kertas kerja sukan 2014

6
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SERI RAHMAT 31500 LAHAT, PERAK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN TAHUN 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SERI RAHMAT PENDAHULUAN Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat bagi Tahun 2014. Kejohanan pada tahun ini adalah merupakan kali-43 pernah diadakan. MATLAMAT . Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. OBJEKTIF : Adalah diharapkan program ini akan dapat : 2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum. 2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi. 2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum. 2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan lebih cemerlang.

Upload: adz-ayahnye-anas

Post on 15-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Sukan 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SERI RAHMAT31500 LAHAT, PERAK

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN TAHUN 2014SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SERI RAHMAT

PENDAHULUAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat bagi Tahun 2014. Kejohanan pada tahun ini adalah merupakan kali-43 pernah diadakan.

MATLAMAT

. Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF :

Adalah diharapkan program ini akan dapat :

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi.

2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan

lebih cemerlang.2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan

olahraga peringkat daerah.

PELAKSANAAN :

Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara rumah-rumah sukan. Sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke - 43 Tahun 2014 pada tarikh, masa dan lokasi seperti di bawah ;

Tarikh : 16 November 2014 ( Ahad )

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Padang Sekolah

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :

Page 2: Kertas Kerja Sukan 2014

1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :

Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 3 pasukan yang terdiri daripada semua murid-murid SK Kampung Seri Rahmat :

Rumah Kuning Rumah Merah Rumah Hijau

2. Acara sukan

Bil Acara Kategori1 Sukaneka Tahun 1

2 Sukaneka Tahun 2

3 Sukaneka Tahun 3

4 Sukaneka Tahun 4

5 Sukaneka Tahun 5

6 Sukaneka Tahun 6

7 Sukaneka Pegawai

8 Sukaneka Ibu

9 Sukaneka Bapa

10 Tarik Tali Rumah Sukan

11 Tarik Tali Bapa & Pegawai

12 Lompat Tinggi L & P Bwh 12

13 Larian 50 m L & P Bwh 12

14 Lompat Jauh L & P Bwh 12

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH(RM)1. Kanopi 3 RM 30 x 3 = RM90 90.002. Medal RM3.50 x 9 = RM31.50 31.503. Belon 6 6 pek x RM5=RM30 30.004. Hamper Sukaneka 18 RM 30 x 18 = RM540 540.005. Span Air 8 RM 2 x 8 = RM16 16.006. Cenderamata VIP 1 RM 50 x 1 = RM50 50.007. Tepung Gandum 7 kg RM2 x 7 = RM14 14.00

8. Makan/Minum Pagi Murid 111 RM2 x 111 = RM222 222.00

Makan/Minum Tengah hari Murid 111 RM4 x 111 = RM444 444.00

Jumlah Keseluruhan 1437.50

SUMBER KEWANGAN

Page 3: Kertas Kerja Sukan 2014

BIL. PERKARA PERBELANJAAN (RM)

SUMBER KEWANGAN (RM)

1. Kanopi 90.00 PIBG2. Medal ( RM3.50 x 9 ) 31.50 PIBG 3. Belon (6 pek x RM5) 30.00 Bantuan Sukan Sekolah

4. Hamper Sukaneka (RM30 x 18 buah) 540.00 Bantuan Sukan Sekolah

5. Span Air (RM2 x 8 biji) 16.00 Bantuan Sukan Sekolah6. Cenderamata VIP 50.00 PIBG

7. Tepung Gandum( RM2 x 7kg) 14.00 Bantuan Sukan Sekolah

8. Makan/Minum Pagi Murid(RM2 x 111 murid) 222.00 Yuran Khas Sukan Tahunan

9. Makan/Minum Tengah hari Murid (RM4 x 111 orang) 444.00 Yuran Khas Sukan Tahunan

Jumlah Keseluruhan 1437.50

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana dan persekitaran sekolah.

Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2 ( dua ) acara individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan.

Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik.

Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan.

Pembatalan :

Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan. Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam

acara-acara yang dipertandingkan. Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud melengahkan

kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini, walaupun ia mendapat tempat kedudukan.

Hadiah-hadiah :

Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Page 4: Kertas Kerja Sukan 2014

Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiah berbentuk cup dan hadiah iringan.

Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala pusingan.

Bantahan :

Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara bertulis dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan.

Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan Olah, Disahkan Oleh,

………………………… …………………………(En. Yusri Bin Othman) (En. Adz Jamros Bin Jamali)S/U Sukan SKKSR GK Kokurikulum SKKSR