kertas kerja prs

5
KERTAS KERJA PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SMK (LKTP) KG. SERTIK, KARAK PAHANG 1. Pengenalan Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2. Falsafah Bantu Diri Sendiri Supaya Berupaya Bantu Orang Lain. 3. Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pendidikan kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. 4. Objektif Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya : 4.1 Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

Upload: norazah

Post on 15-Apr-2016

286 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja PRS 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Prs

KERTAS KERJAPENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

SMK (LKTP) KG. SERTIK, KARAK PAHANG

1. PengenalanKhidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah

ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah

dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting

untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2. Falsafah

Bantu Diri Sendiri Supaya Berupaya Bantu Orang Lain.

3. Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pendidikan kita.

Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat

“murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi

ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami

curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih

dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka

perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah

dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dijadikan panduan

dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.

4. ObjektifMelahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif,

berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya : 4.1 Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

4.2 Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada

kepercayaan kepada Tuhan.

4.3 Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka,

bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat

majmuk.

4.4 Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan

peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

Page 2: Kertas Kerja Prs

5. Pelaksanaan5.1 Pemilihan PRS berdasarkan:

5.1.1 Permohonan

5.1.2 Cadangan rakan sebaya, guru dan pentadbir

5.1.3 Penggunaan pengukuran seperti ujian personality

5.2 Kursus Asas PRS

6. Tarikh 11 Mac 2016 (Jumaat)

7. Masa7.20 pagi – 8.10 pagi

8. Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Amaruddin bin Baki (Pengetua)Timbalan Pengerusi : En. Jumat Hamidi bin Jantan (GPK Hal Ehwal Murid)Naib Pengerusi 1 : Pn. Faiezah binti Jaffar (GPK Pentadbiran)Naib Pengerusi 2 : Pn. Zalina binti Md Akhir (GPK Ko-Kurikulum)Setiausaha : Pn. Nor Azah binti Abdul Halim (GBKSM)Pen. Setiausaha : Tn. Hj Abdul Yazid bin Abdullah (GBSM)

AJK : Semua Guru Kanan Bidang: Semua Guru Disiplin: Semua Penyelaras Tingkatan: Semua Guru Tingkatan

Jawatankuasa Pelaksana

Bacaan DoaEn Shahrizam bin Mat Jusoh

JuruacaraPn. Nor Azah binti Abdul Halim

Disiplin/ Kawalan MuridEn. Mohd Nor Amize

Guru Disiplin

9. Anggaran Perbelanjaan

Perkara Jumlah (RM)

1. Button badge (RM2 x 20) 40.00

2. Fail (RM2 x 20) 40.00

Jumlah Keseluruhan RM 80.00

Sumber

PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 80.00

Persiapan TempatPengawas sekolah

FotografiEn.Mokhtar Rasidi bin Yusof

Page 3: Kertas Kerja Prs

10. Aturcara Program

7.20 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di surau.

7.30 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

7.40 pagi : Bacaan doa oleh En Shahrizam bin Mat Jusoh

7.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Pengetua SMK (LKTP) Kg Sertik,

En. Amaruddin bin Baki

7.50 pagi : Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya

8.10 pagi : Majlis Bersurai

11. Penutup

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara

tidak langsung akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera

dalam kalangan murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………. …………………………..(NOR AZAH BINTI ABDUL HALIM) GBKSM SMK (LKTP) KG SERTIK

Disahkan oleh :

………………………….

Page 4: Kertas Kerja Prs

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR JALAN PANTAI BARU

59200 KUALA LUMPUR

PROGRAM MENTOR MENTEEPERINGKAT SK BANGSAR

SESI 2014

TARIKH :27 JANUARI 2014 (ISNIN)

MASA :SESI PAGI ( 8.30 PAGI – 10.00 PAGI)SESI PETANG (1.10 PTG – 3.00 PTG)

TEMPAT :DEWAN BESTARI, SK BANGSAR

ANJURAN BERSAMA :UNIT HAL EWHWAL MURID

DANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SK BANGSAR