kertas kerja sukan

Upload: abel

Post on 01-Mar-2016

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN.Sukan merupakan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri sendiri.

Oleh itu, kegiatan sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh dalam kalangan murid-murid. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun dengan bertemakan Majulah Sukan Untuk Semua . Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan sukan dapat membendung masalah sosial para murid.

Oleh yang demikian, SJKT Ladang Highlands sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan murid. Melalui kesukanan dapat mencungkil bakat murid-murid secara menyeluruh. Maka, kecerdasan minda dan kecergasan badan dapat ditingkatkan.Kesimpulannya, pembangunan bersukan amat penting sebagai asas pembinaan insan secara mendalam bagi melahirkan satu generasi yang aktif.2.0 MATLAMAT.2.1 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid di dalam bidang sukan.

2.2 Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

2.3 Mewujudkan satu generasi yang berkaliber dalam bidang sukan.3.0 OBJEKTIF.3.1 Memupuk semangat bersukan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.

3.2 Medan untuk memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan Kejohanan Olahraga MSSD dank ke peringkat Negeri Selangor.

3.3 Mewujudkan satu pertalian persaudaraan antara ibubapa dan pihak sekolah.

4.0 ANJURAN

4.1 Unit Ko-Kurikulum SJKT Ladang Highlands.

5.0 Tarikh dan Jangka Masa

5.1 Tarikh: 27 JUN 2015

5.2 Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang

6.0 TEMPAT

6.1 PADANG SJKT LADANG HIGHLANDS

7.0 TEMA

7.1 Bersukanlah Demi Kesihatan8.0 PESERTA DAN SASARAN8.1 Semua murid SJKT Ladang Highlands

9.0 SUMBER TENAGA

9.1 Semua guru SJKT Ladang Highlands telah dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing.9.1.1 RUMAH SUKAN MERAHKetua Rumah: Pn.S. Yogavathy

Penolong: Pn.S. Thirupurasundari

Ahli-ahli: Pn.V. Nesamalar

Pn.T. Parameswary

Pn.M. Santha Kumari

Pn.U. Yoovathy

Pn.M. Selvarani

Pn.R. Santhy

Pn.D. Malarvili

En.E. Sathis Kumar

9.1.2 RUMAH SUKAN MERAH

Ketua Rumah: Pn.J. Lavanyah

Penolong: Pn.N. Praemmala

Ahli-ahli: Pn.G. Seetha

Pn.K. Parameswary

Pn.B. Mageswarie

Pn.B. Kalaivani

Pn.C. Sivasanggari

Pn.C. Kavitha

Pn.B. Shamalaa

En.S. Selvam

9.1.3 RUMAH SUKAN KUNING

Ketua Rumah: Pn.M. Muthulagi

Penolong: Pn.V. Arunmoli

Ahli-ahli: Pn.M. Rajini

Pn.M. Gunasundarie

Pn.T. Sutha

Pn.S. Durga Devi

Pn.S. Meenasree

Pn. Nor Azurah

En.M. Anbukkarasan

En.S. Amerendran9.1.4 RUMAH SUKAN BIRU

Ketua Rumah: Pn.G. Thanaletchumi

Penolong: Pn.K. Sarasvathy Thevi

Ahli-ahli: Pn.M. Thulasi

Pn.N. Nageswari

Pn.P. Tamil Selvi

Pn.P. Suguna

Pn.P. Thulasi Devi ( Cik. Nalini )

Pn.A. Amutha

En.R. Revathy

Cik.K. Santhakumari9.2 Guru-guru akan melatih, membimbing serta memberi galakkan dan sokongan kepada setiap ahli rumah sukan masing-masing. Sukan, Tahunan kali ke- 51 menggunakan para guru dan AJK PIBG sebagai sumber tenaga kepegawaian.10.0 HADIAH SUKAN10.1 Hadiah-hadiah disediakan mengikut kategori yang pertandingkan iaitu :

10.1.1 Acara Kumpulan : Tahap SATU dan Tahap DUA

JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA.

10.1.2 Acara Individu ( Balapan ) : 75 meter, 100 meter, 200 meter.

JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA

10.1.3 Acara larian Berganti-ganti ( 4 x 200 meter )

JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA

10.1.4 Acara Bekas Murid ( 800 meter )

JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA

10.1.5 Acara Kaum Ibu JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA

10.1.6 Acara Kaum Bapa

JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA

10.1.7 Acara Guru ( Acara kumpulan )JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA10.1.8 Acara Kumpulan ( Acara Padang ) : Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lompat Tinggi.JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA

10.1.9 Acara Piala Pusingan bagi kategori :

a) Perbarisan

b) Rumah Tercantik

c) Johan Keseluruhan

11.0 JAWATANKUASA INDUK SUKAN TAHUNAN dan JAWATANKUASA KERJA :SJKT LADANG HIGHLANDS, BANDAR BUKIT TINGGI 2, 41200 KLANG.

SUKAN TAHUNAN KALI KE-51 ( TAHUN 2015 )11.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat 1

: Cik.M. Vasuki ( Guru Besar )

Penasihat 11

: En. Kannan ( YDP PIBG )

Pengerusi

: Pn.V. Anaanthi (Penolong Kanan Kokurikulum)

Tim. Pengerusi

: En. Naib YDP PIBG

Naib Pengerusi 1

: Pn.S. Usha Devi ( Penolong Kanan Kurikulum )

Naib Pengerusi 11

: Pn.D. Saraswathy ( Penolong Kanan HEM )

Pengerus Kejohanan: En.R. Muniandy

Setiausaha Sukan

: En.S. Kanes

Penolong Setiausaha: Pn.S. Durga DeviBendahari

: En.S. Selvam

AhliSenarai Tugas

1.Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol

Penasihat 1 : Cik.M. Vasuki ( Guru Besar )

Penasihat 11 : En. Kannan ( YDP PIBG )

Pengerusi : Pn.V. Anaanthi (Penolong

Kanan Kokurikulum)

Tim. Pengerusi : En. Naib YDP PIBGNaib Pengerusi 1 : Pn.S. Usha Devi ( Penolong

Kanan Kurikulum )

Naib Pengerusi 11: Pn.D. Saraswathy ( Penolong Kanan HEM )

1.Menyambut ketibaan tetamu.

2. Menyediakan surat jemputan untuk diedarkan

kepada tetamu khas, ibubapa dan penjaga.

3. Mendapatkan senarai jemputan khas.

4. Menyediakan rosette dan menghias buku

program untuk tetamu khas.

5. Mengedarkan buku program kepada setiap guru

dan tetamu.

2. Jawatankuasa dan Penutup 1. Menentukan format perbarisan perasmian dan

penutup.

2. Mengadakan latihan yang secukupnya.

3. Merangka plan pergerakan peserta.

4. Memastikan bilangan murid-murid bagi setiap

barisan.

5. Memilih murid bagi pembacaan ikrar.

6. Menetapkan syarat-syarat bagi pertandingan

perbarisan antara rumah.

7. Melantik pengadil-pengadil bagi pertandingan

perbarisan.

3. Pembacaan Doa-PN.B. KALAIVANI

1.Menyediakan skrip bacaan doa yang

bersesuaian dengan program.

2. Membaca doa pada permulaan program.

4. Jawatankuasa Tempat Tetamu Dan Hiasan 1. Menyediakan, menyusun atur dan menghias

khemah tetamu.

2. Menyusun bangku-bangku untuk VIP, tetamu

dan guru.

3. Menyediakan gelas & air mineral untuk meja

tetamu.

4. Mengalas meja PA sistem dan meja juruacara.

5. Menyediakan pentas menerima hadiah.

6. Memastikan semua peralatan diangkat, dan

dikemaskan selepas kejohanan.

5. Jawatankuasa dan Cenderamata1. Mengenalpasti piala pusingan dan mengumpul

piala yang sedia ada.

2. Piala mesti dibersihkan, dikilatkan dan diikat riben.

3. Mendapatkan medal dan hadiah yang ditempah.

4. Menyusun hadiah mengikut susunan aturcara dan pembawa dulang sijil.

5. Menyediakan meja hadiah, dulang dan pelapik serta mengalas meja hadiah.

6. Memberi taklimat dan tunjukcara kepada murid yang membawa dulang dan penerima hadiah.

7. Melantik penyelia hadiah dalam kalangan jawatankuasa.

8. Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian hadiah semasa Majlis Penutup.

9. Bekerjasama dengan juruacara dan Ketua Rumah untuk upacara penyampaian hadiah.

10. Mengumpul semula semua piala pusingan untuk disimpan.

6. Jawatankuasa Lalulintas, letak kenderaan1.Menentukan tempat kereta tetamu khas dan VIP.

2. Menentukan tempat letak kereta guru / kakitangan dan tetamu.

3. Mengarahkan kereta di tempat yang ditetapkan.

7. Jawatankuasa Teknik / Kepegawaian1.Menyediakan dan mengedarkan boring yang diperlukan dalam pertandingan.2. Menentukan peraturan pertandingan.

3. Menyusun aturcara bagi pertandingan.

4. Mengatur dan melatih pembantu padang.

5. Menyediakan balapan dan gelanggang acara padang supaya acara dapat dijalankan dengan lancar.

6. Memastikan balapan dan gelanggang selamat untuk digunakan.

8. Jawatankuasa Peralatan Kejohanan1.Menyediakan peralatan yang diperlukan pada hari sukan.

2. Memastikan peralatan yang diperlukan pada hari sukan ada dan dalam keadaan baik untuk digunakan.3. Memastikan di akhir kejohanan semua peralatan dikembalikan dan disimpan di dalam stor sukan.

9. Jawatanjuasa Buku Program1.Membuat penyelarasan dengan setiausaha sukan dan menyusun buku aturcara.

2. Memastikan kerja-kerja cetakan dibuat.3.Menyerahkan buku program kepada Jawatankuasa Jemputan dan Sambutan.

10. Jawatankuasa Disiplin1.Mengawas pelajar-pelajar yabg tidak terlibat dengan sebarang acara.

2. Memastikan pelajar-pelajar berbaris semasa upacara penyampaian hadiah dan penutup.3. Mengawal disiplin pelajar sepanjang kejohanan.

11. Jawatankuasa Kebersihan1.Memastikan kebersihan kawasan sekolah sebelum dan selepas kejohanan tamat berada

dalam keadaan yang memuaskan.

12. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas1.Menyediakan anggota pertolongan cemas.

2. Memastikan peralatan pertolongan cemas lengkap dan yang memuaskan.

13. Jawatankuasa Alat Siaraya1.Menyediakan alat pembesar suara dan memastikan ianya boleh digunakan.

2. Memilih Lagu atau muzik yang sesuai untuk

perbarisan dan selingan semasa rehat.

14. Jawatankuasa Persembahan1.Merancang aktiviti persembahan.

2. Menyediakan kertas kerja dan anggaran perbelanjaan persembahan.

3. Memilih muzik dan peralatan yang diperlukan.

4. Merancang koreografi pergerakan.

5. Menjalankan latihan.

15. Juruacara1.Menyediakan skrip mengikut susunan acara program.

2. Berhubung dengan Jawatankuasa Perasmian dan Penutup untuk maklumat acara.

3. Menjadi pengacara sepanjang program berlangsung.4. Memastikan protocol pengacaraan dipatuhi.

16. Jawatankuasa Jamuan Tetamu dan Pegawan1.Menyediakan anggaran perbelanjaan.

2. Menetapkan menu dan bilangan tetamu.

3. Menyelaraska dengan Jawatankuasa Jemputan dan Sambutan.

4. Menyediakan minuman untuk murid, pegawai bertugas dan tetamu.

17. Jurugambar / Dokumentasi1.Merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program.

2. Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir.

3. Menyerahkan bahan laporan kepada setiausaha untuk tindakan.

18. Penyelia Peserta1.Menyediakan para peserta lebih awal supaya

acara dapat dijalankan dengan licin.

2. Menentukan peserta yang disenaraikan dan yang melapor diri adalah sama orangnya.

3. Menyelaras tugasan dengan pelepas.

4. Mengumpulkan pemenang hadiah untuk upacara penyampaian hadiah.

19. Pengurus Peserta Rumah ( Ketua Rumah )

a) Rumas Sukan Biru

Puan

b) Rumas Sukan Merah

Puan

c) Rumas Sukan Kuning

Puan

d) Rumas Sukan Hijau

Puan

1.Mengawal peserta rumah masing-masing.

2. Menyediakan peserta semasa kejohanan untuk dihantar ke penyelia peserta.

3. Menyediakan taklimat atau nasihat atau panduan kepada peserta dan ahli rumah.

4. Langkah kawalan dan keselamatan rumah semasa kejohanan.

5. Memastikan kebersihan kawasan rumah sukan.6. Menyelaras dengan setiausaha sukan.

20. Pencatat keputusan atau Rekod1.Menyediakan boring khas untuk catatan keputusan.

2. Merekod segala keputusan.

3. Menyerahkan keputusan kepada juruacara.

4. Menyerahkan markah kepada bahagian papan markah.

5. Menetapkan calon olahragawan atau olahragawati dengan bantuan setiausaha dan penolong setiauasaha sukan.

6. Menyerahkan keputusan kepada setiausaha sukan selepas kejohanan tamat.

21. Penyelia Peserta Jemputan1.Menyediakan tempat untuk peserta jemputan.

2. Memastikan peserta jemputan melapor diri kepada penyelia peserta.3. Memastikan barang-barang peserta jemputan terjamin keselamatannya.

4. Memastikan peserta jemputan mengetahui bila acaranya bermula dan bersedia untuk penyampaian hadiah selepas acara tamat.

5. Menyediakan muniman kepada peserta luar dan guru pengiring.

12.0 Tentatif Program :12.1 Aturcara Sukan Tahunan Kali ke-51 adalah seperti berikut :

8.00 pagi

- Murid-murid mengambil tempat untuk acara perbarisan.

- Ketibaan para ibubapa.

- Acara Perbarisan Rumah Sukan.

- Bacaan Doa

- Nyanyian Lagu Negaraku

- Ikrar Sukan.

- Ucapan aluan oleh Pengerusi Kejohanan

- Ucapan Guru Besar

- Ucapan perasmian

- Tarian Gimrama

8.30 pagi

- Acara sukan bermula

- Acara Kumpulan Tahap Satu dan Tahap Dua

10.30 pagi- Acara penyampaian hadiah

11.00 pagi- Acara Balapan

- 100meter

- 200meter

- 800meter ( Lelaki ) Bekas Murid

- 800meter ( Perempuan ) Bekas Murid

- 400meter ( Ahli PBSM Jemputan )

-4X200meter

11.45 pagi

- Acara penyampaian hadiah

12.00 tengah hari- Acara Kaum Ibu

- Acara Kaum Bapa

- Acara Guru

12.30 tengah hari- Acara penyampaian hadiah

1.00 petang

- Ucapan Penutup

- Majlis Bersurai / Jemputan makan tengah hari

13.0 Anggaran Perbelanjaan Sukan Tahunan13.1 Anggaran Perbelanjaan Sukan Tahunan adalah seperti berikut :

BilPerkaraKuantiti / Harga SeunitHarga

1Medal Acara Kumpulan

2Larian Terus 75meter ( Thn 1, 2, dan 3 )

Lelaki dan Perempuan18 X RM 5.50RM 99.00

3Larian Terus 100meter ( Thn 4, 5, dan 6)

Lelaki dan Perempuan18 X RM 5.50RM 99.00

4Larian Terus 200meter ( Thn 4, 5, dan 6)

Lelaki dan Perempuan18 X RM 5.50RM 99.00

5Larian Berganti-ganti 4X200meter

( Thn 4, 5, dan 6) Lelaki dan Perempuan24 X RM 5.50RM 132.00

6Lari Terus 800meter ( Bekas Pelajar )

Lelaki dan Perempuan6 x RM 5.50RM 33.00

7Lontar Peluru ( Thn 4, 5 dan 6 )

Lelaki dan Perempuan18 x RM 5.50RM 99.00

8Lompat Jauh ( Thn 4, 5 dan 6 )

Lelaki dan Perempuan18 x RM 5.50RM 99.00

9Lompat Tinggi ( Thn 4, 5 dan 6 )

Lelaki dan Perempuan18 x RM 5.50RM 99.00

10Acara Kaum Ibu3 X RM 5.50RM 16.50

11Acara Kaum Bapa3 X RM 5.50RM 16.50

12Olahragawan dan Olahragawati2 X RM 15.50RM 31.00

13Pasukan PBSM3 X RM 5.50RM 16.50

14Baju Sukan ( Guru dan Ahli PIBG )70 X RM 35.00RM 2450.00

15Pasukan Rela3 X RM 7.50RM 22.50

16Persiapan padang sekolahRM 600.00

17Membeli peralatan sukanRM 1000.00

18Khemah7 X RM 350RM 2450.00

19SiarayaRM 700.00

20Cenderahati Perasmian1 X RM 100RM 100.00

21Cenderahati Penutup1 X RM 100RM 100.00

22Jamuan makan tengah hari

( Guru, AJK PIBG, LPS, Kakitangan dan pekerja sekolah.100 X RM 15.00RM 1500.00

JUMAH BESAR RM 9762.00

14.0 Penutup

14.1 Jawatankuasa sukan tahunan merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan memohon pertimbangan dan kelulusan supaya sukan tehunan ini dapat dijalankan dengan meriah.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_______________

_______________

En.S.Kanes

Setiausaha Sukan Tahunan