kertas konsep pertandingan asrama terbilang peringkat negeri 2013

4
3 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ASRAMA TERBILANG ASAT PERINGKAT NEGERI 2013 1.0 RASIONAL Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan program induk Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha merealisasikan peranan dan fungsi Asrama sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan serentak memartabatkan asrama harian seluruh negara. ASAT memberi penilaian kepada program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pembangunan akademik, sahsiah, kerohanian, pengurusan dan fizikal. Selaras dengan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak akan mengadakan Pertandingan Asrama Terbilang Peringkat Negeri dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan fungsi dan merealisasikan asrama sebagai pusat kecemerlangan sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menentukan asrama yang akan mewakili Negeri Sarawak ke Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan. 2.0 MATLAMAT Memperkasakan program dan aktiviti asrama serta memartabatkan asrama harian seluruh negara. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Merealisasikan asrama sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. 3.2 Meningkatkan lagi semangat persaingan dan menggalakkan kreativiti serta inovasi warga asrama dalam usaha melahirkan sebuah asrama terbilang. 3.3 Menanam sikap mengutamakan kebersihan di asrama.

Upload: ramlah-mohamed-jamli

Post on 18-Jan-2016

121 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Like

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP Pertandingan Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2013

3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ASRAMA TERBILANG ASAT

PERINGKAT NEGERI 2013

1.0 RASIONAL

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan program induk Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha merealisasikan peranan dan fungsi Asrama sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan serentak memartabatkan asrama harian seluruh negara.

ASAT memberi penilaian kepada program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pembangunan akademik, sahsiah, kerohanian, pengurusan dan fizikal.

Selaras dengan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak akan mengadakan Pertandingan Asrama Terbilang Peringkat Negeri dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan fungsi dan merealisasikan asrama sebagai pusat kecemerlangan sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menentukan asrama yang akan mewakili Negeri Sarawak ke Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan.

2.0 MATLAMAT

Memperkasakan program dan aktiviti asrama serta memartabatkan asrama harian seluruh negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Merealisasikan asrama sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

3.2 Meningkatkan lagi semangat persaingan dan menggalakkan kreativiti serta inovasi warga asrama dalam usaha melahirkan sebuah asrama terbilang.

3.3 Menanam sikap mengutamakan kebersihan di asrama.

3.4 Memberi peluang kepada penghuni asrama untuk menunjukkan daya kreativiti mereka mencantik dan menyerikan suasana di sekitar asrama.

3.5 Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, kerajinan dan semangat setia kawan di kalangan penghuni asrama.

3.6 Memperkasakan integrasi nasional menerusi program dan aktiviti asrama.

Page 2: KERTAS KONSEP Pertandingan Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2013

3

4.0 SYARAT PERTANDINGAN

4.1Pertandingan Asrama Terbilang.

4.1.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah berasrama harian sahaja.

4.1.2 Sekolah belum pernah menjadi johan peringkat negeri dalam Pertandingan Asrama Terbilang Peringkat Negeri.

4.1.3 Semua Pejabat Pelajaran Daerah UTAMA diwajibkan mencalonkan 1 asrama rendah dan 1 asrama menengah.

5.0 PENCALONAN PERTANDINGAN

5.1 Borang pencalonan yang dilampirkan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai ke Unit HEM - Asrama, SPPK JPNS sebelum atau pada 30 April 2013.

6.0 PERUNTUKAN

6.1 Tiada peruntukan khas disediakan bagi tujuan pertandingan ini.

6.2 Sekolah hendaklah menggunakan peruntukan belanja mengurus sedia ada.

7.0 SKOP PENILAIAN

7.1 Pengurusan dan Pentadbiran Asrama 25 markah

7.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Aktiviti 25 markah

7.3 Pengurusan Fizikal Asrama 20 markah

7.4 Kemenjadian Murid 20 markah

7.5 Keceriaan 10 markah

Page 3: KERTAS KONSEP Pertandingan Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2013

3

8.0 KAEDAH PENILAIAN

8.1 Calon akan dikelompok kepada 3 kumpulan seperti berikut:

Kelompok 1 Kelompok 2 Kelompok 3

Samarahan Sibu Miri

Kuching Kapit Limbang

Betong Sarikei Bintulu

Sri Aman Mukah

8.2 Penilaian pusingan pertama bagi setiap kelompok akan dibuat berdasarkan lawatan ke asrama berkenaan.

8.3 Johan setiap kelompok bagi Rendah dan Menengah akan dinilai dalam pusingan kedua. Penilaian ini akan dibuat secara lawatan ke asrama berkenaan.

8.4 Penilaian akan menggunakan Instrumen Penilaian Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan.

9.0 TARIKH PENILAIAN PUSINGAN KEDUA

Penilaian Pusingan Ketiga akan diadakan pada Jun 2013.

10.0 HADIAH

10.1 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan menerima piala dan sijil penyertaan.

10.2 Hadiah dan sijil akan disampaikan semasa Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2013.

11.0 LAIN-LAIN

11.1 Johan Pertandingan Peringkat Negeri 2013 akan mewakili Negeri Sarawak ke peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.

11.2 PPD hendaklah mengadakan pertandingan di peringkat daerah masing-masing bagi memilih calon yang benar-benar layak, di samping memberi panduan dan bimbingan agar asrama yang diketengahkan untuk pertandingan tersebut benar-benar bersedia.

11.3 Keputusan panel Hakim adalah muktamad.