kertas kerja terapi renang1

7
KERTAS KERJA TERAPI RENANG KE TEKAM PLANTATION RESORT,JERANTUT PAHANG PENGENALAN Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SK LKTP Felda Jengka 22, Bandar Jengka Pahang, terdiri daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom Down(hyper aktif) dan Slow Learner. Pihak Sekolah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti luar atau lawatan sambil belajar bagi memenuhi program persekolahan. Aktiviti seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangan diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi menjayakan program ini,kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan. MATLAMAT Meningkatkan keyakinan terhadap air di samping belajar berkomunikasi antara satu sama lain. OBJEKTIF 1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas. 2. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan persekitaran. 3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid istimewa. 4. Murid –murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan. 5. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai dikalangan murid-murid istimewa walaupun mengalami kekurangan. 6. Terapi ini juga bertujuan mendapatkan kaedah rawatan susulan agar murid boleh mengawal pernafasan serta menguatkan otot-otot mereka. Supaya murid-murid dapat menyeimbangi keperluan intelektual dan rohani.

Upload: jajas07

Post on 21-Jun-2015

1.333 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA Terapi Renang1

KERTAS KERJA TERAPI RENANG KE TEKAM PLANTATION RESORT,JERANTUT PAHANG

PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SK LKTP Felda Jengka 22, Bandar Jengka Pahang, terdiri daripada murid-murid istimewa dari pelbagai kategori seperti Sindrom Down(hyper aktif) dan Slow Learner.

Pihak Sekolah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti luar atau lawatan sambil belajar bagi memenuhi program persekolahan. Aktiviti seperti ini amat perlu untuk murid-murid ini bagi memperkembangan diri mereka dari aspek jasmani, rohani, dan intelek disamping dapat memupuk perasaan bangga dan lebih dihargai walaupun mengalami kekurangan. Bagi menjayakan program ini,kerjasama dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan.

MATLAMAT

Meningkatkan keyakinan terhadap air di samping belajar berkomunikasi antara satu sama lain.

OBJEKTIF

1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas.

2. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan persekitaran.

3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid istimewa.4. Murid –murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat

menyesuaikan dalam apa jua keadaan.5. Memupuk perasan bangga dan rasa dihargai dikalangan murid-murid istimewa walaupun

mengalami kekurangan.6. Terapi ini juga bertujuan mendapatkan kaedah rawatan susulan agar murid boleh mengawal

pernafasan serta menguatkan otot-otot mereka. Supaya murid-murid dapat menyeimbangi keperluan intelektual dan rohani.

PENGLIBATAN

Terapi Renang ini dijayakan oleh:

Murid-Murid: 7 Orang

Guru-Guru: 3 Orang

Pembantu Pengurusan Murid: 1 Orang

Jumlah: 11 Orang

Page 2: KERTAS KERJA Terapi Renang1

AGENDA LAWATAN

Tarikh : April 2010

Hari : Rabu

Tempat : Tekam Plantation Resort, Jerantut Pahang

Sasaran : Murid-murid istimewa Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

ANGGARAN PEMBELANJAAN

BIL PERKARA KOS INDIVIDU JUMLAH KOS

1 Pengangkutan 2 buah kereta x RM 20.00 RM40.002 Makan pagi Disediakan oleh ibubapa

3 Makan Tengahari 7 orang x RM 5.00 RM35.004 Bayaran Kolam Renang 7 orang x RM 3.00 RM21.00

JUMLAH RM 96.00

ATURCARA TERAPI RENANG KE TEKAM PLANTATION RESORT

APRIL 2010MASA AKTIVITI

7.30 Pagi Berkumpul di sekolah, dan bersarapan pagi8.30 Pagi Bertolak Ke Tekam Plantation Resort9.00 Pagi Tiba di Tekam Plantation Resort9.30 Pagi Taklimat dari Instruktor Renang, dan Langkah-Langkah Keselamatan 10.00 Pagi Aktiviti Renang dimulakan 11.00 Pagi Rehat dan makan 11.30 Pagi Bertolak balik

12.00 Tengahari Tiba di Sekolah Kebangsaan Jengka 22

Page 3: KERTAS KERJA Terapi Renang1

JAWATANKUASA INDUKTERAPI RENANG KE TEKAM PLANTATION RESORT

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARANSEK.KEB. FELDA JENGKA 22,BANDAR JENGKA

26400 PAHANG

PENASIHATPN. NORKAMSIAH BINTI ABD.WAHAB(GURU BESAR)

SETIAUSAHAEN.MOHAMAD NASSIR BIN JAAFAR

BENDAHARINOR MALIZA BT MAT SULONG

JAWATANKUASA KERJA

URUSETIA

PN.NOR ERNYLIZA BINTI ZAKARIAKawalan Murid

NOR MALIZA BT MAT SULONGJuru Gambar

PN.ROSNANIYAH BINTI ZAKARIAMakanan

EN.MOHAMAD NASSIR BIN JAAFARKeselamatan & Displin

EN.NOHAMAD NASSIR BIN JAAFAR & PN.NOR ERNYLIZA BINTI ZAKARIA

Pengangkutan

Page 4: KERTAS KERJA Terapi Renang1

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 22 26400 BANDAR JENGKA (09-4862311 FAX: 09-4863039

Ruj.Kami : CBA 9149/10/03/001Tarikh : Februari 2010

Guru Besar,Sek.Keb.LKTP Felda Jengka 22,26400,Bandar Jengka Pahang

Tuan,

TERAPI RENANG DI TEKAM PLANTATION RESORT, JERANTUT PAHANG

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Bermasalah Pembelajaran,Sek.Keb.LKTP Felda Jengka 22, Bandar Jengka, ingin menganjurkan program Terapi Renang, di Tekam Plantation Resort, Jerantut Pahang. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : Februari 2010Hari : RabuMasa : 7.30 pagi – 12.00 tengahariPeserta : 11 Orang (murid dan guru)

3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, tujuan lawatan ini ialah untuk memberi peluang kepada murid agar dapat menyeimbangi keperluan intelektual dan rohani di samping memenuhi tuntutan fizikal. Program ini juga diadakan secara berkala agar murid-murid mendapat faedah yang berterusan.

4. Sehubungan itu,kami amat berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan berhubung dengan perkara diatas sangat kami hargai,dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

…………………………………Guru Pendidikan KhasEn.Mohamad Nassir bin Jaafar

Page 5: KERTAS KERJA Terapi Renang1

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 22 26400 BANDAR JENGKA (09-4862311 FAX: 09-4863039

Ruj.Kami :CBA 9149/10/03/012(1) Tarikh :29 JULAI 2008

Pengurus,Felda Residence Tekam,P.O Box, Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak,Sg.Tekam, 27000 Jerantut PahangU.P ( En.Zainuddin bin Mohammad)

Tuan/Puan,

TERAPI RENANG DI TEKAM PLANTATION RESORT,JERANTUT PAHANG

Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran,Sek. Keb. LKTP Felda Jengka 22,Bandar Jengka Pahang, akan menganjurkan program Terapi Renang di Tekam Plantation Resort, Jerantut Pahang. Butiran mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2009Hari : RabuPeserta : 8 Orang (termasuk murid,guru)

3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, murid-murid ini terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai Masalah Sindrom Down(hyperaktif) dan Slow Learner. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi rawatan susulan yang seimbang dari segi intelektual dan rohani, selain dapat menguatkan otot-otot murid-murid dan membantu pernafasan mereka.

4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan/puan agar dapat membantu memberi penerangan mengenai langkah-langkah/peraturan keselamatan serta membantu mengawasi mereka.. Pihak kami juga berharap agar pihak tuan dapat mengecualikan sebarang pembayaran ke atas murid kami yang tergolong di dalam golongan Orang Kurang Upaya( OKU)

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menjalankan Tugas,

………………………………….En.Mohamad Nassir bin JaafarGuru Pendidikan KhasSek.Keb. LKTP Jengka 22