kertas peperiksaan akhir tahun 2015 - bm tahun 5 bahagian b (pemahaman)

10
1 SULIT 011 011 SULIT NO. KAD PENGENALAN/ NO. SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 2015 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011 BAHAGIAN B JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini. 3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak [Lihat halaman sebelah Untuk Kegunaan Pemeriksa Kod Pemeriksa : No. Soalan Markah 21 (a) 22 (b) (c) (a) 23 (b) (c) (a) (b) 24 (c) (d) (a) (b) 25 (c) (d) Jumlah 30

Upload: solidvanz

Post on 12-Apr-2016

144 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Mengikut format UPSR 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

1

SULIT 011

011 SULIT

NO. KAD PENGENALAN/

NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 2015

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

BAHAGIAN B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan

atau nombor sijil kelahiran dan

angka giliran kamu pada petak

yang disediakan.

2. Jawapan kamu hendaklah ditulis

pada ruang yang disediakan dalam

kertas soalan ini.

3. Serahkan Bahagian B ini

bersama-sama borang jawapan

objektif kepada pengawas

peperiksaan pada akhir

peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Kod Pemeriksa :

No. Soalan Markah

21

(a)

22 (b)

(c)

(a)

23 (b)

(c)

(a)

(b)

24 (c)

(d)

(a)

(b)

25 (c)

(d)

Jumlah 30

Page 2: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

2

SULIT 011

011 SULIT

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang

diberikan.

Aisar teringin benar memasuki pertandingan reka cipta anjuran pihak sekolahnya.

______________ lagi dia pun segera berjumpa urus setia pertandingan ________________

mendaftarkan dirinya. Reka cipta berkaitan _______________ mata pelajaran Sains. Dia juga

meminta brosur untuk melihat atur cara majlis sempena pertandingan itu. Model

______________ akan dibinanya nanti gabungan bentuk silinder, piramid dan segi empat

tepat. Setiap peserta pula dikehendaki menghantar model yang kemas kini.

[ 4 markah ]

kerana

atau Apa dengan

untuk Pada dalam yang

Page 3: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

3

SULIT 011

011 SULIT

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Jawapan: Kura-kura menang dalam perlumbaan tersebut.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Pak Cik Ahmad Wong Hei Leng

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Terima kasih Pak Cik Ahmad.

Saya akan berhati-hati

menunggang basikal.

Page 4: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

4

SULIT 011

011 SULIT

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Page 5: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

5

SULIT 011

011 SULIT

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Ukiran kayu ialah seni kraf tangan yang lama wujud dalam kalangan masyarakat di

Malaysia. Antaranya termasuklah masyarakat Melayu,masyarakat etnik Sabah dan Sarawak

serta masyarakat Orang Asli.

Ukiran kayu dapat dihasilkan dengan berbagai-bagai teknik. Dua teknik utama dan

gaya dalam seni ukiran kayu ialah tebuk tebus dan tebuk timbul. Pola ukirannya pula ada

tiga jenis, iaitu pola bujang, pola lengkap,dan pola pemidang.

Pelbagai alat digunakan untuk membuat ukiran kayu. Antaranya alat tersebut ialah

pahat,gergaji,ketam dan tukul besi.

Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis. Jenis-jenis motif

tersebut ialah motif flora,motif fauna,motif angkasa,motif geometri, dan motif seni khat.

a. Dua teknik utama dan gaya dalam seni ukiran kayu ialah ___________________________

___________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

b. Nyatakan alat-alat yang digunakan untuk membuat ukiran kayu.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Page 6: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

6

SULIT 011

011 SULIT

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

[ 2 markah ]

Ukiran kayu ialah seni tekat masyarakat di Malaysia.

Etnik Sabah dan Sarawak termasuk masyarakat

orang asli tidak ketinggalan dalam penghasilan

ukiran kayu.

Terdapat 3 jenis pola dalam seni ukiran kayu iaitu

Pola Bujang, Pola Lengkap dan Pola Pemidang.

Motif flora, motif fauna, motif angkasa, motif

geometri dan motif seni khat merupakan motif

ukiran orang Cina.

betul

salah

Page 7: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

7

SULIT 011

011 SULIT

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Enam Orang Murid Terima Anugerah Tokoh Murid Negeri Sembilan

SEREMBAN, 14 Mei – Enam orang murid dari beberapa buah sekolah di negeri ini terpilih

menerima anugerah Tokoh Murid Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Guru Peringkat

Kebangsaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Mereka

ialah Tokoh Murid Lelaki Sekolah Rendah, Mohamad Akid Bin Yusuf, Tokoh Murid

Perempuan Sekolah Rendah, Nur farah Zahidah Binti Norazam, dan Tokoh Murid Lelaki

Sekolah Menengah, Amir Bin Hamzah.

Selain itu, Ira Zalis Binti Ismail menerima anugerah Tokoh Murid Perempuan

Sekolah Menengah, Nur Fahima Husna Binti Ghazali, Tokoh Murid Kemasyarakatan dan

Maria Melisa Binti Mokhtar, Tokoh Murid Pendidikan Khas. Kesemua penerima anugerah

dipilih melalui kecemerlangan serta prestasi membanggakan dalam bidang akademik dan

kokurikulum. Kesemua tokoh murid turut menerima sijil dan wang tunai.

Bagi mohamad Akid Bin Yusuf, 12 tahun, yang juga penerima anugerah Tokoh

Kokurikulum Sekolah pada tahun lalu, dia berasa gembira kerana terpilih sebagai pemenang

anugerah tersebut dan menyifatkan anugerah itu sebagai kejayaan yang perlu dikongsi

bersama-sama dengan kedua-dua orang ibu bapanya.

Page 8: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

8

SULIT 011

011 SULIT

a. Perkataan anugerah dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_________________________.

[ 1 markah]

b. Apakah kriteria yang diambil berat dalam pemilihan calon tokoh murid?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Nyatakan perasaan kamu sekiranya kamu dianugerahi Tokoh Murid. Mengapa?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

d. Peribahasa “genggam bara api biar sampai jadi arang” sesuai untuk petikan di atas.

Jelaskan maksud peribahasa tersebut.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah ]

Page 9: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

9

SULIT 011

011 SULIT

Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia nan indah

pelbagai kaum hidup bersatu

berbeza budaya

berlainan adat

bukanlah jurang pemisah bangsa.

Bersari labuh si gadis India

berbaju kurung si dara Melayu

berceongsam merah si gadis Cina

bersama-sama meraikan perayaan negara

tanpa kekok meraih tangan

Inilah syura impian dunia

tidak membezakan batasan bangsa

hidup bersama-sama menyatu keriangan

berbilang generasi warisan zaman

rakyat terbilang negara cemerlang.

Menjadi kebanggaan miliki keunikan

di bawah gagasan 1Malaysia

nama tersohor segenap dunia

uniknya identity rakyat Malaysia

menyerlah jati diri

kebal di hati.

Aduhai, rakyat Malaysia!

Muafakat itu membawa berkat

kotakannya sepanjang masa

demi keutuhan negara tercinta.

Page 10: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian B (Pemahaman)

10

SULIT 011

011 SULIT

a. Apakah maksud rangkai kata tanpa kekok meraih tangan dalam petikan?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah bukti rakyat Malaysia tidak terpisah oleh perbezaan kaum?

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan sajak tersebut.

Kaum di Malaysia hidup bersatu dalam pelbagai budaya.

Identiti rakyat Malaysia kurang dikenali di pelosok dunia.

[1 markah]

d. Terangkan maksud rangkap sajak di atas?

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Aduhai, rakyat Malaysia!

Muafakat itu membawa berkat

kotakannya sepanjang masa

demi keutuhan negara tercinta