kertas kerja robotik 2012

Upload: hazman-jazimin-saad

Post on 14-Apr-2018

749 views

Category:

Documents


54 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA ROBOTIK 2012

    1/6

    Kertas Kerja Latihan Robotik SDAR: Bulan Ogos

    KERTAS KERJA

    LATIHAN ROBOTIK (OGOS)

    PASUKAN ROBOTIK

    SEKOLAH DATO ABDUL RAZAK

    1.0 PENGENALAN

    Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di

    bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan

    inovasi dalam kalangan pelajar, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan

    menyeronokkan. NRC merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta

    pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.

    Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk

    mereka bentuk dan membina robot, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan

    kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih

    ramai pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam

    bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat.

    Di peringkat sekolah, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat

    pelajar terhadap bidang-bidang sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan sejak pertandingan itu

    mula diperkenalkan pada tahun 2005. NRC telah berjaya membantu menjadikan mata pelajaran

    yang berkaitan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari

    2.0 OBJEKTIF

    2.1 Membantu pelajar mempelajari bahasa pengaturcaraan robotik dengan lebih baik.

    2.2 Membantu pelajar menggunakan kreativiti dan strategi untuk membina robot.

    2.3 Memupuk semangat cintakan Sains dan Teknologi di kalangan pelajar.

    2.4 Membantu persiapan pelajar untuk pertandingan robotik untuk peringkat kebangsaan

    2.5 Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum yang berprestasi tinggi

    2.6 Membantu pelajar dalam pengurusan masa ketika menyertai aktiviti kokurikulum

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA ROBOTIK 2012

    2/6

    Kertas Kerja Latihan Robotik SDAR: Bulan Ogos

    3.0 RASIONAL

    Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai kejohanan robotik peringkat negeri namun tidak

    mendapat keputusan yang membanggakan. Oleh itu, guru pembimbing telah mengorak langkah

    yang proaktif untuk membuat bengkel latihan robotik supaya pelajar-pelajar mempunyai ilmu yang

    lengkap bagi bertanding untuk peringkat kebangsaan.

    4.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA.

    Pengerusi : Tuan Hj. Zakaria Bin Md. Zin (Pengetua Cemerlang)

    Tim. Pengerusi : Puan Zainah Binti Ahmad Sisman (Penolong Kanan Kokurikulum)

    Naib Pengerusi I : Encik Sahak Bin Ahmadun (Penolong Kanan Akademik)

    Naib Pengerusi II : Encik Salleudin Bin Pungut (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

    Penyelaras : Pn. Haslina Binti Mohamad Ali (GKMP Sains Dan Matematik)

    Setiausaha : En Mohamad Hazman Jazimin Bin Saad

    Guru Robotik : 1) En Mohamad Hazman Jazimin Bin Saad

    2) En Norshariman Pearl

    5.0 JURULATIH

    EN MOHAMAD LUTFI BIN MOHD ABDU SHAKUR

    6.0 PENGLIBATAN / SASARAN

    6.1 PASUKAN UTAMA

    BIL NAMA NO.KAD

    PENGENALAN

    TING

    1 MUHAMMAD SYAFIQ ZHAFRI BIN

    KAMARDIN

    971116-04-5107 3AB

    2 MOHD RAYYAN IZMEL BIN AZLAN 970414-14-7211 3 RK

    3 IYAD ZAKIY AMAL 981004-10-6875 2 BH

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA ROBOTIK 2012

    3/6

    Kertas Kerja Latihan Robotik SDAR: Bulan Ogos

    6.2 PASUKAN PELAPIS

    BIL NAMA NO.KAD

    PENGENALAN

    TING

    1 MUHAMMAD QAYYUM BIN HJ LILAH 990101-56-5197 1BH

    2 MUAMMAD SUFI MIRZA SAWALLUDIN 990531-05-5517 1UO

    3 MUHAMMAD EIZLYANZIE MUHAJJIR

    BIN ROSLAN

    990805-04-5261 1Z

    4 MUHAMMAD FARID BIN MOHAMAD

    ZAINI

    990302-14-5121 1 BH

    5 SYAMSUL ANWAR BIN HANAFI 991109-10-5579 1RK

    6 AHMAD IRSYAD FARIS BIN ISWADI 991209-04-5489 1Z

    7.0 PELAKSANAAN PROGRAM / LATIHAN

    7.1 Tarikh Latihan: 14 jam sepanjang bulan Ogos

    7.2 Tempat Latihan: Bilik Matematik, SDAR

    7.3 Masa Latihan : Hari Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu, Ahad

    7.4 Jadual Latihan:

    TARIKH / HARI JADUAL LATIHAN PERUNTUKAN

    MASA

    GURU PENASIHAT

    1 OGOS 2012

    (RABU)

    3.00-5.00 PTG 2 JAM EN HAZMAN

    3 OGOS 2012

    (JUMAAT)

    3.00-5.00 PTG

    9.30 -11.30 MLM

    4 JAM EN NORSHARIMAN

    PEARL

    4 OGOS 2012

    (SABTU)

    8.00-10.00 PG 2 JAM EN HAZMAN

    6 OGOS 2012

    (ISNIN)

    4.00-6.00 PTG 2 JAM EN NORSHARIMAN

    PEARL

    8 OGOS 2012

    (RABU)

    3.00-5.00 PTG

    2 JAM EN HAZMAN

    10 OGOS 2012

    (JUMAAT) 3.00- 5.00 PTG 2 JAM EN NORSHARIMAN

    PEARL

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA ROBOTIK 2012

    4/6

    Kertas Kerja Latihan Robotik SDAR: Bulan Ogos

    8.0 PELAKSANAAN LATIHAN

    8.1 Latihan Pemantapan debat merangkumi aktiviti-aktiviti seperti :

    Perkara Keterangan

    Ceramah Sesi taklimat dan penerangan yang lebih menyeluruh berkaitan dengan robotik,

    pengaturcaraan dan juga rekabentuk. Sesi Ceramah akan menggunakan LCD

    dan juga laptop.

    LDK Para peserta akan dipecahkan mengikut bidang tugas masing-masing. Pelajar

    yang terlibat dengan pengaturcaraan akan membuat tugasan yang diberikan.

    Pelajar yang terlibat dengan rekabentuk robot akan membuat tugasan yang

    diberikan untuk menghasilkan robot dengan rekaan yang stabil.Praktikal Para pelajar akan bertanding secara mini pertandingan untuk dapat merasai

    suasana sebenar pertandingan

    Tayangan Memperlihatkan pergerakan robot-robot yang disertai oleh bekas para peserta

    World Robotic Championship untuk memdapat idea bagi pengaturcaraan robot

    dan rekabentuk robot yang moden.

    8.2 PENGISIAN LATIHAN ROBOTIK.

    Aktiviti Metodologi

    Pengenalan Asas

    Asas-asas dalam pengaturcaraan

    Peranan jurutera pengaturcaraan dan

    jurutera rekabentuk

    Sesi Ceramah

    Interaksi / Soal Jawab

    Hands on

    Peranan Jurutera Rekabentuk

    Batas pergerakan sesuatu kompenen

    Robotik

    Teknik menghasilkan robot yang stabil

    dan mempunyai pergerakan yang lancar

    Sesi Ceramah

    Interaksi/SoalJawab

    Hands on

    Peranan Jurutera Pengaturcaraan

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA ROBOTIK 2012

    5/6

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA ROBOTIK 2012

    6/6

    Kertas Kerja Latihan Robotik SDAR: Bulan Ogos

    BELANJAWAN JURULATIH BULAN MAC 2011

    No. Item RM x BIL Jumlah1.

    BAYARAN JURULATIH:

    EN MOHAMAD LUTFI BIN MOHD

    ABDU SHAKUR

    RM120.00 x 14 jam RM1680.00

    Jumlah RM1680.00

    10.0 REFLEKSI

    Latihan robotik yang diadakan secara berkala ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar

    mencapai tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam pertandingan National Robotic Championship

    yang akan diadakan di The Zone, Johor Bahru. Pasukan Robotik SDAR akan cuba untuk

    memenangi pertandingan peringkat kebangsaan ini dan seterusnya akan mewakili Malaysia ke

    pertandingan World Robotic Championship yang akan diadakan di Malaysia pada tahun ini.

    DI SEDIAKAN OLEH :

    ----------------------------------------------------------------

    ( MOHAMAD HAZMAN JAZIMIN BIN SAAD)

    Setiausaha Pasukan Robotik Sekolah Dato' Abdul Razak