kertas konsep guru penyayang

20
SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS KERTAS KONSEP PROGRAM GURU PENYAYANG SMK TAMAN INDAH NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : [email protected] BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Upload: syaaban

Post on 18-Jun-2015

38.117 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas konsep guru penyayang

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN

N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KONSEP PROGRAM GURU PENYAYANG

SMK TAMAN INDAH

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH

KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479

N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : [email protected]

BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Page 2: Kertas konsep guru penyayang

KERTAS KONSEP PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0 PENGENALAN

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi

merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang

sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras

kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru

juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru

yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di

luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa

mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.

Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi

tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW

mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan

sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami

berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk

mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki

Badwi itu: Berhenti! Berhenti!” Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan

biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai

membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan

berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti

membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat

kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW

mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan

tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah

jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah

Page 3: Kertas konsep guru penyayang

SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam

menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut

disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang

dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut

apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu

perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan

sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang

pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan

menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih

terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya

sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat

informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau

mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan

mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan

sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan

memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah

dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira

latar belakang anak didiknya.

Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi

manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education

in itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah

merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya

seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil

signifikan ke atas orang yang dididiknya.

Page 4: Kertas konsep guru penyayang

Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila

nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha

gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak

dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat

dilaksanakan dengan fikiran tenang.

2.0 RASIONAL

2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai

bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan

pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut.

2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik,

di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.

2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga

sekolah.

3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras

dengan keperluan semasa.

3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.

4.2 Peningkatan kadar ponteng murid.

4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.

4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam

menjalankan tugas.

Page 5: Kertas konsep guru penyayang

5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Bidang Kemanusiaan dan Bimbingan Kaunseling SMK Taman Indah

6.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penaung : Pengarah Pelajaran N. Sembilan

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah

Pengerusi : Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim

Pengetua SMK Taman Indah

Tim. Pengerusi : En. Mohammad bin Said

PK HEM

Naib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Abd Rahman

GPK 1

Naib Pengerusi 2 : En. Vikraman a/l Velayuthan

GPK Kokurikulum

Setiausaha : En. Hamzah bin Abd Hamid

GKMP Kemanusiaan dan Kemasyarakatan

Penyelaras : En. Alias bin Daud

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

AJK : Semua GKMP/ Ketua Panitia

: Guru Disiplin

: Guru Kebajikan

: Guru Biasiswa

: Penyelaras tingkatan

: AJK PIBG

Page 6: Kertas konsep guru penyayang

7.0 PENGISIAN / AKTIVITI

Rujuk Modul Guru Penyayang SMK TI

8.0 SASARAN

Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun 2012

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 PIBG

10.2 PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral

10.3 Peruntukan LDP

11.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke

arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana

yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah

laku disiplin murid.

Page 7: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Anda DiUtamakan Tajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan

murid. 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan

murid.

Tarikh : 04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan) Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang) Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang, guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah

Bahan / Alat : Kain rentang/banting Langkah-langkah :

1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. Contoh kain rentang :

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH

Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah

“Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.”

2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut

kehadiran murid. 3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid

dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah

4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.

Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa. Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan

perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.

Page 8: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pandangan Pertama Tajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan

murid. 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan

murid. 3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang

kondusif dan teraputik. Tarikh : 04 Januari 2012 Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi

(waktu pertama persekolahan pagi dan petang) Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis

Bahan / Alat : Sistem siaraya, kerusi, rostrum Langkah-langkah :

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan.

2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif.

3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan.

4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela

dan selesa. Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui

komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.

Page 9: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tajuk : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran Tema : Syoknya belajar ! Objektif : 1. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid

sepanjang pembelajaran dan pengajaran. 2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran

dan pengajaran. 3. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih

berkesan hasil kewujudan perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.

Tarikh : Sepanjang tahun Masa : Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Semua guru Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian Langkah-langkah :

1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. 2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap

keprihatinan terhadap murid. 3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid

untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku

semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya.

5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian. 6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan

bersikap mesra. 7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru

mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah kerana memberi tumpuan.

8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas.

Penilaian : Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Rumusan : Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran

yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan kepada guru dan murid.

Page 10: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Guru Sumber Inspirasi Tajuk 3 : Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas.

2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian dengan konsep in loco parentis.

3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap guru, rakan-rakan dan kelas sendiri.

Tarikh : 04 Januari 2012 Masa : 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (2 waktu selepas perhimpunan) Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Guru kelas

Bahan / Alat : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian Langkah-langkah :

1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan

mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid.

Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti.

4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid.

Penilaian : Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti

dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas, pengurusan papan notis, dan sebagainya.

Rumusan : Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan

murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.

Page 11: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pembudayaan sikap prihatin Tajuk : Bersamamu, sayang Objektif : 1. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru.

2. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan hidup.

3. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh : Mengikut kesesuaian Masa : Mengikut kesesuaian Sasaran : Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana,

kematian, anak yatim dan lain-lain) Personalia : PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru

Biasiswa, Guru Data

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian Langkah-langkah :

1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan. 2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian. 3. Menghulurkan bantuan :

a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain

4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.

Penilaian : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah

kesempitan hidup. Rumusan : Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang

berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan bebanan yang dihadapi. Murid akan merasa dirinya dihargai dan rasa dirinya terbela. Seterusnya murid akan mendapat kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.

Page 12: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Iklim Sekolah Penyayang Tajuk : Komuniti prihatin, komuniti penyayang Objektif : 1. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah

untuk lebih bersifat penyayang. 2. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada

murid. 3. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga

sekolah. Tarikh : Sepanjang tahun Masa : Sepanjang masa persekolahan Sasaran : Semua warga sekolah

Personalia : Guru Media, Jawatankuasa 3K

Bahan / Alat : Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitan Langkah-langkah :

1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang. 2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah :

a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat

dengan masyarakat 3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh :

a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalaman

Penilaian : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah. Rumusan : Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan

mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini akan sentiasa mendorong murid suka hadir ke sekolah dan mengamalkan gaya hidup penyayang.

Page 13: Kertas konsep guru penyayang

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Latihan dalam Perkhidmatan Tajuk : Guru Penyayang, Murid Sayang

1. Objektif : 1. Memahami konsep Guru Penyayang berlandaskan elemen 9P5K.

2. Mengaplikasikan konsep Guru Penyayang sebagai satu budaya kerja.

3. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beretika.

Tarikh : LDP sekolah kali pertama Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Sasaran : Semua guru

Personalia : Pengetua / Guru Besar

Bahan / Alat : Edaran bahan LDP Langkah-langkah :

1. Pembentangan Konsep Guru Penyayang dalam persembahan Power Point.

2. Pembengkelan pengisian dan perlaksanaan Program Guru Penyayang. 3. Pembentangan hasil pembengkelan. 4. Penetapan garis panduan perlaksanaan Program Guru Penyayang

Peringkat Sekolah. 5. Penubuhan Jawatankuasa Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah.

Penilaian : 100% guru dapat memahami dan mempraktikkan konsep Guru Penyayang.

Rumusan : Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat

prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat penyayang dapat memberi sumbangan kepada usaha peningkatan sahsiah diri murid dan akademik.

Page 14: Kertas konsep guru penyayang

1

SMK TAMAN INDAH PROGRAM GURU PENYAYANG

“MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN”

STRATEGI TINDAKAN

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

1

Anda diutamakan

Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah

Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang, guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah

Dalam aktiviti ini : 1. Kain rentang digantung seminggu sebelum sesi persekolahan

tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNS, PPD dan sekolah.

2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut

kehadiran murid. 3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada

murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah

4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka.

Page 15: Kertas konsep guru penyayang

2

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

2

Pandangan pertama

Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

Semua Pentadbir, GPK HEM Pengacara Majlis Pemimpin Pelajar

Dalam aktiviti ini :

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan.

2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid

dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan pematuhan

peraturan sekolah dalam cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut

memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

3

Pimpinlah aku Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku

Guru Kelas

Dalam aktiviti ini : 1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam

dibuat dengan mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada

murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti.

4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan

pentadbiran kelas bersama murid.

Page 16: Kertas konsep guru penyayang

3

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

4

Guru sumber inspirasi

Syoknya belajar !

Guru Mata Pelajaran

Dalam aktiviti ini : 1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. 2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap

keprihatinan terhadap murid.

3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang

berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya.

5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut

kesesuaian. 6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah

didampingi dan bersikap mesra. 7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru

mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow.

8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan

bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas.

Page 17: Kertas konsep guru penyayang

4

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

5

Pembudayaan sikap prihatin

Bersamamu, sayang !

PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru Biasiswa, Guru Data

Dalam aktiviti ini : 1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan. 2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang

bersesuaian. 3. Menghulurkan bantuan :

a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain

4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid

secara berterusan.

6

Iklim Sekolah Penyayang

Komuniti prihatin, komuniti penyayang

Guru Media, Jawatankuasa 3K

Dalam aktiviti ini : 1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran

penyayang. 2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang

warga sekolah : a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk

murid

Page 18: Kertas konsep guru penyayang

5

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid

bersahsiah terpuji e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid

yang terlibat dengan masyarakat

3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh : a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalam

Page 19: Kertas konsep guru penyayang

PLAN TINDAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG

1. Bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar, tindakan seperti berikut akan diambil :

Bil. Bulan Minggu Aktiviti Tindakan

1

Disember

2011

Kedua

(7-9 Dis) 1. Bengkel menyediakan kertas konsep dan modul Guru Penyayang JPNJ

2 Ketiga

1. Precouncil konsep pelaksanaan bersama Ketua Sektor

2. Penerangan Ketua Sektor Kertas Konsep Guru Penyayang dan modul kepada semua

PPD

3. Taklimat modul, kertas konsep Guru Penyayang dan Touch Point Pengarah oleh PPD

kepada pengetua/ guru besar

4. Taklimat Ketua Sektor kepada sekolah rintis (Model 4 sekolah satu daerah)

JPNJ/PPD

3 Keempat

(27-29 Dis)

1. Pembentangan kertas konsep Guru penyayang dan touch Point Pengarah dalam

Mesyuarat KSPPD

2. Pembentukan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah

JPNJ/PPD

Pengetua/Guru

Besar

4 Januari

2012

Pertama

(4 Jan) 1. Pelaksanaan Touch Point Pengarah pada hari pertama persekolahan

Sekolah

Menengah dan

Rendah

5 Minggu

Ketiga

1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat JPN dalam perhimpunan bulanan

2. TOT JU Negeri dan Daerah JPNJ/PPD

6 Februari

2012

Minggu

kedua

1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat PPD

2. Pemantauan kehadiran murid melalui sistem e-kehadiran PPD/ Sekolah

Minggu

empat 1. LDP kepada guru Sekolah/JU

Page 20: Kertas konsep guru penyayang

Bil. Bulan Minggu Aktiviti Tindakan

7 Mac

2012

Minggu

kedua 1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat sekolah

Jawatankuasa

Guru Penyayang

8

Januari

hingga

November

2012

Sepanjang

tahun 1. Pelaksanaan Program Guru Penyayang peringkat sekolah Semua sekolah

9 April

2012

Minggu

pertama

hingga

minggu

empat

1. Pemantauan pelaksanaan program Guru Penyayang JPNJ/PPD

10 Jun

2012

Minggu

empat

1. Penilaian setengah tahun keberkesanan program penyayang

2. Mesyuarat bulanan penilaian pelaksanaan Guru Penyayang.

3. Menghantar laporan kepada PPD/JPNS

Pengetua dan

Guru Besar

sekolah

rintis/PPD

12 November

2012

Minggu

ketiga

1. Mesyuarat penilaian keberkesanan Program Guru Penyayang

2. Menghantar laporan kepada PPD/JPNS

Pengetua dan

Guru Besar

sekolah

rintis/PPD