kertas kerja sukantara

9
KERTAS KERJA KEJOHANAN SUKANTARA SEKOLAH TAHUN 2014 SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM

Upload: amar-jairani

Post on 26-Dec-2015

2.349 views

Category:

Documents


289 download

DESCRIPTION

kertas kerja sukantara

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja sukantara

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SUKANTARA SEKOLAH

TAHUN 2014

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM

Page 2: kertas kerja sukantara

1.0  PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.

Melalui kegiatan sukan, pela bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam

ar-pelajar bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan

serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari

aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah,

maka  Sekolah Menengah Agama Darul Ulum akan mengadakan satu  Kejohanan

Sukantara Sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui

kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Agama Darul Ulum sekali gus mencapai ke arah matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Sukantara Sekolah ini diadakan adalah seperti berikut :

i)             Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelajar Sekolah Menengah

Agama Darul Ulum dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam

sesuatu kejohanan olahraga

ii)            Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam acara-acara olahraga.

iii)           Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

Page 3: kertas kerja sukantara

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Sukantara ini berfokus untuk mendedahkan pelajar-pelajar Sekolah

Menengah Agama Darul Ulum dengan acara-acara sukan olahraga serta

memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu,

kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam acara sukan

olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Sukantara ini, diharapkan guru pelatih dapat:

i)             Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.

ii)            Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.

iii)           Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.

iv)           Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.

v)            Menggilap bakat istimewa pelajar di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada

peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh            : 21 JUN 2014 (SABTU)

Masa             : 7 PAGI – 12 TENGAHARI

Tempat          : SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM, SEROM 4,

LEDANG

6.0 SASARAN

Semua Pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Ulum, Ledang, Johor

Page 4: kertas kerja sukantara

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Pingat

Pingat acara olahraga individu

i. Emas

ii. Perak

iii. Gangsa

54 x RM 3.70

54 x RM 3.70

15 x RM 3.70

RM 199.80

RM 199.80

RM 55.50

2. Hamper (Tarik Tali)

1. Juara

2. Naib Juara

3. Ketiga

4. Keempat

1 x RM 30

1 x RM 30

1 x RM 30

1 x RM 30

RM 30

RM 30

RM 30

RM 30

3. Pembelian minyak hitam

- Membuat garisan balapan

RM 24.90

4. Minuman RM 50 RM 50

Jumlah Besar RM 650

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Page 5: kertas kerja sukantara

Penasihat kejohanan : Tuan Haji Muhamad b Ismail

Pengurus Kejohanan : En. Nazri bin Tamat

Pen. Pengurus Kejohanan : En. Omar Zakir b Ahmad

Setiausaha : En. Amar b. Jairani

Bendahari : Cik Nor Zakiyah bt Hamid

Publisiti dan Buku Program : Pn. Nor Hidayah bt Esa

Perasmian dan Penutupan : Haji Gunawan b Ramli

Hadiah & Cenderamata : Cik Nor Fazilah bt Hamid

Pn Noor Hafizah bt Ahmad

Juruacara : En. Muhammad Afiq Fikri b Mislan

Jurugambar : En. Muhammad Shahir b Yusoff

Penjaga Masa : En. Zakaria b Md Shah

Haji Ibrahim b Mohd Yasin

Pn. Ramlah bt Mahmood

Pelepas : En. Mohamad Ridzuan b Hamzah@Ya

Pen Pelepas : En. Muhammad Fareed bin Aliwee

Disiplin : En. Hatimi b Sayed

Pn. Kostiyah bt Mohd Salleh

Tugas Khas : Pn. Nurulhuda bt Hamzah

Cik Nurziatulliana bt Lias

9.0 Acara Yang Dipertandingkan

Page 6: kertas kerja sukantara

1) 100 M Lelaki Bawah 15 Tahun

2) 100 M Lelaki Bawah 18 Tahun

3) 200 M Lelaki Bawah 15 Tahun

4) 200 M Lelaki Bawah 18 Tahun

5) 4 x 100 M Lelaki Terbuka

6) 4 x 200 M Lelaki Terbuka

7) 200 M Berjalan Kaki Perempuan Terbuka

8) Lontar Peluru Lelaki Terbuka

9) Lontar Peluru Perempuan Terbuka

10) Tarik Tali Lelaki Terbuka

11) Futsal

12) Badminton Berpasukan Lelaki

13) Badminton Berpasukan Perempuan

14) Bola Jaring

15) Sepak Takraw

16) Ping Pong Lelaki

17) Ping Pong Perempuan

10.0 PENUTUP

Page 7: kertas kerja sukantara

Kejohanan Sukantara Sekolah diharapkan dapat memberikan peluang kepada

semua pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Ulum merasai sendiri pengalaman

menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat

meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar serta

menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.

Disediakan oleh,

(Amar Jairani)

Setiausaha,

Sukan & Ko-kurikulum,

SMA Darul Ulum

Disemak oleh

(Nazri Tamat)

PK Ko-kurikulum

SMA Darul Ulum

Diluluskan oleh,

Page 8: kertas kerja sukantara

(Tuan Haji Muhamad Ismail)

Pengetua,

SMA Darul Ulum