulang kerana tukang sihir." Sementara keadaan berjalan demikian rupa, pada suatu hari muncul seekor binatang besar menghambat orang ramai lalu lintas di jalan raya. Kata si pemuda, "Hari ini aku harus tahu, mana yang lebih ampuh ilmu tukang sihir dengan ilmu pendeta." Maka diambilnya batu lalu dia mendoa, "Wahai Allah! Jika ilmu pendeta yang lebih Engkau sukai dari ilmu tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini supaya orang ramai dapat lalu." Lalu dilemparnya binatang itu dan mati seketika itu juga, sehingga orang ramai dapat lalu. Si pemuda datang kepada pendeta menceritakan peristiwa yang baru dialaminya. Kata pendeta, "Hai anak ku! Mulai hari ini ternyata engkau lebih unggul daripada ku. Engkau telah mencapai sasaran yang ku duga. Tetapi engkau akan mendapat ujian. Jika engkau diuji, janganlah engkau mengatakan bahawa aku gurumu. Si pemuda sudah pandai mengubati orang bisu, mengubati penyakit kusta, dan mengubati berbagai penyakit orang banyak. Hal itu terdengar oleh seorang Menteri Raja yang buta matanya. Maka didatanginya si pemuda dengan membawa berbagai hadiah yang banyak. Katanya, "Jika engkau dapat menyembuhkan dari kebutaan, maka hadiah-hadiah ini ku berikan kepada mu." Jawab pemuda, Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang. Yang menyembuhkan sesungguhnya hanya Allah. Anda mahu iman kepada Allah, aku akan mendoa semoga Dia berkenan menyembuhkan Anda." Maka imanlah dia kepada Allah, lalu Allah Ta'ala menyembuhkannya. Kemudian Menteri Raja datang ke majlis raja sebagaimana biasa. Sang Raja bertanya kepadanya, "Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?" Jawab Menteri, "Tuhan ku!" Titah Raja, "Engkau punya Tuhan selain aku?" Jawab Menteri, "Tuhan ku dan Tuhan Anda ialah Allah!" Maka

diseksanya Menteri tersebut, sehingga dia terpaksa menunjukkan pemuda yang mengubatinya. Maka diiringlah si pemuda ke hadapan raja. Titah Raja, "Hai anak ku! Sungguh hebat ilmu sihirmu. Engkau dapat menyembuhkan orang buta, menyembuhkan penderita kusta, dan engkau telah berjasa begini dan begitu." Jawab pemuda "Aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun. Sesungguhnya yang menyembuhkan hanya Allah Ta'ala semata-mata." Maka diseksanya lah si pemuda sehingga dia terpaksa menunjukkan pendeta. Maka digiring pula pendeta ke hadapan raja. Titah Raja, "Keluarlah (murtadlah) dari agamamu. Pendeta menolak perintah raja tersebut. Raja memerintahkan supaya mengambil gergaji dan diletakkan d