berita semasa kuarter keempat bahagian kabinet dan … disember 2019.pdf · majlis perpisahan...

7
2 v BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN DASAR K B D ualiti erintegriti edikasi Disediakan Oleh : Encik Lubelter Voy HUBUNGI KAMI 088-369000 BAHAGIAN KABINET DAN DASAR, JABATAN KETUA MENTERI, TINGKAT 27, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH, 88400 KOTA KINABALU.

Upload: others

Post on 24-Feb-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

2

vBERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN DASAR

K

B

D

ualiti

erintegriti

edikasi

Disediakan Oleh : Encik Lubelter Voy

HUBUNGI KAMI

088-369000

BAHAGIAN KABINET DAN DASAR, JABATAN KETUA MENTERI, TINGKAT 27, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH, 88400 KOTA KINABALU.

Page 2: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

v

Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra NissaPada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi Nur Farra Nissa seorang pelatih

Skim Sangkutan Latihan (SSL) yang telah memulakan latihannya di Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan

Ketua Menteri sejak 2 Januari 2019. Farah membuat keputusan untuk menamatkan latihannya setelah

berjaya menerima tawaran untuk bekerja di TAS Institute of Oil & Gas KKIP. BKD telah menjadi tempat

yang banyak membantu Farah dalam memahami bagaimana operasi di sektor kerajaan dijalankan. BKD

juga telah mendedahkan tugas-tugas keurussetiaan seperti mengendalikan mesyuarat Jemaah Menteri

. Bukan itu sahaja, Farah juga telah berpeluang terlibat secara langsung dengan Persidangan Dewan

Undangan Negeri Sabah. Pihak BKD berterima kasih atas sumbangan dan bakti beliau. Seluruh warga

BKD juga berharap agar Farah akan terus maju dalam kerjaya di masa akan datang.

Page 3: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri Encik Ridhwan Roger Linus telah dijemput

untuk memberi ceramah dalam “Bengkel Penulisan Kertas Kabinet”. Bengkel ini telah dilaksanakan

pada 7-8 Oktober 2019 dan merupakan anjuran oleh Institut Sektor Awam Negeri (INSAN) bertempat di

Kampus Pembangunan Kepimpinan INSAN Keningau.

Bengkel Penulisan Kertas Kabinet

Page 4: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

Pada 4 November 2019 (Isnin) satu majlis telah diadakan bersempena dengan perpindahan beberapa

pegawai dan kakitangan Bahagian Kabinet dan Dasar iaitu Encik Ikhwan Muhd Ghulam, Puan Angela

Lee (bersara), Puan Noradzma Isabelo dan Encik Rosdi Matlin. Mereka masing-masing berpindah untuk

bertugas di tempat baharu iaitu Bahagian Istiadat dan Protokol, Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Bahagian Kabinet dan Dasar ingin mengucapkan

berbanyak terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama bertugas di

BKD serta selamat bertugas di tempat baharu. Pada masa yang sama, majlis juga sekaligus meraikan

kedatangan pegawai dan kakitangan baharu di Bahagian Kabinet dan Dasar iaitu Encik Tzahrin bin Mohd

Tahir dan Encik Lucas Linus Oyom.

Majlis Perpindahan dan Selamat Datang

Page 5: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

Pada 18 hingga 21 November 2019, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah

Yang Ke Lima Belas telah berlangsung. Bahagian Kabinet Dasar sebagai urus setia bagi menyelaras semua

jawapan yang dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bertugas di Bilik Layang-

Layang bersama-sama dengan ketua-ketua agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri telah bekerjasama

sepanjang persidangan berlangsung. Persidangan DUN terakhir bagi tahun 2019 telah selesai dengan

jayanya atas kerjasama daripada setiap agensi terlibat dalam membantu menjawab pertanyaan-pertanyaan

yang diajukan kepada YAB Ketua Menteri Sabah. Bahagian Kabinet dan Dasar menghargai setiap yang

terlibat membantu dalam Persidangan DUN ini.

Persidangan DUN November 2019

Bilik Layang-Layang di mana urus setia BKD bertugas sepanjang persidangan berlangsung.

Page 6: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

Satu Majlis Sambutan Hari Krismas BKD telah diadakan pada Rabu, 18 Disember 2019 bertempat di

ruang legar Pejabat Bahagian Kabinet dan Dasar jam 11.00 pagi. Semua kakitangan Bahagian Kabinet dan

Dasar telah bersama-sama berkumpul untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Krismas ini. Antara

pengisian dalam majlis tersebut adalah ucapan oleh Pengarah Kabinet dan Dasar, Encik Ridhwan Roger

Linus dan acara “Exchange Gift”. Majlis ini juga adalah bagi menghargai penglibatan serta sokongan

semua kakitangan BKD selama ini. Selamat menyambut Hari Krismas 2019 dan Tahun Baharu 2020!

Majlis Sambutan Hari Krismas BKD

Page 7: BERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN … Disember 2019.pdf · Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra Nissa Pada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah

Stage 2 Audit MS ISO 9001:2015 bagi Bahagian Kabinet dan Dasar telah diadakan pada 19 hingga 20

Disember 2019. Audit oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd ini diketuai oleh Tengku Aidil Al-Haj

Tengku Amiruddin dengan dibantu oleh Puan Rajalekshmi Rama Chandram. Audit MS ISO ini adalah bagi

memastikan segala prosedur di setiap unit di BKD adalah dipatuhi supaya pensijilan MS ISO di Pejabat ini

terus dikekalkan. Bahagian Kabinet dan Dasar merupakan agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang

terawal mendapat pensijilan MS ISO. Ini merupakan salah satu pencapaian oleh BKD apabila mendapat

pengiktirafan MS ISO dalam menambahbaik sistem kualiti dan penyampaian perkhidmatannya.

Stage 2 Audit MS ISO 9001:2015