kertas kerja senaman kalistenik

11
Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14400 Kubang Semang, Mengkuang, Pulau Pinang. KERTAS KERJA SENAMAN KALISTENIK INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN (IPTB) TAHUN 2008 _________________________________________________________________ __ 1.0 PENGENALAN Senaman kalistenik peringkat institut merupakan acara yang banyak memberi pengalaman kepada guru pelatih agar dapat mengelolakan acara rasmi semasa berkhidmat di sekolah nanti. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengenali secara lebih mendalam mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil untuk menganjurkan suatu karnival sukan seperti senaman kalistenik. Menerusi penganjuran pertandingan senaman kalistenik ini, hubungan silatulrahim yang utuh juga dapat dibentuk menerusi semangat kerjasama dalam usaha untuk menjayakan pertandingan senaman kalistenik ini. Di samping itu, kerajinan untuk melakukan senaman kalistenik ini juga turut dapat diterapkan dalam diri setiap guru pelatih sejurus melahirkan guru-guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula, pertandingan senaman kalistenik ini dianjurkan agar dapat mengisi masa “TEAM SOBREQUET” 3PPISMP PJK/PI/PM

Upload: enab-dan-kesum

Post on 24-May-2015

3.967 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

KERTAS KERJA SENAMAN KALISTENIKINSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN (IPTB) TAHUN 2008

___________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Senaman kalistenik peringkat institut merupakan acara yang banyak memberi

pengalaman kepada guru pelatih agar dapat mengelolakan acara rasmi semasa

berkhidmat di sekolah nanti. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengenali secara

lebih mendalam mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil untuk

menganjurkan suatu karnival sukan seperti senaman kalistenik. Menerusi

penganjuran pertandingan senaman kalistenik ini, hubungan silatulrahim yang utuh

juga dapat dibentuk menerusi semangat kerjasama dalam usaha untuk menjayakan

pertandingan senaman kalistenik ini. Di samping itu, kerajinan untuk melakukan

senaman kalistenik ini juga turut dapat diterapkan dalam diri setiap guru pelatih

sejurus melahirkan guru-guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula,

pertandingan senaman kalistenik ini dianjurkan agar dapat mengisi masa lapang

guru pelatih. Sejurus itu, pengalaman terhadap gaya senaman kalistenik yang

dipelajari juga akan dapat diturunkan kepada murid-murid di sekolah ketika

berkhidmat.

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 2: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan senaman kalistenik ini diadakan dengan matlamat untuk memupuk

semangat kesukanan di kalangan guru pelatih. Menerusi pertandingan senaman

kalistenik ini, setiap guru pelatih akan tertarik untuk melakukanya kerana senaman

kalistenik ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang

dapat menyihatkan tubuh badan. Tambahan pula, pertandingan senaman kalistenik

ini juga dalam melahirkan sikap berdaya saing yang sihat di kalangan guru pelatih.

Ini amat penting kerana menerusi sikap daya bersaing yang sihat ini, pelbagai gaya

kalistenik akan wujud dan setiap guru pelatih dapat mempelajarinya. Lebih-lebih

lagi,pertandingan senaman kalistenik ini juga dapat membantu dalam meningkatkan

tahap kecergasan fizikal guru-guru pelatih. Ini wujud menerusi latihan-latihan yang

di ambil oleh peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih. Selain itu, nilai

keyakinan diri juga dapat dibentuk menerusi pertandingan senaman kalistenik ini. Ini

adalah sejajar dengan persembahan senaman kalistenik di hadapan orang ramai

yang memerlukan keyakinan diri untuk melakukanya.

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 3: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

3.0 OBJEKTIF

Objektif pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan:

3.1 Memberi pendedahan awal kepada pelatih bagi menganjurkan satu

pertandingan.

3.2 Memupuk semangat kerjasama dan semangat juang yang tinggi melalui

aktiviti sukan.

3.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan guru pelatih.

3.4 Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dikalangan guru-guru pelatih.

3.5 Mengilap bakat-bakat baru guru pelatih dalam bidang ini.

3.6 Memberi pendedahan terperinci kepada guru pelatih untuk cara

berorganisasi.

3.7 Mengeratkan ukhwah di antara peserta.

3.8 Menggalakan guru-guru pelatih untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat.

3.9 Mengisi masa terluang guru-guru pelatih.

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 4: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

4.0 ANJURAN

Pertandingan ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar PPISMP semester 3 opsyen PJK/PI/PM Institut Perguruan Tuanku Bainun, Tahun 2008.

5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

5.1 Tarikh : 15 Oktober 20085.2 Masa : 8.00 pagi5.3 Tempat : Bilik Tarian Gymnasium Ungku Aziz, IPTB

6.0 JADUAL AKTIVITI

Aktiviti MasaPeserta mendaftarkan diri 8.00 pagi

Ucapan Perasmian dari Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

8.20 pagi

Pertandingan dimulakan 9.00 pagi

Rehat dan kudapan 9.30 pagi

Pertandingan diteruskan 10.00 pagi

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

10.30 pagi

Bersurai 11.00 pagi

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 5: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

7.0 JADUAL PERTANDINGAN

Kumpulan MasaA 9.00 pagiB 9.15 pagiREHAT 9.30 pagiC 10.00 pagiD 10.15 pagi

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Encik Ahmad Rodzli bin Hashim Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Penasihat : Encik Faisal bin Mohd Japeri

Pengerusi : YM Nik Ahmad Syafiq Afham Syah bin YM Nik Mat

Naib Pengerusi : Syarifah Nadia binti Syed Manshor

Setiausaha : Mohd Afiq Syazwan bin Jame’an

Bendahari : Nur Atiyah binti Salleh

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 6: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

9.0AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pertandingan : Amir Hamzah bin Abdul Halim Wan Ismayuzi binti Wan Mansor

Peralatan : Mohd Zahiruddin bin Abdul Halim Suhaida binti Md Saad

Teknikal : Nursyakirah binti Hamidi Zaril Iswan bin Ismail

Publisiti : Ammar bin Othman Nur Asyilah binti Musta’ain

Hadiah dan Cenderamata : Siti Safina binti Shuhaimi

Emira Syazana binti Yusof

Pengurusan Tempat : Nurizzati binti Azmi Norazman bin Mohammad

Pengerusi Majlis : Nurul Husna binti Ideris Muhammad Afiq bin Tajudin

Dokumentasi : Ciffi Faizal bin Zahinor Prabhu A/L Ragawan

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 7: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

10.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

- Peserta terdiri daripada guru pelatih kumpulan PPISMP semester 3 iaitu PJ/PI/PM.

- Setiap pelatih wajib mengambil bahagian mengikut kumpulan masing-masing.- Peserta perlu mendaftar diri di kaunter pendaftaran pada pukul 7.45 pagi di

Gymnasium Ungku Aziz.- Setiap pelatih daripada setiap kumpulan diwajibkan untuk mengambil bahagian

dan pelatih tidak dibenarkan untuk bertukar kumpulan. - Peserta dinasihatkan menjaga barang-barang berharga dan bertanggungjawab

sendiri atas sebarang kehilangan atau kerosakan. Telefon bimbit hendaklah dimatikan dan disimpan di tempat selamat bagi tidak menggangu pertandingan.

- Setiap kumpulan dibenarkan untuk memilih lagu mengikut rentak laju dan perlahan serta dibenarkan untuk melakukan pergerakkan mengikut cita rasa kalistenik sendiri.

- Setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk membuat persembahan kalistenik antara 5 hingga 10 minit.

- Peraturan dan simulasi akan diterangkan oleh AJK sehari sebelum acara dimulakan.

- Pengadil berhak memotong mata atas sebab-sebab yang munasabah.- Pengadil berhak menukar urutan acara atau waktu sekiranya perlu.- Keputusan pengadil adalah muktamad.- Semua peserta diminta menjaga keselamatan diri ketika pertandingan.- Jawatankuasa pertandingan berkuasa sepenuhnya dalam pertandingan semasa

acara dijalankan.

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM

Page 8: Kertas kerja senaman kalistenik

Institut Perguruan Tuanku Bainun,

14400 Kubang Semang,

Mengkuang, Pulau Pinang.

11.0 KESIMPULAN

Pertandingan Senaman Kalistenik peringkat Institut Perguruan Tuanku Bainun yang dianjurkan oleh PPISMP semester 3 PJ/PI/PM ini merupakan satu aktiviti yang membawa pelbagai manfaat kepada guru-guru pelatih. Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelatih-pelatih bagi mengelolakan sesuatu pertandingan disamping ingin memupuk semangat kerjasama yang ukuh dan daya juang para pelatih melalui pertandingan ini. Di samping itu, pengalaman senaman kalistenik ini juga menjadi suatu pedoman kepada semua guru-guru pelatih yang boleh diajar kepada murid-murid di sekolah sewaktu berkhidmat di sekolah. Selain itu, kecergasan fizikal para pelatih juga dapat ditingkatkan melalui senaman kalistenik yang amat seronok ini. Akhir sekali, adalah diharapkan agar pertandingan senaman kalistenik peringkat Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi tahun 2008 dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

“TEAM SOBREQUET”3PPISMP PJK/PI/PM