kertas kerja seminar pas sedia ganti umno

Upload: huzaifahar

Post on 07-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    1/16

    1

    PAS Ganti Umno: Rasional Dan Tindakan1.

    Idris Haji Ahmad

    Ketua Penerangan Pas Pusat

    Pas dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada

    11 Mei 1946, manakala Pas ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. Sasaran kedua-parti ini adalah orang

    Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. Pas sebagai sebuah parti

    yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan umno berjuang atas perjuangan bangsa. Walaupun

    amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka

    sudah sampai masanya Pas menggantikan umno, ertinya orang melayu perlu menyertai Pas sebagai

    wadah penyelamat di negara ini. Ini memandangkan umno semakin kehilangan arah. Umno telah

    menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan.Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi

    tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa

    sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan

    anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar umno namun generasi yang terdedah dengan

    maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu

    mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah

    Pas.

    Rasional Kenapa Umno Perlu Diganti Dengan Pas

    1.Islam Tidak Menjadi Dasar Umno

    Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk

    mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam

    sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa

    yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qati dalam al-Quran,

    pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk

    mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam

    perjuangan maka modal pembangunan akan lapok, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju

    terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapayang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman

    60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari

    qiamat.

    1Seminar Pas Sedia Ganti Umno 6 Zulhijah 1431H/13 hb Nov 2010 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam

    Anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    2/16

    2

    2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

    Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah

    airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut

    sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama

    dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan

    rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak

    hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana

    lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Datuk Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu

    banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja.

    3. Islam hanya kuda tunggangan Umno

    Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana

    pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi

    fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh

    melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung

    dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan

    ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu

    kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka

    menjadikan Islam sebagai tunggangan.

    4. Program Islam Sebagai Alat Politik

    Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai

    Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya

    zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang

    menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif.

    Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan

    seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khumaini. Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat

    Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran

    segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.

    Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam

    bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan

    hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya

    mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal

    memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan,

    mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti

    ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi

    matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk

    mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr.

    Mahathir dalam bukunya The Malay Dilema dalam halam 15, membuktikan dakwaan ini Kerajaan

    masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    3/16

    3

    dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang

    salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang

    5. Peralatkan Melayu Untuk Kepentingan Peribadi

    Kononnya atas nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatansahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dankeluarga, akhirnya melayu terus merempat di bumi sendiri. Di mana tempat umno kuat disitu melayumerempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buahrumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadipendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap keranamempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Pemimpin Umno hanya datang 5tahun sekali untuk hendak menagih undi.

    Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan untuk membantu

    melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia

    dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu

    susah.

    6. Sikap Individualistik

    Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat

    sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk

    memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno

    ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam

    Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan.

    7. Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.

    Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita

    Umno Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan

    yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli

    Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah.

    8.Umno Tidak Membela Agama.

    Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diammembisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 62 tahun kewujudan Umno kita tidak

    dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap

    agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan

    orang Melayu Islam.

    9. Orang Agama (ulama) Umno hanya subang tembaga.

    Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu.

    Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan

    untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut.

    Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    4/16

    4

    Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarcopada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon,tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib

    Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industripelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalamumno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

    Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untukmempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalahmembesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah merekamengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis FatwaKebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaandengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan

    judi. Pendapatan judi 2009 2.3 bilion. Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10tertinggi di dunia. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi,antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir,Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suaramereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudungmereka membisu, tenangkah jiwa orang agama di dalam umno yang bergelomang dengan parti yangmenyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai.

    10.Dasar Umno putera bukan bumiputera.

    Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsamerempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindaskaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratuskemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan MenteriPembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang

    ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakahlayak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuatUmno perkasa Melayu menjadi realiti?

    11. Gagal Meningkat Ekonomi Bumiputera

    Sepatutnya apabila negara sudah merdeka 53 tahun, pencapaian ekonomi semakin baik. Apa yang

    berlaku sebaliknya. Rancangan Malaysia sudah mencecah RMK 10, perbelanjaan sudah dihabiskan

    lebih daripada RM1 trilion, peningkatan ekonomi setara dengan bukan bumiputera tidak berlaku. Apa

    sudah jadi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika tamat 1990 ekuiti Bumiputra ada 18% tetapi telah

    merosot kepada 15% sahaja pada tahun 2000. Begitu juga dengan nilai saham RM54 bilion yang hanya

    tinggal RM2 bilion sahaja. Sekiranya saham ini digunakan dengan betul ekuiti saham bumiputera akan

    meningkat melebihi 40%. Kemana hilangnya ekuiti ini? Siapakah yang menjadi perompak disiang hari.Pas terbukti berjaya mengangkat martabat rakyat Kelantan daripada nombor dua kepada nombor enam

    termiskin di Malaysia. Sewaktu memerintah Trengganu daripada negeri kedua miskin menjadi nombor

    empat termiskin di Malaysia walaupun royalti minyak dirompak.

    Umno perlu rasa malu selepas 53 tahun merdeka gagal melahirkan ramai usahawan jutawan. Sedangkan

    yang menjadi anggota kabinet 2/3 adalah orang Melayu, exco majoriti Melayu, Pegawai Tadbir Diplomatik

    Melayu. Kenapa ini berlaku, jawabnya ialah kerana sikap umno yang menyebabkan terjadinya demikian

    rupa.

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    5/16

    5

    12. Khianat Bahasa Sendiri.

    Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berbilion wang negara dihabiskanuntuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan denganmemperkenalkan Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Memperkenalkanpengajaran Sains dan metematik dalam Bahasa Inggeris satu lagi agenda virus pembunuh terhadappelajar melayu dan pelajar luar bandar. Pada waktu diperkenalkan dahulu merekalah yang bersorak danbersetuju kerana yang menjadi presiden Umno ialah orang yang telah mengkhianat pendidikan orangmelayu dengan memperkenalkan mathematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Walaupun usaha iniditentang oleh pemikir dan ahli akademik yang berwibawa seperti Prof Ainudin Wahid, Prof Zainal AbidinWahid, Prof Dr Abdullah Hasan dan Prof Dr. Shahril Mohd Zin anak Melayu pertama mendapat Phddalam metematik dan lain-lain tokoh yang banyak kalau hendak disebut. Akhirnya orang melihat apakahini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayubukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno.13.Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan

    bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah

    mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Kenapa kerusi parlimen di Kelantan,

    Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70 ribu,

    keluasannya boleh buat jama qasar.

    14. Rasuah dalam pemilihan kepimpinan.

    Supaya sedap dengar maka jenamakan dengan politik wang. Amalan ini boleh memusnahkan Umno.

    Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa

    dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua. Apabila mereka menjadi

    pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-

    tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama.

    Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhidaudin mengatakan Umno diserang dengan

    politik wang sejak 20 tahun yang silam. Apa tidaknya Datuk Seri Ali Rostam yang disabit kesalahan oleh

    Jawatankuasa Disiplin Umno masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan

    Perhubungan Umno Melaka.

    15. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit Ketuaan ertinya Umno sudah sampai umur

    nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang.

    16. Gagal Mengatasi Masalah Akhlak

    Kelahiran anak haram seramai 17303 orang pada tahun 2009, bermakna setiap hari anak luar nikah 48orang, setiap jam 2 orang. Dalam setahun tidak kurang 34,606 orang penzina. Ini bilangan rasmi, belum

    lagi dicampur yang tidak rasmi. Maknanya apa akan terjadi kepada generasi akan datang dari segi nasabdan keturunan. Apa jaminan bakal menantu masyarakat di negara ini tidak terlibat dengan gejala ini.Waliyazubillah. Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi diseluruh negara sepanjang tahun ini (ogos 2010), 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui

    jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan diseluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.(Utusan Malaysia 17/8/10)

    17. Keselamatan Sosial Semakin Merosot

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    6/16

    6

    Masalah jenayah meningkat sehingga ketenteraman dan keselesaan sudah tidak ada. Perasaan takutdan risau sentiasa menyelebungi rakyat Malaysia. Sehingga ada kata-kata rakyat Malaysia hari ini,miskin pun susah, kaya pun susah. Jika miskin, susah pula untuk membeli keperluan hidup kerana kos

    sentiasa meningkat, kaya pula tidur tidak nyeyak kerana perompak sentiasa memerhati untuk ambilkesempatan. Maknanya nikmat ketenangan Allah sudah diangkat, keberkatan sudah hilang. Dalam ertikata yang lain kaya mangsa perompak, susah mangsa Umno. Banyak wang negara terpaksadibelanjakan bagi memerangi jenayah di negara ini. Contohnya 176 CCTV diletakkan di Putra Jayauntuk mencegah jenayah. Kerajaan akan belanja wang negara sebanyak RM344 juta untuk memasangCCTV seluruh negara. Alahai! alangkah eloknya kalau wang sebanyak ini didirikan rumah yang berhargaRM30,000 sebuah kepada rakyat yang tidak ada rumah, bermakna 1333 buah rumah untuk rakyat.Seramai 1333 biasiswa percuma untuk pelajar IPTA selama empat tahun.

    18. Peranan Masjid Dimatikan

    Sepatutnya sebagai sebuah parti Melayu, mestilah memakmurkan masjid, kerana ini adalah pengkalan

    rang melayu untuk meningkatkan jati diri dan syaksiah, apa yang berlaku ialah mereka hanya membina

    masjid (kerana masuk duit projek) , bukan mereka memakmurkan masjid. Kelas pengajian malap, kerana

    ajaran Islam yang syumul akan memakan diri sendiri, akhirnya masjid di bawah pemerintahan umno mati

    sebelum manusia mati. Melantik ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya. Guru-guru yang berwibawa

    tidak dibenarkan mengajar dan hendak ditangkap. Contohnya Almarhum Datuk Ishak Baharum, Datuk Dr

    Harun Din dan Datuk Ismail Kamus diburu macam pendatang tanpa izin sewaktu umno berkuasa di

    Selangor. Sebaliknya negeri yang dipimpin oleh Pas di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang

    menggalakkan umat Islam memakmurkan masjid dan memberi sokongan moral dan material.

    19. Menyuburkan Industri Maksiat

    Kerajaan Bn di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hubpusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi(ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggupmemperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan ideayang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangandi negara ini.

    Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadishilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan bolehmencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan danmencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    7/16

    7

    hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya denganmembunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

    Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatannegara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, GentingHighlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malamMalaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luarnegara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini. Langkahitu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkanimpak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.

    Bukan menjadi satu kepelikan kepada umno Bn, sebagai sebuah parti yang tidak ada dasar agama

    sehingga judi yang jelas haram secara qati umno boleh halal, maka tidak menjadi hal soal kelab malam.

    Penting kepada mereka ialah wang, kerana inilah dasar mereka. Soal halal dan haram bukanpersoalannya. Samaada rakyat dan negara hancur ini bukan perhitungan hidup mereka. Apa yang

    penting nafsu serakah mereka yang perlu dipenuhi. Rakyat tentu masih ingat ketika Jabatan Kemajuan

    Islam Malaysia (JAKIM) mengemukakan garis panduan hiburan, maka pemimpin umno yang mengetuai

    negara ini telah membakul sampahkan sahaja.

    20. Gagal Mengatasi Rasuah Sehingga Menjadi Barah

    Sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak dalam Bn menyebabkan pembawaan di dalam parti terbawa-

    bawa ke dalam pentadbiran negara. Sehingga masalah rasuah tidak ada pembaikan, walaupun nama

    Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

    Selagi SPRM tidak bebas dan kuasa pendakwaan masih berada di bawah Peguam Negara selagi itulah

    yang menjadi mangsa hanya bilis, ikan jerung sentiasa terlepas. Kesannya Indeks Persepsi Rasuah

    (Corruption Perception Index) sentiasa merudum contohnya indeks 2010 (4.4/10) berbanding tahun

    2003 (5.2/10). Kenapa kedudukan Malaysia dari segi ukuran Indeks

    Persepsi Rasuah (CPI), tidak berubah tetapi makin memburuk? Bagi Tan Sri Ramon Navaratnam,

    Presiden Transparency International Malaysia, seorang yang berpengalaman dalam sektor awam,

    terdapat tiga sebab kenapa ia berlaku yang melibatkan peranan kerajaan. Pertama, kerajaan tidak

    mengekang politik wang. Kedua, tidak menjadikan urusan pembelian oleh kerajaan lebih telus; dan

    ketiga, kerajaan tidak merombak Akta Rahsia Rasmi.

    Sebenarnya punca kerosakan besar dalam sebuah negara dan runtuh tamadun dalam sebuah negara

    berpunca daripada rasuah sehingga melibatkan keselamatan negara terancam, kerana rasuah semuanya

    boleh berlaku. Kes pemalsuan kad pengenalan, terbolosnya sempadan, maklumat negara terlepas

    kepada tangan asing, masalah dadah, penjenayah terlepas dan berbagai jenayah yang lain.

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    8/16

    8

    Kesimpulannya rasuah dapat diminimakan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: Pertama,

    pemisahan yang jelas(dikotomi) antara politik dan pentadbiran; kedua, pembangunan ekonomi mesti

    selari dengan pembangunan politik; ketiga, pimpinan yang berintegriti di peringkat nasional dan global.

    Ketiga-tiga faktor penting ini tidak ada pada kerajaan Malaysia pimpinan BN umno

    21. Mengkhianati Hak Orang Miskin

    Umno tahu selagi rakyat miskin, selagi itulah rakyat akan menjadi abdi kepada umno. Kerana ada dua

    senjata yang umno pegang iaitu ,miskin dan bodoh. Kes terbaru agensi untuk bela penderitaan rakyat

    susah juga dikhianati seperti Felda. Wang Felda telah susut sebanyak RM2.75 bilion dalam masa 5

    tahun. Pada tahun 2004 wang Felda ada RM4.08 bilion telah mengucup kepada RM1.35 bilion pada

    tahun 2009. Kita pun tidak tahu macam mana kos tanam semula di Felda lebih tinggi berbanding dengan

    ladang lain di negara ini. Sebagai contoh kos penanaman semula di Felda RM10,503 sehektar

    berbanding dengan ladang IOI hanya RM1,988 sehektar (lebih murah daripada Felda RM8511) dan

    ladang Sime Darby pula Rm3,120 sehektar (lebih murah daripada Felda RM7,383).

    Wang Felda yang sepatutnya di manfaatkan dengan lebih baik untuk peneroka dan anak-anak peneroka

    telah digunakan antaranya mendirikan bangunan di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur RM662 juta.

    Menggunakan wang Felda untuk projek basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Sedangkan

    Felda banyak di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu, kenapa pula Sabah sahaja yang dapat manfaat.

    Kemana pula hasil minyak dan balak di Sabah, sehingga terpaksa mengemis dengan Felda. Tepuk dada,

    kocak pokok kelapa sawit.

    Sebelumnya wang PPRT lesap RM32 juta, kalau wang untuk orang susah pun dikebas begitu sahaja,

    apa hendak diharap untuk menjaga kepentingan rakyat marhain di negara ini.Kalau pemimpin memahami

    derita rakyat, mereka tidak akan mencari jalan mudah untuk dapatkan wang dengan menaikkan harga

    minyak, tepung, gula, menghapuskan subsidi, mengenakan saman ekor dan GST. Sebenarnya apabila

    kapal hendak karam baru pemimpin sedar siapakah diri mereka.

    22. Membayar Wang Rakyat Kepada Syarikat APCO Israel

    Ketika rakyat Palestin dibunuh setiap hari oleh Israel Yahudi, tiba-tiba pemimpin umno boleh mengambilAPCO Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Sikap talam dua mukayang berpura-pura menentang yahudi tetapi tangan belakang menggamit yahudi. Kita tidak dengar

    penentangan secara ageresif oleh umno terhadap langkah kerajaan mengambil APCO sebagai penasihatnegara.

    23. Harta Negara Tergadai Di Tangan Asing

    Hanya Allah yang tahu, tindakan pemimpin umno yang menyerahkan telaga minyak blok L dan M pada

    Brunai, bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700

    tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu Berhad

    (KTMB) diserah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah

    Pembangunan Iskandar (WPI). Maknanya kedaulatan dan khazanah negara tergadai hasil

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    9/16

    9

    pengkhianatan pemimpin umno.

    Kenapa Pas Perlu Mengganti Umno

    Usia Pas sudah menjangkau 59 tahun, mengambarkan kematangan Pas yang terbukti dan teruji.

    Keunggulan Pas sebagai sebuah harakah Islamiah di negara ini dan tonggak kepada kekuatan gerakan

    Islam dan siasah di Asia Tenggara. Walaupun menempuh dengan berbagai cabaran dan dugaan dan

    liku-liku yang pahit. Namun Pas telah berjaya meletakkan dirinya dalam krangka politik yang berjaya

    menyaingi Umno di negara ini. Sebab itu ia menjadi kajian kes di kalangan penganalisa politik Malaysia

    samaada dari kalangan sarjana barat atau timur. Kerana parti yang seangkatan degannya sudah

    menyembah bumi dan hilang dalam lipatan sejarah, namun Pas tetap unggul dan segar.

    1. Islam Sebagai Dasar Perjuangan.

    Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam

    Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,

    Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan

    kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Maruf wa al-Nahyu anil

    munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia.

    Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkarasamaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan

    mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

    Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya,

    Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam yang diperjuangkan hanya berhubung dengan

    sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada

    hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya

    semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada

    pemisahan hidup dengan akhirat.

    Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan syumul, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam

    pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidakberiman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak

    ayat mengenai pengharaman arak.

    Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada

    apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang

    disampaikan kepada manusia. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu

    apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan

    Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-

    mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    10/16

    10

    memperalatkan Islam untuk mencari sokongan.2

    Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka

    kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita

    tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan

    tamaddun Islam sahaja

    Dalam hal ini Dr. Shafie Ibrahim berpendapat,

    Bahawa Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan

    Islam. Jika Islam yang ditafsirkan seperti yang dilakukan oleh Pas maka ia adalah lebih daripada sebuah

    parti agama. Dan Islam adalah ideologi partinya maka ia mempunyai kefahaman dan tafsirannya yang

    tersendiri yang mempunyai istilah agama. Parti itu melihat Islam secara keseluruhannya. Ini bermakna

    bahawa Pas percaya dengan semua ajaran Islam dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Ia

    tidak percaya kepada sebahagiannya sahaja, tetapi pada keseluruhannya iaitu semua espek ajaran Islam

    seperti politik, ekonomi, nilai-nilai sosial dan lain-lain lagi. Dari sudut pandangan ini Pas berbeza

    daripada Umno. Sekiranya pemimpin Umno mendakwa mereka orang Islam, ini bermakna mereka

    berjuang untuk melaksanakan ajaran Islam bukan sahaja dalam bidang ibadah, juga dalam bidang politikdan lain-lain lagi. (Shafie Ibrahim, 1986: 79)

    Pas hanya menyampaikan apa yang Allah SWT arahkan untuk disampaikan kepada manusia. Pas

    mengajak manusia untuk mengenal Allah SWT dan mengabdikan diri kepada Allah, bukan

    memperhambakan diri kepada pemimpin PAS.

    Justeru itu Islam yang hendak diperjuangkan oleh Pas ia bukan hanya bersifat dogmatik tetapi perlu

    dilaksanakan berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas. Ini diakur sendiri oleh seorang penulis John

    Funston, Universiti Monash Australia yang membuat kajian mengenai PAS dan UMNO

    .Dengan perjuangan yang berlandaskan politik Islam ia dianggap oleh semua penulis sebagai parti

    yang mempunyai ideologi yang jelas.. (John Funston, 1980: 161)

    Di dalam Perlembagaan Pas fasa 5. Tujuan Pas ialah:

    (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang

    terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT.

    (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Fasal 6. Usaha-Usaha Pas ialah:

    1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara

    lisan, tulisan dan amalan2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduanberpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usahamenegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan danpentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

    3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di

    2Walaupun ada tuduhan Pas merasuah akhirat untuk menarik sokongan kepada perjuangannya. Seperti yang disebut

    oleh Dr. Mahathir ketika menjadi PM bagaimanapun orang-orang Umno tak tergamak nak gunakan agama untuk

    sogokan. Jadi dia guna wang. Kalau Pas, dia sogok syurga kerana tidak ada siapa yang tahu samaada benar atau tida

    (masuk syurga) sebab yang pergi ke sana tak balik cerita Berita Harian 24/7/01: 3. Rasuah akhirat sukar

    dibendung:Mahathir.

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    11/16

    11

    kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat danberkebajikan.

    4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang

    perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep danpandangan hidup Islam.5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta intitusi-

    institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membelakepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

    6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan Pas bilamana dan selama ianyamustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.

    7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara yang tunggal dalamamalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

    8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggahdengan ajaran-ajaran Islam.

    9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikantanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dantanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam Negara ini.

    10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yangsah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia sertamenghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan dikalangan umat manusia.

    11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan Pas ke dalam dan ke luar.

    Daripada apa yang tertulis dan yang dilaksanakan jelas, bahawa dasar Pas ialah Islam, tidak pernah

    berganjak walaupun daripada dahulu sampai sekarang.

    2. Memimpin PAS Satu Tanggungjawab.

    Menjadi pemimpin dalam Pas hanya hendak mencari keredaan Allah SWT bagi memastikan risalah Islam

    ditegakkan di atas muka bumi ini. Tidak lebih dari itu. Ia berprinsip Fastabiqul khairat berlumba untuk

    membuat kebaikan. Menjadi pemimpin Pas bererti membayar dengan harga yang cukup mahal kerana

    terpaksa mengorbankan kepentingan dunia, Seperti risiko di buang kerja, tukar tempat kerja, turun

    pangkat, tidak dapat kontrak dan sebagainya. Ini berlainan dalam Umno, orang sanggup melabur

    sehingga berjuta ringgit untuk mendapat tempat dalam kepimpinan Umno. Tulisan Nakhaei haji Ahmad

    dalam Berita Harian satu ketika dahulu yang menyebut banyak broker-broker politik digunakan untuk

    mendapat tempat dalam hiraki kepimpinan dari atas sehingga ke bawah. Teguran sinis Tun Ghafar Baba

    kepada Umno supaya Umno melelong jawatan ketua Bahagian dengan harga RM 50,000 dan Naib

    Presiden 5 juta ringgit, itulah kayu ukur kepimpinan dalam Umno.

    Dalam Pas ahlinya telah dididik bahawa kepimpinan adalah amanah bukan kebanggaan. Memimpin Pas

    dengan keyakinan bahawa ini adalah amanah Allah. Ia bukan teori semata-mata, kadang-kadang

    terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Gagasan yang dikemukakan untuk memimpin Pas bukan

    hanya teori semata-mata tetapi mengotakan apa yang ia kata. Ada yang memimpin Pas terpaksa

    terkorban angkara fitnah jahat musuh seperti yang berlaku kepada Dr Burhanuddun Alhilmi (di ISA kan

    kerana dituduh berkomplot dengan Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia). Ustaz Samad

    Gol mati dikapak, Cikgu Tahrim Pesuruhjaya PAS Perlis yang ditembak mati di rumahnya, Osman Talib

    yang mati dipukul oleh pasukan samseng dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang terap 1984. Ustaz

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    12/16

    12

    Ibrahim Libya dan anak muridnya terkorban syahid di Memali Nov 1985 membuktikan bahawa memimpin

    Pas terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Firman Allah SWT

    Di antara orang yang beriman itu ada yang bersikap benar dan menunaikan apa yang telah dijanjikankepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai

    menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang nenunggu giliran dan mereka pula

    tidak mengubah (apa yang merek a janjikan itu) sedikit pun ( al-Ahzab 33:23)

    Kalau ada di kalangan pemimpim Pas yang tidak jujur dan ada agenda yang tertentu, maka dengan

    sendiri ia terkeluar daripada saf kepimpinan tanpa dihalau. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat

    yang layak untuk memimpin Pas tidak tahan lama, akirnya menghilangkan diri dari arena perjuangan.

    Begitu juga dengan mereka yang berniat buruk kepada Pas , mereka juga akan tersingkir kerana ahli Pas

    yang ikhlas tidak boleh menerima kepimpinan seperti ini.

    3. Ulama Teras Tunggak Kepimpinan Pas

    Walaupaun Pas ditubuhkan di pantai barat tetapi ia berkembang pesat di negeri pantai timur, kerana

    disana terdapat pondok dan sekolah agama. Perjuangan ini serasi dengan pengajaran dan pembelajaran

    mereka yang syumul dengan menerangkan Islam merangkumi persoalan hidup dan bernegara. Sebab itu

    Ustaz Amaludin Darus yang mempelopori Pas di Kelantan telah berusaha mendekati Tok-Tok guru

    pondok untuk memimpin Pas.

    Ulama telah menjadi perantaraan untuk menyebarkan pengaruh dan fikrah perjuangan yang dibawa oleh

    Pas. Kebetulan mereka adalah orang yang rapat dengan masyarakat dalam menyampaikan Islam.

    Penghormatan masyarakat kepada golongan agama ini telah memberi peluang yang baik kepada Pas

    untuk menyebarkan pengaruhnya. Golongan ulama ialah mereka yang rapat dengan masyarakat melaluikelas pengajian mereka yang menerangkan Islam yang tepat. Pembawaan ulama telah menjadi ikutan di

    kalangan anak muridnya. Kedudukan mereka sebagai orang yang berpengaruh dalam masyarakat

    menjadi esset yang berharga kepada Pas. Justeru itu apabila mereka yang benar-benar memahami

    Islam yang syumul pasti akan memilih Pas sebagai landasan perjuangan mereka. Sebab itu kita melihat

    jika ahli Umno yang berpendidikan agama dan hendak mengahayati Islam yang sebenar kebanyakan

    mereka tidak lama bersama dengan Umno sebaliknya mereka akan berhijrah untuk memperjuangkan

    Islam melalui wadah Pas.

    4. Ahli Yang Ikhlas Dan Istiqamah Dengan Perjuangan

    Di antara barang yang paling berharga dimiliki oleh Pas ialah keikhlasan ahli bawah yang tidak menuntut

    upah dan habuan. Mereka menyertai Pas atas kefahaman wajib mereka bersama dengan perjuangan

    Pas. Penyertaan mereka bukan kerana taksub kepada mana-mana pemimpin.

    Dato Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas

    seperti berikut,

    Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas,

    mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato Mohd. Asri dan

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    13/16

    13

    Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pas telah berjaya menanamkan kefahaman Islam kepada ahli-

    ahlinya. Inilah kejayaan tarbiyyah yang dianjurkan oleh Pas. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orangpemimpin tertinggi Pas yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli Pas tidak pernah mundur

    walaupun setapak, malahan sebahagian daripada tarbiyyah untuk melihat sejauhmanakan mereka yang

    telah tahan diuji semasa dalam perjuangan. Pemimpin Pas yang keluar daripada Pas hidup menderita

    apabila mereka melihat sejak ketiadaan mereka Pas semakin berkembang bukan semakin lemah. Ini

    yang menambahkan barah mental di dalam diri mereka.

    Fanatiknya ahli-ahli Pas kerana perjuangan dan dasar yang tidak pernah luntur daripada Islam. Selain

    daripada itu keikhlasan yang ada di kalangan ahli-ahli Pas jugalah merupakan sebab Allah mengekalkan

    Pas dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan, seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli

    Mohammad kepada wakil rakyat pada tahun 1964 sebelum beliau meninggal dunia,

    Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan.Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada

    pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai,

    kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita

    ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya

    lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal

    kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini,

    kita tanam, kita pupuk pada diri kita.

    Justeru itu jika di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai hajat yang lain orang ini tidak kekal lama

    dalam perjuangan. Diperingkat ahli, keikhlasan memang tidak dapat dinafikan kerana merekalah tenaga

    penggerak Pas. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang

    berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapikerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa

    seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan, ditukar tempat

    kerja. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran

    mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja

    berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan

    menderma kepada perjuangan walau hidup mereka kais pagi makan pagi. Keadaan inilah yang

    memeningkan kepala pemimpin Umno sebagaimana ceramah yang dianjurkan oleh mereka tidak

    mendapat sambutan walaupun disediakan dengan berbagai kemudahan. Ini tidak lain dan tidak bukan

    kerana perjuangan Pas serasi dengan tabiat Islam yang ada pada setiap insan.

    Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi

    boleh dibeli oleh Umno dengan harga yang murah. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiyyah yang jelas

    mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang

    hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang

    berunsur maksiat.

    5. Kepimpinan Yang Menggabungkan Ulama, Profesional Dan Aktivis

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    14/16

    14

    Sebagai sebuah harakatul ummah (gerakan massa) yang mewakili suara rakyat keseluruhannya, maka

    Pas juga dipimpin oleh ulama, professional dan aktivis parti. Ketiga-tiga kelompok ini memainkan

    peranan masing-masing bagi mengukuhkan Pas di semua peringkat. Gabungan antara ketiga-tiga

    kelompok inilah maka melahirkan satu saf pimpinan yang jitu untuk merangka strategi bagi meraihsokongan rakyat.

    Selain daripada mendapat undi sokongan teras golongan agama, Pas juga mendapat tempat di hati

    golongan profesioanal dan masyarakat awam. Kalau dilihat di peringkat awal Pas pernah dipimpin oleh

    Dr. Abas Alias yang menjadi Presiden Pas kedua setelah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad meninggalkan

    Pas. Dr Haji Abbas Alias ialah seorang doktor perubatan iaitu seorang professional. Begitu juga aktivis

    parti walaupun mereka ini tidak bergelar ulama atau mempunyai kelayakan profesioanal tetapi telah

    memberi sumbangan yang begitu berharga dalam perjuangan Pas contohnya Almarhum Amaludin

    Darus yang membawa Pas ke Kelantan, beliau hanya sebagai seorang anggota bomba.

    Gabungan ketiga-tiga kelompok ini amat penting dalam memantapkan kepimpinan Pas kerana

    kekurangan dan kelemahan akan dapat ditampung antara satu sama lain. Ulama bertugas sebagaiorang yang membuat saringan mengenai tektik dan strategi politik, samaada ia bertepatan dengan

    Islam atau tidak. Golongan professional memberikan idea-idea dan membuat penerokaan-penerokaan

    yang baru untuk merangka strategi. Manakala aktivis parti mereka bergerak di tengah-tengah masyarakat

    dan melaksanakan beberapa polisi yang diputuskan oleh parti.

    Gabungan daripada ketiga-tiga kelompok dalam Pas untuk memimpin Pas telah menjadikan Pas boleh

    diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kerana juru jualnya yang berbagai latar belakang telah berjaya

    meyakinkan orang kepada perjuangan Pas sebagai wadah yang perlu disokong.

    Asas perjuangan Pas yang kukuh iaitu al-Quran dan al-Hadis telah menjadi Pas sebagai wadah

    perjuangan Islam yang paling unggul di negara ini. Penubuhannya bukan atas dasar tidak puas hati atau

    ego dengan jamaah yang sedia ada, tetapi ia muncul untuk menyahut seruan Allah dan Rasul yangterdahulu. Pemimpinnya ulama yang bertindak berdasarkan ilmu bukan nafsu. Ahli Pas ditarbiyyah

    bukan untuk taksub kepada pemimpin , tetapi kepada Islam yang diperjuangkan. Kemungkaran tetap

    ditentang, maruah Islam mesti dibela. Bagi kita yang menjadi ahli Pas bangga dapat menyertai sebuah

    gerakan Islam dan sebuah parti politik melayu yang paling tua di tanah air kita (sekarang Umno 1988,

    Umno asal

    6. Keahlian Pas Tidak Diwarnai Dengan Batas Kaum Dan Keturunan Semata-Mata.

    Pas disertai oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Oleh itu peyertaannya tidak terhad kepada

    bangsa Melayu. Syarat hendak menjadi ahli Pas hanya Islam dan akil baligh. Nabi Muhammad SAWyang menjadi contoh teladan berdakwah tanpa memilih kaum atau bangsa. Di antara yang menjadi

    pengikut nabi Muhammad SAW seperti Bilal Bin Rabah daripada Habshah, Salman al-Farisi daripada

    Parsi dan Sohib al-Rumi dari Rom.

    Tedapat di dalam pimpinan Pas dan aktivis orang yang berbangsa Tionghua. Beberapa aktivis Pas

    seperti Dato Anuar Tan, almarhum Faizal Tan, Kamal Koh, Mohamad Teang dan lain-lain lagi. Oleh itu

    membuktikan bahawa Pas bukan sebuah parti perkauman seperti yang digembar gemburkan oleh Umno

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    15/16

    15

    dan BN.

    Dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas membuktikan bahawa Pas adalah relevan dengan

    tuntutan semasa dalam masyarakat majmuk di negara ini. Beberapa tokoh Dewan HimpunanPenyokong Pas yang menjadi penggerak kepada dewan ini seperti Cikgu Hu Phan Chaw, Saudara

    Richard Wong, Saudara Balasubramaniam, Saudara Vinson dan lain-lain lagi

    7. Perjuangan Pas Menegakkan Keadilan Dan Menentang Kezaliman

    Perjuangan yang dibawa oleh Pas ialah perjuangan meneruskan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-

    orang yang terdahulu dalam usaha untuk memastikan bumi ini tertegak kebenaran dan menentang

    kezaliman. Kerana unsur kezaliman adalah masalah yang paling besar, boleh menyekat minda dan

    kehidupan insan daripada memperolehi kebahagiaan. Pas istiqamah menentang bentuk pencabulan hak

    terhadap rakyat seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), AUKU (Akta Universiti Kolej), OSA (Akta

    Rahsia Rasmi), Akta Mesin Cetak, Akta Pertubuhan, penindasan terhadap boroh, terhadap peneroka

    bandar (setinggan). Pas menganggotai Gerakan Mansuh ISA (GMI), Pas juga menubuhkan Lajnah Buruhdan Setinggan untuk mengendalikan masalah penindasan yang berlaku tehadap mereka

    Agenda Tindakan

    -Pertegaskan kepada rakyat bahawa Pas mampu mengganti umno dan menawarkan lebih baik daripada

    umno.

    - Menjelaskan kepada rakyat segala fitnah yang dilemparkan oleh umno bahawa kedudukan Islam, hak

    Melayu dan Kedudukan Raja-Raja Melayu tentap terpelihara. Buktinya Konvensyen Pakatan RakyatPertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat

    Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan danagama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

    Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabahdan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153

    Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

    Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi danmemperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

    -Memaparkan Islam sebagai dasar yang membawa rahmat.

    -Ulamak Pas mesti bekerja dengan lebih agresif untuk menarik sokongan, kerana mereka ialah golongan

    yang cukup dihormati dan mudah untuk mempengaruhi.

    -Merangka agenda yang meyakinkan rakyat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Seminar PAS Sedia Ganti UMNO

    16/16

    16

    -Menunjukan Lisanul hal supaya masyarakat tertarik dengan Pas

    -Menunjukkan semangat pengorbanan di kalangan pimpinan

    -Kerajaan Kelantan dan Kedah mesti menjadi role model, bagaimana Islam boleh menguruskan

    masyarakat majmuk.

    -Exco Pas di Selangor mesti menunjukan prestasi yang baik untuk membawa emej parti

    -Meyakinkan pegawai kerajaan, swasta dan peniaga tentang kemampuan Pas.

    -Imej perpaduan dalam tahaluf siasi

    -Parti yang membela rakyat di negara ini

    -Parti yang mengambil berat terhadap kesusahan rakyat.

    -Bekerja dengan serius untuk pendaftaran pemilih

    -Meramaikan ahli Pas.

    -Membanyakkan cawangan