kes gestalt

Upload: siti-mahani

Post on 05-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh yang didapati dari internet

TRANSCRIPT

KAJIAN KES GESTALTLan (bukan nama sebenar) adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Lan tinggal bersama dengan datuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani. Lan amat membenci ibunya kerana dari kecil lagi Lan tidak pernah dijaga oleh ibu dan mendapat kasih sayang ibu. Lan juga benci dengan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya kerana meninggalkan ibu sewaktu Lan masih di dalam kandungan ibu. Lan juga tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara ibu dan ayahnya. Lan gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk dengan keluarga sendiri tidak sama baginya. Lan amat cemburu dengan rakan-rakannya yang lain tinggal bersama dengan ibu bapa tetapi diri Lan pula sebaliknya. Lan hanya melihat wajah ibu setahun sekali dan Lan tidak pernah langsung melihat wajah ayah. Oleh kerana kurangnya kasih sayang ibu dan ayah, Lan selalu sahaja memberontak. Lan mudah panas baran dan akan mengamuk jika sesuatu yang tidak kena. Datuk juga tidak berani memarahi Lan kerana amat menyayangi Lan dan mungkin kerana faktor usia datuk yang terlalu tua. Di sekolah Lan dikenali dengan perangai samseng dan suka menjahamankan harta benda sekolah. Guru-guru juga telah melabel Lan sebagai samseng sekolah dan apa sahaja barang sekolah yang rosak, Lan pasti akan dicari oleh guru-guru. Lan pernah menconteng bilik darjah, tangga-tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan, memecahkan kerusi, meja malah meja guru juga pernah Lan musnahkan. Menurut Lan apabila dia dapat memecahkan sesuatu barang dia akan berasa puas dan akan dapat melepaskan kebenciannya pada ibu. Lan juga sudah lali dengan kata-kata orang dan tidak kisah dengan label yang diberikan.

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL - TEORI GESTALT

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubung kait di antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak secara aktif, bukan secara berasingan Teori ini berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami adalah akibat daripada matlamat dan tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya sebagai manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir daripada pengalaman hidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa dan menikmati sepenuhnya apa yang ada.Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya. Manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna. Antara perkara- perkara penting ialah:

Hidup sekarang, fokus pada sekarang.

Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.

Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita mengalami keseronokkan.

Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran sendiri.

Terima diri anda yang sebenar. Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenar- benarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaran mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga mengkaji masa lampau individu dengan cara yang menarik dan mengiktiraf kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individu akan menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang kemajuannya. Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Seperti di dalam kajian kes ini, Lan bertindak agak agresif dengan melakukan vandalisme di sekolah kerana melepaskan kebenciannya pada ibu yang dianggapnya langsung tidak pernah menyayangi dirinya. Keadaan ini menyebabkan Lan menjadi seorang yang panas baran dan mudah sahaja mengamuk.

MATLAMAT TERAPI Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang (here and now). Secara umumnya, terapi Gestalt ini memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu supaya akan lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangka oleh mereka sendiri. Ianya juga membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan kata lain perkataan tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut.Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya mengalami hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan cuba dibantu agar dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini juga membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah mengubah personaliti dan diri mereka.

TEKNIK KAUNSELING GESTALT

Kerusi Kosong Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog dengan Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti. Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian, moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering mengkritik dan yang selalu menekan perkataan patut dan harus. Under Dog pula merupakan unsur yang menyoal mangsa di dalam sesuatu keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, ia sering bersikap membela diri, selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah Fais, teknik berdialog dengan menggunakan pendekatan kerusi kosong telah digunakan. Lan merasakan dirinya sangat malang kerana tidak mendapat kasih sayang seorang ibu dan ayah. Lan sebenarnya teringin mendapat kasih sayang seperti rakan-rakan yang lain tetapi secara realitinya Lan telah dijaga oleh datuk dan jarang sekali dapat bertemu dengan ibu malah ayahnya juga langsung tidak pernah ditemui. TINDAKAN KAUNSELOR Kaunselor meneroka masalah Lan sebaik mungkin bagi mengenal pasti masalah sebenar Lan. Sewaktu penerokaan kaunselor mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrontasi, mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini di aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Kaunselor memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepada lisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Fokus pada pergerakan badan, tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Lan meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya pendek, menghuraikan rambutnya sambil menunduk dan menggosok belakang leher. Semasa fokus kepada komunikasi non verbal Lan, kaunselor bertanya jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian, kaunselor dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Lan sendiri

IMPLIKASI Melalui teknik kerusi kosong, Lan telah berpeluang belajar bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada ibu memandangkan selama ini Lan tidak pernah memberitahu kepada ibu akan masalahnya. Apabila Lan menjalani teknik kerusi kosong, sekurang-kurangnya Lan sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan diterimanya nanti dan adakah ucapannya itu sesuai untuk diluahkan kepada ibu. Teknik kerusi kosong ini sekurang-kurangnya dapat membantu Lan meluahkan perasaannya.