kertas kerja terapi pasir

Upload: muhammad-amri

Post on 08-Mar-2016

96 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

CONTOH KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Kertas Kerja Terapi Pasir

SK SULTAN ABDUL AZIZ,KAMPUNG KUANTAN,45600 KUALA SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA:PROGRAM TERAPI PASIR,BENGKEL PENGALAMAN MENGGUNAKAN PASIR KE PANTAI MORIB

ANJURANKELAB GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH DAN HARI24 SEPTEMBER 2014 (RABU)

TEMPATPANTAI MORIB

1.0 PENGENALAN:Berpegang kepada pepatahjauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman,maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Sultan Abdul Aziz telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pantai Morib. Selain menjadi program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.Sebagai pelajar yang telah menjejaki kaki ke alam persekolahan, mereka akan mengalami krisis dan tekanan dalam kehidupan seharian. Di era globalisasi ini, menyukarkan pelajar bekeperluan khas membuat pertimbangan dan penyesuaian tanpa dibantu dan dibimbing iaitu ingin berdikari dalam apa jua bidang. Pada ketika ini, pelajar bekeperluan khas juga boleh berada dalam keadaan yang meragukan jika tidak dikawal. Justeru itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang penting dalam membantu remaja ini dimana yang baru melangkah ke sekolah untuk mengetahui perkembangan yang bakal dihadapi dalam membina masa depan yang cemerlang.Pelaksanaan program Pendidikan Khas memerlukan guru yang profesional dan berketerampilan dalam pelbagai aspek bagi menyahut cabaran pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, pengalaman sesebuah organisasi khususnya dalam bidang pendidikan khas amatlah penting untuk memberi pendedahan yang meluas dalam membentuk insan guru yang profesional, berkemahiran dan berpengetahuan luas. Di samping itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengecapi pengalaman sebenar kepada guru-guru pelatih mengenai dunia Pendidikan Khas yang sebenar terutamanya dalam bidang terapi.

2.0 TAJUK:Bengkel Pengalaman Menggunakan Pasir

3.0 DIKELOLAKAN OLEH:Guru-guru Unit Pendidikan Khas SK Sultan Abdul Aziz, Kampung Kuantan

4.0 ASAS PERTIMBANGAN:Bengkel pengalaman menggunakan pasir merupakan program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan terapi pasir kepada pelajar serta berkelah dan dapat belajar tentang alam semulajadi yang dicipta oleh Tuhan.

5.0 RASIONAL:Terapi pasir adalah satu bentuk bengkel pengalaman (experiental) menggunakan pasir, yang memberi peluang kepada pelajar meneroka hal-hal yang berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Aktiviti ini yang kebiasaannya berbentuk permainan atau bukan permainan, boleh dikatakan sama ada di kawasan yang berpasir seperti pantai, tepi sungai atau lombong.Terapi ini melibatkan aktiviti seperti menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan motor halus.Bengkel pengalaman menggunakan pasir ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti permainan atau bukan permainan iaitu ianya dilaksanakan secara terancang. Aktiviti menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi yang digunakan bagi memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi oleh murid bekeperluan khas dari pelbagai aspek perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek perkembangan diri yang lain.Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktivitisosialyang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik disamping mengeratkan lagi silatur rahim di kalangan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan juga guru dengan guru.

6.0 MATLAMAT:6.1Matlamat program adalah untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berwawasansesuai dengan visi dan misi sekolah6.2 Memberi pengalaman kepada guru Pendidikan Khas untuk merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti terapi secara praktikal.6.3Melalui bengkel pengalaman menggunakan pasir,pelajar dapat belajar tentang alamsemulajadi yang dicipta oleh Tuhan.6.4 Memberipendedahansosialyang dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasikepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.6.5Pelajar dapat meluahkan perasaan yang terpendam dalam diri mereka ketika aktivititerapi pasir dijalankan.6.6 Pelajar akan memperoleh kemahiran motor kasar dan motor halus yang dapatmembentuk otot-otot tangan dan kaki mereka.

7.0 OBJEKTIF:7.1Memberikan pelajar pengalaman meluahkan perasaan yang terpendam dalam dirimereka ketika aktiviti terapi pasir.7.2 Membentuk nilai seorang pelajar yang berkemampuan, berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam alam semesta.7.3 Melahirkan para pendidik yang bersifat prihatin dan empati terhadap insan di sekeliling mereka.7.4Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar-pelajarpendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.7.5Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana danpengalaman yang baru.7.6Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luardan masyarakat.7.7Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran danpembelajaran untuk pendidikan khas.

8.0 KUMPULAN SASARAN:BILPERKARAJumlah

1Pelajar *16 Orang

2Guru Pendidikan Khas *10 Orang

3Pembantu (PPM) *2 Orang

Jumlah28 Orang

* Lampiran 1, 2 dan 3

9.0 TARIKH DAN HARI:24 September 2014 (Rabu)

10.0 TEMPAT:Pantai Morib, Banting, Selangor.

11.0 PENGANGKUTAN:Semua guru dan pelajar akan menaiki bas yang disewa khas.

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:Penaung : Tuan Haji Supardi Bin BuniranPengerusi : Encik Abu Bakar B. HashimNaib Pengerusi : Puan Julaidah Bt. Abd AzizSetiausaha : Sharmiladevi A/P SelvarajooBendahari : Cik Roslin Bt. MenuAJK Perhubugan : Puan Azlina Bt. Utoh : Puan Rohana Bt. MokhtarAJK Pengangkutan : Puan Noor Asikin Bt. Rashid : Puan Dalilah Bt. MohamadAJK Cenderahati : Puan Rohana Bt. MokhtarAJK Makanan : Puan Dalilah Bt. Mohamad : Sharmiladevi A/P SelvarajooAJK Dokumentasi : Puan Mutmainah Bt. Shaharom : Sharmiladevi A/P SelvarajooAJK Aktiviti Riadah : Puan Normala Bt. Miswan : Sharmiladevi A/P SelvarajooAJK Keselamatan : Puan Dalilah Bt. Mohamad : Puan Normala Bt. Miswan

13.0 TENTATIF PROGRAM:MASAAKTIVITI

8.45 pagiBerkumpul di SK Sultan Abdul Aziz dan bergerak ke Pantai Morib

9.00 pagiSarapan pagi di kawasan R&R

10.00 pagiTiba di Pantai Morib

10.15 pagiPenerangan mengenai terapi pasir dari guru Pendidikan Khas

10.45 pagiBengkel Pengalaman Menggunakan Pasir

12.00 tengahariPelajar berkumpul untuk makan tengahari

1.00 petangMandi manda di pantai

2.30 petangMajlis perasmian penutup oleh Tuan Guru Besar serta penyampaian cenderamata kepada semua pelajar dan guru pengiring yang telah mengiringi para pelajar.

3.00 petangLawatan sekeliling Pantai Morib

3.15 petangBersinggah di kedai cendera mata

5.00 petangBertolak balik ke SK Sultan Abdul Aziz

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:BILPERKARAKUANTITIJUMLAH

1Bas (Sumbangan PIBG)1 x RM 1500.00RM 1500.00

2Pakej Makanan & Riadah (Tanggung Sendiri)16 x RM 15.00 (Pel)12 x RM 20.00 (Guru)RM 240.00RM 240.00

3Senarai Barang Dan Peralatan * (Sumbangan Tuan Guru Besar)

RM 120.00RM 660.00

4Cenderamata * (Sumbangan Guru Pendidikan Khas)16 x RM 5.0012 x RM 6.001 x RM 10.00RM 162.00

JumlahRM 2802.00

** Lampiran 4 dan 5

15.0 PENUTUP:Dengan adanya program lawatan sambil bengkel pengalaman menggunakan pasir ini, diharap dapat memberi satu pengetahuan dan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SK Sultan Abdul Aziz. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh hayati dan dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai amalan dan panduan hidup pada masa hadapan mereka. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti bengkel lawatan ini.Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para guru dengan menunjukkan erti kepatuhan dan memahami serta menghayati nilai etika keguruan. Selain itu, diharapkan para guru dapat membina pemikiran yang positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

Disediakan oleh:

(SHARMILADEVI A/P SELVARAJOO)Setiausaha,Program Lawatan Sambil Belajar,SK Sultan Abdul Aziz, Kampong Kuantan,45600 Bestari Jaya,Selangor Darul Ehsan.

Disemak oleh:

(Encik Abu Bakar B. Hashim)Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,SK Sultan Abdul Aziz, Kampong Kuantan,45600 Bestari Jaya,Selangor Darul Ehsan.

Disokong oleh:

(Tuan Haji Supardi Bin Buniran)Guru Besar,SK Sultan Abdul Aziz, Kampong Kuantan,45600 Bestari Jaya,Selangor Darul Ehsan.

Diluluskan oleh:

(PUAN SUHANA BT. MISRO @ MISROH)Guru Penolong Kanan Kokurikulum,SK Sultan Abdul Aziz, Kampong Kuantan,45600 Bestari Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Lampiran 4 dan 5

Senarai Bararangan Dan Peralatan HargaTag Nama yang agak Besar RM 28.00Tali Tag RM 14.00Topi RM 140.00Payung RM 280.00Tikar Mengkuang RM 50.00Alat Permainan Pepatung Askar/ Binatang RM 80.00Marker RM 10.00Pen RM 10.00Tali Rafia RM 18.00Kertas A4 RM 20.00Masking tape RM 10.00JUMLAH BESAR : RM 660.00CenderamataMurid

16 x RM 5.00

Guru

12 x RM 6.00

Guru Besar

1 x RM 10.00

JUMLAH BESAR : RM 162.00