kertas_kajian_perundangan_dalam_pengurusan_hal_ehwal_murid.pdf

Upload: wandyhusein

Post on 09-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KAJIAN PERUNDANGAN DALAMPENGURUSAN HAL EHWAL MURID

    Pengenalan

    1. Perundangan dalam pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang seharusnya diketahui oleh semua

    pengurus sekolah. Tambahan pula kebelakangan ini, suasana masyarakat yang semakin terpelajar dan peka

    dengan situasi di sekolah telah mendedahkan pengurus dengan dakwaan mahkamah. Kejahilan pengurus

    mengenai undang-undang menjadikan banyak tindakan dan perkara dilakukan tanpa mengikut prosedur dan

    peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga pihak-pihak lain. Dokumen-

    dokumen perundangan yang berkaitan perlu diketahui bagi mengelakkan tindakan mahkamah diambil.

    Dewasa ini dalam masyarakat yang semakin canggih dan kompleks, tanggungjawab yang dibebankan ke

    atas pengurus telah menjadi semakin rumit dan mencabar. Oleh kerana pengurus pendidikan mempunyai

    peranan yang bitara dalam masyarakat iaitu membangun manusia, sudah tentulah tanggungjawab dan

    amanah yang terpaksa ditanggung adalah besar.

    Dakwaan mahkarnah terhadap sekolah dan pendidik sudah menjadi perkara biasa. jika dibuka akhbar boleh

    dikatakan saban hari, ada saja berita yang memuatkan perkara seperti ini dilaporkan.

    2. Golongan pendidik wajar mengetahui sedikit sebanyak hal-hal yang berkaitan dengan perundangan supaya

    kita boleh melaksanakan tugas kita di sekolah dengan lebih selesa dan yakin. Kejahilan pengurus mengenai

    aspek perundangan adalah antara satu faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah dan guru sering

    didakwa.

    Pengertian Undang-Undang

    3. Undang-undang memberikan pengertian yang berbeza bagi setiap orang. Karl Marx sebagai contohnya

    menyatakan bahawa undang-undang adalah "alat yang digunakan oleh golongan kapitalis menguasai dan

    memeras kelas bawahan".

    4. Definisi lain yang lebih positif yang digunakan dalam konteks kita di sekolah ialah "alat yang menghalang

    seseorang melakukan sesuatu secara bebas". Sehubungan itu, pihak sekolah biasanya menggubal peraturan

    untuk menjadikan murid-murid patuh dan akur dan akhirnya menjadi warga negara yang berguna.

  • Mengapa Sekolah Mudah Didakwa?

    5. Oleh kerana sekolah berperanan mendidik dan membangun manusia untuk hidup dan memberikan

    sumbangan positif kepada masyarakat dan negara. Suasana sekolah yang kaya dengan pelbagai ragam dan

    tingkahlaku manusia, baik guru mahupun muridnya sudah pasti mengundang pelbagai interpretasi berbeza.

    Suatu kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dan diambil tindakan oleh pihak sekolah dengan. mengenakan.

    dendaan. tertentu mungkin disalah ertikan oleh ibu bapa sebagai deraan atau penghinaan kepada anak

    mereka.

    6. Perbezaan dalam persepsi dan interpretasi seperti inilah yang menjadikan sekolah mudah didakwa. Bagi

    pihak sekolah pula., jika tindakan. yang diambil tidak bertepatan. dengan prosedur dan peraturan yang

    ditetapkan sudah tentu akan mengundang pelbagai masalah.

    Bagaimana Melindungi Sekolah Daripada Didakwa

    7. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelbagai buku panduan dan surat-surat

    pekeliling ikhtisas daripada masa ke masa dengan tujuan memperingatkan. pengurus sekolah dengan

    pengetahuan dan peraturan yang jelas dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Pengetahuan dan kefahaman

    mengenai perkara ini amat penting dalam mengurus dan. mentadbir aspek hal ehwal. murid.

    8. Pihak sekolah dan guru-guru seharusnya sentiasa merujuk semua dokumen yang dikeluarkan supaya ianya

    selaras dengan tindakan. yang dilaksanakan. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah memastikan setiap

    dokumen ini ada dalam simpanan dan menyebarluas kepada sernua warga sekolah. Peringatan-peringatan

    seharusnya dibuat dengan kerap kepada sernua warga sekolah mengenai perkara-perkara terbaru berkaitan

    dengan guru dan peraturan. Mesyuarat dan ruang-ruang yang sesuai boleh digunakan bagi tujuan ini.

    9. Kepentingan mengetahui aspek-aspek perundangan merupakan satu kemestian dewasa ini kerana guru

    sebagai penjawat awam mempunyai tanggungjawab melindungi dan menghormati hak setiap individu yang

    ada di sekolah. Guru juga mempunyai tanggungjawab menjadikan mereka sebagai manusia berguna dan

    kadangkala ada masanya kita bertindak melampaui bidang yang dibenarkan. Pengetahuan dan. kesedaran

    mengenai undang-undang akan. berupaya menghalang guru daripada melakukan. perkara yang

    bertentangan dengannya.

  • Tanggung Jawab Sekolah Kepada Pelajar

    10. Secara umumya bila mana murid-murid berada di dalam kawasan pagar sekolah, tanggungjawab menjaga

    mereka akan terserah kepada pihak sekolah. Menurut istilah perundangan ini disebut sebagai 'in loco

    parentis' yang membawa maksud 'sebagai ganti ibu bapa'. Dalam ertikata lain pihak sekolah mempunyai

    tanggungjawab secara langsung bagi memastikan murid-murid diselia dan dilindungi.

    11. Tanggungjawab melindungi murid-murid yang disebut sebagai 'the duty of care' merupakan

    tanggungjawab melindungi mereka daripada risiko yang boleh dijangka mendatangkan mudarat. Dalam erti

    kata lain melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu yang boleh dilihat sebagai mendatangkan

    kecederaan kepada murid-murid. Darjah tanggungjawab yang terbeban ke atas bahu guru tidak sama bagi

    semua keadaan dan bergantung kepada faktor-faktor berikut:

    (a) Bilangan pelajar yang diselia;

    Semakin ramai murid semakin rendah tahap

    tanggungjawab menyelia oleh guru

    (b) Keadaan aktiviti yang dilakukan;

    Aktiviti yang berbahaya memerlukan penyeliaan yang

    lebih berbanding dengan yang kurang bahaya.

    (c) Umur dan kemahiran yang ada;

    Guru di sekolah rendah mempunyai darjah

    tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan guru

    di sekolah menengah

    (d) Keadaan alatan yang disediakan;

    Alatan yang uzur dan boleh mendatangkan masalah jika

    Digunakan, ia perlu diselia dengan bijaksana oleh guru;

    (e) Ketrampilan dan kemampuan pelajar; dan

    Aktiviti yang memerlukan ketrampilan tinggi

    memerlukan lebih penyeliaan berbanding dengan aktiviti biasa. Kamampuan murid

    yang berbeza juga mesti diambil kira.

    (f) Faktor lain yang berbeza mengikut keadaan.

  • 12. Istilah 'boleh mendatangkan mudarat atau bahaya' merupakan satu istilah yang boleh diinterpretasi dalam

    pelbagai bentuk oleh mahkamah. Oleh kerana itu adalah menjadi tanggungjawab sekolah bertindak secara

    proaktif dan penuh hemah bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

    Guru Dan Bilik Darjah

    13. Apabila murid-murid berada di dalam bilik darjah, tanggungjawab 'the duty of care' akan terletak di atas

    tanggungjawab guru berkenaan. Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab guru memastikan pelajar

    sentiasa diselia dan diperhatikan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Insiden guru

    meninggalkan kelas atas urusan tertentu dan meninggalkan murid tanpa diawasi adalah merupakan perkara

    yang perlu diberikan perhatian serius. Sebarang perkara yang tidak diingini berlaku semasa ketiadaan guru

    akan mendedahkan sekolah kepada dakwaan.

    14. Peralatan di dalam bilik darjah yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar hendaklah diberikan

    perhatian. Suis elektrik yang pecah dan terdedah, kipas yang bergoyang-goyang ketika digunakan, kerusi

    meja yang tajam dan tidak terurus perlu diberikan perhatian oleh guru dan semua staf sekolah yang ada.

    Sebarang perkara yang boleh mendatangkan mudarat mesti dihapuskan sama sekali di sekolah. Di samping

    itu, jenis-jenis tanaman yang ditanam di kawasan sekolah haruslah sesuai dan tidak beracun. Sebarang

    perkara yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan daripada kawasan sekolah.

    15. Di samping perkara di atas, adalah amat mustahak guru-guru yang terlibat dalam aktiviti lasak dan

    berbahaya seperti sukan tertentu dan aktiviti perkhemahan mendapat latihan secukupnya sama ada secara

    kursus dalaman atau dihantar berkursus di luar. Sebagaimana yang berlaku dalam kes Zazlin Zahira

    Kamaruzaman melawan Kerajaan Malaysia yang tercedera semasa kelas muzik, antara hujah hakim yang

    menyebelahi pihak defendan ialah faktor guru yang mengajar adalah guru terlatih melalui banyak kursus

    yang dilalui. Justeru itu, bagi guru-guru yang bukan opsyen mengajar subjek-subjek tertentu seperti

    Kemahiran Hidup dan Sains perlu diberikan latihan dan bimbingan menyelia pelajar semasa kerja amali

    atau latihan menggunakan alatan bahaya.

    16. Tanggungjawab guru di sekolah secara kasarnya boleh dibahagikan kepada empat perkara utama iaitu:

    (a) Mendidik;

    Kebebasan dalam menentukan cara/kaedah, kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran dan

    lain-lain.

  • (b) Mengekalkan persekitaran yang sesuai

    Kuasa mernastikan bilik darjah aman dan sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran;

    (c) Mengekalkan tahap kesihatan dan keselamatan

    Kuasa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar serta staf

    lain terlindung

    (d) Menjaga harta benda awarn di sekolah

    Guru mempunyai kuasa untuk membuat tindakan bagi menyelamatkan

    harta benda sekolah

    Tanggungiawab Sivil Sekolah

    17. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, sekolah dan guru-guru mempunyai tanggungjawab secara

    langsung terhadap keselamatan murid-murid di sekolah. Oleh kerana itu, sekolah perlu mengambil

    tindakan proaktif dalam mengurus isu-isu berkaitan, termasuklah mengambil langkah meminimakan risiko

    dan mengenalpasti sebarang keadaan yang mendatangkan bahaya. Kecuaian dalam melaksanakan

    tanggungjawab ini mungkin boleh mendedahkan sekolah kepada dakwaan.

    18. Murid-murid atau. pihak lain yang berkaitan akan mengambil tindakan mahkarnah dengan mendakwa

    pihak sekolah gagal menyelia pelajar secukupnya atau sekolah gagal mengambil langkah berjaga-jaga.

    Murid-murid yang masih kecil tidak seperti orang dewasa tidak mampu memikirkan bahaya sesuatu

    tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan masalah atau kecederaan.

    19. Bahagian seterusnya akan membincangkan aspek tort berkaitan dengan kecederaan murid akibat kecuaian

    melaksanakan tanggungjawab. Beberapa kes sebenar akan dikaji untuk mengetahui kelemahan dan

    kekuatan sekolah dalam menghadapi dakwaan.

    Undang-undang Tort dan Cuai (Negligence)

    20. Undang-undang tort diwujudkan sebagai cara untuk mengubati atau membayar ganti rugi kepada individu

    yang mendapat kerugian akibat perbuatan seseorang. lanya bersandarkan kepada prinsip bahawa setiap

    individu bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang mencederakan pihak lain. Undang-undang tort

    adalah saman sivil yang digunakan bagi melindungi hak orang lain yang dicerobohi.

    21. Terdapat dua kategori tort iaitu 'intentional tort' dan cuai (negligence).

  • (a) Intentional tort membawa erti kesalahan yang dilakukan terhadap orang lain dengan niat untuk

    mendatangkan kecederaan. Satu bentuk kesalahan jenis ini ialah serangan (assault) dengan tujuan

    mencedera atau mendatangkan ketakutan pada pihak lain. Jika serangan bersifat kontak

    peribadi/fizikal ia dinamakan sebagai battery. Dalam menentukan kesalahan bagi tort jenis ini,

    mahkamah biasanya melihat sejauh mana tindakan guru berkenaan mempunyai unsur berlebihan

    dan tidak berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan. Dalam hal ini, mahkamah akan melihat

    umur pelajar berkenaan, alat yang digunakan jika ada dan beratnya kesalahan yang dilakukan

    oleh pelajar.

    (b) Tort cuai (negligence) pula membawa erti melakukan sesuatu yang biasanya tidak dilakukan oleh

    manusia yang waras dalam sesuatu keadaan. Ia juga membawa erti tidak melakukan sesuatu yang

    sepatutnya dilakukan oleh manusia waras dalam sesuatu keadaan. Dakwaan cuai hanya boleh berjaya jika

    pihak plaintif boleh membuktikan pihak defendan telah berlaku cuai. Ini boleh dilakukan jika plaintif

    boleh membuktikan empat ciri di bawah wujud iaitu defendan:

    mernpunyai tanggungjawab yang diktiraf undang-undang melindungi plaintif (duty to protect); gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan tanggungjawabnya (failing to

    exercise a reasonable standard of care)

    terdapat kaitan antara sebab dan akibat yang terjadi (proximate cause) wujud musibah dan kerugian pada pihak plaintif (actual injury)

    22. Pihak defendan pula boleh menolak dakwaan cuai jika perkara di atas tidak berlaku atau kemalangan

    bersifat 'contributory negligence'. Maksud contributory negligence ialah keupayaan plaintif mengetahui

    risiko akibat daripada tindak tanduk atau perbuatannya. Di samping itu juga, prinsip risiko yang boleh

    dijangka (ex-hypothesi atau foreseeable risk) boleh digunakan oleh pihak defendan bagi menolak dakwaan

    cuai. Kedua-dua prinsip ini walau bagaimana pun masih tertakluk kepada beberapa pertimbangan seperti

    umur.

    Tindakan Disiplin dan Perundangan

    23. Bagi kes-kes yang melibatkan pelaksanaan hukuman penggantungan dan pembuangan sekolah secara

    automatik ia melibatkan prinsip keadilan asasi atau natural justice (dikenali sebagai sebagai due process di

    Amerika Syarikat) yang mensyaratkan sebelum hukuman dibuat, perkara berikut diberikan perhatian:

  • (a) Prosedur yang tepat, dan

    (b) Hukuman yang tepat

    24. Bagi memastikan prosedur yang tepat digunakan setiap pelajar yang bakal dikenakan tindakan disiplin

    hendaklah diberitahu akan setiap kesalahan dan tindakan disiplin yang akan diambil terhadapnya. Di

    samping itu, dia juga berhak untuk mengemukakan keterangan bela diri. Dan berhak merayu kepada pihak

    yang sewajamya. Prinsip a man is innocence until proven guilty perlu ada pada setiap penguatkuasa

    hukuman. Hak-hak yang dinyatakan ini mestilah diikuti bagi setiap pelanggaran disiplin yang dilakukan.

    25 Komponen paling penting dan utama dalam prinsip natural justice ialah prinsip audi alteram palteram

    iaitu mendengar orang yang terlibat (to give the hearing to the party affected). Proses ini bukanlah proses

    pendengaran biasa, tetapi pendengaran. yang adil supaya hukuman yang dikenakan adalah wajar dan

    mengambil kira semua faktor yang relevan. Faktor ini sebenarnya merupakan satu perkara paling penting

    dalam proses mengadili salahlaku pelajar.

    26. Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai kehadiran pengadu kes (yang biasanya guru

    disiplin atau guru kelas) sebagai ahli panel jawatankuasa disiplin atau penghurai kes. Kehadiran ini akan

    memberikan satu keadaan prasangka dan bakal mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Larangan

    kehadiran sipengadu kes semasa pendengaran kes disiplin telah diperingatkan oleh mahkamah tinggi dalam

    kes Rohana Ariffin & Anor vs Universiti Sains Malaysia [1989] 1 MLJ 487.

    27. Walau pun sekolah mempunyai kuasa menghukum, adalah dicadangkan agar setiap pelajar yang baru

    terlibat dengan masalah disiplin diberikan kaunseling dan. khidmat nasihat yang secukupnya

    bersama-sama dengan ibubapa/penjaga sebelum hukuman dikenakan.

    Penutup

    Dakwaan mahkamah dan proses yang berkaitan merupakan satu pengalaman pahit buat sekolah, pelajar dan

    ibubapa. Justeru itu, segala tindakan. yang diambil oleh sekolah hendaklah berdasarkan peraturan sedia ada.

    Kegagalan mematuhi prosedur dan peraturan, sudah pasti mengundang masalah kepada sekolah dan pengurusan.

    MD SUKRI BIN DARUSPPD Petaling, 2007