keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan

2
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu sendiri. Antara kesan yang paling ketara ialah: Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian individu berkenaan. Masyarakat akan sering memperkatakan tentang perbuatan yang telah dilakukan oleh beliau. Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan. Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan. Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan. Ke mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.

Upload: siti-aminah-salleh

Post on 12-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

Page 1: Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Pada Hari Ini Akan Memberikan

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini akan memberikan  kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Remaja  merupakan aset utama negara pada masa akan datang,  memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu sendiri. Antara kesan yang paling ketara ialah:

Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh

perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian

individu berkenaan. Masyarakat akan sering memperkatakan tentang perbuatan

yang telah dilakukan oleh beliau.

Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh

perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan

semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan

perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud

perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan

dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan.

Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan.

Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan.  Ke

mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai

dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.

Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi keatas perbuatan yang

telah dilakukan. Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami

tekanan perasaan dan emosi dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati

mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil dan

tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan masyarakat.

Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada

hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti

AIDS, Hepetetis B, Kanser dan sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang

terlibat dalam gejala ddaah pasti akan mudah mendapat penyakit HIV, dan begitu

Page 2: Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Pada Hari Ini Akan Memberikan

juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan meminum arak akan

mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya.