kertas kerja sekolah selamat
DESCRIPTION
,k;l,l;,;TRANSCRIPT
TARIKH PERLAKSANAAN :
SASARAN:
CERAMAH: SEMUA MURID TAHUN 6
ANJURAN:UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
BADAN DISIPLIN DAN PENGAWASDAN
3K/KESELAMATAN
DENGAN KERJASAMA
KELAB CEGAH JENAYAH
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PALONG 12 (f)
73450, GEMAS, NEGERI SEMIBILAN
No Tel: 06-4669881
No Fax: 06-4669881
PENGENALAN
PENCEGAHAN JENAYAH
Kejadian jenayah merupakan ancaman yang menggugat keselamatan pelajar dan warga sekolah.
Pelajar tidak seharusnya terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlu diberi penerangan sewajarnya
mengenai jenayah. Kejadian jenayah boleh menyebabkan kematian, kecederaan atau hilang funsi
anggota badan atau gangguan emosi yang berat.
PENCEGAHAN DADAH
Dadah adalah musuh nombor satu negara. Kesan dan pengaruh negatif najis dadah perlu
didedahkan kepada murid sekolah rendah sejak awal lagi. Ini kerana murid-murid sekolah rendah
masih belum matang mempunyai naluri ingin tahu dan sikap terikut-terikut serta terpengaruh oleh
persekitaran yang tidak sihat. Senario ini tidak selamat dan ada kemungkinan untuk terjebak dalam
amalan penyalahgunaan dadah.
MATLAMAT
Pelajar perlu mengenalpasti keadaan , tanda-tanda dan orang yang terlibat dengan
jenayah .Jenayah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung perlu diberi perhatian supaya
pelajar terselamat dari menjadi mangsa jenayah.
Diharapkan murid-murid sekolah rendah sekolah ini memahami risiko dan bahaya najis
dadah. Semoga dengan ini mereka tidak akan tertarik untuk mendekati amalan merokok yang
membawa kepada penyalahgunaan dadah. Dengan itu dadah akan menjadi musuh dan perkara
yang paling digeruni serta murid-murid ini tiada kemungkinan langsung untuk dpengaruhi dan
didekati oleh amalan penyalahgunaan dadah.
OBJEKTIF
1. Menyemai sahsiah terpuji dengan menjauhi amalan berunsur jenayah.
2. Mengenalpasti jenis-jenis jenayah , individu dan persekitaran yang terlibat.
3. Mengenalpasti perkara yang berlaku semasa kegiatan jenayah serta pencegahannya.
4. Penyediaan diri untuk membenteras dan mengelakkan amalan jenayah.
5. Mendedahkan bahaya dan risiko amalan penyalahgunaan yang merosakkan gaya hidup.
6. Memberi input jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya kepada tubuh badan.
7. Menanamkan sikap sentiasa bertingkahlaku baik dan berwaspada supaya tidak terjebak
dengan najis dadah.
8. Memberi kerjasama kepada masyarakat untuk membenteras amalan penyalahgunaan
dadah.
Tarikh Perlaksanaan:______________________
Sasaran: Murid-murid tahun 4-6 SK Palong 12 (f), Negeri Sembilan
Tema: “Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah dan Dadah
ATURCARA PROGRAM SEPANJANG MINGGU SEKOLAH SELAMAT
Isnin * 7.30 pagi - Perasmian Minggu Sekolah Selamat
8.20 pagi - Ucapan Pendahuluan
Selasa * (TAHUN 5)9.00 pagi - Ceramah Jenayah (Gejala Ponteng) oleh pegawai
Polis
11.00 pagi -Penyampaian cenderamata
11.00 pagi - Pameran Polis (bergilir mengikut kelas)
Rabu * (TAHUN 4)9.00 pagi – Ceramah Katakan Tidak Pada
Buli oleh Yayasan Pencegahan Jenayah
11.00 pagi -Penyampaian cenderamata
Khamis* (TAHUN 6)9.00 pagi – Ceramah Anti Dadah oleh
PEMADAM11.00 pagi -Penyampaian cenderamata
11.00 pagi - Pameran Dadah (bergilir
mengikut kelas)
ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Hamper penceramah RM30 x 3 = RM902. Jamuan RM 5 X 6 orang (penceramah/pegawai
pameran)(3 hari)= RM 30x 3 hari=RM90. JUMLAH: RM180.00
Sumber : Peruntukan Bimbingan Kaunseling
Jumlah Perbelanjaan:RM 180.00
JAWATAN KUASAPENASIHAT
Shamsudin Bin Salleh (Guru Besar)
PENGERUSINor Azman Bin Ishak (GPK HEM)
NAIB PENGERUSIFaridah Binti Mohamed Yunos (GPK 1)
SETIAUSAHARosnah Binti Shamsudin
PENOLONG SETIAUSAHAAbd Aziz Bin Abd Patah
Penyelaras / JuruacaraNoor Aiman Bin Mohd Noor
KAWALAN MURIDGuru Tahun 4,5,6 yang terlibat pada waktu P&P
PERSIAPAN TEMPATMohd Zahari Bin Ahmad
Fazlili Bin Sa’ari
SIARAYA/LCDMohd. Zamri Bin Yusof
CENDERAMATANor Asikin Binti Mohd naib
JAMUANNoriza Binti Mamat
PENUTUP
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat menyedarkan murid tentang keburukan melakukan
jenayah dan kesan najis dadah kepada diri sendiri, masyarakat dan keluarga.
DISEDIAKAN OLEH,
________________________________________
(Nordin Bin Md. Nor)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK PALONG 12 (f)
DISAHKAN OLEH
______________________________________
(SHAMSUDIN BIN SALLEH)
GURU BESAR
SK PALONG 12 (f)
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh :
Kepada:
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN 630, JALAN DATO’ KELANA MAKMUR,70200, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tuan,KEMPEN ANTI DADAH (HARI ANTI DADAH)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah:
i) Ceramah mengenai bahayanya dadah.ii) Pameran Anti Dadahiii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti dadah iv) Cenderamata untuk murid-murid v)
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:Tarikh : __________________Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Peperiksaan Sasaran: Tahun 6 SK PALONG 12 (F)
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
…………………………….En Shamsudin Bin SallehGuru Besar SK palong 12 (f)
Ruj. Tuan :Ruj. Kami : Tarikh :
Kepada:
Yayasan Pencegahan Jenayah374, Tingkat Atas Jalan Tampin Lama,Rahang, 701000, Seremban, Negeri Sembilan.
Tuan,Ceramah Katakan ‘TIDAK” pada Buli
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah:
i) Ceramah mengenai bahayanya ‘ Buli”.ii) Pameran Pencegahan Jenayahiii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti Cegah Jenayah
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:Tarikh : _____________________Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan PeperiksaanSasaran: Tahun 4
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.Saya yang menurut perintah,
…………………………….En Shamsudin Bin SallehGuru Besar SK Palong 12 (f).
Ruj. Tuan :Ruj. Kami : Tarikh :
Kepada:
Ketua Polis Daerah Jempol,Ibu Pejabat Polis daerah Jempol,70300, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.No Tel: 06-4582222Faks: 06- 4684229
Tuan,KEMPEN CEGAH JENAYAH (OPS PONTENG)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah:
i) Ceramah mengenai Pontengii) Pameran Jenayahiii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut Kelab Cegah Jenayah iv) Cenderamata untuk murid-murid v)
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:Tarikh : _______________________Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Peperiksaan Sasaran: Tahun 5
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.Saya yang menurut perintah,
…………………………….En Shamsudin Bin SallehGuru Besar SK Palong 12 (f).