sukan kertas kerja

26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA PJM 3112 TARIKH : 11 MAC 2014 (SELASA) MASA : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : ASTAKA PADANG BOLA

Upload: aremeer-jackz

Post on 26-Nov-2015

255 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

r tre s dfsg dg dfhgfhgfh gfhgfhgf hgf hgfh rtyerter tret erte r

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS IPOH31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PROGRAM SUKANEKA PJM 3112

TARIKH :11 MAC 2014(SELASA)

MASA :8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT :ASTAKA PADANG BOLA

1. PENGENALAN

1. RASIONALUntuk memupuk guru yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, seterusnya mewarisi permainan tradisional supaya warisan tersebut disampaikan kepada generasi yang muda.

1. OBJEKTIFMelalui Program Sukaneka ini, guru pelatih dapat :1. Memenuhi keperluan tugasan kursus PJM 3112 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.2. Mengaplikasikan kemahiran dan teknik sukan dalam aktiviti rekreasi sosial yang mendatangkan keseronokan dan menghiburkan para pemain.3. Mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif bagi mempelbagaikan kreativiti mereka dalam sukaneka.4. Membentuk personaliti guru yang mantap seperti mempunyai daya saing yang tinggi, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan, bertolenrasi dan sebagainya.5. Menunjukkan potensi diri dan berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat.

1. JUSTIFIKASI Karnival sukaneka ini diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PJM 3112. Selain itu, dengan adanya karnival ini para pelajar dapat belajar tentang cara pengurusan sukan dan seterusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan ini di sekolah .

1. TARIKH 11 Mac 2014 (Selasa)

1. TEMPAT Astaka Padang Bola

1. KUMPULAN SASARAN5.1 Pelatih PISMP (Unit k4 Pengajian Melayu): 15 orang (Lampiran A)8.0 MASA8.30pagi hingga 12.00 tengah hari

9.0 LOKASI Padang Bola IPG Kampus Ipoh

10.0 PERALATAN 11.0 TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

8.00 pagiBerkumpul di padang bola

8.30 pagiKetibaan pensyarah pembimbing

9.00 pagiPermainan tradisional cari cucu

9.30 pagiPermainan tradisional teng teng

10.00 pagiPermainan tradisional galah panjang

10.30 pagi Permainan tradisional batu seremban

11.00 pagiPermainan tradisional lompat getah

11.30 pagiPermainan tradisional guli

12.00 tengah hariPenutup

12.0 JENIS PERMAINAN 12.1 Cari cucu12.2 Galah panjang12.3 Lompat tali13.0 PERATURAN PERMAINANSila rujuk lampiran B14.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

CARTA ORGANISASIKANIVAL SUKAN PJM 3112

PenaungTn. Hj. Kamarulizham bin HaziziPengarah IPG Kampus Ipoh, Perak

Pensyarah PembimbingEncik Mohd Mokhtar bin Sulaiman

Pengerusi ProgramHikmatur Rahman B Fauzie Ridzwan

Timbalan PengerusiNorizatti Othman Gui

SetiausahaMuhammad Afiq Al-Amri

BendahariMuhammad Syafiq Izzudin Bin Che Arif

AJK Dokumentasi: Azmi Bin Mohd YusoffAJK Makanan : Hazirah Binti MurshidRusminah Binti Abdul HamidAJK Cenderamata: Fatin Athirah Binti AhmadNur Aliah Zinnirah Binti Zakaria

AJK Peralatan: Mizan Bin MuhamadMohd Amir Ashraf Bin Abdul HalimAJK Pengacara/ Majlis: Noor Fathiyyah Binti IsmailMuhammad Fadhil Bin Ahmad FauziAJK Perhiasan Tempat: Siti Noor Fathirah Binti Fadzil

15.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAPERBELANJAANJUMLAH

1Makanan dan minuman Para peserta

15 orang x 1 hari x RM 5

RM 75

3Lain-lain Cenderamata

3 hamper x RM 15RM45

JUMLAHRM120

Disediakan Oleh...................................................................(MUHAMMAD AFIQ AL AMRI BIN ABDUL HAMID AL BAKRI)Setiausaha Program LawatanPISMP K4

Disemak Oleh,........................................................................(ENCIK MOHD MOKHTAR BIN SULAIMAN)Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani

Disokong Oleh,........................................................................(TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HASSAN)Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Diluluskan Oleh,......................................................................(TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)Pengarah IPG Kampus Ipoh

Disediakan Oleh...................................................................(MUHAMMAD AFIQ AL AMRI BIN ABDUL HAMID AL BAKRI)Setiausaha Karnival SukanPISMP K4

Disemak Oleh,........................................................................(ENCIK MOHD MOKHTAR BIN SULAIMAN)Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani

Disokong Oleh,........................................................................(TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HASSAN)Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Diluluskan Oleh,......................................................................(TUAN HAJI RAZALI BIN ABD MANAP)Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh

Lampiran A

UNIT : PISMP PENGAJIAN BAHASA MELAYU (K4) AMBILAN JANUARI 2012BILNAMANO. I/CNO AKAUN BSNT/T

1. Azmi Bin Mohd Yusoff920823-11-538911110-29-00017478-8

2. Fatin Athirah Binti Ahmad920225-02-590602400-29-00021170-5

3. Hazirah Binti Murshid920812-02-504602400-41-00003635-6

4. Hikmatur Rahman Bin Fauzie Ridzwan920916-08-536908100-29-00045263-3

5. Mizan Bin Muhamad920109-03-586703101-29-00012724-4

6. Mohd Amir Ashraf Bin Abdul Halim910929-14-6037

08240-29-00006260-6

7. Muhammad Afiq Al Amri Bin Abdul Hamid Albakri921115-03-5163

11108-29-82675468-0

8. Muhammad Arif Bin Idris920728-05-546108213-41-00001257-3

9. Muhammad Fadhil Bin Ahmad Fauzi920825-11-5665

11995-41-00000775-2

10. Muhammad Syafiq Izzudin Bin Che Ariff921111-03-6249

03118-29-82722852-3

11. Noor Fathiyyah Binti Ismail920817-08-522408103-41-00001229-1

12. Nor `Aliah Zinnirah Binti Zakaria920324-08-5322

08214-29-00010516-2

13. Norizatti Binti Othman Gui921125-08-573808211-29-00006841-3

14. Rusminah Binti Abd Hamid920615-08-5306

08995-29-00010319-4

15. Siti Noor Fatirah Binti Fadzil920704-02-5460

05105-41-00002366-7

LAMPIRAN B

PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONAL- CARI CUCUKumpulan 1 Hikmatur Rahman, Hazirah, Fatin, Afiq dan Amir Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Permainan ini boleh dimainkan dalam jumlah pemain yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digunakan dalam permainan ini. Peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan dalam permainan ini.

Menentukan Nenek Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa di kalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

Permainan Cari Cucu Pada peringkat permulaan kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian Cucu Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga. Mencari cucu di mana berada. Nenek kahwin dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka pelakon nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.Nyanyian NenekCucu cucuTak dapat lariNenek tuaBanyak saktiSekarang nenekNak cari gantiSiapa yang kenaDia menjadi

Setelah selesai dendangan nenek semua cucu duduk mencangkung dengan mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri di sekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu, nenek perlu meneka nama cucu tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANGKumpulan 2 Azmi, Muhammad Arif, Mizan, Nur Fathiyyah & Siti Noor Fatirah

Istilah permainan Gobak Sodor dikenal di daerah Jawa Tengah, sedangkan di daerah lain seperti galah lebih kenal di Kepulauan Natuna, sementara di beberapa daerah Kepulauan Riau lainnya dikenal dengan nama galah panjang. Di daerah Riau Daratan, permainan galah panjang ini disebut main cak bur atau main belon. Sedangkan, di daerah Jawa Barat di kenal dengan nama Galah Asin atau Galasin. Gobak Sodor adalah sejenis permainan daerah dari Indonesia.Permaianan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan demikian. Ada di antara permaianan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi masih ada yang dimainkan lagi sehingga ke hari ini.Galah panjang ataupun dikenali sebagai `toi` di Utara semenanjung adalah antara salah satu permainan tradisional yang masih dimainkan oleh kanak-kanak sehingga sekarang. Galah panjang merupakan permainan yang dimainkan diluar rumah dan di kawasan yang lapang. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukkan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong. Permainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan biasanya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas keua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Sebelum permainan dimainkan, undian secara `wan to som` dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditetntukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

GELANGGANG PERMAINANKawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja

CARA BERMAINSejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

PERATURAN PERMAINAN Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

PERMAINAN LOMPAT GETAHKumpulan 3 Rusminah, Syafiq, Fadhil, Izatti dan Alia

SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL

Rakyat Malaysia kaya dnegan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud, dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah seperti batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala Permainan Laman terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas kerana permainan seperti ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif berbanding Permainan Anjung.Permainan getah merupakan permainan tradisional yang terkenal di zaman nenek moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanak-kanak memainkannya. permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang digunakan getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini Ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supoaya tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut sebagai zero Point oleh segelintir masyarakat.

ALATAN PERMAINAN

Getah biasa

Getah yang sudah disambung

Getah yang dimatikan hujungnya supaya tidak terurai ketika bermain

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah seperti berikut :-

Bil.Peraturan-peraturan

1.Untukmenentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedahlai lai li tam plomakan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu. Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.

2.Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.

3.Pada permulaan permainan ini, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point"atau "kosong game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

4.Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama.

5.Seterusnya,getah dipegang pada paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh getah.

6.Seterusnya ke paras pinggang. Pada paras ini pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.

7.Diikuti pada paras dada.

8.Seterusnya ke paras telinga. Pada paras ini, pemain yang memegang getah perlu berhati-hati agar tidak cedera.

9.Kemudian ke paras kepala.

10.Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.

11.Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain akan bermain mengikut cara huruf z dan c pada paras pinggang.

12.Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.

Cara bermain Permainan getah memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang pemain iaitu dua orang akan memegang getah kedua-dua hujung getah dan seorang lagi akan melompat. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan tetapi boleh juga dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Semakin ramai pemain, maka permainan akan menjadi semakin seronok. Apabila pemain melebihi daripada 3 orang, kumpulan akan dibentuk menjadi dua. Setiap kumpulan akan menunggu giliran untuk melompat. Setiap kumpulan mempunyai ketua masing-masing yang akan memulakan lompatan diikuti oleh ahlinya.

Permainan akan dimulakan oleh ketua kumpulan dan akan menyebut perkataan 'zero point' ketika melepasi getah dan tidak boleh menyentuh tali getah dan sekiranya terkena, makan kumpulan lain akan menggantikan kumpulan tersebut melakukan lompatan. Tali getah akan diletakkan pada aras kaki sebagai permulaan permainan. Tali getah akan dinaikkan lagi ke paras lutut dan perlu melompat tanpa mengenai tali getah dan diikuti ke paras paha.

Apabila selesai melepasi paras lutut dan paha, tali getah akan dinaikkan ke paras pinggang. Pada paras ini, pemain boleh menyentuh getah ketika melompat. Apabila pemain dapat melepasi paras ini, tali getah akan dinaikkan lagi ke paras dada, telinga dan kepala. Ahli kumpulan yang tidak boleh melompat pada paras pinggang boleh dibantu oleh ahli kumpulan yang lain ataupu istilah 'hidupkan ahli lain yang mati pada paras ini'.

Apabila pemain dapat melepasi paras pinggang, dada, telinga dan kepala tali getah akan dinaikkan kepada sejengkal daripada kepala dan seterunya 2 jengkal daripada kepala. Seterusnya, tali getah akan dinaikkan daripada aras kepala setinggi yang mungkin. Pemain boleh 'memotong tali getah' iaitu menurunkan tali getah menggunakan tangan dan seterunya melakukan lompatan daripada aras sejengkal ataupun mengikut kehendak pemian itu sendiri. Pada aras ini juga ahli kumpulan yang lain boleh membantu ahli kumpulan yang lain yang telah 'mati pada aras ini untuk menghidupkan semula pemain itu' dan meneruskan permainan. Kumpulan yang melepasi aras yang tertinggi dianggap sebagai pemenang.

6.2.2 Carta aliran pertandingan

Pasukan A ( bye )

Pasukan B

Pasukan C Johan A

Pasukan D

Pasukan E

Pasukan F

Tempoh Permainan Permianan akan dilangsungkan 30 minit bagi setiap permaianan tradisional. Kesemua kumpulan mesti menghabiskan permainan tradisional ini dalam masa yang telah diberikan

Bantahan Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut tamat.

Pakaian Pemain Setiap peserta diwajibkan memakai pakaian sukan dan berkasut sukan.

Kecederaan Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab sekiraya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.

Peringatan Jawatankuasa pengelola pertandingan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan dalam peraturan di atas.