kertas_kerja_big.docx

14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV TARIKH 30 JULAI 2013 (SELASA) TEMPAT SJK (C) Ai Chun 1 P.S 7, Jalan Mohd Khalid, 83000, Batu Pahat Johor ANJURAN

Upload: yantyumi

Post on 04-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURUFASA IV

TARIKH 30 JULAI 2013 (SELASA)

TEMPAT SJK (C) Ai Chun 1 P.S 7, Jalan Mohd Khalid,83000, Batu PahatJohor

ANJURANPISMP BAHASA CINA 2SEM 6 AMBILAN JANUARI 2011

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Rasional

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Tentatif Pelaksanaan

6.0 Peserta Kursus

7.0 Mentor

8.0 Struktur Organisasi

9.0 Anggaran Perbelanjaan

10.0 0 Pengangkutan

11. Jadual Program

12.0 Penutup

13.0 Lampiran:I. Senarai Nama Peserta II. Jadual Program

1.0 PENGENALANProgram Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat. Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 RASIONALProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Di samping itu, guru-guru pelatih dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3.0 MATLAMATMatlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastrukturkurikulum di sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.

4.0 OBJEKTIFSasaran kepada guru pelatih selepas mengikuti lawatan agar dapat:4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh: 30 Julai 2013 (Selasa)

Masa: 7:00 pagi hingga 3:00 petang

Tempat: SJK (C) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ai Chun 1 P.S 7, Jalan Mohd Khalid,83000, Batu Pahat Johor, Malaysia

Telefon: 074341289

6.0 PESERTA Seramai 19 orang guru pelatih (4 orang guru pelatih lelaki dan 15 orang guru pelatih perempuan). dari kelas Bahasa Cina (2) IPGM Kampus Tun Hussein Onn, PISMP Semester 6 Ambilan Januari 2011 menyertai Lawatan Penanda Aras ini.

*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta.7.0 MENTORMentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPGM Kampus Tun Hussein Onn adalah Encik Loh Piek Hong .

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi: Lim Jing Xuan Naib Pengerusi: Lee Ze Chian Setiausaha: Heng Hui Qin Bendahari: Ku Yu Yan

Ahli JawatankuasaAJK Makanan: Lee Zhi XianAJK Peralatan: Kevin Wong Chii Chiew, Ngui Ye ShiuanAJK Jurugambar: Leong Qing YeAJK Aktiviti: Loh Leh Chin, Khong Jia HuiAJK Buku Program / Poster / Broshur: Lee Hui Jia, Low Pei PeiAJK Kebersihan & Keselamatan: Lai Jie Ying, Lim Ann KiAJK Pengangkutan: Kow Shun Ching, Hung Pei PeiAJK Perhubungan: Wong Zi Ling, Khoo Cheong YuAJK Dokumentasi: Huong Chiet Mee

9.0 ANGGARAN PERBELANJAANBerikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :

BILPERKARAJUMLAH

1.

2. Elaun Makan PelajarRM 10 x 1 hari x 19 orang Cenderahati (Dipohon daripada Setor Utama IPG Kampus Tun Hussein Onn) = RM 190.00-

JUMLAHRM 190.00

10.0 PENGANGKUTAN Pengangkutan peserta akan dipohon daripada pihak pentadbiran IPG Kampus Tun Hussein Onn. Bentuk pengangkutan yang dicadangkan / dipohon : Sebuah bas IPTHO

11.0 JADUAL PROGRAMProgram Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

12.0 PENUTUPSecara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disemak oleh:........................................................(EN. LOH PIEK HONG)Tutor Penasihat,PISMP SEM 6 BC 3IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.Disediakan Oleh:

...........................................(HENG HUI QIN)Setiausaha, Program BIG Fasa VI,IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.

Disokong oleh:...........................................................................(EN. MOHD. NAHAR BIN MOHAMAD WAZIR)Ketua Unit,Unit Ko-Kurikulum ,IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.Disahkan oleh,

.............................................................(EN. ABD JABAR BIN A RAHMAN)Penyelaras BIGUnit Kokurikulum,IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.

Setelah membaca dan meneliti objektif pelaksanaan program, maka dengan ini saya

Diluluskan / Tidak diluluskan

...........................................................(PN. HJH. ZALEHA BINTI ONN)PengarahIPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.LAMPIRAN ISENARAI NAMA PESERTA KURSUS: PISMP SEM 5 BC 2 AMBILAN JANUARI 2011MENTOR: ENCIK LOH PIEK HONGBILNAMA PELAJARNO. KAD PENGENALAN

1HENG HUI QIN901029-07-5654

2HUNG PEI PEI910129-05-5436

3HUONG CHIET MEE900809-13-7268

4KEVIN WONG CHII CHIEW910301-13-6167

5KHONG JIA HUI910116-08-5636

6KHOO CHEONG YU910828-07-5284

7KOW SHUN CHING910713-04-5050

8KU YU YAN911217-13-6302

9LAI JIE YING910204-14-5176

10LEE HUI JIA910327-04-5140

11LEE ZE CHIAN910420-09-5062

12LEE ZHI XIAN890901-02-5692

13LEONG QING YE911102-08-5795

14LIM ANN KI900921-05-5182

15LIM JING XUAN911114-04-5053

16LOH LEH CHIN910408-02-5344

17LOW PEI PEI911005-02-5934

18NGUI YE SHIUAN911004-12-5941

19WONG ZI LING911003-03-5098

LAMPIRAN IITENTATIF PROGRAM MasaPerkara

7.00 pagi- Berkumpul di perhentian menunggu bas- Bertolak ke S.J.K (C) Ai Chun 1

8.00 pagi- Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan sekolah

8.30 pagiSesi 1 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dan kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran)

10.00 pagi- Minum pagi- Lawatan ke Bilik bilik Khas Mata Pelajaran

11.00 pagiSesi 2- Bengkel ciri-ciri profesionalisme (potensi diri, personaliti kerjaya, citra diri insan guru)Sesi 3 Sesi soal jawab

1.00 petang- Makan tengahari

2.00 petang - Majlis perasmian penutup - Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah - Refleksi Kendiri

3.00 petang- Bertolak pulang ke IPG Kampus Tun Hussein Onn