kertas kerja terapi air

13
KERTAS KERJA 'PPKI FAMILY DAY & TERAPI HIDRO' KERTAS KERJA PROGRAM “PPKI FAMILY DAY” ANJUR AN PERSATUAN SOKONGAN IBU BAPA & GURU PPKI SK BUMIPUTERA, LUNDU 1.0 PENDAHULUAN Program “PPKI FAMILY DAY” merupakan projek julung kalinya yang dirancang oleh Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI SK Bumiputera, Lundu dengan kerjasama para guru PPKI. Program ini dirancang akan dilaksanakan selama satu hari di kawasan sekitar kawasan Retreat Union. Program ini telah dibincangkan dalam Perjumpaan Persatuan Sokongan Ibu bapa dan guru PPKI SK Bumiputera pertama bagi sesi pertama 2013/2014. Program ini dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim di antara murid – murid PPKI, ibu bapa dan guru – guru PPKI. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid - murid PPKI 2.2 Merapatkan jurang antara murid - murid & ibu bapa PPKI dengan para guru PPKI 2.3 Menggalakkan penglibatan murid - murid dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan 2.4 Mengamalkan Terapi dalam Pendidikan Khas secara berkesan bersama ibu bapa murid PPKI SK Bumiputera, Lundu.

Upload: hairuddin

Post on 11-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas kerja terapi air ppkibp

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA 'PPKI FAMILY DAY & TERAPI HIDRO'

KERTAS KERJAPROGRAM PPKI FAMILY DAYANJURANPERSATUAN SOKONGAN IBU BAPA & GURU PPKISK BUMIPUTERA, LUNDU

1.0PENDAHULUANProgram PPKI FAMILY DAY merupakan projek julung kalinya yang dirancang oleh Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKI SK Bumiputera, Lundu dengan kerjasama para guru PPKI. Program ini dirancang akan dilaksanakan selama satu hari di kawasan sekitar kawasan Retreat Union. Program ini telah dibincangkan dalam Perjumpaan Persatuan Sokongan Ibu bapa dan guru PPKI SK Bumiputera pertama bagi sesi pertama 2013/2014. Program ini dirancangbertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim di antara murid murid PPKI, ibu bapa dan guru guru PPKI.

2.0OBJEKTIF2.1Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid - murid PPKI2.2Merapatkan jurang antara murid - murid & ibu bapa PPKI dengan para guru PPKI2.3Menggalakkan penglibatan murid - murid dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan2.4Mengamalkan Terapi dalam Pendidikan Khas secara berkesan bersama ibu bapa murid PPKI SK Bumiputera, Lundu.2.5Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya Terapi sebagai proses pemulihan bagi anak anak berkeperluan khas.

3.0TARIKH DAN TEMPATNama program: PPKI Family DayTempat: Retreat & Training CentreTarikh: 06 Julai 2013Hari: Sabtu

4.0PESERTA SASARAN22 Orang Murid PPKI SK Bumiputera, Lundu

5.0AJK PELAKSANASila rujuk lampiran 1

6.0ATURCARA PROGRAMSila rujuk lampiran 2

7.0ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAANSila rujuk lampiran 3

8.0PENUTUPDiharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif kepada jalinan hubungan diantara murid, ibu bapa dan para guru PPKI SK Bumiputera, Lundu. Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat perlu agar objektif yang telah digariskan berjaya dicapai. Sejajar dengan tema program PPKI iaitu Kemenjadian murid murid PPKI tonggak utama.

KEMENJADIAN MURID MURID PPKI TONGGAK UTAMA

Disediakan oleh,

................................(CIK KASUMA BINTI MAJID)PenyelarasProgram PPKI Family DaySK Bumiputera, Lundu.

Disemak oleh : -

....................................(HJH NORASIDAH MOHAMAD)Pengerusi 2Penolong Kanan PPKISK Bumiputera, LunduDisahkan oleh :-

...........................................(EN ANNUAR B. HJ LAY)Guru BesarSk Bumiputera , Lundu, Sarawak

LAMPIRAN 1AJK PELAKSANAPROGRAM PPKI FAMILY DAYPenaung: En. Annuar b. Hj LayGuru BesarSK Bumiputera, Lundu.

Ex-Officio: En. Bahrin b. Tahir ( Penolong Kanan Tadbir )En. Hasli b. Pulit ( Penolong Kanan Ko Kurikulum )Pn. Malati binti Hassan ( Penolong Kanan HEM )SK Bumiputera, Lundu.

Pengerusi 1:En. Jacquarry MutYang Dipertua PengerusiPersatuan Sokongan Ibu bapa & guru PPKISK Bumiputera, Lundu

Pengerusi 2: Hjh Norasidah MohamadPenolong Kanan PPKISK Bumiputera, LunduPenyelaras Program: Cik Kasuma binti MajidPen. Penyelaras: Hjh. Norasidah MohamadSetiausaha: Cik Zufazela Mansuriwaty binti badarBendahari: Pn. Suriany Iskandar WongBiro Logistik: En. Abg. Keprawi Abg. IndieBiro Makanan: Pn. Atirisah @ Asiah SoudiBiro Aktiviti: Pn. Susilawati binti SahariPn. Hayati binti SahariBiro Keselamatan: En. Has bin AhmatCik Norliah Hj. WenUstazah Che Salmah Abd Razak

LAMPIRAN 2ATURCARA PROGRAMPPKI FAMILY DAY

06 JULAI 2013 (SABTU)7.30a.m:Pendaftaran murid - murid PPKI7.45a.m: Ketibaan penasihat dan para guru PPKI8.30a.m: Kata-kata aluan oleh Presiden PPKI8.45a.m: Sarapan pagi9.00a.m: TERAPI HIDRO - AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI( sila rujuk Lampiran 4 )

12.15a.m: Makan Tengahari12.30a.m: Penyampaian cenderamata kepada Jurulatih Renang1.00 p.m: Majlis Bersurai

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAANPROGRAM PPKI FAMILY DAYA.PENDAPATAN

Kadar (RM)BilanganRMRM

YURAN PESERTAPERUNTUKANSUMBANGAN LUAR/ TAJAAN3022660660

JUMLAH PENDAPATAN660

B.PERBELANJAAN

Harga per unit (RM)BilanganRMRM

1.Logistik/ Peralatana),Pengangkutan

2.Makanan

a)Sarapan pagi

b)Makan Tengahari

3. Cenderahati

a)Jurulatih Renang

100

2.50

***Sendiri

20

1 (Van)

57 orang

3 orang100

142.50

60.00100

142.50

60.00

JUMLAH PERBELANJAAN302.50

LAMPIRAN 4TERAPI HIDRO

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

5.1. PENGENALAN

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

5.2. OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini.

5.3. DEFINISI DAN KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

i. Menghilangkan tekananii. Keupayaan berkomunikasiiii. Simulasi sistem otakiv. Bina keyakinan diriv. Kreativitivi. Kawalan dirivii. Latihan Social skillviii. Merangsang pertuturanix. Melatih sikap bekerjasamax. Meningkatkan kesabaranxi. Pengamatanxii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lainxiii. Latihan daya kepimpinanxiv. Manipulasi tangan dan jari-jemarixv. Daya konsentrasixvi. Pembentukan body imagexvii. Peningkatan self-esteem

5.5. PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKP tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI

i. Pendahuluan

Memanaskan badan dan meregangkan otot. Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran

Bermain-main di tepi air. Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan. Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru. Aktiviti renang dengan bantuan guru. Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru. Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki. Mengemaskan dan membersihkan diri.